Anda di halaman 1dari 2

Sedasawarsa ini,isu pembuangan bayi semakin hangat diperdebatkan di negara kita.

Hal ini
dapat dilihat menerusi pemaparan oleh media massa hampir setiap saat dan ketika,laporan kes
pembuangan bayi terus kepada rakyat. Akibatnya,gejala yang tidak bermoral seperti ini seolah-olah
mencerminkan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang selama ini bertopengkan syaitan. Segelintir
belia,khasnya yang merupakan pelaku utama jenayah ini,jelas memperlihatkan identiti diri mereka yang
sememangnya kian rapuh dirajai nafsu. Kita sering dihidangkan dengan berita kematian bayi yang amat
menyayat hati,malah terdapat segelintir yang sanggup mengepam janinnya ke dalam tangki hanya untuk
melupuskan bukti kelahiran,tanpa rasa bersalah sedikitpun.

Punca berlakunya kes pembuangan bayi ini ialah ibu bapa kurang memberikan didikan agama
dan moral.Biasanya golongan remaja yang kurang didikan agama merupakan golongan yang paling
banyak menyumbang kepada masalah ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan
menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya
sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan agama dalam sahsiah remaja amat
penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka
remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat
membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap
menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak
dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama. Kita juga tidak dapat menafikan bahawa,
terdapat faktor lain yang menjadi punca kes pembuangan bayi selain daripada kegagalan ibu bapa
menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Di samping itu, punca dalam masalah ini ialah kepincangan institusi kekeluargaan yang juga
salah satu kegagalan ibu bapa dalam mennjalankan tanggungjawab masing-masing.Sikap ibu bapa yang
terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa
kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka
perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk
berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang
kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan
pelbagai gejala sosial di luar rumah.

Walaubagaimanapun,terdapat faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin kepada kes


pembuangan bayi selain daripada kegagalan ibu bapa menjalankan tanggungjawab masing-
masing.Antara faktor lain yang mendorong kepada kes pembuangan bayi ialah Sikap masyarakat yang
gemar memandang serong terhadap golongan remaja yang terlanjur menjadi alasan gadis yang terlanjur
membuang bayi. Sememangnya masyarakat akan memandang sinis terhadap mereka kerana mereka
telah melakukan perkara yang terkutuk di sisi agama dan norma masyarakat. Keluarga gadis yang hamil
akan disisihkan dan dimalukan apabila anak gadis mereka menconteng arang di muka mereka. Ibu bapa
yang tidak memahami masalah yang ditanggung oleh gadis tersebut menyebabkan gadis tersebut
tertekan dan bertindak di luar kewarasan dengan membuang bayinya.
Selain daripada kegagalan ibu bapa menjalankan tanggungjawab masing-masing,pengaruh rakan
sebaya turut menjadi punca membarahnya masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia
yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila
mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang
negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar
batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap
dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut
akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya
mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang
demikian kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas
perbuatan mereka.

Pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya kes pembuangan bayi di negara kita
selain daripada kegagalan ibu bapa menjalankan tanggungjawab masing-masing. Hal ini demikian kerana
pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah
teruk apabila mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan
sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan
perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko,
menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif
tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa
dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal
yang demikian kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas
perbuatan mereka.

Kesimpulannya,kes pembuangan bayi ini bukan hanya disebabkan kegagalan ibu bapa
menjalankan tanggungjawab masing-masing tetapi turut dipengaruhi pelbagai unsur luaran yang lain.
Bagi mengatasi kes pembuangan bayi ini, semua pihak haruslah berganding bahu dan bukannya
menunding jari kepada satu pihak sahaja. Kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan
kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama menubuhkan Tabung DNA bagi memudahkan
proses mengesan ibu bapa kepada bayi yang dibuang. Di samping itu,masyarakat hendaklah
bekerjasama membantu dalam menjayakan usaha ini agar nilai kemanusian dapat dijunjung sekaligus
dapat mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam lembah kejahilan.

Anda mungkin juga menyukai