Anda di halaman 1dari 3

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬
:‫أما بعد‬ ،‫والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين‬
Sidang penonton yang dikasihi..
Hari ini saya akan membicarakan sebuah topik yang amat penting
dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.
“TUTUPLAH AURATMU”
Menurut syariat: aurat bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib
ditutup dan tidak boleh didedahkan
Sesi tazkirah pada hari ini, saya akan membicarakan topik ini dalam
tiga perkara:

Sidang penonton yang dikasihi..


PERTAMA : MENUTUP AURAT ADALAH PERINTAH ALLAH
Perkara utama yang perlu difahami bahawa, adalah menutup aurat
itu perintah Allah. Menutup aurat adalah tuntutan agama. Ia
bukanlah suatu fesyen. Ia bukanlah satu “trend” yang menjadi
ikutan.
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur ayat 31:

‫َواَل يُ ْب ِدي َْن ِز ْينَتَه َُّن إِاَّل َما ظَهَ َر ِم ْنهَا‬


Maksudnya: “Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya”
Ketika turun ini, Saidatina A’isyah telah memuji wanita muhajirin
kerana mereka dengan segera mengoyakkan kain, lalu mereka
jadikan sebagai tudung.

Sidang penonton yang dikasihi..


KEDUA : APAKAH KESEMPURNAAN DALAM MENUTUP AURAT?
Islam secara jelas menggariskan ciri-ciri menutup aurat melalui Surah
al-Ahzab , ayat 59:
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu
serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabukan
pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar)”.

Tahukah anda Batasan aurat lelaki dan perempuan?


Ya, aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut. Manakala aurat
perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Selain itu, ciri-ciri pakaian yang hendak dipakai hendaklah menepati


syarak iaitu:
1- Pakaian yang menutup Aurat.
2- Tidak ketat
3- Tidak Jarang hingga menampakkan warna kulit aurat yang
ditutup.
4- Tidak menarik perhatian orang lain.

Sidang penonton yang dikasihi..


KETIGA: APAKAH KESAN TIDAK MENUTUP AURAT?
Melihat masalah sosial hari ini, menimbulkan kegusaran di hati.
Apabila wanita gagal menutup aurat dengan sempurna, pintu
maksiat akan terbuka. Eksploitasi wanita semakin bermaharajalela.
Pengaulan bebas mengundang bala. Hidup tidak lagi sejahtera.
Keselamatan tiada lagi harga. Orang yang menjaga aurat turut
menjadi mangsa. Yang mendedah aurat, dosa sedang menanti.
Sidang penonton sekalian
Kesimpulan tazkirah saya pada hari ini adalah seperti berikut:
Pertama : Menutup aurat merupakan kewajipan setiap muslim. Ia
perlu dilaksanakan berteraskan ketaqwaan kepada Allah.
Kedua : Didiklah anak-anak dan isteri menutup aurat dengan
sempurna selaras tuntutan syariat.
Ketiga : Pendidikan tentang kepentingan menutup aurat perlu
bermula dari kecil.

Sekian

‫ والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬، ‫وباهلل التوفيق والهداية‬

Anda mungkin juga menyukai