Anda di halaman 1dari 15

HBEF3103

ISI KANDUNGAN

Pengenalan
muka surat 2
Pengenalan Murid Secara Umum

Analisis Pelajar

Objektif muka surat 3

Kaedah, Media dan Bahan

Media dan Bahan muka surat 5

Libatkan Pelajar muka surat 6

Nilai dan Semak : Menilai Pembelajaran muka surat 7

Nilai dan Semak : Perancangan Guru muka surat 8

Penutup dan Rumusan muka surat 9

Lampiran muka surat 10

Rujukan muka surat 15


HBEF3103

PENGENALAN
Model ASSURE ini adalah satu model yang telah digubal oleh Heinich dan rakan-
rakannya (1982) supaya dijadikan panduan untuk setiap guru dalam menyediakan
rancangan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Berdasarkan model ini,
perancangan yang dibina hanya untuk kegunaan dalam bilik darjah sahaja. Dalam model
ASSURE ini mempunyai enam langkah yang perlu diperhatikan oleh guru dalam
penyediaan setiap rancangan pengajaran.
Rancangan pengajaran yang dibina berdasarkan model ASSURE adalah yang
terbaik untuk digunakan oleh setiap guru sebelum merancang satu rancangan pengajaran
harian. Rancangan pengajaran yang dibina mengikut model ASSURE ini, guru dapat
mengenalpasti ciri-ciri murid yang berada dalam kelas yang akan diajar. Guru dapat
membina rancangan pengajaran yang sesuai dalam menyediakan bahan, media dan
persekitaran bagi kelas yang akan diajar oleh guru tersebut. Dalam tugasan ini akan
dibincangkan satu model pengajaran yang akan laksanakan dalam kelas berdasarkan
model ASSURE secara terperinci.

PENGENALAN MURID SECARA UMUM


Murid yang terlibat dalam perbincangan ini ialah murid dari kelas tahun 3
Harapan. Kelas ini adalah kelas yang ke 6 dari 11 kelas untuk aliran tahun 3 yang ada di
sekolah ini. Murid yang berada dalam kelas ini seramai 37 orang. Tahap kebolehan murid
dalam kelas ini adalah sederhana dan perlu diberi perhatian dengan teliti oleh guru
supaya murid dapat mengukuhkan pengetahuan mereka dalam setiap tajuk yang diajar.
Mata pelajaran Sains yang diajar menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris
kemudian diterjemahkan ke Bahasa Melayu samada menulis di papan tulis atau semasa
memberi penerangan. Masa yang diperuntukkan untuk mengajar dalam satu sesi selama
60 minit bagi setiap kelas. Perbincangan dalam tugasan ini akan dihuraikan mengenai
topik ciri-ciri fizikal luaran haiwan berdasarkan model ASSURE.
HBEF3103

ANALISIS PELAJAR
Ciri-ciri umum
Pelajar dapat mengenal haiwan secara umum dan dapat menyebut nama haiwan
dengan betul tetapi sukar bagi pelajar untuk mengenal pasti ciri-ciri fizikal luaran haiwan
secara terperinci. Pelajar masih keliru untuk membezakan ciri fizikal luaran setiap haiwan
yang berbeza dengan betul dan tepat.
Kompetensi umum peringkat masuk
Pelajar mempunyai pengetahuan asas mengenai haiwan seperti dapat menyebut
nama serta bahagian-bahagian haiwan yang selalu didengar dari rakan dan keluarga.
Pengetahuan asas ini dapat disesuaikan mengikut isi pelajaran yang akan mereka pelajari.
Stail pembelajaran
Sesi pembelajaran akan menggunakan kaedah slaid powerpoint bergambar
berkaitan dengan ciri-ciri fizikal luaran haiwan dan menggunakan kad imbasan berkaitan
dengan topik ini. Murid akan membuat aktiviti secara perseorangan diakhir pembelajaran
dengan menggunakan lembaran kerja yang dibekalkan oleh guru. Selain dari itu, murid
juga akan membuat kerja secara berkumpulan bagi meningkatkan lagi kefahaman mereka
tentang tajuk yang berkaitan.

