Anda di halaman 1dari 28

SJK (T) LADANG TEMERLOH,

34800 TRONG, PERAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
SESI 2021

1
PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah
atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam
masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu
yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza
akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian
yang hampir sama.

MATLAMAT PROGRAM

Program Transisi Tahun Satu akan dapat :

1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan


secara formal.
2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan
situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang
singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk
belajar.

OBJEKTIF

Di akhir program, murid-murid dapat:

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran


pembelajaran yang formal.
2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan
dari segi kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam
sesuatu bidang atau mata pelajaran.
3. Membimbing murid Tahun Satu berkaitan amalan, budaya dan adab ketika
berada di sekolah.

2
4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

3
SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini termasuklah:

 Murid Tahun 1
 Guru Tahun 1
 Pihak sekolah
 Ibu bapa

PERANAN KUMPULAN SASARAN

4
5
TEMA PROGRAM

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu
membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh
dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas.
Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan
perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta
bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu
melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat

6
memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari
pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus
belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan
guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari
masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau
penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya
mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

PELAKSANAAN

Secara keseluruhannya, Program Transisi Tahun Satu ini mengambil jangka masa
selama 43 hari. Segala aktiviti perlu dirancang secara terperinci dan padat agar
matlamat dan objektif tercapai dengan jayanya. Persediaan dan pelaksanaan
program ini dibahagikan kepada tiga tahap utama:

7
TAHAP 1 – FASA PERSEDIAAN

8
Fasa persediaan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada 11
Januari hingga 19 Januari 2021. Fasa ini penekanan terhadap kesediaan pentadbir,
guru, ibu bapa/penjaga, murid dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan
bermula.

TAHAP 2 – FASA PENYESUAIAN

9
Fasa penyesuaian bermula pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021 menggunakan
Modul Orientasi. Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri
dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan
rakan dan guru.

TAHAP 3 – KESEDIAAN

10
Fasa kesediaan bermula pada 1 Februari hingga 25 Mac 2021 menggunakan Modul
PdP. Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai untuk pembelajaran seterusnya.

AHLI JAWATANKUASA

11
SJK(T) LADANG TEMERLOH,
34800 TRONG, PERAK.

AHLI JAWATANKUASA INDUK


PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
SESI 2021

PENGERUSI : PN.I.SANTHANAMARY A/P ISAAC

N.PENGERUSI : EN. KATHIRESAN A/L MUNUSAMY

: PN. ATCHMMAHDEVI A/P MOORTHY

: EN. ELAIYARAJA A/L MOORTHY

PENYELARAS : CIK. MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU

AJK : GURU KELAS TAHUN 1


GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1
SEMUA KETUA PANITIA
GURU DISIPLIN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
GURU PENYELARAS BESTARI / ICT
PIBG

PERANCANGAN AKTIVITI

FASA PERSEDIAAN (19 JANUARI 2021)

12
MINGGU PERSEDIAAN

Hari / Tarikh Masa Perkara / Aktiviti Catatan

Sesi taklimat secara maya o Google


Meet
19 Januari o Guru
o Whatsapp
2021 o Ibu bapa Tahun 1
o Panggilan
telefon
o Rakaman
Video

FASA PENYESUAIAN (20-29 JANUARI 2021)

MINGGU PERTAMA
HARI: RABU (20 JANUARI 2021)

13
MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil - BI


kehadiran dan bertanya khabar
murid

PERBUALAN AWAL

- Topik : Diri Saya


- Guru menggalakkan murid-murid
bercerita tentang diri sendiri
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Kenali Malaysiaku - BT

- Perkenalkan Jalur Gemilang


- Nyanyian Lagu Negaraku

Lembaran kerja

- Mewarnakan Jalur Gemilang

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Video / Gambar Pengenalan - PMz


Persekitaran Sekolah
o Kelas Tahun 1
o Tandas
o PSS
o Bilik Guru
o Pejabat

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - BM


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU PERTAMA
HARI: KHAMIS (21 JANUARI 2021)

14
MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil kehadiran - MT


dan bertanya khabar murid

PERBUALAN AWAL

- Topik : Keluarga Saya


- Guru menggalakkan murid-murid
bercerita dengan menghantar
rakaman cerita melalui
Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Kenali Perak - SN

