Anda di halaman 1dari 9

HBEF2103

Pendahuluan
Guru tugasnya ialah untuk mengajar dan mendidik anak murid supaya menjadi
seorang manusia yang berguna terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal, seorang murid wajib memasuki alam
persekolahan dari peringkat pendidikan rendah dahulu sebelum meneruskan sehingga ke
peringkat institusi pengajian tinggi.
Ketika proses pembelajaran berjalan, seseorang murid berkemungkinan akan
menghadapi masalah tumpuan dan minat ketika belajar. Oleh itu seorang guru haruslah
cekap menangani masalah ini agar murid sentiasa berminat dan bersemangat dalam
mengikuti setiap aktiviti pembelajaran di sekolah.

Senario pengajaran dan pembelajaran


Satu senario pengajaran dan pembelajaran akan saya bincangkan dalam bahagian
ini adalah berkaitan dengan guru mata pelajaran Sains Tahun 3 mengajar dalam kelas
yang mempunyai murid seramai 36 orang. Guru ini mengajar dengan menggunakan dua
bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekiranya guru ini memberikan nota di
papan tulis, guru ini akan menulis dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu sama juga dengan penerangan yang diberikan oleh guru dengan cara
menggunakan bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kelas
ini adalah kelas yang ke tujuh dari sebelas kelas bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid
dalam kelas ini agak sederhana dari segi penumpuan ketika belajar dan aktif bermain
tidak kira tempat dan masa termasuk di dalam kelas.
Ketika aktiviti pengajaran sedang dijalankan di dalam kelas, kawalan terhadap
murid supaya tidak membuat bising tidak dapat diatasi dengan baik. Murid tidak dapat
menumpukan sepenuhnya perhatian mereka terhadap apa yang sedang guru sampaikan.
Masih ada murid yang bermain bersama rakan dan ada yang bersembang sesama mereka
semasa aktiviti pembelajaran berlaku. Guru cuba menyampaikan isi pelajaran sebaik
yang mungkin agar murid dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan baik. Situasi
ini berlaku kerana cara penyampaian guru tidak berlaku komunikasi dua hala. Guru
hanya menerangkan isi pelajaran tanpa mengajukan sebarang soalan kepada murid untuk
menjana kefahaman mereka tentang isi pelajaran.
HBEF2103

Selain dari masalah itu, ada juga murid membuat kerja lain yang tidak berkaitan
dengan isi pelajaran yang sepatutnya murid berikan perhatian. Mereka membuat kerja
sekolah untuk mata pelajaran yang lain sewaktu guru sedang menyampaikan isi
pelajarannya. Sebagai contoh, guru sedang memberikan penerangan tentang mata
pelajaran Sains, tetapi murid membuat kerja Matematik atau pelajaran lain ketika waktu
mata pelajaran Sains. Ini berlaku kerana guru kurang memberi penekanan terhadap isi
pelajaran dan kurang bertegas terhadap murid ketika belajar dalam kelas. Guru juga
kurang memantau aktiviti murid ketika penerangan yang diberikan dalam kelas. Guru
hanya berada di depan kelas dan tidak bergerak kebelakang untuk mendekati murid
ketika sesi pembelajaran berjalan. Murid melakukan kerja lain kerana murid tahu yang
guru tidak akan datang ketempat mereka ketika guru memberikan penerangan tentang isi
pelajaran.
Murid juga kerap tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru setiap kali di
akhir sesi pembelajaran. Guru kurang menekankan tentang kerja atau latihan yang
diberikan kepada murid dalam kelas dengan cara membuat semakan individu keatas
setiap murid. Murid akan berpendapat guru hanya memberikan latihan kepada mereka
tetapi guru tidak akan menyemak latihan yang mereka buat ketika itu. Murid lebih suka
bermain dan membuat kerja lain dari kerja latihan yang diberikan. Situasi sebegini adalah
salah satu faktor yang menyebabkan kelas menjadi bising dan sukar untuk dikawal.
Masalah lain yang kerap berlaku ialah murid sentiasa hendak pergi ke tandas dan
keluar masuk kelas tanpa kebenaran guru. Murid akan cuba untuk keluar dari kelas
walaupun guru tidak membenarkannya dengan cara murid akan menyelinap keluar ikut
pintu belakang ketika guru sedang menulis di papan tulis. Perkara ini terjadi kerana murid
berasa bosan untuk berada dalam kelas ketika waktu belajar kerana guru tidak
menggunakan sebarang pendekatan yang dapat menarik minat murid terhadap isi
pelajaran. Situasi ini sekiranya tidak dibendung akan menjadi lebih parah dan
menyebabkan berlakunya aktiviti ponteng kelas, bermain dalam tandas, menyorok bawah
tangga dan lain-lain aktiviti yang melanggar peraturan sekolah.
Di sini dapat juga diperhatikan guru yang mengajar tidak mengunakan teknik
pengajaran yang menarik seperti membuat sedikit jenaka ketika menyampaikan isi
pelajaran, meninggi dan merendahkan suara atau menggunakan alat bantu mengajar yang
HBEF2103

