Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT TEKNOLOGI TUN ABDUL RAZAK

CAWANGAN PRAI ( SEKOLAH KEJURUTERAAN )


LORONG PERUSAHAAN 1, KAWASAN PERINDUSTRIAN PRAI,
11600 SEBERANG PERAI, PULAU PINANG.
HELAIAN KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )
KURSUS / BIDANG MEKANIK TEKNOLOGI ELEKTRONIK PERINDUSTRIAN ( E – 010 - 2 )

TAJUK / TUGAS TEKNIK MENGESAN KEROSAKAN LITAR

NOMBOR RUJUKAN D11 & D12 TAHAP KEMAHIRAN TAHAP 2 BIL. MUKASURAT 5

PENGENALAN

Mengesan sesuatu kerosakan keatas litar elektrik bukanlah satu kerja mudah, di mana ianya
memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan lengkap di dalam bidang elektronik.

Walaupun terdapat alatan-alatan pengujian yang digunakan di dalam kerja mengesan kerosakan,
ianya tidak menunjukan kedudukan komponen yang rosak.

Alatan-alatan tersebut adalah merupakan alat pengukuran yang digunakan bagi melihat kendalian
atau isyarat yang terhasil oleh litar serta voltan operasi litar.

Juruteknik masih perlu membuat pengesanan bahagian atau komponen yang mengalami kerosakan
berdasarkan kepada data-data pengukuran daripada pengujian keatas litar.

Dengan mengunakan prosedur pengujian yang sistematik akan dapat memudahkan kita mengesan
kedudukan sebenar litar atau komponen yang mengalami kerosakan.

Selain daripada itu pengetahuan – pengetahuan asas di dalam bidang elektronik adalah perlu, untuk
menjamin setiap pengujian yang di lakukan adalah betul serta data-data yang diperolehi semasa
kerja-kerja pengujian keatas litar adalah tepat dan betul.

MENGAPA KEROSAKAN KEATAS LITAR BERLAKU

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan kerosakan berlaku keatas litar dimana factor tersebut
adalah penyumbang kepada kerosakan keatas litar elektronik.Diantara factor-faktor tersebut ialah

a) Jangka Hayat Peralatan ( Faktor Penuaan )

Suatu komponen juga mengalami kesan penuaan di mana ianya mempunyai kemampuan
maksimum kendaliannya.Apabila semakin lama satu jangka hayat sesuatu alatan, maka
kecekapan kendaliannya juga akan mula menurun dan lama kelamaan ianya akan mengalami
kerosakan.

b) Faktor Suhu Atau Haba

Faktor haba juga adalah diantara sebab mengapa kerosakan litar boleh berlaku.Pada kebiasannya
komponen elektronik akan mudah rosak apabila mendapat haba panas, terutama pada
komponen-komponen separuh pengalir seperti transistor dan IC.

Dimana sifat komponen separuh pengalir ialah kadar arus bocornya akan meningkat apabila suhu
semakin panas.Haba panas juga menyebabkan pengaliran arus semakin tinggi di dalam litar dan
apabila arus tersebut melampaui tahap arus meksimum kendalian , maka sesuatu komponen
tersebut akan mengalami rosak.

Oleh itu adalah perlu bagi kita mengendalikan alatan elektronik di kawasan suhu yang agak
sejuk.

zaini / kerinchi ™ © Mukasurat 1/5


c) Faktor Alam Sekitar Atau Tegasan Persekitaran

Faktor alam sekitar juga adalah merupakan salah satu penyumbang kerosakan yang boleh
berlaku pada alatan elektronik.Diantara factor persekitaran yang biasa menyebabkan kerosakan
ialah seperti ;

a) Kelembapan – Menyebabkan berlakunya litar pintas di dalam peralatan apabila ia di


kendalikan pada persekitaran yang lembab.
b) Kejutan mekanikal dan gegaran – Menyebabkan kerosakan fizikal kepada litar seperti
keretakan papan litar tercetak (PCB), laluan track litar terputus dan pemeterian
tertanggal atau retak.
c) Di kawasan medan mengnet yang kuat – Menyebabkan berlakunya kesan EMF (electro
magnetic Field) dimana kesan pemotongan medan magnet akan menghasilkan arus pada
litar.

