Anda di halaman 1dari 1

Konsep asas & Literasi bahasa

Modul ini membantu anak-anak prasekolah yang terdiri daripada umur 5 hingga 6 dalam menguasai
kemahiran literasi awal. Modul ini dibangunkan untuk memberikan pendedahan awal tentang
komponen kemahiran literasi awal seperti bahasa dan komunikasi; konsep cetakan dan cetakan
persekitaran; fonemik dan fonetik; bacaan dan kefahaman naratif; dan tulisan awal. Literasi
didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal
dan majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’ serta mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi. Modul ini lebih menumpukan kepada
Gaya PembelajaranFleming Vak iaitu terdiri daripada 3 elemen asas (Visual, Auditori, Kinestetik)
menggunakan 3 jenis deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan bagi mengenalpasti gaya
belajar anak yang paling optimum untuknya. Aktiviti yang disediakan dalam modul ini berdasarkan
Gaya Fleming VAK iaitu elemen Visual memanipulasi imej (lakaran, mencipta metafora visual dan
analogi, lukisan, mentafsir imej visual) elemen Auditori (bercerita, mengingati maklumat, berhujah)
manakala Kinestetik (percubaan praktikal – Hands-on, lakonan, penggunaan motor halus)

Anda mungkin juga menyukai