Anda di halaman 1dari 90

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh:…………… Tandatangan:

NamaCalon: AMINUDIN BIN MAT LUDIN

Nombor Matrik: 690101086925002

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan


kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.
Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan. Inilah satu cabaran yang amat getir
melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah
menghilangkan semuanya itu. Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia
pendidikan dengan ilmu yang bakal memertabatkan anak didik ,saya menyahut
cabaran ini.
Sejunjung kasih dan penghormatan kepada En Abdul Aziz b Sulaiman selaku Tutor
yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan kajian ini. Tidak dilupakan
juga semua warga Sekolah Kebangsaan Seroli dan sahabat seperjuangan Kohot
Empat.
Setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan , pengorbanan , galakan dan juga
pengertian daripada isteriku tersayang serta anak –anak
Puan Halimah binti Mohd Shahidi
Iman Zul Hakim
Luqman Nur Hakim
Nur Umaira Shamira
Semoga jasa-jasa mereka ini mendapat rahmat dan kurniaan daripada Illahi.
Terima kasih untuk semua.

2
ABSTRAK

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah
manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identik dengan kemampuan seseorang
untuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat tersurat (kauniyah).
Kemampuan membaca seperti hal tersebut diatas akan memberikan manfaat yang
luar biasa pada diri seseorang, tidak hanya peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi juga
kebijaksanaan, kemampuan bersosial, pengendalian diri, kreativiti, inovasi serta
memanfaatkan semua peluang dan potensi yang ada pada dirinya maupun
sekelilingnya Membaca juga adalah satu budaya ilmu yang memupuk pembangunan
intelektual, rohaniah dan emosi individu. Membaca membangunkan kecerdikan
inte1ektual seseorang individu, justeru membentuk fikirannya menjadi lebih kritis
dan kreatif dan akhirnya akan melahirkan masyarakat yang progresif dan berdaya
saing. Membaca juga dapat meningkatkan kecerdikan rohani dan emosi yang
menjadikan seseorang individu tersebut sedar akan kepentingannya menyumbang ke
arah pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan. Namun begitu
minat membaca juga mengandungi kekangan dan halangan yang mematikan ataupun
kurang mewujudkan minat membaca dalam kalangan murid. Kekangan dan halangan
yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidak
tahu yang ianya wujud. Oleh itu kajian ini dilakukan terhadap sekolah untuk
memberi gambaran tentang kedudukan minat membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar disamping mencari faktor-faktor tentang mengapa kebiasaan membaca
dalam kalangan murid sekolah ini masih rendah. Golongan pendidik sebagai seorang
individu yang amat penting dalam masyarakat seharusnya terlibat secara aktif dalam
pemupukan budaya ilmu. Seorang pendidik perlu mengamalkan budaya mengumpul
dan mencungkil ilmu baru untuk digunakan dalam tugas mendidik. Pendidik perlu
meningkatkan kepakaran dalam sesuatu bidang yang diajarnya dari semasa ke
semasa dan mesti sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dalam bidang
kepakaran tersebut Bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang menjadikan membaca
sebagai amalan hidup bukan suatu tugas yang mudah. Tugas ini sebahagian besamya
terletak di bahu para pendidik yang menjadi model dalam menanamkan minat
membaca, terutamanya di kalangan generasi muda. Para pendidik sendiri perlu
mempunyai minat membaca yang mendalam bagi meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dan bagi menambah pengetahuan am tentang dunia dan
kehidupan. Memandangkan betapa penting tugas pendidik menggiatkan budaya
membaca, kajian ini ingin melihat sejauh manakah para murid berminat terhadap
membaca. Kajian ini juga dilakukan untuk mencari satu jalan penyelesaian yang
dapat menciptakan suasana yang mendorong seseorang murid untuk secara
membiasakan dirinya banyak membaca. Oleh itu pihak sekolah akan dapat
mempergiatkan lagi usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar ke arah mewujudkan budaya membaca dengan lebih cemerlang.

3
ABSTRACT

Reading is an activity that is very fundamental nature and human nature. In Islamic
terminology, reading is identical with the ability to understand something written
(kauliyah) and is written (kauniyah). Ability to read like the above will provide
tremendous benefits in a person, not only increase knowledge but also wisdom,
social skills, self control, creativity, innovation and exploit all opportunities and
potential that exists in itself and also around reading a learning culture that fosters
development of intellectual, spiritual and emotional individuals. Reading inte1ektual
individual ingenuity to develop, thus creating a more critical thinking and creativity,
and ultimately will produce a society that is progressive and competitive. Reading
can also improve the spiritual and emotional intelligence that make the individual
aware of his interest to contribute towards community development in various
spheres of life. However the reading contains the constraints and barriers that
disable or less to create interest in reading among students. Constraints and barriers
that exist are often not getting the attention of teachers because many do not know
that it exists. Thus this study in the schools to provide information on the position of
interest in reading among students as well as finding the factors of why the habit of
reading among pupils is still low. Educators as an important individual in the
community should be actively involved in nurturing a culture of science. Educators
need to adopt a culture of collecting and discover new knowledge for use in the task
of educating. Educators need to increase expertise in a field which is taught from
time to time and must always be alert to changes that occur in these areas of
expertise for creating a society that makes reading as a way of life is not an easy
task. This task largely on the shoulders of educators is a model in instilling interest in
reading, especially among the younger generation. The teachers themselves should
have a deep love of reading to enhance their knowledge and skills and to increase
general knowledge about the world and life. Given the important tasks educators
encourage a reading culture, this study wanted to see to what extent the students are
interested in reading. This study was also conducted to find a solution that can create
an atmosphere that encourages students to familiarize themselves by reading a
lot. Therefore, the school will be able to further intensify efforts to foster interest in
reading among students to create a reading culture to greater heights.

4
ISIKANDUNGAN

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ISIKANDUNGAN v
RUJUKAN
viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GRAF x

BAB SATU :PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Perrsoalan Kajian 10

1.5 Objektif Kajian 11

1.6 Batasan Kajian 12

1.7 Definisi Istilah 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Rumusan 14

5
BAB DUA: TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 15
2.2 Literature Berkaitan 16
2.3 Kajian Dalam Negara 16
2.4 Kajian Luar Negara 19
2.5 Rumusan 21

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pendahuluan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Sampel 30
3.4 Instrumen 32
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 34
3.7 Cara Penganalisaan Data 34
3.8 Rumusan 34

BAB EMPAT ANALISA DATA


4.1 Pendahuluan 35
4.2 Profil Responden 36
4.3 Laporan Kajian Dapatan 40

BAB LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1 Pendahuluan 54
5.2 Rumusan Kajian 56
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 57
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 61
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 66

KESIMPULAN 66

6
RUJUKAN 67
1. Buku 70
2. Jurnal 71
3. Tesis 71
4. Majalah 71
5. Kamus 71
6. Kertas Kerja 71

SENARAI LAMPIRAN
1.1 Bahagian A 72
1.2 Bahagian B 73
1.3 Bahagian C 78
1.4 Lampiran D 81
1.5 Lampiran E 82

SENARAI JADUAL

3.1 Jumlah Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Tahun 2010 25


3. 2 Bilangan Murid Sekolah Kebangsaan Seroli 31
4.3 Latar belakang Responden berdasarkan jantina 35
4.4 Bilangan Pendapatan Keluarga 36
4.5 Pekerjaan Penjaga Responden 38
4.6 Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang
Menggalakkan Membaca 40
4.7 Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat membaca 41
4.8 Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca 43
4.9 Latar belakang Responden Berdasarkan Jenis Bahan Bacaan
Yang Paling Kerap Dibaca 44
4.10 Kekerapan Membaca akhbar 45
4.11 Alasan Tidak Membaca Akhbar 46
4.12 Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah 47
4.13 Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati 48
4.14 Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku 49
4.15 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku
Yang Paling Diminati 50
4.16 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca51
4.17 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara
Rumah Dengan Sumber Bahan Bacaan 53
5.18 Jadual Pendapatan Penjaga Dengan BiIangan Buku Yang Dibaca 56
5.19 Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah 58
5.20 Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca 59

7
SENARAI CARTA BAR

3.1 Jumlah Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Tahun 2010 25


4.2 Peratusan Responden Lelaki dan perempuan 35
4.3 Bilangan Pendapatan Keluarga 36
4.4 Pekerjaan Penjaga Responden 39
4.5 Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang
Menggalakkan Membaca 40
4.6 Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat membaca 42
4.7 Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca 43
4.8 Latar belakang Responden Berdasarkan Jenis Bahan Bacaan
Yang Paling Kerap Dibaca 44
4.9 Kekerapan Membaca akhbar 45
4.10 Alasan Tidak Membaca Akhbar 46
4.11 Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah 47
4.12 Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati 48
4.13 Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan
Membaca Buku 49
4.14 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku Yang
Paling Diminati 50
4.15 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca51
4.16 Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara
Rumah Dengan Sumber Bahan Bacaan 53
5.17 Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca 59

8
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu ayat pertama surah

al-Alaq ialah Iqra’ yang bermaksud Bacalah. Justeru Islam sendiri mengisyaratkan

budaya membaca sebagai salah satu dorongan ke arah menuntut ilmu.

Ahli falsafah Barat ada menyebut “knowledge is power” yang bermaksud

“pengetahuan itu kuasa”. Dengan adanya ilmu pengetahuan, manusia dapat

meningkat taraf kehidupan dengan lebih sempurna. Satu cara untuk mendapatkan

ilmu pengetahuan adalah melalui pembacaan. “Membaca Jambatan Ilmu”merupakan

ungkapan yang amat sesuai untuk merungkaikan persoalan menanam minat

membaca di kalangan pelajar kita pada hari ini.

Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Malaysia membaca hanya sehelai

muka surat setahun bagaimana pula golongan remaja. Bagi golongan pelajar pula,

mereka hanya membaca sekadar untuk menghadapi peperiksaan sahaja. Kian hari

kian merosotnya minat membaca dalam kalangan remaja hari ini, perkara ini perlu

ditangani dengan segera dan secara bijaksana.

Kerajaan dan pelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan

tabiat dan minat membaca. Perkara ini sentiasa dipandang serius oleh semua pihak,

9
kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara membangun yang

rakyatnya mesti boleh dapat bertanding dalam semua aspek kehidupan dengan

negara lain. Dalam memasuki era globalisasi pada saat ini, peranan membaca sangat

penting dalam kehidupan manusia. Kegiatan membaca diperlukan untuk mencapai

kemajuan dan kejayaan di bidang politik, sosial, ekonomi, dan kebudayaan.

Derasnya arus informasi dan komunikasi dewasa ini menyebabkan apa yang kita

ketahui hari ini, tentang kelmarin, mungkin tadi pagi atau tadi malam telah berubah.

Di sekolah rendah dan sekolah menengah, membaca masih lagi menjadi

perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca

dipandang sebagai penghalang kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita

sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagai

masyarakat yang berilmu dan maju. Jika dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum,

dan sukatan pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut

tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah. Malangnya isu dan masalah yang

sama dibangkitkan setiap tahun seperti pelajar tidak suka membaca, pelajar tidak

berminat membaca dan juga pelajar tidak mahu membaca.

Minat dan kebiasaan membaca murid yang masih rendah dapat dilihat melalui

beberapa indikator. Salah satu indikatornya adalah dari kegiatan yang cenderung

dilakukan pada waktu lapang, seperti pada saat mereka sebelum memulakan sesi

pembelajaran dan waktu rehat. Sekali pun disediakan bahan-bahan bacaan, hanya

sedikit sekali jumlah murid yang ingin untuk mengambil bahan bacaan yang

tersedia atau yang secara khusus dipinjam untuk dibaca di rumah.

10
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di Sekolah Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U) , sikap murid-murid Tahun Empat

terhadap minat membaca amat berkurangan. Implikasi terhadap minat yang kurang

ini menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mengalami prestasi

yang rendah. Penulisan akan sukar dilakukan .

Oleh itu saya mengambil tindakan dengan memilih tajuk ini bagi mencari satu

penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca. Kelemahan dalam penguasaan

bahasa dan kemahiran membaca oleh muird-murid bermula dari peringkat kanak-

kanak dan akan dibawa hingga ke peringkat dewasa. Kelemahan inilah yang

menyebabkan ada dalam kalangan murid-murid kita hanya membaca tetapi tidak

dapat memahami apa yang dibaca

Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah berdasarkan bahawa terdapat pelbagai

pendapat dan pemikiran mengapa minat baca dalam kalangan murid-murid Tahun

Empat masih rendah dan melakukan kajian mengenai faktor-faktor yang yang akan

dapat menciptakan keadaan yang mendorong seseorang untuk dapat secara teratur

dan membiasakan dirinya banyak membaca.

Berdasarkan pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah yang tidak

memberangsangkan adalah indikator kepada minat membaca yang rendah dikalangan

murid sekolah ini. Purata pinjaman buku dari Pusat Sumber sekolah hanyalah 10

naskhah seminggu. Berdasarkan pemerhatian juga mendapati penggunaan Pusat

Sumber sebagai pusat membaca tidak begitu optimum dan kadangkala tidak

digunakan langsung.

11
1.3 PERNYATAAN MASALAH

Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan yang

dilihat, dibaca, didengar dan ditonton. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi

seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk dan disemai sikap membaca

melalui amalan si ibu. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang

sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam persekolahan, amalan

membaca berterusan dan amat sinonim di dalam kehidupan.

