Anda di halaman 1dari 7

RINGKASAN BAHAN RUJUKAN BUKU

Tajuk : Peradaban Islam di Asia Isu Sejarah, Pendidikan dan Sains Sosial

Editor : Nurul Wahidah Fauzi dan Wan Nur Amirah

Penerbit : USM

Bab 2: Kedatangan Islam ke Alam Melayu : Kesan dan Perubahan

o Sesuatu bangsa akan dpt mengekalkan kemajuan yg mereka capai sekiranya nilai2 yg dikejar
tidak hanya bersifat kebendaan semata-mata.
o Islam amat mementingkan aspek nilai yg baik terutama nilai akhlak, nilai keilmuan, dan
termasuklah nilai kebendaan. Asas kemajuan Islam itu adalah aqidah, syariah, dan akhlak.
Sumbernya ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijmak, dan Qias. Ajaran agama lah yg dpt menyatukan
kita dalam erti kata yg sebenar. Begitulah juga hanya agama Islam satu2nya agama yg
membawa kepada hakikat kehidupan yg sebenar yg mencakupi hal-hal di dunia dan di akhirat.
Ms45
o Kelahiran tokoh2 pemikir dan para sarjan serta golongan ulama boleh memesatkan lagi
pembangunan dari segi kebendaan dan kerohanian sesuai dengan tuntutan Islam. ia juga
dibantu dgn lahirnya institusi pendidikan dan gerakan2 kesedaran Islam.54 ms46
o Kesusasteraan Islam banyak memperkenalkan karya2 dari Timur Tengah yg diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu seperti “Hikayat Seribu Satu Malam”, “cerita2 Abu Nawas”, “Hikayat
Muhammad Al-Hanafiah” dan “Hikayat Khalillah Wa Dimnah”.
o Hal yg lebih ketara ialah lahirnya tulisan Jawi yang terpengaruh daripada tulisan Al-Quran dan
Bahasa Arab. Dengan itu, lahirlah huruf2 tambahan yg tidak terdapat dalam tulisan Arab.51
o Perubahan2 yg dibawa bukan sahaja merupakan aspek2 luaran bahkan juga aspek dalaman yg
meresap masuk dalam hati dan sanubari umat Melayu
o Meskipun unsur2 lama sukar utk dibuang, dgn kekuatan dalaman yg diterap oleh Islam telah
menyebabkan sukar bagi mereka menerima pengaruh baharu yg didatangkan oleh pihak Barat
khususnya yg ditaja oleh pihak Portugis, Belanda, dan Inggeris
o Melalui aspek kekeluargaan, kelihatan banyak perkara2 yg sesuai dgn amalan Islam telah dpt
diterima oleh orang Melayu misalnya dlm bentuk pakaian, aturcara, urusan rumahtangga,
konsep hidup berjiran dsb. Begitulah juga dengan amalan gotong royong, konsep tolong-
menolong, bekerjasama yg amat dituntut oleh Islam
o Konsep hidup berkasta mula untuk ditinggalkan
o Melalui aspek pendidikan, kedatangan Islam telah melahirkan sistem pendidikan yg baharu
bagi masyarakat Melayu. Peluang utk mendapatkan pendidikan bukan sahaja utk golongan
istana dan anak2 pembesar spt sebelumnya ttapi juga masyarakat umum (kanak2, remajaa,
dewasa, dan golongan tua)
o Sistem pendidikan sistematik : pembacaan al-quran (aspek tajwid, tafsir, dan hafalan). Secara
umumnya institusi pendidikan tradisional di Alam Melayu terdiri daripada insitusi istana,
surau, rangkang, dsb manakala guru2 yg mengajar didatangkan khas dari Tanah Arab, Parsi,
India, Turki, dan masyarakat tempatan. Matapelajaran yg diajar berdasarkan sistem
sebagaiamana di pondok atau madrasah (Fekah, Tauhid, Bahasa Arab, dan Al-Quran)
o Kedatangan Islam juga membawa bersama pelbagai ilmu spt ilmu bahasa, kesusasteraan,
sejarah, falsafah, mantik dsb. Begitulah juga lahirnya berbagai perkataan yg diambil dari bahasa
Arab spt ilmu, sultan, kitab, syukur, nikmat dsb.
o Politik dan pentadbiran : memperkenalkan sistem pentadbiran secara kesultanan di rantau ini –
lahirlah kerajaan Melaka, dsb. Mufti berperanan sbg penasihat kepada sultan dalam hal2 yg
berkaitan dgn agama.46 Raja dianggap sebagai khalifah
o Kesan dari mereka yg mendapat didikan di Timur Tengah spt Syed Sheikh al-Hadii (murid
Muhammad Abduh) pulang ke tanah air dari Mesir (1904M) telah menerbitkan majalah Al-
Imam iaitu sebuah akhbar pertama Melayu yg mengandungi berita2 politik dan fikiran2 baharu
untuk merubah masyarakat.
o Ekonomi : segala kegiatan sentiasa dikawal oleh hukum Islam berdasarkan persoalan halal
haram yg mementingkan keuntungan dunia dan akhirat. Manakala dalam pengurusan harta,
penerimaan org Melayu terhadap Islam dpt dilihat mellaui penerapan sistem zakat, faraid, dll yg
berkaitan dengan perjanjian kewangan termasuklah jual beli, riba, dsb.
o Akidah dan kepercayaan : kedatangan Islam telah merubah pandangan hidup (world view)
khususnya kpd orang Melayu dan masyarakat Alam Melayu umumnya. Jika dahulunya mereka
lalai dengan unsur2 mitos dan lagenda, maka timbul pandangan yg mementingkan rasionalisme
dan intelektual – bebas daripada jiwa hamba yg berbelenggu dgn unsur2 fahaman khurafat dan
tahyul – ajaran Islam hanya mengajarkan supaya yg patut disembah dan diikut perintahNya
secara mutlak hanya kpd pencipta mereka iaitu Allah Maha Esa
o Tidak ada konsep perhambaan sesama manusia spt dlm ajaran Hindu yg menanggap raja sbg
Dewa – kedatangan Islam telah membawa kpd kepercayaan Tuhan yg satu. Kesan akidah ini
juga telah melahirkan semangat dan daya juang atau jihad utk menyebar dan menegakkan
hukum Allah
o Pada dasarnya proses islamisasi di Alam Melayu berlaku dua tahap (abad ke-7M hingga 13M)
yg kebanyakannya dipelopori oleh Orang Arab sendiri dan dari abad ke-13 M dan seterusnya
banyak dijalankan oleh mubaligh2 India, Arab dan org2 tempatan

