Anda di halaman 1dari 6

Mandi wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu
dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan
melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Seseorang lelaki
atau perempuan yang mengeluarkan air mani secara sengaja atau tidak, wajib baginya mandi
junub

Hukum mandi wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan
dirinya daripada hadas besar.

Perkara-perkara yang membawa kepada mandi


wajib

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke
dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.

Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air
mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)

Keluar darah Haid bagi wanita.


“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah”
(HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An
Nasa’i I/186)”
Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
Wiladah - wanita yang melahirkan anak.

Mati.

Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya ("kafir").


Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW
menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no.
351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

Rukun

Rukun mandi ada tiga perkara meliputi

Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati
dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)

Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.

Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan.
(Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala. "Niat
itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain
"nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardhal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku
mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat
mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana
bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota
badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air
sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika
dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu
tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi
biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang
berhadas besar.
Cara mandi wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak, iaitu air yang suci
lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan
hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua
tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh
kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil
air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah
cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur
seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”

(HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-
Tirmizi.

1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .

2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke
bawah.

8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain
supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air
telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan
rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke
dalamnya, tocang atau sanggul tersebut hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Najis di badan

Jika ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib iaitu membasuh
najis dengan mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua
mandi wajib.

Keperluan mengambil wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil wuduk semula untuk
mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk
selepas dia mengerjakan mandi wajib. Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula
wuduknya sahaja.

Perkara-perkara sunat

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca basmalah, membasuh
tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan, tertib dan muwalat, iaitu berturut
tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan menggunakan perfume
selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum dari bau darahnya.

Perkara Berkaitan

Melewatkan Mandi Wajib

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu, pasangan yang berjimak
boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga pagi dan mengerjakan mandi solat subuh,
tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin melewatkan mandi wajib
mereka hingga ke pagi.

Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa dan boleh terus
berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak membatalkan puasanya.

Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk waktu solat, ia
wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.
Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu sama ada dia sudah mandi wajib atau
belum, maka seluruh solat yang telah dikerjakannya (selama itu) adalah tidak sah, dan untuk
solat-solat berikutnya, dia harus menunaikan mandi wajib dahulu, barulah solatnya dianggap
sah.

Ketiadaan air (atau mudarat tidak boleh terkena air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika terdapat sebab untuk
melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau tidak dapat menggunakannya akibat sakit,
maka tayammum akan menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub
hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air (diperbolehkan
menggunakan air untuk yang mudarat), maka hendaklah mandi menghilangkan janabahnya
tersebut.

Daripada Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki yang
menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka baginda berkata : Ya siFulan, apa
yang menghalang kamu dari tidak bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah,
saya dalam keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah menggunakan
tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di dalam riwayat lain Nabi saw
menjumpai air dan memberinya kepada orang yang telah menjadi junub tersebut, dan
berkata : pergilah siram ini ke atas dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Mandi_wajib&oldid=5375328"

Last edited 13 days ago by Jangg0t


Wikipedia

Anda mungkin juga menyukai