dapat menarik minat murid untuk belajar. Jika perkara ini masih berterusan, murid yang
berada dalam kelas tersebut akan terus tidak dapat memahami isi pelajaran dengan baik.
Dalam hal ini juga guru kurang menjalankan sebarang aktiviti secara individu ataupun
berkumpulan bagi memudahkan murid lebih memahami isi pelajaran dengan baik.

Huraian masalah mengikut teori pembelajaran


Berdasarkan masalah pembelajaran di atas, guru cuba mengenalpasti kenapa
perkara ini boleh berlaku ketika guru sedang mengajar dalam kelas berkaitan. Murid
tidak menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran berlaku di sebabkan cara
penyampaian guru tidak menarik dan membuatkan murid berasa bosan untuk mata
pelajaran Sains. Guru hanya menyampaikan penerangan tentang isi pelajaran dengan
tidak menggunakan teknik komunikasi dua hala. Sebagai contoh guru akan menyoal
murid secara rawak dan meminta murid untuk menjawab setiap soalan dengan baik.
Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov dapat difahami bahawa murid akan menjadi
bosan ketika belajar kerana guru hanya memberikan penerangan satu hala sahaja setiap
kali guru mengajar. Murid telah terbiasa dengan keadaan tersebut menyebabkan timbul
rasa bosan dan murid mula melakukan aktiviti lain sewaktu pelajaran tersebut. Murid
telah sedia maklum bahawa guru yang mengajar akan membuat cara yang sama saja
setiap kali guru tersebut masuk ke kelas pada waktu mata pelajaran Sains.
Bagi menghilangkan rasa bosan ketika sesi pembelajaran mata pelajaran Sains,
murid akan cuba mencipta satu aktiviti yang dapat menghiburkan dirinya dan rakannya
yang lain. Perkara ini terjadi apabila seorang murid memulakan satu aktiviti seperti
mengetuk meja dengan pensil serta diikuti oleh rakannya tetapi guru tidak mengendahkan
perbuatan tersebut menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal. Hal ini dapat
dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial yang diasaskan oleh Albert Bandura (1986,
1977, 1998, 2000), menyatakan “apabila tingkahlaku seseorang itu ditiru, orang yang
ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru”. Dari pernyataan ini juga
dapatlah difahami bahawa murid akan meniru perlakuan rakan sekelas sekiranya
perlakuan tersebut dapat menghiburkan dirinya dan rakan lain dalam kelas yang sama.
Semakin ramai murid yang meniru perbuatan rakannya maka akan timbullah suasana
yang bising di dalam kelas. Murid yang tidak memberikan penumpuan terhadap isi
HBEF2103

