Sinopsis Shukri 2
Sinopsis Shukri 2
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan
dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah
difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan,
tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula
hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau
perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu
pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau kehilangan nyawa
penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah
dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam
beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran,
iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir
buku menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan
undang-undang yang berkenaan.
1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)
........................................ ........................................................
(AHMAD SHUKRI BIN ISMAIL) ( )