Smith (1971) menyatakan bahawa membaca adalah suatu proses kognitif yang

kompleks. Pembaca bukan sahaja membaca dengan matanya sahaja tetapi juga

menggunakan otaknya. Pembaca yang cekap terlibat secara aktif dalam proses

membaca kerana ia berusaha mengaitkan apa yang terkandung dalam teks dengan

pengetahuan latar yang memang sedia ada dalam ingatannya.

Jika pengetahuan latar tidak mencukupi atau pembaca tidak tahu menggunakan

apa yang ada, akan menyebabkan kefahaman terjejas. Dallman (1982) menyatakan

membaca sebagai,

‘Reading as a process involving meaningful reaction to printed symbols ’

Berdasarkan ingin meningkatkan minat membaca inilah kajian yang bertajuk

Meningkatkan Minat Membaca Dalam kalangan Murid Tahun Empat di

Sekolah Kebangsaan Seroli dipilih.

Setelah dilakukan pemerhatian, perjumpaan dengan murid serta maklum balas

daripada guru Pusat Sumber Sekolah, minat membaca ini berkurangan kerana

beberapa faktor iaitu:

12
1.3.1 Pengaruh Keluarga

Menurut, Aprilia Purba (Kompas, 4 Januari 1997) dalam tulisannya yang

berjudul ”Through the Eyes of A Child terdapat tiga faktor yang mempengaruhi

seseorang membaca iaitu ketersediaan buku (accessibility of materials) hendaknya

dimulai di lingkungan keluarga kerana keluarga merupakan lingkungan pertama dan

utama seorang manusia.

Kemampuan membaca hendaknya juga menjadi perhatian dalam penyediaan

bahan-bahan bacaan (misalnya: tingkat kesulitan, mudah difahami, bahasa yang

sederhana), dan minat baca. Masalah ini jelas daripada soal selidik yang dilakukan

hampir 90 peratus keluarga tidak menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak

mereka.

1.3.2 Suasana Atau Lingkungan Membaca Yang Tidak Menarik

Faktor kemudahan infrastruktur juga menjadi penyumbang kepada kurangnya

minat membaca. Kemudahan seperti tempat membaca yang terdapat di luar

kawasan kelas tidak selesa.

Pemerhatian yang dibuat serta maklumbalas daripada murid mendapati 80%

murid menyatakan untuk mencari tempat duduk yang selesa tidak ada. Mereka

terpaksa duduk di tempat perhimpunan , di kaki lima sekolah untuk membaca. Ruang

Pusat Sumber yang kecil juga menyebabkan mereka kurang selesa untuk membaca.

1.3.3 Ibu bapa Kurang Menanamkan Budaya Membaca

Murid masakini ini umumnya kurang meminati buku, minat membaca tidak

menonjol, dan mereka lebih suka menonton televisyen. Membaca dilakukan terbatas

pada buku-buku pelajaran yang digunakan di sekolah.

13
Itu pun bagaikan terpaksa, kerana akan diadakan ulangan, atau kerana guru

memberi kerja rumah. Ketekunan membaca hanya dimiliki beberapa orang murid

saja di sekolah. Akibatnya, pengetahuan murid sangat terbatas, penguasaan bahasa

menjadi lambat bahkan kemampuan menangkap isi bacaan juga amat rendah.

Ini harus dijadikan suatu tanda dan peringatan bagi guru dan ibu bapa, bahawa

minat baca anak harus dipupuk, dikembangkan. Apabila minat membaca tinggi guru

akan lebih mudah dan ringan dalam melaksanakan tugasnya. Murid - murid akan

lebih aktif, mencari dan menggali pengetahuan. Mereka akan mengisi sendiri wadah

rasa ingin tahunya. Suasana kelas akan lebih hidup, murid belajar aktif di kelas dan

belajar akan lebih mempunyai makna.

1.3.4 Penglibatan Keluarga

Faktor yang lain adalah pengalaman stres anak-anak di sekolah. Ibu bapa jarang

terlibat untuk membantu anak dalam melakukan kerja sekolah di rumah mahupun

aktiviti belajar anak yang lain menyebabkan anak tidak mampu melakukan latihan

yang diberikan rumah.

Ketidakbiasaan membuat latihan ini menjadikan anak tidak terlatih sehingga

anak sering gagal dan ditertawakan bila membuat latihan di depan kelas. Dua hal

ini menjadikan anak juga mengalami stres. Ibu bapa juga akan bertambah stres ketika

dipanggil oleh pihak sekolah berkaitan dengan kemajuan pendidikan anak.

Stres dalam keluarga berinteraksi dengan stres dari luar lingkungan rumah

menimbulkan stress tingkat tinggi dalam diri ibu bapa. Hal ini menganggu waktu

ibu bapa dan perhatian mereka sehingga secara psikologi mereka tidak mampu untuk

terlibat menolong anak dalam aktiviti membaca.

14
Ketidakterlibatan ibu bapa dalam aktiviti membaca mengakibatkan minat

membaca anak tetap rendah (Grolnick , 1997). Penelitian Grolnick , ini berbeza

dengan hasil penemuan Morrow dan Young (1997) yang menemukan bahwa kegiatan

membaca bersama antara anak dan orang tuanya berpengaruh terhadap sikap dan

minat membaca anak-anak. Melalui program membaca bersama antara ibu bapa dan

anak, anak-anak menjadi suka mengisi waktu lapangnya dengan aktiviti membaca,

mereka suka membaca bersama orang dewasa yang lain, suka membaca majalah dan

buku-buku yang ada di rumah dan di perpustakaan sekolah.

Keadaan sosial ekonomi keluarga dalam penelitian Morrow dan Young juga

tergolong rendah, namun mereka merasa mendapat sokongan sosial melalui program

membaca bersama keluarga. Buku-buku dan perlengkapan membaca merupakan

dukungan instrumental untuk mendidik anak. Program latihan untuk ibu bapa agar

terlibat secara efektif dalam program membaca keluarga merupakan dukungan

informatif yang sangat berguna bagi orang tua untuk memberikan sokongan

penghargaan dan emosi kepada anak saat mereka membaca bersama.

1.3.5 Motivasi Ibu bapa

Cohen (1972) mendapati variable motivasi ibu bapa mempunyai hubungan

signifikan dengan aspirasi pendidikan anak. Sikap anak boleh dikatakan

menyerupai sikap ibu bapa, maka peranan ibu bapa amat penting dalam menentukan

pembelajaran anak agar berjaya.

Pendapat ini sejajar dengan pandangan Wilkins (1981) yang menyatakan bahawa:

“…the attitudes of children are almost always the attitudes of their parents also, so

that it could be said that the parents do much to determine the lack of success of their

children in learning…” (m.s.53)

15
1.3.6 Pengetahuan dan Pengalaman Sedia Ada

Marohaini Yusuf (1989) menyatakan bahawa pengetahuan dan pengalaman sedia ada

merupakan faktor penting yang membantu pertumbuhan dan penguasaan kebolehan

pelajar untuk membaca.

Pengetahuan dan pengalaman yang dimaksudkan ialah kesemua pengetahuan

dan pengalaman yang didapati dan dialami dalam hidup seseorang sama ada di

rumah, di sekolah atau di luar alam sekolah dan. Pengetahuan dan pengalaman yang

sedia ada akan menjadi asas kepada kemahiran membaca .

1.3.7 Kebolehan Berbahasa

Menurut Kamarudin Husin (1993), pelajar yang kurang penguasaan perbendaharaan

kata dan lemah tatabahasa, biasanya menghadapi masalah untuk membaca. Bahkan

dalam pembinaan karangan, kosakata yang digunakan amat terbatas.

Situasi ini berlaku kerana ianya berkaitan dengan kemahiran bertutur dan

mendengar. Pelajar yang lemah dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam

bahasa baku akan menghadapi masalah dalam pembelajaran bacaan. Kemahiran

inilah yang menyediakan asas yang kukuh bagi pelajar dan membolehkan mereka

berkomunikasi secara lisan atau tulisan dan seterusnya membaca.

1.3.8 Tidak Menguasai Kemahiran Membaca

Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai

sikap negatif terhadap bahan yang dibacanya. Sikap positif

terhadap membaca banyak bergantung pada pelajar mempunyai kesedaran

metakognitif tentang konsep seperti apakah itu membaca dan penyertaan mereka

dalam aktiviti membaca.

16
Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialah mewujudkan satu suasana

keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat dan

perasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Jika

menyuruh pelajar membina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang

minima, yang pentingnya ialah penyertaan dalam aktiviti membaca yang sebenar

dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.

1.3.9 Minat dan Motivasi

Menurut Kamarudin Husin (1993), pada kebiasaannya, seseorang itu akan

memberikan gerak balas yang lebih spontan dan bermakna jika bahan yang

dibacanya itu menarik minatnya. Malahan, sering didapati bahan-bahan yang

dianggap susah dapat dibaca dengan baik. Ini berdasarkan keinginan dan minat

pelajar untuk membaca.

Begitu juga, pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi untuk membaca akan

dapat memberi gerak balas yang positif terhadap bahan bacaan dan kegiatan

membaca. Marohaini Yusuf (1989) mengemukakan bahawa untuk memberi dorongan

dan memupuk minat serta kebiasaan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar, guru

perlu menyediakan iklim pembelajaran yang baik seperti berikut:

a. Menjadikan membaca sebagai kegiatan harian.

b. Mengadakan buku, majalah, surat khabar dan bahan-bahan bacaan lain di dalam

kelas.

c. Menggalakkan pelajar bercerita dan berkongsi pengalaman yang didapati

daripada membaca sebarang sumber bahan bacaan.

17
1.3.10 Struktur Cerita

Marohaini Yusuf (1989) menjelaskan pembacaan ke atas teks naratif adalah lebih

senang diingati dan difahami. Sebaliknya, teks yang menceritakan tajuk atau isi

dalam bentuk perincian, fakta demi fakta seperti yang didapati dalam bentuk

penulisan ekspositori adalah lebih sukar difahami. Kegagalan pembaca untuk

memahami struktur cerita sesuatu bahan yang dibaca akan menjejaskan kefahaman

pembacaan. Ini merupakan salah satu sebab mengurangkan minat membaca murid-

murid.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah berkaitan bagaimana mencari satu penyelesaian kearah

membina minat membaca disamping menjawab beberapa persoalan seperti

kurangnya minat membaca di kalangan pelajar. Persoalan inilah yang akan dijadikan

panduan bagi mencari penyelesaian dan masalah dalam penyelidikan ini. Antara

persoalan-persoalan yang perlu dicarikan penyelesaian adalah seperti berikut

1. Apakah halangan yang menyebabkan minat membaca dalam kalangan murid ini

rendah?

2. Apakah langkah yang sesuai dilakukan bagi meningkatkan minat membaca ini?

3. Siapakah yang perlu dilibatkan bagi mencari satu langkah penyelesaian ini?

4. Buku jenis manakah yang dapat menarik minat murid untuk membaca?

5. Faktor- faktor yang menyebabkan minat membaca kurang?

6. Adakah perbezaan yang signifikan diantara jantina dengan minat membaca?

18
1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Membaca adalah satu asas penting untuk menambahkan pengetahuan, meninggikan

tahap pendidikan, mengembangkan daya cipta yang kreatif, pengasas pendengaran

kritis serta memupuk pandangan dan nilai hidup yang luas. Ini bererti dengan

membaca seseorang itu dapat menghargai alam sekitar, masyarakat dan tamadun

dunia yang mempengaruhi hidupnya.

Memandangkan pentingnya kegiatan membaca ini menjadi amalan hidup

sesebuah masyarakat maka kegiatan ke arah memupuk minat membaca dan membina

budaya membaca adalah sesuatu yang harus direncanakan secara positif selaras

dengan perkembangan ilmu pengetahuan.

Untuk mencapai tahap pembacaan yang tinggi dalam kalangan pelajar-

pelajar, kelengkapan di perpustakaan perlulah dipertingkatkan serta bahan bacaan

dalam pelbagai bidang amat diperlukan.

1.5.1 Mengenal pasti bahan bacaan yang digemari dan tajuk-tajuk yang menarik

perhatian pelajar.

1.5.2 Menentukan tahap minat membaca di kalangan pelajar dan peratus membaca

buku, majalah dan akhbar.

1.5.3 Menentukan signifikan di antara fakor persekitaran iaitu kemudahan

mendapatkan sumber bahan bacaan dan lokasi tempat tinggal pelajar dengan

minat membaca buku, majalah dan akhbar.

1.5.4 Mengenalpasti halangan kepada minat membaca.

19
1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan kepada murid-murid Tahun 4 yang mempunyai seramai 30

orang respondan. Kajian ini hanya melibatkan murid dari Sekolah Kebangsaan

Seroli, 31100 Sungai Siput (U), Perak. Sekolah ini terletak dalam daerah Kuala

Kangsar . Kebanyakkan murid ini mempunyai minat yang kecil terhadap membaca

sama ada bahan melibatkan buku akademik , majalah di Pusat Sumber atau bahan

yang dijual di sekolah. Pengenalpastian minat membaca adalah daripada temubual,

pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah dan juga dapatan daripada Guru Kelas.

