Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

AJ21803 SEJARAH SOSIAL TANAH MELAYU (1850-1963)

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA RAHMAN TANG

ULASAN BAB ARTIKEL: BECOMING ARAB: Creole Histories and Modern Identity
in the Malay World, Sumit K. Mandal, Cambridge University Press, 2018, Hlm, 23-
42.

DILAKSANAKAN OLEH:

NAMA NO. METRIK

MOHD HAPI BIN BEN BA19170018


RINGKASAN PENGENALAN
Artikel yang menjadi bahan ulasan pengkaji ialah bertajuk “ Creole Histories and Modern
Identity in the Malay World” yang ditulis oleh Sumit K. Mandal dan diterbitkan di Cambridge
Universiti Press pada tahun 2018. Dengan ini, pengkaji tertarik untuk mengulas bahagian
bab satu iaitu berkenaan dengan Lord Sayyid. Oleh hal yang demikian, dalam bab ini kita
dapat mengetahui siapakah Sayyid. Sayyid ini merupakan seorang yang memiliki kedudukan
yang istimewa dalam Hadramaut yang bukan sekadar berasal dari keturunan mereka, tetapi
disebabkan oleh kecerdikan, kelebihan dan peranan mereka yang menjadikan mereka
istimewa. Oleh itu, Syeikh ini merupakan orang yang berkuasa atau ketua yang digelar
melalui keturunan. Syeikh dan Sayyid ini mempunyai kedudukan yang sama iaitu dengan
dihormati dan disanjungi.
Dalam bab ini juga menceritakan tentang Baba Midun. Al-Misri menggambarkan
Baba Midun sebagai saudara dari tokoh sejarah China bernama Majoor van Hir. Dalam pada
itu, Daendels tidak hanya mengabulkan permintaannya untuk sebidang tanah besar di Jawa
Timur, tetapi juga memberikannya gelaran “Majoor”. Kisah penolakan Baba Midun
mengundang kemarahan Daendels, beliau berkata sekiranya seseorang telah menjadi
saudara seagama, tiada sesiapapun yang boleh membeza-bezakan status mereka tidak
setara. Dalam ceritanya, batas antara kumpulan etnik nampaknya lebih berpengaruh
terhadap mobiliti sosial daripada halangan salasilah.
Dalam bahagian bab ini juga menceritakan tentang amalan sosial yang berlaku di
Hadrami yang tidak kekal dan berubah ke alam melayu. Bab ini juga menceritakan tentang
kehadiran sayyid dan mereka di alam melayu. Banyak bukti-bukti, aktiviti yang dicatat
mengenai kedatangan sayyid. Sebagai contonya, satu kes seperti yang berlaku di Pariaman
di pesisir Barat Sumatera. Terlihat masyarakat yang sudah lama menghuni yang disebut
sebagai Jamalul Lail, patronymic sayyid yang terkenal.

KELEBIHAN PENULIS
Dalam penulisan artikel yang bertajuk “Creole Histories and Modern Identity in the Malay
World” ini, terdapat beberapa kelebihan penulis dalam penghasilan artikel ini. Antaranya,
penulis telah menggunakan ciri penulisan yang baik untuk menguatkan penulisannya
dengan menggunakan cara deskriptif yang dapat mengambarkan sesuatu alur cerita dengan
jelas dan terperici supaya pembaca dapat merasakan hasil penulisannya itu benar. Selain
itu, kelebihan penulis dalam artikel ini adalah cara penyampaian dan pengolahan idea yang
teratur dan padat. Dapat dilihat bahawa pada mulanya penulis menceritakan tentang asal
usul Lord Sayyid. Selanjutnya, penulis merujuk buku-buku yang berkaitan dan ini juga
merupakan salah satu kelebihan daripada penulisan artikel ini. Oleh hal yang demikian,
memudahkan penulis untuk mencanang ideanya dan dapat menyampai mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis kepada pembaca dan pengkaji baru. Dengan ini, para pembaca
dan pengkaji baru akan mudah memahami tentang apa yang mereka baca dan kaji.

KELEMAHAN PENULIS
Setiap penghasilan karya penulisan, kita tidak akan terlepas dari membuat kesilapan
dan kekurangan dalam penulisan tersebut. Hal ini kerana penghasilan karya penulisan yang
hebat juga mempunyai kesilapan dan kekurangannya. Tambahan pula, setiap insan yang
bergelar manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, seperti dalam artikel ini
juga terdapat beberapa kelemahan dalam hasil penulisan artikel ini. Antaranya, kelemahan
penulis dalam mengarang buku ini ialah penggunaan bahasa inggeris yang sukar difahami
iaitu bahasa inggeris klasik sehingga pengkaji dan pembaca terpaksa menggunakan inisiatif
yang lain dengan membazirkan masa untuk menterjemah perkataan-perkataan tertentu
yang sukar difahami. Perkara ini dapat melahirkan sesetengah pembaca atau masyarakat
merasa tidak ingin meneruskan pembacaan mereka terhadap buku ini. Oleh hal yang
demikian, penggunaan bahasa dalam setiap penulisan ilmiah juga adalah sangat penting
kerana ianya untuk memudahkan para pembaca untuk mengetahui isi kandungan artikel ini.
Selain itu, kelemahan penulis juga jelas dapat dilihat melalui pembahagian bab dan sub
topik. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis memasukkan pelbagai subtopik dalam satu
bab yang menyukarkan para pembaca untuk mengetahui dan memahami bab-bab tertentu.
Tambahan pula, jika sebuah bab penulisan itu bercampur aduk dengan hal yang lain maka
ini akan mengelirukan para pembaca dan para pengkaji. Seterusnya, kelemahan penulis
dalam mengarang buku ini adalah terdapat beberapa kesalahan tanda baca. Hal ini
dikatakan demikian kerana akan mengundang kesangsian para pembaca dan pengkaji
mengenai maksud ayat yang disampaikan oleh penulis dalam buku ini. Jelas disini,
penggunaan tanda baca ini amat memainkan peranan yang penting dalam setiap penulisan
ilmiah mahupun penulisan yang bukan bersifat ilmiah.

Anda mungkin juga menyukai