Anda di halaman 1dari 4

2611/2 2611/2

Pendidikan Seni Visual


Kertas 2
Mei
2012
2 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 2

TAHUN 2012

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kertas 2

( SENI HALUS )

2 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan :

1. Kertas soalan ini mengandungi 6 soalan.


2. Jawab satu soalan sahaja.
‘SENI ITU KEINDAHAN
YANG DILIHAT DARI MATA HATI’

DISEDIAKAN OLEH :

______________________________________
( )
GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

DISEMAK OLEH :

___________________________________
( )
KETUA PANITIA
PENDIDIKAN SENI VISUAL

DISAHKAN OLEH :

__________________________________
( )
GURU KANAN MATA PELAJARAN
BIDANG KEMANUSIAAN
SULIT 2 2611/2

Arahan kepada calon

(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan.
Tuliskan dengan terang Nombor Nama Penuh, Kelas, dan Nombor Soalan di belakang
kertas soalan anda seperti gambar rajah di bawah.

Di muka belakang kertas lukisan anda

Nama Penuh :_____________________________

5 cm Kelas : __________________________________

Nombor Soalan :___________________________

Markah :

8 cm

(b) Hasil karya anda hendaklah asli.

(c) Hasil anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan anda.

(d) Anda tidak boleh menggunakan syelek atau bahan pengilat pada hasil kerja yang telah
siap.

(e) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan penuh kecuali bagi komik strip dan
figura pensel dan diwarnakan berdasarkan kehendak soalan.

(f) Hasil anda hendaklah berbentuk 2D sahaja.

SULIT 2611/2
SULIT 3 2611/2

Jawab satu soalan sahaja.

1. Hasilkan sebuah komik strip DUA panel yang menunjukkan situasi pelajar di
sekolah apabila ‘Guru Ada dan Guru Tiada’. Panel pertama menunjukkan situasi
ketika ‘Apabila Guru Ada’ dan di panel kedua menunjukkan situasi ‘Apabila Guru
Tiada’. Karya anda boleh menggunakan dialog ataupun tanpa dialog. Gunakan
pensel warna ataupun dakwat hitam untuk mewarnakan hasil anda.

2. Di halaman sebuah rumah terdapat beberapa buah pasu yang ditanam dengan
pelbagai jenis bunga-bungaan. Pelbagai saiz batu kelihatan tersusun di sekeliling pasu
tersebut. Lukiskan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
aspek bentuk, jalinan dan ton. Gunakan pensel warna ataupun poster warna.

3. Hasilkan sebuah catan cat air yang menunjukkan suasana di sebuah hutan pada
tahun 3050. Gunakan unsur-unsur seni untuk membuat olahan supaya tumbuhan dan
haiwan kelihatan ganjil. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang telah anda
pelajari.

4. Hasilkan sebuah pemandangan sebuah keluarga sedang berkelah di tepi pantai.


Terdapat beberapa kanak-kanak sedang bermain layang-layang. Berikan penekanan
kepada kanak-kanak tersebut. Anda bebas menggunakan pensel warna ataupun poster
warna.

5. Dapatkan sekeping gambar figura manusia realistik. Pilih satu gambar dan
hasilkan lakaran seperti yang terdapat pada gambar tersebut. Gunakan pensel 2B bagi
lakaran anda. Tampalkan gambar rujukan anda di belakang kertas lukisan anda.

6. Kemalangan jalan raya sering berlaku walaupun banyak kempen dilakukan untuk
menghalangnya. Berdasarkan pengetahuan kamu tentang unsur seni dan prinsip rekaan,
hasilkan sebuah poster tentang keselamatan di jalan raya. Penekanan hendaklah
diberikan kepada unsur penegasan dalam rekaan kamu. Anda bebas menggunakan
poster warna ataupun pensel warna ataupun gabungan kedua-duanya.

SOALAN TAMAT.
SELAMAT MENJAWAB.

SULIT 2611/2

Anda mungkin juga menyukai