1.7 DEFINISI ISTILAH

Pengkajian ini melibatkan beberapa istilah yang perlu diperjelaskan kajian yang

dilakukan lebih tepat . Istilah ini adalah merupakan tajuk bagi penyelidikan ini iaitu

Meningkatkan Minat Membaca Dalam Kalangan Murid Tahun Empat di Sekolah

Kebangsaan Seroli.

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud bertambah

banyak, naik sedikit demi sedikit atau naik makin tinggi

Minat pula adalah kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu. Minat

membaca merupakan kemampuan seseorang berkomunikasi dengan diri sendiri

untuk menangkap makna yang terkandung dalam tulisan sehingga memberikan

pengalaman emosi yang didapait. akibat dari bentuk perhatian yang mendalam

terhadap makna bacaan

Membaca pula merujuk kepada memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau

tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Harris dan Sipay

(1980) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapat interpretasi

yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

20
Minat membaca adalah sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk

menganalisa dan mengingat serta mengevaluasi bacaan yang telah dibacanya, yang

merupakan pengalaman belajar menggembirakan dan akan mempengaruhi bentuk

serta intensiti seseorang dalam menentukan cita-citanya kelak dimasa yang akan

datang, hal tersebut juga adalah sebahagian dari proses pengembangan diri yang

harus sentiasa diasah sebab minat membaca tidak diperoleh dari lahir. (Petty &

Jensen, 1980; Hurlock, 1993). Membaca bermaksud membunyikan huruf-huruf

yangg ditulis, melihat dan memahami apa-apa yang tertulis.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini diharapkan akan mencetuskan satu maklumat yang penting bagi

a) Meningkatkan tahap minat membaca di kalangan murid

b) Memberi satu input bagi melaksanakan program membaca dikalangan murid

c) Mempelbagaikan kaedah atau strategi meningkatkan minat membaca di

kalangan murid

d) Kajian ini juga diharap dapat memberikan makluat minat jenis buku apakah

yang murid minati .

1.7.1 Kaedah Kajian

Kajian ini dilakukan dalam kalangan murid tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seroli

Sungai Siput (U) yang diambil seramai 30 orang responden . Kajian dilakukan secara

pemerhatian , instrument kajian dan juga temubual.

21
1.9 RUMUSAN

Kajian ini merupakan suatu tinjauan melalaui pengamatan, pemerhatian dan

beberapa instrument bagi mengkaji masalah kurangnya minat membaca dalam

kalangan murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seroli. Kajian ini diharapkan agar

dapat mencari penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca disekolah ini.

22
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Membaca merupakan kegiatan yang sangat mendasar sifatnya dan merupakan fitrah

manusia. Dalam terminologi Islam, membaca identiti dengan kemampuan seseorang

untuk memahami sesuatu yang tersurat (kauliyah) dan bersifat tersirat (kauniyah).

Minat membaca murid sekolah masih rendah dan belum ada cara yang efektif untuk

meningkatkannya. Kajian ini bagi mencari satu kaedah untuk meningkatkan minat

membaca dalam kalangan murid sekolah ini.

23
2 .2 LITERATURE BERKAITAN

Minat membaca ini berkait rapat dengan beberapa masalah ataupun halangan yang

dihadapi oleh murid. Oleh itu beberapa aspek penting yang akan dikaji dalam kajian

ini. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam ataupun luar negara menampakkkan

faktor kurangnya minat membaca dalam kalangan masyarakat.

2.3 KAJIAN DALAM NEGARA

Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status

sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam

bacaan ( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Pelajar daripada keluarga

status ekonomi lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik

berbanding dengan pelajar daripada status sosioekonomi yang lebih rendah.

Pada umumnya murid-murid di bandar menunjukkan kadar pembacaan yang

lebih tinggi daripada murid-murid luar bandar. Di Malaysia satu kajian telah

dijalankan oleh Kibat (1978), ke atas penduduk-penduduk Melayu di luar bandar di

Negeri Selangor. Kajian yang dilakukan secara temuramah di dua puluh lima

kawasan pendalaman itu menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar

bandar di Selangor membaca akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca

buku.

Beliau juga merumuskan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di

antara pendapatan dan pekerjaan dengan minat membaca buku tetapi tidak dengan

majalah atau akhbar. Walau bagaimanapun umur mempunyai hubungan yang

signifikan dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Beliau juga mendapati

sumber bahan bacaan yang ada menentukan jenis bahan bacaan yang dipilih.

24
Dalam satu kajian lain Mohd. Hamdan (1994) dengan bantuan pelajar-pelajar

Sebaran Am, ITM, telah membuat kajian minat membaca ke atas 200 responden di

Lembah Kelang. Kaedah yang digunakan ialah persampelan secara rawak dengan

borang soal selidik. Sebanyak 60 peratus responden adalah Melayu, 15 peratus

Cina, 14 peratus India dan 11 peratus adalah lain-lain bangsa. Keputusan

menunjukkan bahawa 100% responden membaca akhbar, 94% responden

menunjukkan minat membaca majalah dan 93% responden menyatakan bahawa

mereka membaca buku.

Satu kajian telah dijalankan ke atas dua buah kampung di Ulu Trengganu

untuk menilai taraf kenal huruf dan perkaitannya dengan taraf sosioekonomi. Wan

Abdul Manan Muda (1985), mengkaji ke atas 107 orang responden Melayu yang

sumber ekonominya ialah pertanian. Beliau mendapati 50% responden mengalami

buta huruf dan wanita lebih tinggi peratusnya daripada lelaki. Keputusan juga

memaparkan bahawa umur boleh menentukan taraf kenal huruf tanpa mengira

jantina iaitu umur muda taraf kenal hurufhya tinggi. Juga didapati bahawa

pendapatan dan kenal huruf adalah berkait rapat.

Sementara itu dalam satu kajian yang lain ke atas penduduk Malaysia yang

berumur 16 hingga 60 tahun Professor Dr. Atan Long (1984), mendapati bahawa

97% daripada penduduk Malaysia pernah membaca akhbar dalam tempuh enam

bulan, 67% pemah membaca buku dan 42% pemah membaca majalah. Di antara

mereka yang tidak membaca akhbar, 41% memberi alasan tiada masa, 12% tidak

berminat dan 10% menyatakan kerja lain lebih penting serta sukar mendapatkan

akhbar. Mereka yang tidak membaca majalah pula, 49% memberi alasan tiada masa,

23% tidak berminat dan 8% menyatakan kerja lain lebih penting dan sukar

mendapatkan majalah.

25
Mereka yang tidak membaca buku pula, 59% memberi alasan tiada masa,

11% tidak berminat dan 7% menyatakan kerja lain lebih penting serta sukar untuk

mendapatkan buku.

Sapiah Hamid (1987) menjalankan kajian terhadap minat membaca dalam

kalangan murid tahun IV berdasarkan pemilihan bahan bacaan. Sampel kajian

adalah terdiri daripada 166 orang murid Tahun Empat di Subang Jaya. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa:

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam bilangan buku cerita yang dibaca

sebulan mengikut jantina, penguasaan bahasa, tahap pendidikan bapa, jenis

pekerjaan bapa dan tingkat pendapatan bapa.

2. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam sumber mendapatkan buku-buku cerita

yang dibaca mengikut penguasaan bahasa, tahap pendidikan bapa, jenis pekerjaan

bapa dan tingkat pendapatan bapa.

3. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat dengan pemilihan isi

kandungan buku sebelum membaca buku-buku, kajian berdasarkan jantina,

penguasaan bahasa dan tingkat pendapatan bapa.

Ab. Latif dan Noran Fauziah (1992), menjalankan kajian ke atas 177 orang

pelajar Melayu Tahun Tiga daripada SRK di Melaka mendapati minat membaca

mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian bacaan mekanis. Murid

yang memiliki skor minat membaca tinggi memperolehi skor yang tinggi dalam

bahagian penyebutan dan pemahaman. Berdasarkan pengelompokan murid kepada

peringkat minat membaca, kebanyakan murid (67%) berada dalam kumpulan minat

membaca sederhana.

26
Bilangan murid yang tergolong dalam kumpulan peringkat minat membaca

tinggi seramai 27% manakala mereka yang berada dalam kumpulan peringkat minat

membaca rendah kecil bilangannya (6%). Data ini menggambarkan kebanyakan

murid sudah mempunyai minat yang positif terhadap membaca. Perkara yang

kurang ialah kebanyakkan murid belum sampai ke tahap minat membaca yang

membolehkan mereka menjadikannya sebagai satu tabiat atau kebiasaan. Minat

membaca mereka belum kukuh dan memerlukan bantuan ibu bapa serta guru untuk

membimbing, merangsang dan menggalakkan mereka membaca dengan lebih giat

lagi.

2.4 KAJIAN LUAR NEGARA

Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini kerana

masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru.

Jones (1986) membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga,

Empat dan Lima untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901

orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309

orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki

memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita

fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau

mendapati kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi.

Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid

darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca

dengan persekitaran.

Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah

memberi kesan yang positif ke atas pembacaan kanak-kanak.

27
Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan

tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke

atas pembacaan kanak-kanak.

Kajian Fitzgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Peranchis, ke atas anak-

anak remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih

tinggi daripadaibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang

tinggi dalam peristiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah.

Mereka juga lebih mempercayai berita daripada televisyan berbanding dengan

akhbar. Namun begitu satu daripada empat pelajar-pelajar sekolah tinggi didapati

membaca akhbar setiaphari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan

49%, pendidikan danperkembangan 36% dan persekitaran 27 %.

Schorrp (1986) yang menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang

murid darjah empat mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid

lelaki dan perempuan dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan membaca

juga bergantung kepada kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa,

pekerjaan bapa dan persekitaran di rumah.

Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika

berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang mempengaruhi

bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur,

kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa.

Moore (1992) menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika,

mendapati bahawa cara kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru

mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak

tersebut.

28
Manakala Bonacci (1993), telah membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah

enam yang berkemahiran membaca dan tidak berkemahiran membaca. Seramai enam

puluh lima kanak-kanak telah disuruh membaca lapan petikan sains yang pendek dan

kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat. Beliau mendapati bahawa

kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang lebih

baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi

perbendaharaan kata dan daya mengingat.

2.5 RUMUSAN

Kajian Literature membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-

pengkaji. Kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenalpasti

kelemahan-kelemahan ataupun penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak

langsung dapat dijadikan panduan untuk menanam minat membaca dalam kalangan

murid-murid sekolah bahkan dalam kalangan masyarakat. Faktor-faktor yang

dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan

untuk memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid

untuk meneruskan minat membaca

Secara umumnya banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca

dikalangan murid sekoah ini. Adalah diharapkan dengan kajian ini dapatlah memberi

satu input untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid . Peranan

pelbagai pihak juga amat penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam

kalangan masyarakat.

29
Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.

Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada diperingkat

kebangsaan ataupun antarabangsa. Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari

luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih

mampu dibeli.

Selain bahan dari luar negara, kerajaan juga memberikan insentif khas kepada

penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku.

Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan

sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah

perkhidmatan perpustakaan bergerak.

Di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minat pelajar

membaca. Pusat Sumber Sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang

selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang

mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja. Sudut bacaan harus diwujudkan di

sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut

untuk aktiviti membaca. Program yang berkaitan dengan membaca harus

diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.

Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik

untuk diikuti oleh anak-anak. Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk

aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan

yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang

mengamalkan budaya membaca..

30
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini adalah merupakan bahagian metodologi kajian yang menerangkan cara

bagaimana kajian dilaksanakan, kawasan kajian, responden kajian, instrumen yang

digunakan dan cara bagaimana data yang diperolehi dianalisis. Bahagian ini juga

membincangkan mengenai kaedah penyelidikan yang meliputi rangka kerja teori

dan reka bentuk kajian. Konsep rangka kerja teori menerangkan angkubah yang

terlibat manakala reka bentuk kajian meliputi kaedah kajian, latar belakang kajian

dan kaedah menganalisis data. Berikutnya bab ini menerangkan tatacara populasi

dan persampelan, serta pengubahsuaian instrumen yang digunakan.

31
3.2 REKABENTUK KAJIAN

Mengikut Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan

kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga

membolehkan pengkaji membuat soalan soal-selidik yang mempunyai kesahihan,

menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian.

Kajian ini juga djalankan secara kualitatif yang bertujuan untuk meninjau

minat membaca dalam kalangan murid-murid dan kaitannya dengan pendapatan ibu

bapa, jantina, umur, pengaruh rakan sebaya, lokasi dan kemudahan sumber bahan

bacaan yang didapati. Dalam usaha untuk mendapatkan data serta maklumat yang

diperlukan bagi menjayakan kajian ini, kaedah soal selidik digunakan.

Soalan-soalan telah dibentuk dengan khusus berdasarkan pengalaman dan

pembacaan yang telah dilakukan oleh responden untuk memperolehi data yang

diperlukan bagi maksud kajian. Pada asasnya data diperolehi melalui soal selidik ke

atas pelajar-pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Seroli. Dalam soal selidik

ini, soalan struktur, pemerhatian dan data pinjaman buku dari Pusat Sumber Sekolah

digunakan. Soalan struktur memerlukan responden memberi keterangan mengenai

cadangan soalan yang dikemukakan.

