Anda di halaman 1dari 1

Roziah binte Abdul Jamal

Blk 234 East Coast Road


#10-789
Singapura 4000234

31 Julai 2008

Tuan Pengurus
Butik Anak Emas
#02-04 Suncity Plaza
1 Jalan Pelangi Merah
Singapura 800234

Tuan

Penghargaan Kepada Jurujual

Merujuk perkara di atas, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejukuran


jurujual tuan yang bernama Sofia binti Ahmad.

Pada 8hb. Julai 2008, saya berkunjung ke Butik Anak Emas kerana saya amat tertarik
dengan hiasan butik tuan yang unik. Semasa berada di butik tuan, saya telah tertinggal
dompet di kaunter butik semasa membuat pembayaran. Saya tidak sedar akan kehilangan
dompet itu sehingga jurujual tuan dating ke rumah saya untuk memulangkannya selepas
masa kerjanya. Saya sangat menghargai keikhlasan dan kejujuran jurujual itu. Pada
pendapat saya, tindakan Sofia menunjukkan bahawa dia orang yang amanah.

Di samping itu, Sofia juga memiliki peribadi yang ramah. Ketika di butik tuan, saya telah
disambut oleh Sofia dengan baik. Senyuman dan layanannya membuat saya selesa,
seakan-akan kami telah lama berkenalan. Sofia menggalakkan saya melihat-lihat produk
yang dijual dan sedia memberikan bantuan apabila diperlukan. Sofia juga berpengetahuan
dan sedia memberikan maklumat tambahan tentang produk di butik tuan. Saya amat
berpuas hati dengan layanan yang saya terima.

Saya mengucapkan tahniah atas keprihatinan tuan memilih kakitangan yang jujur, amanah,
berbudi bahasa, cekap, berpengetahuan dan memiliki daya inisiatif dalam menjalankan
tugas. Saya harap perkhidmatan yang baik seperti ini dapat dikekalkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar
Roziah A Jamal
Roziah binte Abdul Jamal

Anda mungkin juga menyukai