OBJEKTIF
Hasil dari pembelajaran murid dapat:
1. Menyebut ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara lisan dengan betul.
2. Melabelkan ciri-ciri fizikal haiwan dengan tepat.
3. Membina dan membuat persembahan portfolio di dalam kelas
4. Mengelaskan haiwan mengikut ciri fizikal luaran haiwan dengan betul

KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN


Kaedah
Guru akan memberikan penerangan secara umum kepada murid tentang ciri
fizikal luaran haiwan dan langkah-langkah lain yang akan murid lakukan seterusnya
dalam kelas berkenaan. Penerangan tentang ciri fizikal luaran haiwan diberikan mengikut
slaid powerpoint (Lampiran B) yang ditayangkan kepada murid. Semasa penerangan,
HBEF3103

guru akan bersoal jawap dengan murid untuk mengetahui pengetahuan sedia ada pada
murid.
Murid akan membuat latihan dari lembaran kerja (Lampiran B) yang dibekalkan
kerana dengan lembaran kerja tersebut akan mengukuhkan lagi pengetahuan murid bagi
ciri fizikal haiwan yang berbeza. Selain dari itu juga, murid akan membina portfolio
mengikut kreativiti murid secara berkumpulan. Aktiviti ini akan membuka lagi minda
murid dalam menstrukturkan semula pengetahuan yang mereka dapat dan pengetahuan
sedia ada pada mereka dengan lebih kukuh.
Media
Murid menonton tayangan slaid powerpoint ciri fizikal luaran haiwan di dalam
bilik Sains (Lampiran B). Tayangan slaid powerpoint ini akan memberikan lagi
gambaran yang jelas kepada murid kerana gambar yang digunakan dalam slaid tersebut
adalah gambar yang sebenar. Dari tayangan slaid powerpoint tersebut, murid akan
membuat satu latihan ringkas secara berkumpulan dengan menyesuaikan semula ciri
fizikal luaran haiwan dalam papan sisip bergambar (Lampiran B) yang disediakan.
Papan sisip bergambar dibekalkan kepada murid dalam kumpulan dan perkataan ciri
fizikal haiwan dibekalkan secara individu. Murid akan menyusun semula perkatan itu
dengan padanan yang betul. Cara ini akan membolehkan murid mengenal ciri fizikal
dengan lebih terperinci.
Selain dari itu, murid akan dibekalkan kad imbasan (Lampiran B) ciri fizikal
luaran haiwan yang mempunyai gambar dan perkataan yang berasingan kepada setiap
individu. Murid akan mencari padanan yang betul dari rakan mereka yang lain secara
berkumpulan. Dengan cara ini, murid akan berasa seronok ketika proses pembelajaran
berlaku.
Bahan (Lampiran B)

3. LCD
1. Bilik Sains 2. Komputer Riba 4. Skrin layar
Projektor

5. Papan Sisip 7. Slaid


6. Kad imbasan 8. Lembaran Kerja
Bergambar Powerpoint
HBEF3103

MEDIA DAN BAHAN


Melihat (previu)
Guru perlu bersedia untuk mengenalpasti masalah ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Setiap perkara yang berlaku semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran perlu diperhatikan dengan baik agar dapat diselesaikan dengan cara yang
tepat dan betul.
Sediakan bahan
Menyediakan kad imbas, papan sisip bergambar dan lembaran kerja yang lengkap
dan mencukupi untuk setiap pelajar. Bahan yang digunakan perlu berada dalam keadaan
yang baik dan mudah untuk digunakan.
Sediakan persekitaran
Memastikan sekitar bilik Sains berada dalam keadaan yang kondusif serta
komputer riba dan LCD projektor dapat berfungsi dengan baik. Selain dari itu juga, guru
perlu memastikan kawasan larangan seperti almari simpanan tabung uji dan tempat yang
difikirkan tidak berkaitan dengan topik pelajaran di dalam bilik Sains tidak dilawati oleh
murid atas dasar keselamatan murid itu sendiri.
Sediakan pelajar
Murid disusun dalam kumpulan seramai 6 orang satu meja supaya mudah untuk
melakukan kerja berkumpulan dan membuat persembahan hasil kerja mereka. Cara ini
akan membina sikap bekerjasama dan bertolak ansur sesama rakan ketika menyiapkan
kerja atau tugasan yang diberi. Selain dari itu, murid telah diminta untuk menyediakan
bahan seperti gambar haiwan dan kad manila bagi membina portfolio sebelum tiba kelas
mata pelajaran Sains ini.
Sediakan pengalaman pembelajaran
Guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang aktif dan menarik agar
murid dapat belajar dalam susana yang tidak tertekan dan sentiasa berasa ceria ketika
proses pembelajaran berlaku. Setiap aktiviti yang dijalankan perlulah melibatkan murid
secara menyeluruh dan dalam keadaan yang terkawal.
HBEF3103