pelajaran, maka murid tidak mungkin akan dapat memahami apa yang mereka belajar.
Mana mungkin murid dapat menyelesaikan kerja yang diberikan oleh guru dengan baik
dan tepat sekiranya mereka tidak mengendah dan tidak memperdulikan apa yang mereka
belajar dalam kelas.
Berdasarkan situasi ini juga, guru tidak mengenakan sebarang dendaan atau
tegahan kepada murid yang tidak mengikut peraturan kelas dan membiarkan mereka
mengulangi perbuatan tersebut setiap kali sesi pembelajaran berlaku. Mengikut teori
pelaziman klasik Pavlov murid akan sentiasa mengulangi perbuatan yang sama setiap kali
guru masuk ke kelas kerana murid berpendapat guru tidak akan marah jika mereka
melakukan kerja lain serta membuat bising sewaktu guru tersebut mengajar. Sebagai
contoh berdasarkan situasi di atas yang dapat dikaitkan dengan teori pelaziman klasik
ialah murid suka bersembang bersama rakan sekelasnya ketika guru menyampaikan
penerangan tentang isi pelajaran. Guru hanya perhatikan sahaja tanpa membuat sebarang
tegahan dan teguran. Murid akan terbiasa dengan keadaan itu dan murid akan terus
melakukan perbuatan yang sama setiap kali guru masuk ke kelas. Murid yang
bersembang tetapi tidak ditegur oleh guru akan menyebabkan murid itu akan mengulangi
perbuatan yang sama ketika guru masuk untuk mengajar.
Mengikut teori pembelajaran Gestalt sekiranya perlakuan murid dalam kelas tidak
dibendung, murid akan cuba mencari idea-idea baru atau percambahan idea bagi
mengatasi rasa bosan mereka ketika sesi pembelajaran berlaku. Sebagai contoh, murid
mungkin akan membawa alat mainan dari luar di bawa masuk ke kelas dan bermain
ketika sesi pembelajaran berjalan. Berkemungkinan mainan tersebut dibeli semasa datang
ke sekolah bersama rakan lain untuk bermain di dalam kelas. Di sini dapat di ketahui
bahawa percambahan idea murid untuk menghilangkan rasa kurang minat terhadap
pelajaran berkaitan boleh meningkat ke tahap yang lebih membimbangkan sekiranya
tidak dibendung atau disekat oleh guru. Berkemungkinan murid telah mempunyai
pengalaman yang lalu sekiranya guru kurang memberi tumpuan kepada murid mereka
boleh melakukan perkara lain tanpa rasa bersalah. Murid akan selalu mengulangi
perlakuan yang sama sebaik sahaja guru yang mengajar masuk ke kelas. Sekiranya
perkara ini tidak dibendung, boleh menyebabkan masalah lain akan timbul seperti murid
HBEF2103

kerap ke tandas, ponteng kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Murid akan terus
berasa bosan dan tidak berminat terhadap pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.
Murid yang kerap tidak menyiapkan kerja sekolah disebabkan oleh guru yang
mengajar kurang memberikan penekanan untuk menyiapkan kerja sekolah terhadap
murid tersebut. Perkara ini menyebabkan masalah berkaitan menjangkiti kepada murid
yang lain. Berdasarkan teori pelaziman operan Thorndike murid yang tidak menyiapkan
kerja sekolah akan berasa tidak bersalah dan senang hati kerana guru tidak marah sebab
dia tidak menyiapkan kerja sekolah. Murid tersebut telah biasa melakukan perkara yang
sama tanpa rasa takut dan bangga. Murid itu menyebarkan kepada rakan-rakannya apa
yang telah dia lakukan tidak akan ditegur oleh gurunya. Oleh yang demikian murid itu
berasa puas dengan tindakan yang telah dilakukan. Perkara ini akan berlarutan sekiranya
guru tersebut tidak menyedari yang muridnya tidak pernah menyiapkan sebarang kerja
yang diberi. Guru yang mengajar terlalu mengambil ringan terhadap kerja atau latihan
yang diberikan kepada murid. Murid akan berasa setiap kerja yang dilakukan hanya sia-
sia kerana guru jarang menyemak setiap kerja yang mereka buat dalam kelas atau kerja
rumah. Sekiranya secara mendadak guru cuba untuk menegur murid yang tidak
menyiapkan kerja atau latihan boleh menyebabkan murid itu berasa dukacita dan marah
atas tindakan guru tersebut. Oleh yang demikian sekiranya perkara ini berlarutan, murid
akan terus hilang rasa minat terhadap mata pelajaran Sains dan akan menyimpan satu
tanggapan yang mata pelajaran Sains tidak seronok untuk dipelajari.

Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran


Guru haruslah mengubah cara mengajar agar murid dapat menumpukan perhatian
terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Selain itu juga guru haruslah mengenalpasti ciri-
ciri murid yang berada dalam kelas yang diajarnya. Hal ini adalah perlu bagi memastikan
supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Guru perlu
mengkaji latar belakang murid dari segi personaliti setiap murid agar mudah bagi guru
untuk menangani masalah yang berlaku. Guru juga perlu memahami prinsip
pembelajaran dan faktor yang mempengaruhi pembelajaran agar penyampaian guru lebih
menarik dan mudah untuk difahami. Berdasarkan teori perkembangan Ekologi
Bronfenbrenner setiap individu akan melalui lima sistem iaitu sistem mikro, sistem meso,
HBEF2103

sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Murid yang berada dalam kelas tidak
semestinya mempunyai latar belakang yang sama. Kemungkinan sebahagian murid dari
kalangan keluarga yang susah dan sebahagian murid dari kalangan keluarga yang senang
atau mewah. Guru perlu menyesuaikan cara penyampaian dan latihan mengikut tahap
kemampuan murid. Guru dapat menilai tahap keupayaan murid dalam menguasai satu-
satu tajuk isi pelajaran Sains dengan memberikan latihan dan ujian yang mudah atau
sukar kepada murid. Dari semakan ujian tersebut guru dapat mengetahui tahap
kefahaman murid dalam menguasai isi pelajaran dan cara belajar setiap murid. Dalam
setiap ujian yang dijalankan, guru dapat melihat dari segi minat, kefahaman serta
keupayaan murid dengan cara menilai penyampaian jawapan murid dalam setiap ujian
yang telah dilaksanakan.
Bagi kawalan kelas supaya berada dalam keadaan tenang dan selesa, guru perlu
cuba menggunakan pendekatan teori pelaziman operan Skinner seperti meninggikan dan
merendahkan suara, memukul meja dan menyebut nama individu serta mengenakan
dendaan yang sesuai apabila murid tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Cara
pendekatan ini, murid akan sentiasa peka terhadap setiap penyampaian guru kerena
khuatir akan disoal, dimarah atau didenda oleh guru. Satu contoh yang dapat diberikan,
sekiranya murid bersembang ketika guru memberikan penerangan isi pelajaran, guru
tersebut memanggil murid itu dan minta murid tersebut mengulangi semula apa yang
telah guru sampaikan di hadapan rakannya yang lain. Sekiranya guru kerap mengulangi
cara tersebut, murid akan sentiasa ingat dan bersedia setiap kali guru masuk ke kelas
untuk mengajar. Pendekatan ini juga boleh digunakan untuk memberi ganjaran kepada
murid sekiranya murid dapat membuat kerja dengan baik dan mengikut setiap arahan
yang diberikan oleh guru. Ganjaran yang diberikan tidak semestinya kebendaan. Sebagai
contoh, sekiranya murid dapat membuat latihan atau dapat menjawab soalan dengan betul
guru akan memujinya dihadapan rakannya yang lain dalam kelas. Dengan ini murid
tersebut akan berasa bangga dan gembira kerana dipuji oleh guru kerana dapat menjawap
dengan betul. Cara ini secara tidak langsung akan memberikan suntikan terhadap murid
lain untuk memberikan perhatian terhadap penyampaian guru supaya mereka juga dapat
seperti rakannya itu.
HBEF2103