Tegasan atau pengaruh persekitaran ini mempengaruhi pengedalian komponen dan juga litar yang
mana ianya menyebabkan pemesongan dari spesifikasi kendalian serta seterusnya membawa kepada
kerosakan kepada litar.

PENGETAHUAN – PENGETAHUAN ASAS YANG PERLU BAGI SEORANG JURUTEKNIK MENGECAM


KEROSAKAN.

1) LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN.

Merupakan pengetahuan yang paling penting terutama terhadap keselamatan diri bagi
memastikan kerja membaikpulih tidak berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini seperti
renjatan elektrik.

Langkah – langkah keselamatan diri amat perlu di titik beratkan terutama di dalam
membaikpulih litar-litar yang mempunyai voltan tinggi seperti litar bekalan kuasa dan litar
Horizontal pada televisyen.

Selain daripada itu keselamatan terhadap alatan-alatan pengujian dimana, memastikan alatan
pengujian yang digunakan selamat serta digunakan dengan cara yang betul.

Penggunaan alatan pengujian dengan cara yang salah akan menyebabkan kerosakan pada alat
pengujian malah lebih teruk lagi menyebabkan kerosakan kepada litar.

2) MEMBACA LITAR SKIMETIK.

Seseorang juruteknik perlu tahu menterjemah litar skimatik bagi tujuan

a) mengenalpasti kedudukan bahagian litar pada PCB


b) mengenalpasti penyambungan litar
c) mengenalpasti data-data komponen seperti nilai komponen, jenis, kadaran voltan dan
arus maksima.

Interpritasi litar yang salah menyebabkan kita mengesan bahagian yang salah serta penukaran
komponen yang salah.

3) MENYURIH LITAR ( PCB KE SKIMETIK ).

Kadangkala bagi mengesan kerosakan litar yang tidak mempunyai litar skimatik, kita perlu
menyurih sambungan bahagian litar yang di baikpulih.

Ini bertujuan bagi :


a) mengenalpasti sambungan litar
b) Sebagai rujukan untuk memudahkan kita menyambung kerja-kerja menesan kerosakan.
c) Mengenalpasti kedudukan komponen pada litar.

zaini / kerinchi ™ © Mukasurat 2/5


4) PENGGUNAAN ALATAN PENGUKURAN DAN PENGUJIAN.

Alatan pengukuran dan pengujian adalah merupakan perkakasan (tools) utama yang diperlukan
oleh seseorang Juruteknik bagi mengesan kerosakan litar.

Oleh itu pengetahuan dan kemahiran di dalam mengendalikan alatan-alatan pengujian adalah
amat penting di mana seorang juruteknik perlu tahu:

a) Fungsi serta kegunaan alatan-alatan pengujian.


b) Mengendalikan alatan pengujian dan pengukuran di dalam melakukan pengujian keatas litar
atau menguji komponen litar.
c) Membaca bacaan pengujian seperti nilai voltan, arus, rintangan, capasitan, aruhan,
frekuensi, dan lain-lain.
d) Langkah-langkah keselamatan di dalam mengendalikan alatan-alatan pengujian di dalam
memastikan kita melakukan pengujian yang betul, tepat dan selamat.

Didalam melakukan pengujian litar, boleh dikatakan kesemua alatan-alatan pengujian yang
terdapat adalah berguna di dalam mengesan kerosakan litar.