LIBATKAN PELAJAR
Setelah murid melihat tayangan slaid powerpoint serta mendengar penerangan
dari guru mengenai ciri fizikal luaran haiwan, guru akan mengedarkan papan sisip
bergambar kepada setiap kumpulan. Murid akan berbincang dalam kumpulan untuk
menyusun perkataan ciri fizikal haiwan dengan padanan yang betul dalam papan sisip
bergambar. Semasa aktiviti ini berjalan, murid akan bergerak untuk melengkapkan papan
sisip bergambar yang telah diberi oleh guru dalam kumpulan masing-masing. Cara ini
akan meningkatkan kesefahaman murid dalam berkerja secara berkumpulan. Dengan cari
ini juga murid ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri fizikal luaran haiwan
kerana murid tertarik dengan bahan yang digunakan.
Setelah aktiviti memadankan dalam papan sisip bergambar selesai, murid akan
dibekalkan pula dengan kad imbasan. Kad imbasan yang digunakan mengandungi
gambar dan perkataan dalam kad yang berasingan. Kad-kad tersebut diedarkan kepada
setiap murid secara rawak dan murid akan bergerak keseluruh kelas untuk mencari rakan
yang mempunyai padanan sama dengannya. Semasa aktiviti ini berjalan, kelas akan
berada dalam suasana bising dan terkawal kerana murid akan menyebut ciri fizikal yang
telah mereka pegang. Murid yang memegang kad bergambar atau perkataan akan menjadi
aktif dan peka terhadap suara rakannya yang lain. Aktiviti ini akan membuatkan murid
berasa seronok ketika sesi pembelajaran ini berlaku.
Setelah aktiviti ini selesai, murid diminta untuk membina satu portfolio secara
berkumpulan dalam kumpulan masing-masing. Dalam portfolio ini murid perlu
mengelaskan ciri fizikal haiwan mengikut ciri yang tertentu. Sebagai contoh, murid
mengelaskan haiwan yang mempunyai paruh. Murid akan merujuk buku teks Sains untuk
mendapatakan maklumat tambahan bagi menyiapkan tugasan ini. Aktiviti memotong dan
menampal akan berlaku ketika proses pembinaan potrfilio ini berjalan. Portfolio yang
telah siap dibina akan dibentangkan atau dipersembahkan kepada rakan lain dalam kelas
supaya murid dapat membandingkan hasil kerja mereka dengan kumpulan yang
membentangkan. Melalui aktiviti ini akan membuatkan murid cuba untuk
mempertahankan hasil mereka adalah yang terbaik dari yang lain. Dengan aktiviti ini
juga akan membuatkan murid menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan kerja secara
berkumpulan.
HBEF3103

