Anda di halaman 1dari 2

BORANG REFLEKSI PENGAJARAN

Tingkatan : 1 Endurance

Tarikh pengajaran : 26 April 2021

Masa pengajaran : 3.50 petang – 4.40 petang (50 minit)

1. Apakah peristiwa yang mengganggu pembelajaran pelajar pada pengajaran


yang lalu?
Peristiwa yang mengganggu pembelajaran murid pada pengajaran yang lalu ialah saya sukar
untuk membahagikan masa dengan baik ketika awal pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka. Hal ini disebabkan saya baru merasai pengalaman mengajar secara bersemuka
pada minggu pertama PdPc. Oleh itu, saya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri
dengan masa yang diberikan.

2. Apakah yang anda rancang untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada masa
lalu?
Saya akan mencuba untuk menepati masa dan merancang dengan sebaiknya agar PdPc
berjalan dengan lancar sesuai dengan Rancangan Pengajaran Harian. Saya juga cuba untuk
mengajar yang penting sahaja sekiranya terdapat kesuntukan masa.

3. Apakah masalah lama masih kekal atau ada masalah baharu yang timbul dalam
pengajaran anda kali ini?

Masalah lama ialah kesuntukan masa semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kali ini, masalah yang saya hadapi berbeza daripada masalah yang lalu. Hal ini
kerana pada permulaan pengajaran, suara saya agak kurang jelas kedengaran oleh murid-
murid yang lain.

4. Apakah penyebab kepada masalah itu?


Punca kepada masalah itu adalah kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan iaitu hujan
lebat berserta kilat menyebabkan suara saya kurang jelas didengar oleh murid-murid yang
lain. Pada permulaan pengajaran, murid-murid rasa terganggu dengan keadaan pada masa
tersebut.

5. Apakah tindakan serta-merta yang telah anda ambil?


Saya telah mengambil keputusan untuk menguatkan lagi suara saya pada masa tersebut.
Selain itu, saya juga meminta murid untuk menutup pintu serta tingkap agar tidak terganggu
dengan bunyi dari luar.

6. Apakah tindakan yang akan anda lakukan pada pengajaran akan datang?
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan pengajaran, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah, saya
akan mencuba untuk mempunyai rancangan sandaran sebelum memulakan pengajaran kerana
kita tidak dapat menjangkakan situasi yang bakal berlaku. Saya juga akan menyediakan
bahan lebih awal agar semasa pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan tidak memakan
masa yang banyak.

Anda mungkin juga menyukai