Diantara alat-alat pengujian asas yang sering di gunakan adalah seperti;

a) Multimeter ( Meter Pelbagai )


- Membuat pengujian Voltan
- Membuat pengujian arus
- Membuat pengujian rintangan
- Membuat pengujian komponen

b) Osiloskop
- melihat gelombang keluaran litar yang di uji
- mengesan laluan isyarat di dalam litar.

c) Penjana Isyarat
- menjana isyarat tiruan kepada bahagian – bahagian litar yang memerlukan isyarat
masukan.
- Mengesan laluan isyarat di dalam litar.

d) LCR Meter
- Digunakan bagi memerlukan pengujian keatas komponen-komponen pasif seperti
perintang, kapasitor dan inductor.

e) Logic Probe
- Bagi mengesan denyut digital di dalam mengesan kerosakan litar digital.

f) Logik Pulser
- Menghasilkan denyut (Pulse) digital di dalam mengesan kerosakan litar digital.

5) PENGETAHUAN TERHADAP KOMPONEN – KOMPONEN ASAS ELEKTRONIK.

Pengetahuan terhadap setiap komponen – komponen asas elektronik adalah penting terutama di
dalam:

a) Jenis Komponen

b) Nilai komponen, kadaran voltan, kuasa dan lain-lain.

c) Membaca kod nilai komponen terutama perintang dan kapasitor.

d) Mengenalpasti kaki-kaki komponen terutama komponen-komponen yang mempunyai polariti


seperti kapasitor elektrolitik, diod dan transistor.

e) Kaedah atau cara bagi menguji komponen-komponen tersebut bagi mengenalpasti sama ada
ia berada di dalam keadaan baik atau rosak.

zaini / kerinchi ™ © Mukasurat 3/5


Oleh itu adalah penting bagi setiap juruteknik untuk mahir di dalam setiap perkara-perkara di atas
bagi setiap komponen-komponen asas elektronik seperti, perintang, kapasitor, inductor,
transformer, diod, transistor, SCR dan IC (Litar Bersepadu).

Ini memastikan komponen yang diuji dapat di kenalpasti kerosakannya dan komponen gantian yang
diperlukan.

6) PENGETAHUAN TERHADAP KENDALIAN LITAR – LITAR ASAS ELEKTRONIK.

Pengetahuan terhadap litar-litar asas elektronik adalah perlu bagi kita mengenalpasti bahagian
litar yang rosak berdasarkan simton kerosakan yang berlaku.

Hampir kesemua alatan elektronik mengandungi litar-litar asas berikut :

a) Litar Bekalan Kuasa (Power Supply)

Litar yang menukarkan voltan AC 240V kepada bentuk voltan DC yang diperlukan oleh litar-
litar elektronik untuk memincang supaya ia dapat berkendali.

b) Litar Penguat (Amplifier)

Iaitu litar yang digunakan untuk menguatkan isyarat masukan, sama ada di dalam bentuk
voltan atau arus.

c) Litar Pengayun (Oscillator)

Iaitu litar yang digunakan bagi menghasilkan gelombang isyarat sama ada di dalam bentuk
gelombang sinus, empat segi dan tiga segi.

Pengetahuan di dalam kendalian-kendalian litar di atas dapat membantu di dalam mengesan


kerosakan yang berlaku pada sesuatu alat elektronik.

7) TEKNIK TEKNIK PENGUJIAN LITAR.

Didalam kaedah atau teknik-teknik di dalam melakukan pengujian litar terdapat beberapa teknik
yang biasa digunakan iaitu :

a) Pengujian Gelombang

Iaitu dengan melihat keluaran gelombang litar samaada normal, tidak normal atau tiada
keluaran.

Dilakukan bagi mengesan bahagian atau blok litar yang mengalami masaalah.Alatan yang
biasa digunakan ialah oscilloscope dan juga Functin Generator.Terdapat dua kaedah
yang biasa dilakukan iaitu :

1) Teknik suntikan isyarat


2) Teknik surihan isyarat.

b) Teknik Pengujian Voltan

Iaitu dengan melakukan pengukuran voltan pincang litar dengan merujuk kepada punca
bumi atau GND litar atau voltan susutan.