NILAI DAN SEMAK : MENILAI PEMBELAJARAN


Sebelum memulakan sesi pengajaran, guru telah melakukan satu penilaian secara
umum dengan menggunakan teknik soal jawap antara guru dan murid semasa sesi
pengenalan. Teknik soal jawap dalam sesi pengenalan adalah penting bagi guru untuk
mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Contoh soalan yang digunakan oleh guru ialah
“Bahagian manakah yang digunakan oleh burung untuk makan?”. Kebanyakkan murid
menjawap “Burung makan menggunakan mulut”. Contoh soalan lain yang diajukan guru
kepada murid “Bagaimanakah burung bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain?”.
Murid menjawap “Burung terbang”.
Melalui jawapan murid ini, guru sudah mengetahui yang muridnya masih lagi
kurang pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara tepat. Tetapi murid
telah mengetahui bahawa cara dan bagaimana burung makan dan bergerak. Guru perlu
memberikan penerangan secara umum terlebih dahulu supaya murid dapat menjana
pengetahuan secara berperingkat.
Setelah guru memberikan penerangan secara terperinci ciri-ciri fizikal luaran
haiwan menggunakan slaid powerpoint yang ditayangkan kepada murid, guru telah
memberikan murid satu tugasan secara berkumpulan. Guru mengedarkan papan sisip
bergambar kepada murid di dalam kumpulan masing-masing. Papan sisip bergambar
tersebut mempunyai gambar haiwan yang belum dipandankan dengan perkataan ciri
fizikal luaran haiwan. Murid cuba memadankan perkataan ciri fizikal luaran haiwan
dengan pandanan yang betul di papan sisip bergambar tersebut. Guru memberikan
tempoh selama 5 minit untuk murid menyiapkan tugasan tersebut secara berkumpulan.
Setelah aktiviti tersebut selesai, guru akan menyemak hasil kerja tersebut di dalam
kumpulan masing-masing. Hasil dari aktiviti ini, guru dapat menilai murid secara
berkumpulan tahap pengetahuan mereka setelah diberikan penerangan ciri fizikal luaran
haiwan secara terperinci.
Selain dari itu juga, murid telah diberikan kad imbasan secara individu untuk
memadankan kepada rakannya yang mempunyai padanan yang sama. Kad imbasan ini
mempunyai gambar dan perkataan dalam kad yang berlainan. Sekiranya murid
memegang kad imbasan yang mempunyai “gambar sayap” maka murid tersebut akan
mencari rakannya yang memegang kad perkataan “sayap”. Guru memberikan tempoh
HBEF3103

selama 6 minit untuk murid mencari padanannya. Aktiviti ini akan meningkatkan lagi
kefahaman murid mengenai topik yang mereka belajar.
Semasa sesi pembelajaran berjalan, guru meminta murid membina satu portfolio
(Lampiran C) mengenai ciri fizikal luaran haiwan. Guru memberikan tempoh selama 10
minit untuk murid menyiapkan tugasan tersebut. Tugasan yang siap akan
dipersembahkan oleh murid kepada rakannya yang lain dalam kelas. Dari aktiviti ini guru
dapat mengetahui kekuatan kefahaman murid mengenai topik ini.
Sebelum berakhir sesi pembelajaran, murid telah diedarkan satu lembaran kerja
(Lampiran D) secara individu didalam kelas. Murid diminta untuk menyiapkan
lembaran kerja tersebut dalam masa 5 hingga 10 minit. Lembaran kerja itu akan
dikumpulkan semula oleh guru untuk menyemak setelah kelas berakhir. Hasil dari
semakkan lembaran kerja, guru dapat menilai tahap pengetahuan murid secara individu.
Sekiranya masih terdapat murid yang tidak menjawap dengan tepat, guru akan cuba
untuk memberikan latihan tambahan kepada murid tersebut untuk dibuat dirumah.

NILAI DAN SEMAK : PERANCANGAN GURU


Setelah berakhir sesi pengajaran, guru perlu membuat semakan semula tentang
tahap penyampaian yang telah dibuat semasa kelas berjalan. Setiap persembahan, kaedah,
bahan dan penglibatan murid perlu dipersoalkan semula oleh guru yang mengajar. Ini
perlu kerana guru yang mengajar dapat memperbaiki mutu pengajaran sekiranya terdapat
kesilapan dan kekurangan semasa guru mengajar.
Persembahan
Dalam sesi pengajaran ini, guru menggunakan slaid powerpoint dan memberikan
penerangan secara lisan kepada murid. Guru bersoal jawap dengan murid supaya berlaku
komunikasi dua hala antara guru dan murid. Dengan cara ini akan membuatkan murid
sentiasa peka terhadap penerangan yang diberikan oleh guru. Guru menggunakan suara
yang tinggi apabila murid kurang memberikan perhatian terhadap penyampaian guru.
Kaedah
Kaedah yang digunakan oleh guru ialah menggunakan slaid powerpoint untuk
memberikan penerangan secara terperinci dan jelas kepada murid. Selain dari itu juga,
guru menggunakan bahan lain seperti papan sisip bergambar dan kad imbasan supaya
HBEF3103