Berdasarkan temubual dan juga analisa pinjaman buku dari Pusat Sumber

sekolah didapati minat membaca bagi murid Tahun Empat ini amat kurang. Pelajar

cenderung untuk masuk ke Pusat Sumber hanya sekadar menonton televisyen dan

juga berbual-bual sahaja. Jadual 3.1 dan graf 3.1 di bawah menunjukkan jumlah

pinjaman buku daripada Pusat Sumber Sekolah dari bulan Januari hingga September

2010.

32
Jadual 3.1: Bilangan Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah

Carta 3.1:Bilangan Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah

Graf 1 : Graf Penurunan Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah

33
Berdasarkan dapatan tersebut , beberapa langkah atau perancangan perlu

dibuat bagi meningkatkan minat membaca bagi murid Tahun Empat. Teori

Behaviurisme amat sesuai digunapakai. Behavioris berpendapat pembelajaran

adalah perilaku yang diperhatikan secara luaran. Pembelajaran dikatakan berlaku

apabila terdapat pertalian antara R-G iaitu rangsangan (R) dan gerakbalas (G).

Menurut Skinner (1965) apabila terdapat rangsangan dan gerakbalas secara

berulang maka akan berlakulah pembelajaran. Beliau mengemukakan teori

pelaziman operan iaitu tingkahlaku yang diikuti dengan pengukuhan akan menjadi

pelaziman. Sekiranya pengukuhan positif diberikan, maka tingkah laku itu akan

dilakukan berulang-ulang dan akan menjadi pembiasaan. Menurut Teori

Behaviurisme ini beberapa pendekatan boleh dilakukan oleh guru agar murid Tahun

Empat ini dididik untuk menimbulkan minat membaca di sekolah .

a) Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Murid diajak bersama-sama ke Pusat Sumber untuk membaca buku dan membuat

ringkasannya. Hasil daripada ringakasan bacaan, guru disarankan kepada murid

untuk bercerita di depan kelas isi buku yang telah dibaca.

Selain itu, guru dapat juga memberikan tugas kepada murid untuk membuat

karangan tentang topik tertentu yang secara tidak langsung akan menyebabkan murid

banyak membaca buku-buku rujukan dan berbagai sumber lainnya yang relevan.

Galakan berupa hadiah bagi murid yang melakukan tugasan dengan baik diberikan.

34
b) Projek NILAM

Menjelang 1998, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan satu

program bacaan yang dikenali sebagai Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan

Membaca). Menurut buku Program NILAM : konsep dan pelaksanaan di sekolah

(1998), program ini merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan

membaca yang pernah dijalankan di sekolah-sekolah dengan memberi pengiktirafan

yang sesuai.

Ia adalah suatu pendekatan penggalakan penyuburan tabiat membaca yang

berterusan memandangkan generasi pada masa kini lebih tertarik pada upah dan

ganjaran sekiranya melakukan sesuatu.

Sebagai dorongan untuk memupuk minat membaca, pihak perpustakaan

boleh mengadakan hadiah yang istimewa kepada pelajar-pelajar yang mempunyai

rekod pembacaan yang terbanyak. Pelajar-pelajar juga boleh diuji melalui

pertandingan membaca.

c) Ceramah Kesedaran Membaca

Selain itu, pihak sekolah juga harus mengadakan ceramah kesedaran membaca di

sekolah untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Minggu yang tertentu

juga patut ditetapkan sebagai “Minggu Membaca” oleh pihak sekolah. Sepanjang

“Minggu Membaca” ini.

Pelbagai aktiviti perlu diadakan seperti pertandingan membaca yang bertujuan

untuk menyuburkan minat membaca di kalangan pelajar harus diadakan, bak kata

pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya

35
d) Peranan Ibu bapa

Peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca di kalangan anak-anak amatlah

penting. Ibu bapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca untuk menunjukkan

teladan yang baik kepada anak-anak mereka, ini secara tidak langsung menimbulkan

minat kepada anak-anak ini untuk membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan

suasana yang akan membiasakan diri kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku

dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada

bahan-bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Pemilihan memilih hadiah yang

sesuai untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang

mempunyai ilustrasi gambar. Lama-kelamaan, minat membaca akan tertanam dalam

sanubari anak-anak mereka secara automatik.

e) Pemilihan Jenis Buku

Pemupukan minat membaca dalam kalangan murid-murid oleh ibu bapa ini juga

dengan cara menentukan buku sebagai keperluan keluarga dan mewujudkan suasana

keseronokan membaca dengan:

i. Membeli bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat khabar untuk bacaan

bersama-sama anak-anak di rumah.

ii. Membaca bersama-sama anak-anak mereka.

iii. Memberikan buku sebagai hadiah kepada anak-anak pada hari-hari istimewa

seperti hari lahir.

iv. Membawa anak-anak ke perpustakaan dan membawa anak-anak ke

pesta-pesta buku.

36
f) Penggunaan Komik

Salah satu kaedah yang mungkin dianggap remeh atau melucukan oleh ibu bapa

dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka ialah

penggunaan komik sebagai medium pengetahuan.

Komik merupakan satu cabang seni yang sepatutnya dilihat sebagai satu genre

sastera. Melalui media ini, pelukis dapat mengungkapkan idea, kritikan, perasaan,

pentafsiran, penganalisaan, penghayatan, wawasan dan sebagainya secara

perlambangan.

Malahan pandangan positif terhadap komik boleh mendorong pembacaan

terbukti di Amerika Syarikat dan Jepun. Di kedua-dua negara tersebut, buku komik

yang bermutu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan tambahan di

sekolah rendah disebabkan tarikan lukisan dan lakaran komik ke atas kanak-kanak.

Dalam meletakkan asas pembudayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak

dan berterusan ke peringkat remaja, peranan ini harus dimainkan oleh para ibu bapa

dan guru. Ibu bapa bukan sahaja mesti membaca bersama-sama anak, tetapi juga

membimbing mereka membuat analisis, klasifikasi dan lain-lain dan proses ini dapat

dilakukan amat berkesan dengan komik. Oleh sebab itulah komik digunakan sebagai

bahan bacaan tambahan sekolah di Amerika Syarikat dan Jepun.

g) Pertandingan Mengarang

Pertandingan mengarang juga boleh menarik minat pelajar-pelajar membaca.

Tajuk-tajuk pertandingan mengarang mestilah mencabar supaya pelajar-pelajar akan

merujuk kepada buku-buku dan seterusnya akan berjinak dengan perpustakaan.

37
h) Peranan Masyarakat

Selain itu, peranan masyarakat setempat juga adalah perlu dalam memupuk budaya

membaca dalam kalangan murid-murid ini. Masyarakat tanpa mengira tempat boleh

menubuhkan perpustakaan bagi memudahkan penduduk yang berhampiran datang

untuk membaca atau meminjam buku. Usaha ini boleh dilakukan dengan kerjasama

Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).

Masyarakat kini mungkin boleh mengambil contoh masyarakat di sebuah

bandar di Amerika Syarikat iaitu bandar Michigan apabila masyarakat di tempat

tersebut telah mengadakan satu program yang diberi nama ‟Born to Read‟. Dalam

program tersebut setiap bayi yang dilahirkan di hospital akan dihadiahkan sebuah

buku dan sudah tentu buku tersebut merupakan buku pertama dalam kehidupan bayi

tersebut. Malahan ibu bapa tersebut akan menerima satu senarai cadangan cara

menyemai minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.

3.2 POPULASI DAN SAMPEL

Kajian tentang minat membaca di kalangan pelajar-pelajar di Kebangsaan Seroli,

Sungai Siput (U) iaitu meliputi Kelas tahun Empat. Bagi melaksanakan kajan ini

persampelan secara rawak dgunakan..

Bagi mengkaji sampel kajian beberapa langkah perlu dilakukan

1 Mengenalpasti terlebih dahulu populasi ( murid )

2 Bilangan populasi ditentukan dahulu

3 Menentukan saiz sampel agar tidak terlalu ramai

38
Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi adalah kumpulan sasaran

pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Sampel

kajian pula merujuk kepada responden-responden kajian yang dipilih utntuk

mewakili sesuatu populasi

Populasi responden yang diambil adalah dalam kalangan murid Tahun

Empat. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai kecerdasan . Ini adalah bagi

melihat pada aliran minat membaca dikalangan mereka dan jenis bahan bacaan

yang digunakan. Murid Tahun Empat seramai 30 orang. Jumlah yang terlalu ramai

bagi persampelan akan melibat data yang dipilih terlalu banyak. Oleh itu hanya

seramai 30 orang sahaja dipilih. Pemilihan respondan juga melibatkan pelbagai latar

belakang

Populasi yang dipilih daripada murid Sekolah Kebangsaan Seroli Sungai

Siput (U) yang mempunyai bilangan seramai 70 orang. Bilangan yang terlalu ramai

untuk persampelan ini dikecilkan lagi mengikut kaedah Persampelan Rawak Mudah.

Kaedah ini memerlukan proses pemilihan sampel di mana setiap individu berpeluang

untuk dipilih sebagai sampel. Jumlah sampel dihadkan kepada seramai 30 orang

sahaja. Kaedah ini merupakan terbaik bagi melihat aliran minat murid terhadap minat

membaca.
Jantina Jumlah
Tahun
Lelaki Perempuan
1 10 3 13
2 12 10 22
3 15 10 25
4 12 15 27
5 12 11 23
6 10 11 21

Jadual 3. 2 Bilangan Murid Sekolah Kebangsaan Seroli

39
3.4 INSTRUMEN

Dalam penyelidikan satu soal selidik telah dibentuk untuk mengumpulkan data yang

diperlukan. Item-item yang dibina dalam soal selidik adalah terdiri daripada tiga

bahagian. Bahagian A dan B. Bahagaian C adalah kaji selidik bagi mengenal

butir-butir pengenalan responden atau latar belakang demografi murid yang

mempunyai sebelas item.

Bahagian B bemula daripada item 12 hingga ke item 50 adalah butir-butir

pembacaan akhbar, majalah dan buku termasuk faktor yang menggalakkan

pembacaan. Di antara yang disentuh ialah jenis bahan bacaan yang dibaca, alasan

tidak membaca, aktiviti selepas membaca, kegiatan masa lapang, kemudahan bahan

bacaan dan topik kegemaran. Semua maklumat yang diperolehi disemak untuk diberi

kod-kod tertentu.

Manakala bahagian C bermula daripada item 5 1 hingga 71 adalah mengenai

tahap minat pembacaan akhbar, majalah dan buku. Terdapat 21 kenyataan mengenai

minat membaca yang dinyatakan secara positif dan negatif berdasarkan Skala

Likert seperti berikut:

1 = Saya sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.

2 = Saya tidak setuju dengan kenyataan ini.

3 = Saya tidak pasti dengan kenyataan ini.

4 = Saya setuju dengan kenyataan ini.

5 = Saya sangat setuju dengan kenyataan ini..

Instrumen yang digunakan adalah berpandukan temubual, sola selidk,

pemerhatian dan juga data daripada pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah.

Pemerhatian dijalankan semasa kelas Pusat Sumber dan instrument untuk sampel

responden (Rujuk Lampiran ).

40
Soal Selidik instrumen ini digunakan bagi mendapatkan data yang tepat.

Kaedah kualitatif digunakan. Bagi soal selidik beberapa soalan telah disediakan bagi

memudahkan responden menjawab.Soalan jenis tertutup digunakan dimana hanya

ada dua jawapan sahaja sama ada Ya ataupun Tdak. Ini memudahkan pengumpulan

data . Skala angka digunakan.

Instrumen kedua yang digunakan adaah temuduga. Ianya melibatkan

komunikasi dua hala antara responden dengan penyelidik. Setiap jawapan dicatatkan

bagi melihat aliran minat membaca murid. Temuduga yang dilakukan adalah dalam

bentuk kumpulan..

Instrumen ketiga adalah Instrumen Pemerhatian . Ianya bagi melihat

bilangan buku yang pinjam daripada Pusat Sumber Sekolah. Jumlah buku yang

dipinjam, jenis buku yang dipinjam juga akan melihat aliran minat membaca dalam

kalangan murid Tahun 4. Instrumen ini menggunakan kaedah kualitatif. Borang

data disediakan.

3.5 KAJIAN RINTIS

Bagi mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini kajian rintis

digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden tidaklah

mengikut jumlah responden sebenar. Menurut “Cohen”,“Manion”dan

“Morrison”(2000)”, fungsi kajian rintis in ke atas soal selidiki adalah bagi

menyemak kejelasan dari segi spek-aspek, arahan dan susunatur soal selidik tersebut.

Ia juga bagi mendapat maklumbalas tentang keesahan dan kebolehpercayaan

terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis ini saya telah

memilih seramai 20 orang responden dari kelas Tahun 3 dan instrumen kajian yang

sama digunakan.

41
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Soal selidik pungutan data temubual dan pemerhatian digunakan bagi kajian ini,

Borang dibentuk ini secara tidak langsung dapat membantu mengumpulkan data

serta maklumat yang diperlukan. Secara tidak langsung guru tersebut dalam

mengumpul maklumat dan masalah kajian dibuat. Pemerhatian atas responden

dibuat melalui pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah. Data yang dikumpul dianalisa

secara kualitatif. Semua borang soal selidik yang telah dikembalikan oleh responden

perlu disemak terlebih dahulu bagi memastikan supaya responden mengikut arahan

yang dikeluarkan.