RINGKASAN RUJUKAN ISLAM DI KELANTAN

 Bahasa yg digunakan oleh pengarang teks ini adalah bahasa sastera Melayu lama “…Lagi
bekerja buat sangat-sangat mudah bagi rakyat jelata…Yang Di-Pertuan Terengganu sedang
bermuafakat dengan orang-orang besar Patani dihalaman istananya kerana hendak melanggar
negeri Kelantan yang tidak berjaya dialahkan dahulu itu… p.135
 Tulisa yg digunakan ialah Tulisan Jawi lama dengan jenis tulisan Khat Nasakh ditulis
menggunakan tangan dan susunannya agak kemas dan teratur p.135

RUJUKAN BAB 2 : PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGERI KEDAH

 Agama Islam disepakati telah sampai di Alam Melayu ataupun Tanah Melayu oleh ahli sejarah
adalah melalui perdagangan sejak abad ketujuh lagi- ataupun melalui hubungan perdagangan
dengan Arab, China atau India.86 (Faridah Romly, Orang Arab Di Kedah, Arkib Negara Malaysia
Cawangan Kedah/Perlis, h.12)
 Apabila Islam telah menjadi anutan, ikutan, pegangan, malah agama Islam telah menjadi
landasan rasmi dalam setiap perkara kehidupan lapisan masyarakatnya termasuklah dalam
akidah, syariah, akhlak, abad dan tatasusila tidak mengenal lapisan masyarakat p.37
 Sejarah Kedah mencatatkan seorang ulama Arab, Syeikh Abdullah al-Yamani telah datang ke
Kedah dan mengislamkan Maharaja Derbar Raja II (kemudiannya digelar Sultan Muzaffar Shah
I) pada tahun 531H p.39
 Artifak yg ditemui ialah catatan aksara Arab pada sekeping batu yg ditemui di Tupah
berhampiran Gunung Jerai
 Sultan sebagai ketua agama Islam – perkara ini telahpun ditentukan dan dicatatkan dalam
perlembagaan negeri sejak sekian lama.103 (Dusuki Haji Ahmad, 1982, Ikhtisar Perkembangan
Islam, c.5, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h557-559)
 Sistem pendidikan pondok : Terengganu, Kedah, Kelantan – berkembang pesat sejajar dengan
bertapak dan berkembangnya agama Islam di Nusantara. Sistem pengajian pondok yg pertama
ditubuhkan di Kedah dipercayai adalah Pondok Kampung Pulau Pisang Jitra di daerah Kubang
Pasu p.62 yg diasaskan oleh Tuan Haji Ishak pd tahun 1840-an – anak guru kepada Tuan Guru
Syeikh Daud al-Fatani.
 Terdapat juga Pondok Limbong Kapal yg menukar sistem pendidikannya kepada sistem
Madrasah (Madrasah Al-hamidiyyah)125 (Sejarah Maktab Mahmud scribd) – dinaik taraf utk
memenuhi tuntutan keperluan pada waktu itu – dgn cara ini para pelajar lulusannya akan
mencapai taraf kualiti hidup yg sepatutnya disamping memenuhi keperluan dakwah semasa
p.65
 Maktab Mahmud . p68, Pusat Pengajian Tinggi Islam. p70-71
 Penghasilan kitab agama : pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II – ditulis oleh Ahmad bin
Aminuddin Qad-hi – mmbicarakan ttg persoalan ilmu Tauhid khususnya dlm mengupas
persoalan dalam ilmu “Sifat Dua Puluh” – kebanyakan hasil karya persuratan Islam dan
penerbitnya adalah dipelopori dan digerakkan oleh golongan ulama pd peringkat awalnya –
seiring dengan pertapakan Islam di Kedah. P.75

