0 penilaian0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
7 tayangan3 halaman
Tazkirah ini membahas mengenai pentingnya menutup aurat sesuai syariat Islam. Pertama, menutup aurat adalah perintah Allah sebagaimana termaktub dalam Al-Quran. Kedua, batasan aurat lelaki dan perempuan ditetapkan oleh Islam. Ketiga, gagal menutup aurat dengan sempurna dapat memicu berbagai masalah sosial dan maksiat. Kesimpulannya, umat Islam harus menutup aurat secara sempurna sebagai bent

والصالة والسالم على أشرف األنبياء،الحمد هلل رب العالمين :أما بعد ،والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Sidang penonton yang dikasihi.. Hari ini saya akan membicarakan sebuah topik yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. “TUTUPLAH AURATMU” Menurut syariat: aurat bermaksud bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan tidak boleh didedahkan Sesi tazkirah pada hari ini, saya akan membicarakan topik ini dalam tiga perkara:
Sidang penonton yang dikasihi..
PERTAMA : MENUTUP AURAT ADALAH PERINTAH ALLAH Perkara utama yang perlu difahami bahawa, adalah menutup aurat itu perintah Allah. Menutup aurat adalah tuntutan agama. Ia bukanlah suatu fesyen. Ia bukanlah satu “trend” yang menjadi ikutan. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nur ayat 31:
Maksudnya: “Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya” Ketika turun ini, Saidatina A’isyah telah memuji wanita muhajirin kerana mereka dengan segera mengoyakkan kain, lalu mereka jadikan sebagai tudung.
Sidang penonton yang dikasihi..
KEDUA : APAKAH KESEMPURNAAN DALAM MENUTUP AURAT? Islam secara jelas menggariskan ciri-ciri menutup aurat melalui Surah al-Ahzab , ayat 59: Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabukan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)”.
Tahukah anda Batasan aurat lelaki dan perempuan?
Ya, aurat lelaki adalah dari pusat hingga lutut. Manakala aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Selain itu, ciri-ciri pakaian yang hendak dipakai hendaklah menepati
syarak iaitu: 1- Pakaian yang menutup Aurat. 2- Tidak ketat 3- Tidak Jarang hingga menampakkan warna kulit aurat yang ditutup. 4- Tidak menarik perhatian orang lain.
Sidang penonton yang dikasihi..
KETIGA: APAKAH KESAN TIDAK MENUTUP AURAT? Melihat masalah sosial hari ini, menimbulkan kegusaran di hati. Apabila wanita gagal menutup aurat dengan sempurna, pintu maksiat akan terbuka. Eksploitasi wanita semakin bermaharajalela. Pengaulan bebas mengundang bala. Hidup tidak lagi sejahtera. Keselamatan tiada lagi harga. Orang yang menjaga aurat turut menjadi mangsa. Yang mendedah aurat, dosa sedang menanti. Sidang penonton sekalian Kesimpulan tazkirah saya pada hari ini adalah seperti berikut: Pertama : Menutup aurat merupakan kewajipan setiap muslim. Ia perlu dilaksanakan berteraskan ketaqwaan kepada Allah. Kedua : Didiklah anak-anak dan isteri menutup aurat dengan sempurna selaras tuntutan syariat. Ketiga : Pendidikan tentang kepentingan menutup aurat perlu bermula dari kecil.