3.7 CARA PENGANALISAAN DATA

Data yang dikumpul dan dianalisa secara kualitatif . Kekerapan dan peratusan

digunakan bagi melihat aliran responden. Kaedah kualitatif memerlukan

penghuraian data yang berbeza dengan tidak menggunakan nombor untuk

mewakilkan idea-idea tetapi menggunakan huraian yang panjang. Ia menggunakan

penganalisaan secara deskriptif.

3.8 RUMUSAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau minat membaca dalam kalangan murid-

murid Sekolah Kebangsaan Seroli dan kaitannya dengan umur, jantina, pendapatan

penjaga, lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan. Kajian rintis telah dijalankan

terhadap 12 orang pelajar bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat pada

borang soal selidik. Setelah dibaiki, ianya dicetak dan digunakan dalam kajian

sebenar .

42
BAB 4

ANALISIS DATA

PENDAHULUAN

Dalam bab ini akan membincangkan hasil dapatan secara teperinci terhadap

keputusan keputusan yang didapati hasil daripada maklumbalas responden. Hasil

dapatan ini akan digunakan untuk perbincangan. Lima pembolehubah bebas iaitu

pendapatan ibu bapa, jantina, lokasi dan kemudahan bahan bacaan. Semua

pembolehubah ini akan dibincangkan berdasarkan dapatan dalam bentuk jadual dan

peratusan. Penerangan dibuat dalam bentuk data dan secara deskriptif. Berdasarkan

analisis data inilah akan didapati apakah pengaruh jantina, pendapatan ibu bapa atau

penjaga, lokasi ataupun kemudahan bahan bacaan memainkan peranan yang besar

dalam mempegaruhi minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat ini. Selain

itu untuk mengenali latar belakang murid profil responden digunakan. Profil inilah

yang secara sedikit akan dapat mengesan peranan diri pelajar terhadap minat

membaca.

43
4.1 Profile Responden

Bahagian ini akan membincangkan demografi berdasarkan jantina, pendapatan ibu

bapa dan lokasi tempat tinggal.

4.1.1 Analisis Latarbelakang Responden

Jantina Bilangan (N=30 ) Peratusan

Lelaki 13 43

Perempuan 17 57

Jadula 4.3 :Latar belakang Responden berdasarkan jantina

Carta 4.2 : Peratusan Responden Lelaki dan perempuan

Jadual 4.3 dan carta peratusan 4.2 di atas menunjukkan seramai 13 orang adalah

murid lelaki yang mewakili 43 peratus dan 17 orang murid perempuan yang

mewakili 57 peratus. Responden perempuan lebih ramai daripada responden lelaki.

Hampir keseluruhan responden merupakan murid yang tinggal di kawasan

luarbandar atau kawasan kampung. Lokasi beginilah yang banyak mempengaruhi

minat membaca dalam kalangan murid Tahun Empat yang dikaji.

44
4.1.2 Latarbelakang Responden berdasarkan Pendapatan Penjaga

Jadual 4.4 :Jadual Berdasarkan Bilangan Pendapatan Keluarga

Carta 4.3 : Bilangan Pendapatan Keluarga dan Peratusan

Berpandukan jadual 4.4 dan carta 4.3 dalam bentuk peratusan dan bilangan di atas,

pendapatan penjaga responden telah dikategorikan kepada 5 kategori Ini bagi

memudahkan penganalisaan data. Seramai 10 orang responden yang mewakili 33.3

peratus adalah daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM300.

Pekerjaan bagi keluarga ini adalah nelayan kerana penempatan responden adalah

hampir dengan Sungai Perak.

45
Lapan orang pula adalah dari golongan keluarga yang berpendapatan antara

RM300 hingga RM499 yang mewakili 26.7 peratus daripada keseluruhan bilangan

responden. 5 orang pula mewakili keluarga yang berpendapatan antara RM500

hingga RM699 dan peratusannya adalah 16.7 peratus.

Sementara itu, seramai 3 orang yang mewakili 10 peratus adalah dari

kalangan keluarga yang berpendapatan RM700 hingga RM899. RM900 hingga

RM1000 seramai 4 0rang yang mewakili 13.3 peratus daripada kesseluruhan

responden.

4.1.3 Latarbelakang Responden bardasarkan Pekerjaan Penjaga

Latarbelakang Responden berdasaran pekerjaan penjaga adalah analisis untuk

melihat bilangan dan peratusan pekerjaan penjaga respondan. Perkaitan antara

pekerjaan penjaga banyak memberi impak terhadap minat membaca murid-murid ini.

Pekerjaan Penjaga Bilangan (N=30) Peratusan

Nelayan 3 10.0

Penoreh Getah 15 50.0

Pekerja Industri 5 16.7

Kakitangan Kerajaan 2 6.7

Lain-lain 5 16.7

Jadual 4.5 : Pekerjaan Penjaga Responden

46

Membaca akhbar
Carta 4.4 : Pekerjaan Penjaga Responden

Berpandukan Jadual 4.5 dan juga carta 4.4 pekerjaan penjaga responden , penyelidik

akan dapat membuat kesimpulan kenapakah minat membaca dalam kalangan murid

Tahun Empat kurang. Nelayan menyumbangkan seramai 10 peratus atau tiga orang

dari segi pekerjaan penjaga.

Pendapatan penjaga daripada pekerjaan penoreh getah adalah seramai 15

orang ataupun 50 peratus . Ini kerana persekitaran responden adalah kawasan

kampung yang mempunyai kawasan atau ladang getah sendiri.

Pekerja Industri bagi penjaga respoden adalah 2 orang atau 16.7 peratus

sementara kerja-kerja lain adalah 5 orang ataupun 16.7 peratus.

47
4.2 Laporan Kajian Dapatan

Bahagian ini membincangkan latarbelakang responden berdasarkan butir-butir

pembacaan. Ianya melibatkan minat untuk membaca kepada murid-murid. Ianya

secara tidak langsung juga mempengaruhi faktor untuk membaca, tujuan membaca

dan bahan yang paling kerap dibaca oleh seseorang pelajar.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi minat membaca terhadap

responden ini. Jadual di bawah menunjukkan faktor-faktor yang menggalakkan

membaca dalam kalangan murid Tahun Empat.

4.2.1 Faktor Penggalak Membaca

Faktor Penggalak Bilangan (N=30) Peratusan

Ibubapa 5 16.7

Guru 10 33.3

Kawan 3 10.0

Diri Sendiri 5 16.7

Abang atau kakak 5 16.7

Datuk 2 6.7

4.6 : Jadual Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang Menggalakkan

Membaca

Carta 4.5 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Yang


Menggalakkan Membaca

48
Berdasarkan jadual 4.6 serta carta peratusan 4.5 di atas terdapat enam faktor utama

yang mempengaruhi minat membaca responden iaitu ibubapa, guru, kawan-kawan,

diri sendiri, abang atau kakak dan bilangan sedikit adalah daripada datuk.

16.7 peratus atau 5 orang mewakili keseluruhan bilangan responden

mendapat galakkan daripada ibubapa responden. Guru pula mewakili 10 orang atau

33.3 peratus yang dijadikan faktor pendorong membaca. 10.0 peratus atau 3 orang

adalah mendapat galakkan daripada kawan-kawan sementara faktor penggerak diri

sendiri adalah seramai 5 orang atau 16.7 peratus. Angka yang sama juga mewakili

abang dan kakak. Datuk adalah bilangan yang paling sedikit mendorong responden

untuk membaca iaitu 2 orang sahaja ataupun 6.7 peratus.

4.2.1 Faktor Bahan Bacaan Yang Mempengaruhi Minat membaca

Faktor Penggalak Bilangan (N=30) Peratusan

Pusat Sumber 8 26.7

Bahan bacaan 1 3.3

Jenis bahan bacaan 4 13.3

Kedai buku 1 3.3

Ingin tahu 2 6.7

Peperiksaan 7 23.3

Pertandingan 4 13.3

Tempat bacaan 3 10.0

Jadual 4.7 : Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat Membaca

49
Carta 4.6 :Faktor Bahan Bacaan Yang mempengaruhi Minat Membaca

Jika melihat jadual 4.7 dan carta 4.6 di atas di dapati 26.7 peratus atau 8 orang

menyatakan Pusat Sumber mempengaruhi mereka untuk membaca. Bahan bacaan

pula hanya 1 orang sahaja atau 3.3 peratus sementara jenis bahan bacaan adalah

seramai 4 orang atau 13.3 peratus.

Kedai buku hanya 1 orang atau 3.3 peratus sahaja kerana jarak antara tempat

tinggal responden yang jauh dari punca atau sumber mendapatkan bahan bacaan

banyak mempengaruhi minat membaca. Rasa ingin tahu hanyalah 2 orang atau 6.7

peratus tetapi peperiksaan mewakili 7 orang atau 23.3 peratus. Penekanan oleh guru

terhadap kepentingan kemajuan akademik mempengaruhi minat membaca terhadap

responden yang bertujuan untuk lulus dalam peperiksaan. Pertandingan yang berkala

oleh panatia juga menarik minat responden untuk membaca namun hanya 4 orang

atau 13.3 peratus daripada keseluruhan responden. Tempat bacaan yang tidak selesa

sama ada di rumah atau sekolah menyebabkan responden hanya memberi

maklumbalas seramai 3 orang sahaja ataupun 10.0 peratus.

50
4.2.2 Analisis Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca

Jadual 4.8 : Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca

Carta 4.7 : Latarbelakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca

Jadual 4.8 yang dipaparkan menunjukkan seramai 15 orang responden berminat

untuk membaca kerana untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang mewakili 50

peratus daripada semua responden. 16.7 peratus ataupun seramai 5 orang berminat

untuk membaca kerana menentukan masa depan . Responden menyatakan membaca

adalah untuk memenuhi masa lapang hanyalah 16.7 peratus atau 5 orang. Peratusan

dan bilangan responden yang sama juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan.

51
4.2.3 Analisis Latar belakang Responden Berdasarkan Jenis Bahan Bacaan Yang

Paling Kerap Dibaca

Jadual 4.9 : Jenis Bahan Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca

Carta 4.8 : Jenis Bacaan Yang Paling Kerap Dibaca

Seramai 4 orang atau 13.3 peratus memilih akhbar sebagai bahan bacaan yang

paling kerap dibaca. 23.3 peratus atau 7 responden mmemilih untuk membaca

majalah sementara komik seramai 12 orang atau 40.0 peratus yang memberi minat

responden untuk membaca . Komik juga sama dengan majalah dari segi bilangan dan

peratusan iaitu 7 orang ataupun 23.3 peratus.

52
4.2.4 Analisis Latarbelakang Responden Berdasarkan Bacaan Akhbar

Analisis latarbelakang responden berdasarkan bacaan akhbar berdasarkan bacaan

akhbar seperti kekerapan membaca akhbar, jenis akhbar yang paling kerap dibaca,

alasan tidak membaca akhbar, topik yang paling digemari, waktu dan masa yang

diambil untuk membaca akhbar dan sumber akhbar diperolehi. Aliran ini akan

menunjukkan minat membaca dalam kalangan responden.

a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca akhbar

Membaca akhbar Bilangan (N=30) Peratusan

Ya 10 33.3

Tidak 20 66.7
Jadual 4.10 : Kekerapan Membaca akhbar

Carta 4.9 : Kekerapan Membaca akhbar

Jadual 4.10 di atas menunjukkan minat membaca terhadap akhbar. Seramai 10 orang

responden atau 33.3 peratus berminat untuk membaca akhbar. 66.7 peratus atau 20

orang memilih tidak berminat untuk membaca akhbar. Keadaan ini berlaku kerana

faktor jarak penempatan dan juga dorongan keluarga untuk membeli akhbar tersebut.

53
b) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Alasan Tidak Membaca Akhbar

Alasan tidak berminat membaca Bilangan (N=30) Peratusan


Tiada masa 7 23.3
sukar mendapatkannya 15 50.0
Tidak berminat 8 26.7

Jadual 4.11 : Alasan Tidak Membaca Akhbar

Carta 4.10 :Berdasarkan Alasan Tidak Membaca Akhbar

Berdasarkan jadual 4.11 dan carta 4.10 di atas menunjukkan mengapakah

kurangnya minat membaca dikalangan responden ini. Seramai 7 orang atau 23.3

peratus menyatakan tiada masa untuk membaca.

Responden yang menyatakan sukar mendapatkan sukar mendapatkan bahan

akhbar pula banyak mencatatkan peratusan aitu 50.0 peratus ataupun 15 orang dan

responden yang tidak berminat membaca adalah 26.7 peratus ataupun 8 orang.

54
4.2.4 Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah

Bahagian ini akan membincangkan analisis latar belakang responden berdasarkan

bacaan majalah seperti kekerapan membaca majalah, alasan tidak membaca majalah,

majalah yang diminati, masa dan waktu membaca majalah dan sumber dari mana

majalah didapati.

a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Majalah

Membaca majalah Lelaki Perempuan Bilangan (N=30) Peratusan

Ya 6 7 13 43.3

Tidak 7 10 17 56.7

Jadual 4.12 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah

Carta 4.11 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah

Minat membaca dikalangan responden lelaki menunjukkan perbezaan antara lelaki

dan perempuan. Minat membaca responden lelaki adalah 6 orang dan perempuan 7

orang ataupun jumlah 13 orang peratusannya 43.3. Bagi yang tidak membaca

majalah adalah 7 orang bagi lelaki dan perempuan 10 orang yang berjumlah 17 orang

dan peratusannya adalah 56.7 peratus.

