Anda di halaman 1dari 4

KONTRAK SOSIAL

PENGENALAN

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas

Hobbes dan John Locke adalah keadaan sebagai satu perjanjian biasa di mana setiap individu

bersetuju. Kontrak ini bermaksud individu yang bebas bersetuju untuk melepaskan hak

mereka untuk mentadbir diri mereka ke institusi kongsi yang kuat dan berdaulat. Secara

linguistik, kontrak boleh ditakrifkan sebagai perjanjian rasmi dengan syarat-syarat tertentu

antara dua atau lebih pihak. Ia juga merujuk kepada dokumen-dokumen yang mengandungi

syarat-syarat kontrak atau cawangan undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial

juga boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, tentang masyarakat

dan masyarakat.

Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasi boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk

perjanjian atau perjanjian yang ditulis dan digubal oleh undang-undang yang melibatkan

semua masyarakat di negara. Ia juga merupakan istilah perjanjian antara rakyat yang

mencapai sebelum kemerdekaan melalui persetujuan antara rakyat dan pemimpin yang terdiri

daripada orang Melayu, Cina dan India. Pengetatan kontrak sosial ini juga disertai dan

diluluskan oleh pihak-pihak yang mewakili mereka iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini

sebenarnya tidak nyata dalam Persatuan Institusi 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak

sosial adalah penjelmaan dalam sejarah negara dan merupakan pencapaian yang mentakrifkan

keadaan Malaysia dan menentukan sifat Negara.


POINT PENTING

Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta

sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada

empat perkara utama iaitu perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem

pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai

prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang

termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang

menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri

dan persekutuan.

Antara isu yang terkandung dalam kontrak sosial adalah Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak Keistimewaan Orang

Melayu, Kedaulatan Rajaraja dan Sultan Melayu serta taraf kerakyatan melalalui Prinsip ‘Jus

Soli’.Perlembagaan Persekutuan 1957 Perkara 152 menjadikan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan. Ini bertujuan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dengan diwajibkan di semua jenis pusat pendidikan. Ini merupakan salah satu

langkah untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa yang sama, Dewan Bahasa dan

Pustaka telah ditubuhkan untuk memajukan Bahasa Melayu serta menggalakkan

penggunaannya.

Minggu Bahasa Melayu dan Bulan Bahasa Melayu dilancarkan dalam tahun 1960,

melalui cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa”. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menetapkan

bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Ahli Parlimen dan

Ahli Dewan Undangan Negeri boleh menggunakan bahasa Inggeris di dalam Dewan dengan

kebenaran Yang Di Pertua Dewan. Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak
dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka. Sebagai mercu kejayaan

dalam usaha mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Universiti

Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1970. Kesemua sekolah di Malaysia menjadikan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan merupakan satu subjek wajib bermula dari

tahun 1982.

Manakala dalam Perkara 3 (1) pula, Agama Islam merupakan agama persekutuan.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah bermaksud negara ini mengamalkan sistem teokrasi.

Rakyat Malaysia yang lain masih bebas menganut agama yang lain dan merayakan perayaan

masing-masing. Mereka juga bebas untuk mengamalkan adat dan tradisi agama masing-

masing. Ketiga, prinsip kerakyatan secara ‘jus soli’ telah diperkenalkan semasa rancangan

Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu iaitu kaum Cina dan India yang dilahirkan di

Tanah Melayu merupakan warganegaranya. Tetapi dengan adanya Perlembagaan, kerakyatan

Jus Soli telah diperketatkan. Antara syarat itu ialah penduduk bukan Melayu mesti tinggal di

PTM (Persekutuan Tanah Melayu) tidak kurang daripada 10 tahun. Kedua-dua ibubapanya

adalah warganegara PTM. Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan

menganggap negara ini sebagai tanah tempat tumpah darahnya. Selain itu, bermula tahun

1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Selain

itu, kedudukan raja sebagai ketua negeri dan ketua agama Islam diiktiraf.

Selain itu, prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja’ telah dimasukkan ke dalam Rukunegara

yang merupakan idealogi nasional telah mengkukuhkan lagi kedudukan raja-raja di Malaysia.

Di samping itu, satu pindaan telah ditubuhkan iaitu Akta Hasutan 1948. Ia bertujuan untuk

melarang soalan mengenai hak, taraf kedudukan, hak istimewa, kedaulatan raja yang

dilindungi oleh perlembagaan ke atas bahasa kebangsaan, kewarganegaraan, hak istimewa

orang Melayu dan kuasa pemerintahan raja-raja.


Seterusnya, kedudukan hak istimewa orang Melayu bukanlah merupakan sesuatu

yang baru. Perkara ini ialah merupakan perkara utama yang diperjuangkan oleh

golonganorang Melayu sejak sebelum merdeka lagi. Perkara ini telah dimaktubkan didalam

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia bertujuan untuk menjaga hak

orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan mempertingkatkan kemajuan orang

Melayu yang telah ketinggalan dalam semua bidang kehidupan supaya setaraf dengan kaum

bukan Melayu yang lebih maju. Ini dapat mendekatkan jurang perbezaan di antara kaum

terutamanya kaum Cina dengan kaum Melayu yang terpisah sejak kedatangan British di

Tanah Melayu.

Sebuah akta yang membolehkan penahanan seseorang tanpa bicara telah

diperkenalkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang dikenali sebagai Akta Keselamatan Dalam

Negeri. Penahanan seseorang tanpa bicara boleh dilaksanakan jika ia merupakan langkah

yang terbaik demi untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia. Kesalahan seperti

menggugat keselamatan dan ketenteraman Negara dengan mempersoalkan kontrak sosial

boleh ditahan di bawah akta ini. Namun begitu, penahanan tersebut tidak boleh dilakukan

secara sesuka hati.

Anda mungkin juga menyukai