Anda di halaman 1dari 4

CERITA DONGENG HIKAYAT PARANG PUTING

Hikayat Parang Puting mengisahkan seorang Budak kecik yang mendapat tiga
barang berharga iaitu cincin hikmat, tongkat sakti dan parang puting. Budak kecik
tinggal bersama-sama ibunya dan sering bermain-main dengan seekor helang, tikus
dan juga membela anak ular naga. Anak ular naga yang hidup di sungai sering
menjadi perhatian orang kampung. Datuk Panglima meminta Budak kecik datang ke
rumahnya untuk melihat sendiri anak ular naga. Panglima kehairanan melihat Budak
kecik boleh bermain dengan anak ular naga. Masyarakat kampung terkejut apabila
melihat Budak kecik naik di belakang ular naga seperti naik gajah. Sebelum pulang,
datuk Panglima telah memberi bekalan makanan seperti beras dan padi serta baju
kepada Budak kecik. Masyarakat kampung yang melihat keistimewaan Budak kecik
itu juga telah memberi berbagai-bagai jenis makanan dan buah-buahan seperti
keladi, ubi, pisang dan sebagainya.
Perkhabaran tentang Budak kecik dengan ular naga sampai ke telinga raja. Melalui
datuk Panglima, raja telah meminta Budak kecik bersama-sama ular naga dan
binatang lain datang menghadap baginda ke istana. Budak kecik ke istana dengan
naik di atas belakang ular naga dan diikuti oleh helang yang terbang di atas kepala
serta tikus yang mengekori di belakang ular naga. Budak kecik juga ditemani oleh
datuk Panglima. Raja dan menteri merasa takjub apabila melihat anak ular naga dan
meminta Budak kecik untuk bermain dengan anak ular naga, helang dan tikus
dihadapannya. Sebelum Budak kecik pulang ke rumah, baginda telah mengurniakan
kain, baju dan beras serta dua orang hamba sahaya.
Anak ular naga yang dibela telah menjadi besar. Oleh sebab badannya yang besar,
anak ular naga telah melarikan diri ke tasik hijau pada waktu malam, kerana jika anak
naga berendam di dalam sungai, kampung itu akan menyebabkan musibah besar
kepada Budak kecik dan orang kampung. Kehilangan Budak kecik menyebabkan ibu
Budak kecik meminta dua hamba sahaya mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. Hal
ini menyebabkan ibu Budak kecik menangis dan meminta bantuan datuk Panglima.
Datuk Panglima mencadangkan kepada ibu Budak kecik supaya mengadakan kenduri
untuk mendoakan anaknya.
Pada keesokan harinya, apabila Budak kecik melihat ular naga sudah tiada di
rumahnya, dia telah pergi mencari anak ular naga tersebut bersama-sama tikus dan
helang dengan mengikut kesan tapak anak naga berjalan sehinggalah mereka
berjumpanya. Anak naga menyuruh Budak kecik supaya meminta nendanya
memberikan cincin yang berada di dalam mulut nendanya sebagai balasan kerana
telah menjaganya. Setelah nenda anak ular naga muncul dari tasik hijau ia telah
meminta Budak kecik datang menghampirinya dan bertanyakan permintaan Budak
kecik itu. Setelah melihat wajah Budak kecik, nenek anak ular naga berasa belas
kasihan dan menyerahkan cincin yang mempunyai banyak kesaktian. Budak kecik
dan ular naga berpelukan sebelum berpisah. Budak kecik meneruskan perjalanan
untuk pulang ke rumah tetapi telah sesat dan masuk ke hutan besar.
Peristiwa nenda ular naga memberi cincin saktinya telah menyebabkan ibu anak ular
naga marah dan meminta hulubalangnya mencari Budak kecik untuk menukarkan
tongkat dengan cincin tanpa mencederakan budak itu. Hulubalang naga telah
berjumpa dengan Budak kecik yang berada di bawah pokok. Setelah berkenalan,
hulubalang ular naga tertarik hati melihat Budak kecik dan menceritakan hasratnya
untuk mendapatkan cincin arahan daripada bonda anak ular naga. Hulubalang telah
menyatakan khasiat tongkat yang banyak kegunaannya. Setelah mendengar
kesaktian itu, Budak kecik telah bercita-cita untuk mendapatkan tongkat itu.
Hulubalang naga berasa panas dan ingin berendam di kolam yang berhampiran
dengan tempat itu. Apabila hulubalang naga telah berendam di dalam kolam, Budak
kecik telah mengetuk tiga kali tongkat tersebut menyebabkan hulubalang tidak
bergerak.
Budak kecik meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan parang puting
yang boleh menebang pokok sendiri. Apabila dilihat oleh Budak kecik, parang puting
telah terbang balik ke rumah tuannya. Budak kecik telah mengekori parang puting
sehingga sampai di rumah seorang tua. Orang tua itu telah menjemput Budak kecik
naik ke rumahnya. Pada malam itu, Budak kecik telah mengetuk tongkatnya
menyebabkan terhidang makanan malam. Budak kecik menjemput orang tua itu
makan bersama-sama mereka. Setelah melihat kejadian itu, orang tua telah meminta
Budak kecik menukarkan tongkatnya dengan parang puting. Orang tua memberitahu
Budak kecik kegunaan parang putting ialah boleh suruh mengerat dengan sendiri
barang apa pun serta boleh membesarkan diri. Bersetujulah Budak kecik untuk
bertukar tongkat sakti dengan parang puting.
Pada keesokannya Budak kecik telah meneruskan perjalanan pulangnya ke rumah
bersama-sama helang dan tikus dengan membawa parang puting tersebut. Setelah
sampai di rumah, ibunya sangat gembira dan meminta anaknya berjumpa dengan
datuk Panglima iaitu bapa angkatnya. Setelah berjumpa datuk Panglima, Budak kecik
menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tempat ular naga berada sehinggalah dia
pulang pada hari ini setelah ditanya oleh bapa angkatnya. Semasa pulang ke rumah
setelah berjumpa ayah angkatnya, Budak kecik telah meminta ibunya merahsiakan
cincin geliga yang banyak kesaktiannya daripada masyarakat kampung supaya
mereka tidak dibunuh. Dengan cincin itulah mereka dapat makan. Akhirnya Budak
kecik hidup bahagia bersama-sama helang, tikus dan ibunya.
Raja di negeri itu tidak berputera. Maka dia pergi berkaul ke Pulau Cahaya Purnama
untuk meminta belas kasihan Dewa Mulia Raya. Keesokkan harinya mereka bertolak
balik ke negerinya. Setengah hari perjalanan tibatiba muncul seekor naga terlalu
besar menghadang perahu baginda. Baginda memohon raja naga melepaskan
perahunya. Baginda membuat perjanjian jika anaknya perempuan akan dikahwinkan
dengan raja naga tetapi kalau lelaki akan menjadi sahabat kepada raja naga. Tidak
berapa lama tuan puteri pun hamillah. Setelah genap bulannya lahirlah seorang anak
perempuan yang baik rupa parasnya. Puteri baginda dinamakan Tuan Puteri
Mengindera Sehari Bulan. Akhirnya Tuan Puteri pun besarlah dan sudah sedia untuk
bersuami.

Anda mungkin juga menyukai