55
a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati

Jenis majalah Bilangan (N=30) Peratusan

Dewan Pelajar 2 6.7

Asuh 5 16.7

Gila-gila 3 10.0

Mangga 2 6.7

Komik 15 50.0

Dunia Islam 1 3.3

Dewan Kosmik 2 7

Jadual 4.13 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati

Carta 4.12 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Majalah Yang Diminati

Jadual 4.13 di atas menunjukkan 2 orang atau 6.7 peratus memilih Dewan Pelajar,

sementara 5 orang ataupun 16.7 memiih majalah Asuh. Gila-gila mewakili 3 orang

ataupun10 peratus, responden yang memilih majalah Mangga adalah seramai 2

orang ataupun 6.7 peratus. Dunia Islam paling sedikit dipilih oleh responden iaitu

seorang ataupun 3.3 peratus. Bagi Dewan Kosmik pula adalah 7 peratus ataupun 2

orang sahaja.

56
4.2.5 Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Buku

Bahagian ini akan membincangkan analisis latar belakang responden berdasarkan

bacaan buku. Ini termasuklah kekerapan membaca buku, jenis buku yang diminati,

bilangan buku yang dibaca sejak tiga bulan yang lalu, sumber buku didapati, perkara

yang perlu diambil perhatian sebelum membeli buku dan waktu serta masa membaca

buku.

a) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku

Jadual 4.14 :Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku

Carta 4.13 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Kekerapan Membaca Buku

Jadual 4.14 menunjukkan bahawa seramai 14 orang responden (46.7%) membaca

buku dalam masa tiga bulan yang lalu manakala 16 orang responden (53.3%) tidak

membaca buku dalam tempoh tersebut.

57
b) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku Yang Paling Diminati

Jenis buku Bilangan (N=30) Peratusan

Buku cerita 12 40.0

Pengetahuan Agama 3 10.0

Pelajaran Sekolah 6 20.0

Sains dan Teknologi 3 10.0

Cerita fiksyen 3 10.0

Penyiasatan 3 10.0

Jadual 4.15 Jenis Buku Yang Paling Diminati

Carta 4.14 : Jenis Buku Yang Paling Diminati

Jadual 4.15 di atas menunjukkan bahawa seramai 12 orang responden (40.0%) minat

membaca buku-buku cerita, 3 orang responden (l0.0%) meminati buku-buku

pengetahuan agama, 6 orang responden (20.0%) meminati buku-buku pelajaran

sekolah . Seramai 3 orang responden (10 .0%) meminati buku-buku sains dan

teknologi. Seramai 3 orang responden (10.0%) meminati buku-buku cerita fiksyen

dan seramai 3 orang responden (10.0%) meminati buku-buku cerita penyiasatan.

58
c) Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca

Bil Buku Bilangan (N=30) Peratusan


0 3 10.0
1 2 6.7
2 10 33.3
3 15 50.0
4 12 40.0
5 30 100.0
6 10 33.3
7 4 13.3

Jadual 4.16 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca

Carta 4.15 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jumlah Buku Yang Dibaca

59
Jadual 4.16 menunjukkan bahawa seramai 3 orang responden (1.0%) tidak

membaca sebarang buku sejak tiga bulan yang lalu, 2 orang responden

(6.7.0%) membaca sebuah buku, 10 orang responden (33.3%) membaca dua

buah buku, 15 orang responden (50.0%) membaca tiga buah buku dan 12

orang responden (40.0%) membaca empat buah buku.

Seramai 30 orang responden (100.0%) membaca lima buah buku, 10

orang responden (33.3%) membaca enam buah buku dan 4 orang responden

(13.3%) membaca tujuh buah buku sejak tiga bulan yang lalu. Min bagi

bilangan buku yang dibaca ialah 3 , mediannya 10 dan modnya juga 4 buah

buku.

4.3 Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Persekitaran

Bahagian ini akan membincangkan analisis faktor persekitaran seperti jarak di antara

rumah dengan sumber bahan bacaan dan kemudahan bahan bacaan sama ada

mencukupi ataupun tidak. Ini penting bagi melihat aliran yang menyebabkan minat

membaca itu kurang atau tidak. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan

terbantutnya ataupun terkurangnya murid-murid ini untuk menambahkan minat

ataupun meneruskan minat untuk membaca. Keadaan ini jika tidak diambil perhatian

akan menjejaskan usaha untuk menimbulkan minat murid ini terhadap buku.

60
4.3.1 Analisis Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah

Dengan Sumber Bahan Bacaan

Jarak Bilangan (N=30) Peratusan

Kurang 1 km 8 26.7

Kurang 2 km 16 53.3

3 hingga 5 km 6 20.0

Jadual 4.17 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah Dengan

Sumber Bahan Bacaan

Carta 4.16 : : Latar Belakang Responden Berdasarkan Jarak di Antara Rumah

Dengan Sumber Bahan Bacaan

Jadua1 4.17 menunjukkan bahawa seramai 8 orang responden (26 .7%) tinggal

kurang daripada 1 km jauhnya dari sumber bahan bacaan. Seramai 16 orang

responden (53.3%) tinggal di antara 2 km dari sumber bahan bacaan, 6 orang

responden (20.0%) tinggal di antara 6 km dari sumber bahan bacaan dan 117 orang

responden (43.3%) tinggal lebih daripada 5 km jauhnya dari sumber bahan bacaan.

61
BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Globalisasi yang berlaku mutakhir ini mempunyai potensi besar sebagai cabaran

utama masyarakat dunia. Maka warga pendidikan termasuk pelajar dan pendidik

harus mempersiapkan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan supaya

mereka tidak tersisih dari perkembangan mutakhir. Jika tidak ianya memberi kesan

signifikan dari segi spirituil, sosial, ekonomi dan politik. Sebagai langkah utama,

pemupukan budaya membaca perlu diteruskan kerana ilmu yang diperolehi melalui

amalan membaca amat berharga.

Ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan hidup. Ia mampu membuatkan

seseorang itu memperoleh ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda. Oleh

yang demikian, kesedaran tentang pentingnya budaya membaca adalah titik tolak

utama ke arah menjayakan pemupukan budaya membaca di kalangan.

62
Maka, strategi-strategi tertentu perlu dilakukan dari sekarang supaya pelajar-

pelajar tidak lagi menjadikan amalan membaca sebagai suatu yang membosankan

dan ianya sebagai langkah mengatasi masalah keintelektualan pelajar yang bakal

bergelar mahasiswa supaya kegersangan buah pemikiran tidak berlaku dikalangan

bakal-bakal mahasiswa kelak.

Walaupun jika diteliti dan disoroti, isu malas membaca merupakan isu yang

sudah lama diperkatakan, namun setidak-tidaknya kita perlu menganjakkan

pemikiran kita untuk terus mengatasi belenggu permasalahan ini dan bukan

semata-mata berdiam diri kerana budaya membaca adalah budaya turun temurun

yang sukar dilenyapkan.

Sesungguhnya generasi masa depan adalah bergantung kepada corak

perlaksanaan kita pada hari ini. Sebagai generasi pelapis kepada pemimpin

masyarakat, pelajar-pelajar harus menghayati budaya membaca. Berdasarkan

dapatan kajian, didapati, majoriti daripada responden minat untuk membaca adalah

pada tahap sederhana.

Namun, malangnya sebahagian besar daripada responden iaitu majoriti

daripada pelajar membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik,

majalah hiburan, novel dan sebagainya. Ini menyebabkan kegagalan dalam

melahirkan insan yang bersifat “functional literacy” iaitu tidak dapat dicabar dari

sudut kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan yang paling diminati

adalah berbentuk bahan ringan, picisan dan hiburan.

Kelangsungan daripada itu, adalah perlu diwujudkan usaha-usaha bagi semua

pihak untuk sama-sama menyuburkan lagi proses peningkatan budaya membaca

agar dapat melahirkan kalangan pelajar yang “ketagih buku” serta penerapan sikap

minat membaca dikalangan pelajar.

63
Pelajar harus menjadikan budaya membaca sebagai satu keperluan kerana

negara berkehendakkan tenaga kerja yang berilmu dan bukan sekadar pekerja yang

bermaklumat. Sesungguhnya, bangsa yang menguasai ilmu dan menggunakan ilmu

dengan baik, akan memerintah dunia.

Kajian ini telah membuat tinjauan mengenai minat membaca buku, majalah

dan akhbar dalam kalangan pelajar-pelajar dan kaitannya dengan pendapatan

penjaga, umur, jantina,lokasi dan kemudahan sumber bahan bacaan. Dalam bab ini

akan dibincangkan objektif kajian iaitu untuk mengetahui sejauh manakah minat

membaca dalam kalangan murid-murid Tahun Empat dan mengenal pasti

faktor-faktor yang mempengaruhinya seperti pendapatan penjaga, jantina, lokasi dan

kemudahan sumber bahan bacaan.

Bab ini juga akan membincangkan mengenai dapatan kajian yang telah

dijalankan dan juga rumusan mengenai kajian tersebut. Beberapa cadangan untuk

menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar dan saranan bagi kajian

lanjutan juga akan dibincangkan dalam bab ini.

5.2 RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi minat

membaca dalam kalangan murid Tahun Empat. Kaedah yang digunakan adalah

temubual , soal selidik dan juga data pinjaman buku pusat Sumber Sekolah. Sampel

kajian atau responden adalah seramai 30 orang murid

Tahun Empat. Kajian ini terbahagi kepada dua pendekatan utama iaitu

pertama soalan-soalan soal selidik yang berbentuk struktur dan bukan struktur

64
Bahagian keduanya soalan-soalan dengan menggunakan skala Likert dengan

lima pilihan. Kedua-dua bahagian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah

kualitatif. Bahagian pertama dianalisis secara diskriptif .

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

5.3.1 Faktor Pendapatan Penjaga

Bilangan Buku Yang Dibaca


Jumlah Pendapatan
0 1 2 3 4 5 6 7

Kurang dari RM300 2 1 1

RM300 hingga 499 1 1

RM500 hingga 699 1 3 3

RM700 hingga RM899 1 1 2 3

RM900 hingga RM1000 1 3 6

5.18 :Jadual Pendapatan Penjaga Dengan BiIangan Buku Yang Dibaca

Hasilnya didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

pendapatan penjaga dengan minat membaca majalah dan minat membaca akhbar.

Namun begitu terdapat perbezaan yang signifikin di antara pendapatan penjaga

dengan minat membaca buku. Ini jelas ditunjukkan dalam jadual 5.18

65
Lebih tinggi pendapatan penjaga akan mempengaruhi lebih banyak buku

dibaca. Ini menunjukkan wujud hubungan yang teguh di antara pendapatan penjaga

dengan jumlah buku yang dibaca. Dapatan ini juga selaras dengan Katni (1978) yang

merumuskan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara pendapatan

dengan minat membaca buku. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Schorrp

(1986) di Perancis kecenderungan atau minat membaca bergantung kepada taraf

pendidikan , pekerjaan dan juga pendapatan penjaga.

Kajian di kampung Ulu Trengganu oleh Wan Abdul Manan Muda (1985) ,

mendapati kadar buta huruf adalah 50% , dimana punca pendapatan adalah pertanian.

Ini menunjukkan perkaitan antara pendapatan dengan minat membaca ,pendidikan ,

pekerjaan dan juga pendapatan penjaga. Ia juga bersangkutan dengan membaca.

5.3.2 Faktor Jantina

Perbezaan diantara jantina memainkan peranan penting dalam mendorong minat

untuk membaca buku, majalah dan akhbar. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan minat membaca akhbar

dan buku. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

diantara jantina dengan minat membaca majalah.

Membaca majalah Lelaki Perempuan Bilangan (N=30) Peratusan

Ya 6 7 13 43.3

Tidak 7 10 17 56.7

Jadual 5.18 : Latar Belakang Responden Berdasarkan Bacaan Majalah

66
Jadua1 5.18 menunjukkan bahawa terdapat perhubungan di antara jantina dengan

minat membaca majalah. Peratus membaca majalah di kalangan pelajar perempuan

(23.30%) lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki (20%). Ini jelas menunjukkan

perbezaan di antara jantina dengan minat membaca majalah.

Dapatan ini menyokong Atan Long (1974) yang mendapati kanak-kanak

perempuan Melayu mempunyai perbendaharaan kata asas yang lebih banyak

daripada kanak-kanak lelaki Melayu.

5.3.3 Faktor Lokasi

Dalam kajian ini penyelidik ingin menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara

lokasi dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Hasil kajian menunjukkan

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lokasi dengan minat

membaca buku, majalah dan akhbar. Ini menunjukkan bahawa faktor lokasi juga

mempengaruhi minat membaca buku, majalah dan akhbar.

Jarak Bilangan (N=30) Bilangan Buku Dibaca

Kurang 1 km 8 12

Kurang 2 km 16 10

3 hingga 5 km 6 5

Jadual 5.20 : Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca

67
Jadual 5.17 : Faktor Lokasi dengan Bilangan Buku Yang Dibaca

Faktor lokasi juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat

membaca alam kalangan murid ini. Jika dilihat pada jadual 5.20 dan carta 5.17

didapati apabila jarak lokasi dari sumber mendapatkan bahan bacaan jauh bilangan

buku yang dibaca berkurangan . Ini jelas jaraknya kurang dari 1 km bilangan buku

yang dibaca sebanyak 12 naskah tetapi semakin jauh dari lokasi bilangan buku yang

dibaca semakin merosot. Jarak kurang dari 2 km bilangan buku yang dibaca oleh

seramai 16 orang responden adalah 10 buah. Jarak lebih daripada 3 hingga 5 km

bilangan pembaca dan bilangan buku yang dibaca pun semakin berkurangan.