RUJUKAN PERKEMBANGAN PENSEJARAHAN ISLAM DI ALAM MELAYU

 Dalam usaha mengislamisasi masyarakat Alam Melayu, para ulama telah melakukan beberapa
cara dan kaedah utk menarik lebih ramai orang Melayu menganuti agama Islam – mengajar
ilmu agama di istana2, mempelajari bahasa dan budaya Melayu – mengahwini penduduk
tempatan.4 (S.Q Fatimi (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore:Malaysia Sociological
Reseacrh Institue, h.83)
 Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab teologi (usuluddin) bercampur tasawwuf yg
ditulis oleh gurunya iaitu seorang sufi bertajuk Durr Al- Manzum (p.31) kpd Sultan Mansur
Shah di istana Melaka
 Perkembangan agama Islam yg menggalakkan umatnya mendalami ilmu pengetahuan tidak
hanya tertumpu kpd ilmu berbentuk agama semata2 tetapi turut diberi penekanan dari segi
ilmu sejarah yg juga mmpunyai pengajaran dan nilai moral yg tinggi (p.34)
 Melalui pengajian agama di beberapa buah kerajaan Melayu ini maka terbentuklah satu
golongan intelektual yg sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan – bukti dpt dilihat melalui
dakwaan De Eredia sewaktu di Melaka pd abad ke-16 (The majority of the Malayos are cheerful,
roguish, and very wanton; ingenious and intelligent, but negligent and careless about studies
and arts; they spend their time amusing themselves, and so, as a rule, few literati,
mathematicians, or astrologers are to be found amongst them.) (De Eredia Godingo (1997),
“Description of Malacca, Meridional India and Cathay”, J.V Mills (terjemahan), MBRAS, Reprint
14, h.31) p.35
 Terdapat 69 buah karya Melayu dan tersimpan di isatan2 raja spt Hikayat Iskandar, Bustan Al-
Salatin, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dsb. – bahasa Melayu dan ilmu pengetahuan telah
berkembang subur dalam kalangan masyarakat Melayu p.36
 Melalui perkembangan tulisan jawi, sesetengah hasil karya agama termasuk sejarah telah
diterjemah dan disadur terus daripada hasil2 kesusasteraan Arab dan Parsi. P.38

RUJUKAN 2 : ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Penulis : Syed Muhammad Naguib Al-Attas

Penerbit : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, 2016

 Memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa agama yg dianut sebelum kedatangan
Islam adalah agama Hindu-Buddha yg dicampur adukkan dgn agama anak negeri sendiri – hanya
amalan semata-mata (golongan raja2 serta bangsawan) p.12

 Masyarakat Melayu lebih cenderung kpd sifat kesenian drpd sifat falsafah : mereka tiada
benar2 berdaya merangkum kehalusan metafisika Hindu – falsafah telah diubah-ganti menjadi seni
dan dgn demikian unsur2 akliah dan ilmiah terkorban. p.13

 Sifat risalah2 Islam menggambarkan sebahagian besar dari isinya itu mengandung unsur2
metafisika ilmu tasawwuf yg telah mencapai nilai luhuran dalam sejarah pemikiran serta metafisika
dunia. P.14

 Timbulnya rasionalisme dan intelektualisma ini dpt kita bayangkan sbg semangat nan hebat
yg meggerakkan proses merevolusikan pandangan hidup masyarakat Melayu memalingkannya dari
alam seni dan mitos yg khayal dan mematuhi serta menetapkannya ada alam akal dan budi yg
menuntut cara gaya tertib teratur. P.14