murid aktif ketika sesi pembelajaran berlaku. Dengan menggunakan bahan ini, guru dapat
menilai murid dengan cepat untuk mengetahui tahap pengetahuan murid dalam topik
yang diajar.
Bahan
Guru telah menggunakan bahan yang terdapat dalam bilik Sains secara
menyeluruh. Bahan tersebut semuanya berada dalam keadaan baik dan mudah digunakan
oleh murid.
Tahap penglibatan Murid
Berdasarkan aktivti yang dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlaku, penglibatan murid aktif dan tidak terlalu pasif. Penggunaan bahan yang terlibat
membuatkan murid bergerak aktif dalam menjalankan aktiviti secara berkumpulan.
Murid gembira dapat menjalankan aktiviti bersama rakannya ketika sesi pembelajaran
berlaku. Aktiviti yang dijalankan oleh guru lebih bertemakan kearah permainan kerana
murid perlu menyusun dan memadankan perkataan dengan ciri fizikal haiwan dengan
betul dalam bahan yang diberikan.

PENUTUP DAN RUMUSAN


Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, didapati bahawa model ASSURE ini
amat menitik beratkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan model ASSURE ini, murid diberi peluang untuk melibatkan
diri secara aktif dalam setiap aktiviti.
Guru yang menggunakan model ini akan dapat menghasilkan satu sesi pengajaran
yang menarik dan dapat membantu murid dalam memahami setiap isi kandungan
pelajaran yang berkaitan.

2093 patah perkataan


HBEF3103

LAMPIRAN

Lampiran A

Rancangan Pengajaran Harian

Hari : Isnin
Tarikh : 17 Januari 2011
Minggu : 3

Tema :
Belajar Mengenai Benda Hidup
500 ptg – 600 ptg Tajuk :
Haiwan
Sains Topik :
Ciri Fizikal Luaran Haiwan
3 HARAPAN Objektif Pembelajaran :
Murid dapat:
1. Menyebut ciri-ciri fizikal luaran haiwan secara lisan dengan betul.
2. Melabelkan ciri-ciri fizikal haiwan dengan tepat.
3. Membina dan membuat persembahan portfolio di dalam kelas.
4. Mengelaskan haiwan mengikut ciri fizikal luaran haiwan dengan
betul dalam lembaran yang disediakan.
Hasil Pembelajaran :
• Murid memadankan ciri fizikal luaran haiwan dengan betul.
• Murid membina portfolio ciri fizikal luaran haiwan dengan betul
dan kemas.
• Murid membuat persembahan portfolio di dalam kelas.
Aktiviti :
• Murid melihat haiwan yang berbeza dan membuat senarai cirri
fizikal luaran haiwan tersebut.
• Murid memadankan ciri fizikal luaran haiwan dalam papan sisip
bergambar.
• Murid membina satu portfolio cirri fizikal luaran haiwan dan
membuat persembahan hasil kerja di dalam kelas.
Kemahiran Proses Sains / Kemahiran Berfikir :
• Melihat dan mengelaskan / Mengumpulkan
Nilai Murni :
• Mempunyai sikap menghargai dan ingin tahu keadaan persekitaran
HBEF3103

Lampiran B

Bilik Sains Komputer Riba

LCD Projektor Skrin Layar

Papan Sisip Bergambar


HBEF3103

Kad Imbasan

Slaid Power Point


HBEF3103

Lampiran C

Portfolio hasil kerja murid


HBEF3103

Lampiran D

Lembaran kerja
HBEF3103

RUJUKAN

Ab. Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti. Kuala

Lumpur

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuala Lumpur

Abdullah Mohd Zin & Mohd Jan Nordin (2000). Perkongsian Maklumat. Prentice Hall.

Kuala Lumpur