5.3.4 Faktor Kemudahan Sumber Bahan Bacaan

Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat perbezaan di antara kemudahan

sumber bahan bacaan dengan minat membaca buku, majalah dan akhbar. Hasil kajian

menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kemudahan

sumber buku dengan minat membaca buku dan kemudahan sumber majalah dengan

minat membaca majalah.

68
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan

di antara kemudahan sumber akhbar dengan minat membaca akhbar. Ini

menunjukkan kemudahan mendapatkan akhbar mempengaruhi minat membaca

akhbar.

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pihak pentadbir

sekolah, guru kelas dan juga Penyelaras Pusat Sumber. Dapatan kajian ini menunjukkan

guru perlu didedahkan pengetahuan tentang minta dan masalah murid dalam

meningkatkan minat membaca. Guru-guru seharusnya sedar akan kehendak dan

keperluan terhadap buku dan sumber bahan bacaan.

Pihak pentadbir sekolah boleh mengambil tindakan untuk mempertingkatkan

minat membaca dalam kalangan murid. Dari aspek pedagogi, guru-guru dapat membantu

murid menanam minat dan mengekalkan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

melalui kepelbagaian kaedah, teknik, strategi dan Bahan Bantuan Mengajar. Murid dapat

memanfaatkan buku kepada murid pada masa depan kelak. Ini merupakan petanda yang

positif dalam pembentukan personaliti murid. Sifat mencintai ilmu akan dapat

membentuk personaliti, mengasuh kefahaman pemikiran, menghalusi nilai keindahan

dan juga merupakan pengantara yang penting dalam proses bagi kanak-kanak menguasai

dan memperoleh nilai-nilai hidup bagi menyesuaikan diri dalam kehidupan bertamadun.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada murid-murid Tahun

Empat masih belum mencapai tahap pembacaan yang tinggi. Oleh yang demikian

galakan membaca perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap pembacaan mereka. Di

antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan membaca ialah:

69
5.4.1 Menanam Kesedaran Kepentingan membaca

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat

menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga

bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu

berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu

pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan.

Kesedaran ini dapat dipupuk agar setiap responden dapat menambahkan minat

membaca.

5.4.2 Membaca adalah senaman Minda

Membaca adalah satu senaman minda. Inilah satu cara yang perlu dipupuk kepad

murid-murid ini. Jika senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat

kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda.

Dengan membaca akan melakukan satu proses aktif minda .

Ini kerana murid-murid menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan

mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda menjadi lebih sihat.

Penerapan membaca adalah senaman perlu dilakukan agar murid dapat menghayati

budaya ilmu juga disamping mendapat kesihatan yang baik.

5.4.3 Kempen Galakan Membaca

Galakan membaca ke atas murid-murid boleh bermula dengan kempen membaca

buku. Di samping kempen ini pihak pengurusan sekolah juga boleh mengadakan

minggu membaca. Sebagai contoh minggu membaca boleh diadakan sebulan sekali

iaitu pada minggu pertama setiap bulan.

70
5.4.4 Hari Perpustakaan

Pihak pengurusan sekolah boleh juga mengadakan hari perpustakaan sekolah.

Sebelum itu perpustakaan sekolah perlulah mengambil langkah berikut:

1. Menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan pelajar.

2. Menyusun koleksi perpustakaan.

3. Menggalakkan penggunaan bahan-bahan perpustakaan melalui perkhidmatan

pinjaman dan perkhidmatan rujukan serta sumber maklumat.

4. Menyebarkan maklumat terkini yang terdapat di perpustakaan kepada pelajar.

5. Khidmat bantuan kepada pelajar yang menghadapi masalah mendapatkan buku.

5.4.5 Program Orientasi

Setiap tahun sekolah akan menerima pelajar-pelajar baru dan biasanya akan diadakan

minggu orientsi untuk menyesuaikan diri pelajar-pelajar dengan alam persekolahan

yang baru. Program orientasi ini membolehkan pelajar-pelajar diperkenalkan kepada

bahan-bahan perpustakaan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

Program ini akan menambahkan minat terhadap buku dan mencintai buku.

5.4.6 Buku

Salah satu acara yang menarik ialah kuiz buku. Pelajar-pelajar disenaraikan

buku-buku yang perlu dibaca sebelum diadakan kuiz tersebut. Dengan ini secara

tidak langsung akan memupuk minat membaca dalam kalangan murid.

71
5.4.7 Papan Tanda

Pihak sekolah boleh memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan

minat membaca. Salah satu caranya ialah melalui kesedaran betapa pentingnya

membaca. Ini boleh dilakukan dengan menempatkan papan-papan tanda yang

mengandungi cogan kata yang boleh merangsang minat membaca. Papan-papan

tanda tersebut perlulah diletakkan di tempat-tempat yang strategik untuk menarik

perhatian pelajar.

5.4.8 Jadikan Aktiviti Membaca Bersama Seronok Dan Tidak Dapat Dilupakan

Ibubapa perlu memberikan tanggapan yang positif terhadap membaca dengan

menjadikannya aktiviti yang seronok untuk sekeluarga. Ketika membaca bersama

anak anda, berceritalah secara aktif untuk membuatkannya lebih mengujakan.

Gunakan kesan bunyi dan gerakan isyarat supaya anak dapat mengaitkan

membaca dengan keseronokan. Sebaik sahaja anda habis membaca, biarkan anak

bercerita tentang watak kegemaran atau bahagian cerita yang paling menarik.

5.4.9 Biarkan Anak Memilih Buku Sendiri

Bagi menggalakkan anak banyak membaca, berikan peluang kepada anak untuk

memilih buku dari perpustakaan ataupun kedai buku. Pada masa yang sama,

perkenalkan kamus dan ensiklopedia yang penuh dengan maklumat kepada anak

anda. Sekiranya anak bertanyakan soalan, galakkan anak menimba pengetahuan

baru dengan menggunakan kedua-dua bahan bacaan tersebut.

Ini bukan sahaja dapat mengajar mereka cara menggunakan kamus dan

ensiklopedia secara efektif, malah juga dapat menggalakkan pencarian pengetahuan.

72
5.4.10 Menjadi Kreatif

Membaca bukan setakat daripada buku; anda boleh menggalakkan anak anda

membaca pada bila-bila masa dengan memperkenalkan kepelbagaian bahan bacaan.

Sebagai contoh, anak anda boleh membaca daripada kotak bijirin dan risalah

pasaraya kerana kebanyakannya kerap memaparkan perkataan dan frasa yang

menarik. Semasa berada di restoran, biarkan anak membaca menu. Bahan bacaan

lain yang menyeronokkan termasuklah keratan komik pada surat khabar dan buku

program televisyen yang berwarna-warni.

Kerajaan hendaklah memperbanyak perpustakaan di desa, supaya remaja di

desa dapat meminjam buku secara berkala dan dengan memperbanyak perpustakaan

dapat membantu remaja yang tidak bermampu untuk membeli buku.

Di samping itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah berganding bahu

menjalankan kempen mengenai kesedaran akan membaca dalam kalangan remaja ,

dan menghebahkan kepentingan serta manfaat amalan membaca kepada seluruh

negara.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Berdasarkan kajian ini, berikut adalah saranan-saranan bagi kajian selanjutnya:

1. Kajian ini hanya tertumpu dalam kalanagn murid Tahun Empat sahaja. Kajian

yang sama patut diperluaskan bagi kelas yang lain bagi menguatkan dan

menambahkan beberapa dapatan yang baru.

2. Kajian mengenai minat membaca ini juga boleh dijalankan ke atas seluruh murid-

murid bukan sahaja di SK Seroli malah di seluruh sistem persekolahan di Daerah

kecil Sungai Siput (U).

73
3. Kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar dari golongan yang berpendapatan

rendah kurang bertninat untuk membaca. Satu kajian patut dijalankan untuk

melihat mengapa fenomena ini terjadi.

4. Kajian mengenai minat membaca ini juga adalah sesuai juga dijalankan ke atas

guru-guru untuk melihat tahap pembacaan di kalangan mereka. Di antara faktor-

faktor yang boleh dikaji termasuklah perbezaan di antara jantina,pendapatan,

kategori dan lokasi sekolah dengan minat membaca.

KESIMPULAN

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan

kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pendapatan penjaga

dengan minat membaca buku, umur dengan minat membaca majalah dan akhbar,

jantina dengan minat membaca majalah serta kemudahan mendapatkan akhbar

dengan minat membaca akhbar. Keputusan kajian mungkin dapat membantu pihak

sekolah khususnya untuk meningkatkan lagi tahap pembacaan di kalangan pelajar-

pelajar. Adalah juga diharapkan pembacaan di sekolah-sekolah akan

menitikberatkan penghayatan kepada keilmuan dan penulisan kreatif agar dapat

mewujudkan budaya cintakan ilmu yang akan menjadikan seseorang itu terus

membaca dan seterusnya akan melahirkan bakal-bakal penulis berbakat di kalangan

para pelajar. Sesungguhnya budaya ilmu itu boleh diamal dan dihayati oleh setiap

ahli masyarakat jika ada kesungguhan ke arah itu. Seterusnya minat membaca yang

tinggi bukan sahaja memperbaiki kualiti pendidikan individu tetapi juga untuk

kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan Pendidikan khasnya dan Wawasan

2020 amnya.

74
RUJUKAN

1. BUKU

Adler, M. J. dan Doren, C.V. (1993). Bagaimana Membaca Buku. Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka.

Atan Long, et al. (1984). A Survey on The Reading Habits and Interests of Malqsian
People. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baker, Linda Linstrom. (1989). From Parent to Child:


The Effects of a Home Learning Program on Attitudes and Achievements. Ed.
D. University of San Diego.

Bolt, Dianne Elizabeth. (1992). The Identification of Home Literacy Factors


and their Relationship to Middle Grade Students „Reading Achievement
M Ed. MemorialUniversity of New Foundland

Bonacci, Frances Jean. (1993). Acquisition of Word Knowledge


From Expository Context in Skilled and Less-Skilled Readers. Ed. D. Havard
University.

Dallmann, M. (1982). The Teaching of Reading. (6th ed.). New York: Holt,
Rinehart and Winston.

Dechant, E.V. (1974). Improving The Teaching of Reading. Englewood Cliffs, New
Jersey: Prentice- Hall, Inc.

Dubose, P. (1988). Readings in Management. Englewood Cliffs, New Jersey:


PrenticeHall.

Grolnick, W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O., and Apostoleris, N.H. 1997.
Predictors of Parent Involvement in Children‟s Schooling. Journal of
Educational Psychology. 89 ( 3), 538 – 548.

Gopinathan, S. (1978). A Measure of Reading


Survey of Reading Interests and Habits. Singapore: Institute of Education
Singapore.

Harris, A.J. and Sipay, E.R. (1980). How to Increase Reading Ability.
New York:Longman, Inc.
Jones, Beverly Walker. (1986). A Study of The Recreational Reading of
Third- Grade,Fourth- Grade and Fifth- Grade Children. Ed. D. State
University of New York.

75
Kamarudin Hj. Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Katni Kamsono Kibat. (1978). Reading Habits and Interests of The RuralMalays:
A Methodological Study of Printed Media Exposure in The Rural Areas of
Selangor. Dissertation. University of Pittsburgh.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Aktiviti Galakan Membaca.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerlinger, F.N. (1973). Foundations of Behavioral Research. New York:


Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Macfarlane, T. (1988). Helping Adults to Read New York: Macmillan Inc.

Marohaini Yusuff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dun Kefahaman.


Kuala Lumpur:Karya Bistari Sdn. Bhd.

Morrow, L..M., and Young, J. 1997. A Family Literacy Program


Connecting School and home : Effects on Attitude, Motivation and Literacy
Achievement. Journal of Educational Psychology, 89 ( 4), 736 - 742.

Moore, Lynn Marie Helm. (1992). The Social Contexts of Literacy Interactions in a
Literature Based Kindergarten Classroom. Ed. D. The University of
Nebraska.

Omar Mohd Hashim. (199 1). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Rugayah Abd. Rashid. (1988). Peranan Perpustakuan Akademik Dalam


Meningkutkan Minat Membaca Di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi di
Institusi PengajianTinggi.

Seminar Tabiat Membaca: Ke Arah Siswa/Siswi Bermaklumat.


ITM Shah Alam. Januari, 28 - 29.

Safiah Osman. (1990). Membaca: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:


Berita Publishing Sdn. Bhd.

Schorp, Janice Finkey. (1986). Reading Preferences of Fourth Grade


Children Related to Sex and Reading Ability Grouping in The Carlisle Area
School District Pennsylvania). Ed. D. Temple University.

Smith, F. (1971). Understanding Reading, a Psycholinguistic Analysis of


Reading anda‟ Learning to Read Toronto: Holt, Rinehard and Winston, Inc.
Unesco. (1983).

76
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1994). Pengisian Wawasan
Pendidikzan. Persidangan Pendidikan Ke 2. Institut Aminuddin Baki,
Julai, 11 - 15.