 Para penyebar agama Islam mendakyahkan kepercayaan ketuhanan yg tunggal, yg


kudratNya terhukum pada hikmatNya, yg iradatNya berjalan selara dgn akal. Sifat asasi insan itu
ialah akalnya dan unsur akliah inilah yg menjadi perhubungan antara dia dan hakikat semesta. P.14

 Semangat rasionalisme bukan sahaja dibawa ke kalangan istana dan kraton malah sampai
juga dengan rakyat jelata. Jikalau dulu mereka asyik menggemari renungan foya dogengan khayal,
kini mereka giat menganjurkan penulisan dan pentafsiran ilmu2 sejarah dan tasawwuf serta
falsafah Islam. p.20
 Kita dapati banyak risalah dan kitab2 mengenai falsafah dan metafisika yg mengemukakan
teori2 atau faham dan kenyataan yang berdasarkan ilmu2 pengetahuan dan pengenalan berkenaan
dgn onotoloji, kosmoloji, dan psikoloji sebagaimana terdapat dlm tulisan2 ahli tasawwuf Islam,
serta juga ahli2 falsafah dan ilmu kalam dari golongan Mutakallimun dan Ahli Mantiq dan seterusn
ahli2 falsafah Yunani seperti Plotinus, Aristotle, dan Plato – menyaksikan bahawa sastera Melayu-
Islam bukanlah bersandar kpd mitos dan dongeng, dan bukan tertakluk kpd nilaian istana dan
kraton, akan tetapi bersifat lebih demokratis dan saintifik, lebih rasional, dan serius. P.21

 Dengan tibanya Islam dikalangan Orang Melayu, dengan bertukarnya agama Hindu-
Buddha-Animisme kerajaan2 Melayu kepada Islam, maka telah diterima dan dijadikan
kepunyaannya juga abjad Arab dan tulisan Arab. Berdasarkan huruf2 Arab : Jim (A~); ‘ayn; fa’; kaf;
dan nun; lima huruf baru lambat-laun tercipta, masing2 menandakan bunyi2 yang lazim pada bunyi
lidah Melayu iaitu cha; nga; pa; ga; dan nya. P.40

 Bahasa Melayu yg tadinya bahasa pasaran terbatas telah mengalami suatu revolusi. Bahasa
Melayu selain dari diperkaya perbendaharaan katanya dgn istilah2 dan perkataan2 Arab dan Farsi,
BM juga dijadikan bahasa pengantar utama Islam diseluruh Kepulauan Melayu-Indonesia – berjaya
mencapai peringkat bahasa sastera dan agama yang luhur dan sanggup menggulingkan kedaulatan
bahasa Jawa dalam bidang2 ini. P.41

 Batu Bersurat Terengganu sungguhpun jauh lebih awal tarikhnya dari prasasti Acheh,
namun gaya bahasa, kemelayuan bahasanya itu jauh lebih ‘jelas’, lebih dekat dengan bahasa Melayu
kini, sedangkan Prasasti Acheh- meskipun mencirikan Islam-masih memperlihatkan gaya bahasa
pra-Islam. kedatangan Islam telah membawa bersama tulisan Arab yg dijadikan tulisan Melayu yg
mmpunyai tambahan beberapa huruf isitimewa bagi bahasa itu, dan nampaknya tulisan Jawi inilah
yg mengikat perpaduan satu bahasa meliputi seluruh golongan bangsa Melayu. P.42

 Hamzah Fansuri adalah manusi pertama yang menggunakan Bahasa Melayu dengan secara
rasional dan sistimatis. Sayogialah Hamzah Fansuri diberi tempat utama dalam pemikiran
persejarahan bahasa dan kesusasteraan Melayu (Bapa Kesusasteraan Melayu Moden). Tulisan Amir
Hamzah pun mencapai suatu keistimewaan peri kehalusan serta keindahan seni bahasa Melayu.
Pada zaman ini jugalah-Zaman pengaruh Hamzah-harus kita tempatkan penulisan moden dalam
bidang sejarah Orang Melayu, yg jelas sifatnya dalam tulisan2 Nuru’l-Din al-Raniri (abad ke-17) dan
bukannya tulisan2 Raja ‘Ali Hajji (abad ke-19) p.46

 Kesusasteraan itu mencerminkan tamaddun, yang merupakan kehidupan intelek. P.64


 Ilmu tasawwuf itu sebenarnya datang untuk menjelaskan perbedaan antara Islam dan
agama2 yang telah dipercayai sebelum Islam. p.49

Anda mungkin juga menyukai