Selain dari itu juga guru perlulah merancang proses pengajaran dengan baik
seperti menyusun strategi dalam membuat sesuatu objektif pengajaran dan menggunakan
bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid supaya mudah untuk murid
memahami isi pelajaran dengan baik. Mengikut teori pembelajaran Ausubel, guru boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada murid bagi mengingatkan semula apa yang murid
telah tahu secara umum. Apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar yang
berkaitan dengan tajuk pelajaran tersebut, murid akan timbul perasaan ingin tahu yang
lebih mendalam. Oleh itu, guru dapat menyusun semula pengetahuan murid dari
pengetahuan sedia ada ke konsep baru bagi menambah pengetahuan murid dalam tajuk
yang berkaitan. Sebagai contoh, guru bertanya kepada murid tentang bentuk magnet dan
murid menjawab yang magnet mempunyai bentuk separuh bulat kerana murid pernah
membuat kajian terhadap dinamo basikal dan motor kereta kawalan jauh. Kemudian guru
mengeluarkan gambar jenis-jenis magnet yang berkaitan dengan isi pelajaran tersebut.
Murid akan tertanya-tanya mengapa magnet di dalam gambar tidak sama dengan magnet
yang mereka tahu. Jadi guru dapat menerangkan isi pelajaran dengan baik kerana murid
sudah bersedia untuk mengetahui selanjutnya tentang bentuk magnet yang telah
ditunjukkan oleh guru.
Sekiranya guru ingin murid dalam kelasnya sentiasa bersedia sebelum memulakan
pelajaran seperti murid telah meletakkan buku atas meja atau telah mengetahui serba
sedikit tentang isi pelajaran yang bakal mereka pelajari, guru boleh cuba untuk
menggunakan pendekatan teori pelaziman klasik Watson. Guru akan sentiasa
mengingatkan murid setiap kali masuk ke kelas agar murid meletakkan buku mata
pelajaran Sains sebaik sahaja guru yang berkaitan masuk. Sekiranya murid terlupa untuk
berbuat demikian setiap kali guru masuk ke kelas, guru akan memukul mejanya dengan
rotan dan menyuruh murid tersebut mengeluarkan buku dengan kadar yang segera. Jika
guru kerap berbuat demikian, murid akan sentiasa peka terhadap jadual waktu kelas dan
sentiasa bersedia dengan buku yang sepatutnya di atas meja.
Bagi murid yang kerap tidak menyiapkan kerja sekolah atau latihan yang
diberikan, guru boleh mengguna pakai teori pelaziman operan Thorndike melalui hukum
kesan supaya dapat membuat perubahan kearah yang ceria dan seronok. Sebagai contoh,
murid yang dapat menyiapkan latihan dalam kelas dalam masa yang ditentukan akan
HBEF2103

diberi gajaran berupa hadiah kepada murid tersebut. Dengan cara ini akan memotivasikan
murid supaya dapat membuat kerja dengan baik dan tepat masanya. Sekiranya murid
dibiasakan dengan cara ini, murid akan sentiasa berasa seronok untuk membuat sebarang
latihan yang diberikan oleh guru. Jika guru tidak memberikan sebarang latihan, murid
akan bertanyakan tentang latihan atau kerja seperti yang selalu guru tersebut lakukan. Ini
dapat meningkatkan lagi semangat dan minat murid dalam mata pelajaran Sains.

Penutup
Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa masalah
pembelajaran murid dapat diatasi sekiranya guru menggunakan langkah-langkah yang
sesuai dalam situasi yang berkaitan. Setiap permasalahan yang berlaku terhadap murid
perlu dikaji dan diselesaikan dengan sebaik yang mungkin. Guru perlu meningkatkan lagi
tahap pengetahuan dalam bidang psikologi bagi memudahkan proses pengajaran di dalam
kelas. Teori pembelajaran yang berkaitan amat berguna untuk dipraktikkan dalam kelas
supaya pengajaran akan lebih berkesan dan dapat mencapai objektif pelajaran dengan
baik.
Setiap masalah murid dalam kelas dapat dikurangkan sekiranya guru dapat
menyesuaikan cara menanganinya dengan baik. Masalah-masalah seperti ponteng kelas,
murid bising dalam kelas, tidak siap kerja sekolah dapat diselesaikan dengan mengguna
pakai setiap teori yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi yang lalu dan sekarang.

2529 patah perkataan


HBEF2103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

- Sharifah Alwiah Alsagoff, (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinemann (Malaysia)

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

- Sharifah Alwiah Alsagoff, (1986), Psikologi Pendidikan II, Heinemann

(Malaysia) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

- Mok Soon Sang, (2002), Psikologi Pendidikan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Subang Jaya

- Kamaruddin Hj. Husin, (1986), Panduan Latihan Mengajar, Heinemann

(Malaysia) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

- Feldman R.S, (1992), Elements of Psychology, International Ed. New York

Anda mungkin juga menyukai