- Perkenalkan bendera Perak


- Nyanyian Lagu Perak

Lembaran kerja

- Mewarnakan bendera Perak

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Video / Gambar Barisan - PS


Pentadbir
- Memperkenalkan barisan
pentadbir SJKT Ladang
Temerloh

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - BI


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU PERTAMA
HARI: JUMAAT (23 JANUARI 2021)

15
MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil - BM


kehadiran dan bertanya khabar
murid

PERBUALAN AWAL

- Jom Baca
- Guru menggalakkan murid-murid
memilih bahan bacaan dan
menceritakan hasil pembacaan
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Kenali SJKT Ladang Temerloh - BI

- Perkenalkan lencana sekolah


- Nyanyian lagu sekolah

Lembaran kerja

- Mewarnakan lencana sekolah

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Video/Gambar Barisan Guru- - SN


guru Tahun 1
o Guru kelas
o Guru mata pelajaran

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - SN


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU KEDUA

16
HARI: ISNIN (25 JANUARI 2021)

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil kehadiran - BM


dan bertanya khabar murid

PERBUALAN AWAL

- Jom Baca
- Guru menggalakkan murid-murid
memilih bahan bacaan dan
menceritakan hasil pembacaan
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp.

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Kami Murid Baru - PK

- Perkenalkan diri murid

Lembaran kerja

- Melengkapkan biodata

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Pengenalan Pembelajaran - BT
secara maya
o Pengenalan kepada
Google Classroom
o Pengenalan kepada
Google Meet

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - PM


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU KEDUA

17
HARI: SELASA (26 JANUARI 2021)

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil kehadiran - MT


dan bertanya khabar murid

PERBUALAN AWAL

- Jom Baca
- Guru menggalakkan murid-murid
memilih bahan bacaan dan
menceritakan hasil pembacaan
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Numerasi Awal - SN

- Memperkenalkan nombor
- Membentuk nombor

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Pengenalan Peraturan Sekolah - BM


o Budaya dan peraturan
sekolah
o Penerangan tentang
peraturan sekolah
o Adab sopan / kebenaran
keluar kelas

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - PJ


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU KEDUA

18
HARI: RABU (27 JANUARI 2021)

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil kehadiran - BI


dan bertanya khabar murid

PERBUALAN AWAL

- Jom Baca
- Guru menggalakkan murid-murid
memilih bahan bacaan dan
menceritakan hasil pembacaan
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Literasi Awal - BT

- Memperkenal huruf
- Membentuk huruf
- Membunyikan huruf

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Pengenalan SPBT - PMz


o Pengenalan Guru SPBT
o Cara penjagaan buku teks
o Cara membalut buku teks

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - BM


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU KEDUA

19
HARI: KHAMIS (28 JANUARI 2021)

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil kehadiran - MT


dan bertanya khabar murid

PERBUALAN AWAL

- Jom Baca
- Guru menggalakkan murid-murid
memilih bahan bacaan dan
menceritakan hasil pembacaan
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Literasi Awal - SN

- Memperkenal huruf
- Membentuk huruf
- Membunyikan huruf

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Pengenalan PSS - PS
o Pengenalan Guru PSS
o Cara peminjaman bahan
bacaan
o Cara pemulangan bahan
bacaan

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - BI


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

MINGGU KEDUA

20
HARI: JUMAAT (29 JANUARI 2021)

MASA PERKARA / AKTIVITI CATATAN

RUTIN KELAS Guru matapelajaran

- Guru kelas mengambil kehadiran - BM


dan bertanya khabar murid

PERBUALAN AWAL

- Jom Baca
- Guru menggalakkan murid-murid
memilih bahan bacaan dan
menceritakan hasil pembacaan
dengan menghantar rakaman
cerita melalui Whatsapp

AKTIVITI PEMBELAJARAN Guru matapelajaran

Numerasi Awal - BI

- Meneroka nombor dan bentuk

AKTIVITI SUAI KENAL Guru matapelajaran

- Pengenalan Program/Aktiviti - SN
Sekolah
o Pengenalan semua
program/aktiviti sekolah

AKTIVITI FIZIKAL Guru matapelajaran

- Nyanyian lagu kanak-kanak - SN


- Guru menggalakkan murid-murid
melakukan gerakan dan
menghantar rakaman video
melalui Whatsapp