Dilakukan bagi melihat pengagihan voltan pincang pada litar dan bagi mengenalpasti
komponen-komponen yang rosak.Alatan yang digunakan ialah multimeter. Terdapat dua
kaedah pengujian voltan yang biasa dilakukan iaitu.

1) Pengujian voltan litar dengan rujukan kepada punca bumi atau GND
2) Pengujian voltan susutan yang berlaku pada komponen.

zaini / kerinchi ™ © Mukasurat 4/5


c) Pengujian Rintangan

Pengujian rintangan dilakukan bagi mengenalpasti komponen yang berlaku kerosakan


dengan lebih tepat.

Komponen yang berlaku kerosakan biasanya mempunyai bacaan rintangan yang berlainan
daripada keadaan yang berlainan daripada keadaan baik.

Boleh dikatakan hampir kesemua komponen elektronik boleh dikesan kerosakannya


dengan melakukan pengujian rintangan, kecuali litar bersepadu (IC). Alatan utama yang
digunakan ialah multimeter dengan julat ohm.

JENIS – JENIS KEROSAKAN LITAR

Terdapat 3 kategori utama kerosakan yang sering berlaku di dalam sesuatu alatan-alatan elektronik
iaitu :

a) Kerosakan Penuh (Dead)

Kerosakan jenis ini mengakibatkan keseluruhan litar tidak dapat berfungsi.Kerosakan jenis ini
biasanya berlaku secara mendadak lengkao dan menjelaskan fungsi utama litar.

Kerosakan yang berlaku adalah pada bahagian – bahaian utama litar seperti komponen –
komponen utama iaitu perintang pincangan litar berlaku litar buka, transistor pintas atau putus
atau pada litar bersepadu utama yang mengendalikan fungsi litar.

Contoh-contoh kerosakan kekal ialah seperti kerosakan bekalan kuasa, di mana kerosakan
bekalan kuasa mengakibatkan alat elektronik tidak dapat berfungsi sepenuhnya.Ini disebabkan
litar-litar lain tidak mendapat punca bekalan voltan yang digunakan bagi memincang ia untuk
berkendali.

Contoh lain ialah seperti kerosakan pada bahagian penguat kuasa (Power Amplifier) pada litar

Radio dimana kerosakan tersebut menyebabkan radio gagal berfungsi sepenuhnya walaupun
terdapat bekalan kuasa.

b) Kegagalan Separa

Kegagalan atau kerosakan separa biasanya menyebabkan perubahan yang kecil sahaja pada
kendalian litar, di mana ianya tidak menyebabkan kehilangan penuh kendalian litar. Kerosakan
biasanya berlaku pada bahagian-bahagian litar yang hanya menjejaskan sebahagian daripada
fungsi alatan.

Contoh kerosakan separa ialah seperti kerosakan yang berlaku pada bahagian RF (Radio
Freqency) di dalam radio. Dimana kerosakan ini akan menjejaskan penerimaan isyarat radio
dimana, pengguna mungkin tidak boleh mendengar radio tetapi masih boleh mendengar
daripada tape kaset.

Kerosakan ini masih juga disebabkan oleh kerosakan-kerosakan yang berlaku pada komponen
litar seperti litar buka pada perintang, kapasitor, transistor atau pada litar bersepadu.

c) Kegagalan Seketika ( Intermitent )

Kegagalan seketika adalah kerosakan yang berlaku pada ketika – ketika tertentu, dimana
simtom kerosakan berlaku setelah seketika alat digunakan. Simtom kerosakan boleh kelihatan
seperti jenis kerosakan spara atau kerosakan penuh.

Kegagalan seketika adalah bukan kerosakan yang berlaku pada komponen di dalam litar, tetapi
ia adalah di sebabkan kegalan pada penyambungan litar. Biasanya disebabkan oleh retak
( crack ) diantara solder dan pad PCB. Kegagalan biasanya boleh diatasi hanya dengan
memeteri semula bahagian – bahagian yang bermasaalah.

zaini / kerinchi ™ © Mukasurat 5/5

Anda mungkin juga menyukai