Wilkins, D.A. (1981) "Notional Syllabuses Revisited" Applied Linguistics II,


(1981): 83-89

77
2. JURNAL

Fitzgerald, Mark, (1992). French Reading Habits, Journal Editor & Publisher (WP).
Vol 12520, May, 16, 18-48

Halimah Badioze Zaman. (199 1). Satu Kajian Tentang Kemudahan dan
Masalah Perpustakaan Sekolah Dalam Mempergiatkan Fungsinya Sebagai
Sumber Maklumat . Jurnal Pendidikun. 16,5 7 - 74.

Lim Ai Lian. (1993). An Exploratory of The Reading Habits and Interest of Selected
TESL Trainee Teachers. Journal Pendidikan, 15, 107 - 122.

Md. Fadzil Haji Hassan. (1986). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran


Aspek Bacaan dan Fahaman. Jurnal Kementerian Pendidikun Malaysia.
Jilid 30, 69,41 - 46.

Suhaimi Razikin. (199 1). Perkembangan Kendiri Melalui Pembacaan.


Jurnal Pengurusan Pendidikan, Jilid 2, Bil 1, 46 - 50.

Sapiah Hamid. (1987). Menilai Minat Membaca Di Kalangan Murid Tahun IV


Berdasarkan Pemilihan Bahan Bacaan. Jurnal Pendidikun. 11, 135 - 136.

Wan Abdul Manan Muda. (1985). The Study of Literacy in Relation


to Socioeconomic and Nutritional Improvement in a Rural Community.
Jurnal Pendidik lian Pendidikan. Jld 7, 79 - 93.

78
3. TESIS

Asiah Abu Samah. (1977). A Study of Sociological Factors Affecting Language


Development of Primary School Children. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Malaya.

Juriah Long. (1975). Masalah Pencapaian Murid-Murid Bukan Melayu


Dalam Peperiksaan Bahasa Malaysia Di Peringkat M. C.E. Satu Analisa.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Khaxnis Maarof (1984). Satu Percubaan Untuk Mengukur Kebolehan Membaca


Murid-Murid di Peringkat Darjah Dua. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti Malaya.

4. MAJALAH

Hamdan Adnan. (1994). Siapa Yang Membaca, Siapa Yang


Tidak Membaca.Dewan Masyarakut, September, 10 - 14.

Mohd. Galakan Membaca Untuk Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Purba, Aprilia. 1997. Pajak Buku dan Minat Baca. Jakarta:


Harian Umum Kompas tanggal 4 Januari 1997.

5. KAMUS

Kamus Dewan. 1978.Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. KERTAS KERJA

Noor Azam. (1980). Projek Galakan Membaca.


Kertas kerja yang dibentangkan dalam pelancaran dan persidangan gerakkan
membaca.DBP, Kuala Lumpur, Januari 28.

79
SENARAI LAMPIRAN

SOAL SELIDK

Ini adalah satu soal selidik untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan minat

membaca dalam kalangan murid-murid. Tandakan bulat atau tuliskan jawapan anda

pada ruang berkaitan. Sila jawab semua soalan dengan tepat dan jujur. Segala

kenyataan adalah sulit dan akan diproses secara kumpulan. Kerjasama anda

diucapkan ribuan terima kasih.

A Butiran pengenalan Diri

1 Tinggal dengan

a) Ibu b) Bapa c) Datuk d) Ibu dan Ayah

2 Lokasi tempat tinggal

a) Bandar b) Kampung

3 Tempat tinggal sekarang

a) Rumah sewa b) Bersama ibu bapa d) Bersama penjaga

4 Status ibu bapa

a) Bercerai a)Ibu meninggal c) Bapa meninggal d) Masih hidup

5 Jantina : a) Lelaki b) Perempuan

6 Umur: ………………….. tahun

7 Tahun:………………………..

8 Bilangan adik beradik: …………………..orang.

9 Pekerjaan penjaga/ibu/bapa

Bapa Ibu
Penjaga a) Nelayan a) Penoreh Getah
a) Nelayan b)Penoreh Getah b)Pekerja Industri
b)Penoreh Getah c)Pekerja Industri c)Kakitangan kerajaan
c)Pekerja Industri d)Kakitangan kerajaan d) lain-lain
d)Kakitangan kerajaan e) lain-lain
e) lain-lain

80
10 Pendapatan sebulan Penjaga

a) Kurang dari RM300

b) RM300 hingga RM499

c) RM500 hingga RM699

d) RM700 hingga RM899

e) RM900 hingga RM1000

BAHAGIAN B

1 Siapakah penggalak anda membaca

a) Ibub bapa b) Kawan c) Guru d) lain-lain…………….

2 Apakah faktor yang menyebabkan anda untuk membaca

a) Pusat Sumber Sekoah e) Bilik bacaan

b) Bahan bacaan f) Buku

c) Akhbar g) Peperiksaan

d) Kedai buku h) lain-lain(nyatakan)…….

3 Apakah tujuan anda membaca

a) Menambah ilmu pengetahuan

b) Menentukan masa depan

c) Memenuhi masa lapang

d) Meningkatkan penguasaan bahasa

4 Jenis bahan bacaan yang paling kerap dibaca

a) Surat Khabar d) Majalah

b) Komik e) Buku

c) Risalah f) lain-lain(nyatakan:………………………

81
SURAT KHABAR

5 Adakah anda membaca akhbar minggu lepas dan minggu ini

a)Ya b) tidak

6 Jika tidak mengapa

a) Mahal f) Tiada masa

b) Berita dari sumber lain g) Sukar untuk mendapatkannya

c) Sukar difahami h) Kandungannya tidak sesuai

d) Tidak minat i)Propaganda sesuatu pihak

e) Kerja lain lebih penting

7 Apakah jenis akhbar yang paling anda kerap dibaca

a)Utusan Melayu f) Harian Metro

b)Utusan Pengguna g)Berita Harian

c)Star h) Sinar Harian

8 Berapa kerapkah anda membaca akhbar

a) Hari-hari c) 3 kali seminggu

b) Sekali seminggu d) Jarang-jarang

9 Apakah yang anda lakukan setelah anda membaca akhbar

a)Gunting berita yang penting c) Simpan

b)Membuat catatan

10 Di manakah anda selalu mendapatkan akhbar

a) Pusat Sumber Sekolah c) Beli

b) Pinjam dari kawan d) Kedai kopi

82
MAJALAH

11 Dalam masa dua bulan yang lepas adakah anda membaca majalah

a) Ya b) Tidak

12 Jika tidak mengapa

a) Mahal f) Tiada masa

b) Berita dari sumber lain g)Sukar untuk mendapatkannya

c) Sukar difahami h) Kandungannya tidak sesuai

d) Tidak minat i)Propaganda sesuatu pihak

e) Kerja lain lebih penting

13 Apakah majalah yang anda telah baca dua bulan lepas

a) Al-Islam g) Dewan Masyarakat

b) Dewan Pelajar h) Dewan Siswa

c) Gile-Gila i) Kiblat

d) Kosmik j) Asuh

14 Selepas membaca majalah tersebut akan

a) Simpan b) Tukar dengan kawan

15 Berapa kerapkah anda membaca majalah

a) Hari-hari c) 3 kali seminggu

b) 1 kali semingu d) Jarang-jarang

16 Dalam keadaan apakah anda membaca majalah

a) Mengisi masa lapang c) Terserempak

b) Disuruh d) Mencari

17 Dari manakah anda mendapatkan majalah itu ?

a) Pusat Sumber d) Beli sendiri

b) Pinjam kawan e) Kedai gunting

83
BUKU

18 Dalam masa dua bulan yang lepas adakah anda membaca majalah

a) Ya b) Tidak

19 Jika tidak kenapa anda tidak membaca buku

a) Mahal f) Tiada masa

b) Berita dari sumber lain g)Sukar untuk mendapatkannya

c) Sukar difahami h) Kandungannya tidak sesuai

d) Tidak minat i)Propaganda sesuatu pihak

e) Kerja lain lebih penting

20 Apakah jenis buku yang paling anda minati

a) Buku cerita e) Buku cerita fiksyen

b) Pelajaran sekolah f) Pengetahuan Agama

c) Sains danTeknologi g) Lain-lain(nyatakan)…………………

21 Berapa buah bukukah yang telah dibaca 3 bulan lepas

a. Buku pelajaran :…………….buah

b. Komik :…………….buah

22 Senaraikan nama buku yang dibaca sejak 2 bulan lepas

a) ……………………………………..

b) ……………………………………..

c) …………………………………….

d) …………………………………….

84
23 Di manakah selalunya anda mendapatkan buku utnuk di baca

a) Pusat Sumber Sekolah d) Pinjam dari kawan

b) Beli sendiri e) Skim Pinjaman Buku Teks

c) Hadiah f) Lain-lain, Nyatakan:………..

24 Apakah perkara penting yang anda lihat sebelum membeli sesebuah buku

a) Kandungan e) Harga

b) Cara dibukukan f) Penerbit

c) Saiz buku g) Tajuk

d) Saiz huruf h) Ilustrasi atau gambar

UMUM

25 Pilih 3 mengikut keutamaan anda aktiviti yang dilakukan waktu lapang

a) Menonton televisyen ( )

b) Berbual ( )

c) Membaca ( )

d) Menonton wayang ( )

e) Bersukan ( )

f) Bermain dengan kawan ( )

26 Apakah rancangan yang paling anda minati

a) Hiburan d) Berita

b) Kartun e) Rencana

c) Drama f) Forum

85
27 Seringkah anda pergi ke Pusat Sumber atau perpustakaana awam

a) Selalu b) Tidak pernah c) Jarang langsung

28 Jarak rumah dari kedai menjual buku

a) Kurang dari 1 km c) 3 km hingga 5 km

b) 2 km d) lebih daripada 5 km

86
BAHAGIAN C

Arahan: Bulatkan pada angka yang anda fikirkan sesuai dengan pendapat anda.

1- sangat tidak setuju.

2 - tidak setuju.

3- tidakpasti.

4- setuju.

5- sangat setuju.

1. Saya mudah terasa mengantuk apabila membaca buku. 12345

2 Saya gemar membaca majalah kerana ia menghiburkan saya. 1234 5

3 Saya tidak suka membaca akhbar kerana saya boleh memperolehi maklumat

daripada media lain. 12345

4 Saya rasa tidak selesa jika tidak dapat membaca akhbar hari ini.

dan berwarna-warni. 12345

5 Saya menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam sehari untuk

membaca buku selain daripada buku-buku pelajaran sekolah. 12345

6 Saya tidak sanggup membelanjakan wang saku untuk

membeli majalah. 12345

7 Saya sentiasa membawa buku bersama dan membaca

bila ada kesempatan. 12345

8 Saya tiada akhbar di rumah, maka saya tidak perlu membacanya. 12345

9 Saya suka membaca berita isu-isu semasa daripada akhbar. 12345

10 Bahan-bahan dalam majalah boleh membantu pelajaran di sekolah. 12345

11 Saya sering berkunjung ke kedai buku dan perpustakaan. 12345

87
12 Saya tidak gemar membaca buku kerana sukar memahaminya 12345

13 Saya lebih suka menonton wayang daripada membaca majalah. 12345

14 Selepas membaca akhbar saya akan membuat keratan ataupun membuat

catatan. 12345

15 Saya selalu membaca akhbar berulang-ulang dalam sehari. 12345

16 Membaca majalah adalah sesuai untuk mengisi mass lapang. 12345

17 Saya perlu membaca buku cuma untuk peperiksaan. 12345

18 lbu bapa saya dan keluarga saya tidak membaca majalah jadi saya tidak

perlu membaca. 12345

19 Saya sanggup membelanjakan wang saku saya untuk membeli akhbar. 1 2 3 4 5

20 Dalam masa 3 bulan yang lalu saya telah membaca sekurang-kurangnya

dua buah buku bukan pelajaran sekolah. 12345

88
LAMPIRAN D

Contoh Instrumen Temubual

Guru : Adakah ada suka membaca buku selain daripada buku pelajaran

Murid : …………………………………………………………………..

Guru : Adakah keluarga anda melanggan akhbar setiap hari?

Pelajar : ………………………………………………………………….

Guru : Adakah anda selalu meminjam buku di Pusat Sumber?

Murid : …………………………………………………………………

Guru : Jika ada jenis buku apakah yang anda selalu pinjam?

Murid : …………………………………………………………………

Guru : Pernahkan anda membeli buku di kedai buku?

Murid : ……………………………………………………………….

Guru : Adakah keluarga anda juga minat membaca?

Murid : ……………………………………………………………….

Guru : Berapa jamkah anda menonton televisyen?

Murid : ……………………………………………………………….

Guru : Apakah rancangan televisyen kesukaan anda?

Murid : ………………………………………………………………

89
LAMPIRAN E

Contoh borang instrumen pinjaman buku Pusat Sumber Sekolah

Jadual: Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah dalam sebulan ( responden 4 orang

setiap kelas)

Bilangan Murid meminjam buku

Bil Jenis Buku (mengikut tahun)

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah

1 Karya Am 6 5 8 19

2 Agama - - 2 2

3 Teknologi - - - -

4 Sejarah - - - -

5 Media Am
3 2 - 5
(Akhbar, majalah)

6 JUMLAH 9 7 10 26

Sumber: Data Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah Bulan Jun 2010

90

Anda mungkin juga menyukai