FASA KESEDIAAN (1 FEBRUARI – 25 MAC 2021)

21
1 Februari 2021 – 5 Februari 2021

TEMA: SAYA SIHAT SAYA SELAMAT


SUBTEMA: KITA JAGA KITA

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil KITA JAGA KITA
Bahasa Melayu - Menerangkan cara jangkitan dan pencegahan
Bahasa Inggeris COVID-19
Matematik - Mengaplikasikan langkah penjagaan
Sains
keselamatan dan kesihatan diri
Pendidikan Moral
- Menunjukkan sifat bertanggungjawab terhadap
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan diri
Pendidikan Seni Visual - Mendengar dan memberi pendapat berdasarkan
Pendidikan Muzik subtema
- Membaca perkataan / frasa / ayat
- Menulis perkataan / frasa / ayat
- Menzahirkan idea dalam penghasilan lukisan /
poster

8 Februari 2021 – 12 Februari 2021

TEMA: SAYA SIHAT SAYA SELAMAT

22
SUBTEMA: MAKANAN PILIHANKU
SUBTEMA: KATAKAN “TIDAK”

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil MAKANAN PILIHANKU
Bahasa Melayu - Menyatakan kepentingan makanan berkhasiat
Bahasa Inggeris dan seimbang
Matematik - Memperihal dan mengaplikasikan langkah
Sains
keselamatan dan kebersihan semasa menyedia
Pendidikan Moral
makanan
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan - Bertutur dan memberi pendapat dengan yakin
Pendidikan Seni Visual - Menyalin / menulis perkataan / frasa / ayat
Pendidikan Muzik dengan cara yang betul
- Membuat pengukuran menggunakan unit bukan
piawai / piawai
- Menunjukkan sikap bertanggungjawab dan
bekerjasama dalam melaksanakan tugasan

KATAKAN “TIDAK”
- Mengenal pasti sentuhan selamat, tidak selamat
dan tidak selesa
- Mengaplikasikan kemahiran berkata “Tidak”
kepada sentuhan tidak selamat dan tidak selesa
- Mengenali anggota badan termasuk anggota
seksual
- Menyanyi dan melakukan pergerakan kreatif
- Berinteraksi dengan yakin
- Membaca dan memahami cerita
- Menulis perkataan

15 Februari 2021 – 19 Februari 2021

TEMA: MARI FIKIRKAN


23
SUBTEMA: RINGGIT MALAYSIA

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil RINGGIT MALAYSIA
Bahasa Melayu - Menggunakan wang dalam kehidupan harian
Bahasa Inggeris - Mengecam nilai mata wang Malaysia dalam
Matematik bentuk syiling dan wang kertas
Sains
- Menyusun nilai mata wang mengikut urutan
Pendidikan Moral
- Menggunakan kemahiran motor halus dalam
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan pelbagai aktiviti
Pendidikan Seni Visual - Menghasilkan karya kreatif menggunakan bahan
Pendidikan Muzik kitar semula
- Menceritakan dengan yakin hasil kerja sendiri

22 Februari 2021 – 26 Februari 2021

TEMA: MARI FIKIRKAN


SUBTEMA: SIAPA PALING TINGGI
SUBTEMA: TIK TOK TIK TOK

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil SIAPA PALING TINGGI
Bahasa Melayu - Menambah dalam lingkungan fakta asas
Bahasa Inggeris - Membilang objek
Matematik - Menulis dan menyatakan ayat matematik
Sains
dengan menggunakan simbol (+) dan (=)
Pendidikan Moral
- Mengaplikasikan koordinasi mata dan tangan
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan serta kemahiran motor halus
Pendidikan Seni Visual TIK TOK TIK TOK
Pendidikan Muzik
- Menyatakan waktu dalam sehari
- Menyusun peristiwa mengikut urutan masa
- Menyatakan hari dalam seminggu mengikut
urutan
- Menyebut waktu dalam jam menggunakan jam
analog
- Menghubungkaitkan waktu dengan peristiwa
yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan
berlaku
- Menyanyikan lagu dengan sebutan yang betul
- Menyatakan pendapat dan idea dengan yakin
- Menulis ayat berdasarkan idea / peristiwa
1 Mac 2021 – 5 Mac 2021

TEMA: DETEKTIF ALAM


SUBTEMA: MISTERI CUACA
24
MATA PELAJARAN AKTIVITI
Bahasa Tamil MISTERI CUACA
Bahasa Melayu - Menceritakan keadaan cuaca yang berbeza
Bahasa Inggeris - Mengenali warna
Matematik - Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin
Sains
- Mengelas objek mengikut satu ciri
Pendidikan Moral
- Menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan atau secara lisan
Pendidikan Seni Visual - Mengeksplorasi media menggunakan pelbagai
Pendidikan Muzik warna
- Menghasilkan karya kreatif melalui aktiviti
menggambar
- Menulis cerita pendek

8 Mac 2021 – 12 Mac 2021

TEMA: DETEKTIF ALAM


SUBTEMA: MISTERI ALAM RIMBA
SUBTEMA:MISTERI DI TAMAN

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil MISTERI ALAM RIMBA
Bahasa Melayu - Menamakan haiwan dan bahagian tubuh haiwan
Bahasa Inggeris - Mengenal pasti tempat tinggal / habitat haiwan
Matematik - Mengecam, meniru bunyi dan pergerakan
Sains
haiwan
Pendidikan Moral
- Membuat binaan dan lingkungan mengikut
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan kreativiti
Pendidikan Seni Visual - Membaca bahan bacaan
Pendidikan Muzik - Menyalin / menulis ayat

MISTERI DI TAMAN
- Mengenal pasti bahagian tumbuhan
- Mengecam bentuk segi empat sama, segi empat
tepat, segi tiga dan bulatan
- Mengenal pasti bentuk dua dimensi yang
terdapat di persekitaran
- Membuat pemerhatian menggunakan deria
- Menghasilkan karya seni menggunakan bentuk
dua dimensi
15 Mac 2021 – 19 Mac 2021

TEMA: HIDUP BERSAMA


SUBTEMA: KITA RAIKAN

25
SUBTEMA: SELAMAT HARI LAHIR

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil KITA RAIKAN
Bahasa Melayu - Mengetahui pelbagai kaum di Malaysia
Bahasa Inggeris - Menyatakan perayaan di Malaysia
Matematik - Meluahkan idea dengan yakin
Sains
- Menulis perkataan / ayat mudah
Pendidikan Moral
- Menghasilkan kraftangan tradisional
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan menggunakan pelbagai bahan
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik SELAMAT HARI LAHIR
- Menamakan bulan dalam setahun
- Menyebut tarikh lahir sendiri
- Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin
- Menghasilkan karya seni mengikut kreativiti
- Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul
- Menulis frasa dan ayat mudah

22 Mac 2021 – 26 Mac 2021

TEMA: HIDUP BERSAMA


SUBTEMA: JAGA PERSEKITARAN KITA

26
SUBTEMA: KITA GUNA KITA JAGA

MATA PELAJARAN AKTIVITI


Bahasa Tamil JAGA PERSEKITARAN KITA
Bahasa Melayu - Menghargai keindahan alam sekitar
Bahasa Inggeris - Menghasilkan karya kreatif daripada bahan kitar
Matematik semula
Sains
- Menyanyi dengan sebutan yang betul
Pendidikan Moral
- Bermain alat perkusi ciptaan sendiri
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan - Memberi pendapat dengan yakin
Pendidikan Seni Visual - Menulis ayat mudah
Pendidikan Muzik KITA GUNA KITA JAGA
- Mengenal simbol kemudahan awam dalam
komuniti
- Menerangkan kepentingan menjaga kemudahan
awam
- Menyatakan cara menjaga kemudahan awam
- Menyatakan tingkah laku selamat dan tidak
selamat semasa menggunakan jalan raya
- Membaca dengan lancar
- Menulis dengan betul

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN KUANTITI HARGA 1 UNIT JUMLAH

1. Modul Program Transisi Tahun 1 3 RM RM

27
(Photostat)
JUMLAH BESAR RM

PENUTUP

Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2021 ini diharap dapat berjalan dengan baik
hasil kerjasama daripada semua pihak..

Disediakan oleh:

______________________________

(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU)


Penyelaras Program Transisi Tahun 1
SJK (T) Ladang Temerloh

Disahkan oleh:

___________________________

(I.SANTHANAMARY A/P ISAAC)


Guru Besar
SJK (T) Ladang Temerloh

28

Anda mungkin juga menyukai