Anda di halaman 1dari 12
KEMENTERIAN PENDIDIKAN ‘8 MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) 2020 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2020 PENDAHULUAN Program Susu Sekolah (PSS) telah bermula pada September 2010 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2010 untuk pembekalan susu campuran Ultra High Temperature (UHT) ke sekolah rendah di seluruh negara. OBJEKTIF Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah terutamanya murid dari keluarga kurang berkemampuan bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah balk, Program ini juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu KRITERIA KELAYAKAN PSS disasarkan kepada semua murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) pada tahun 2020. KADAR Kadar maksimum yang diperuntukan adalah RM1.35/kotak susu (bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh penender berjaya dalam proses tender terbuka), PERMOHONAN PERUNTUKAN Tanggungjawab serta proses permohonan peruntukan bagi melaksanakan PSS adalah seperti berikut; 5.1 SEKOLAH 5.1.1 Sekolah mengenal pasti bilangan murid yang layak untuk diberi bantuan di bawah PSS berdasarkan kriteria yang telah dinyatakan di perenggan 3 melalui Jawatankuasa Bantuan Murid Peringkat Sekolah. 5.1.2 Mengemukakan maklumat bilangan murid tersebut kepada Pejabat Pendidikan Daerah dengan selewat-lewatnya pada 1 September tahun semasa. GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2020 5.2. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 5.2.1 5.2.2 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menyelaras bilangan murid yang layak bagi semua sekolah di bawah seliaan PPD berkenaan. Mengemukakan senarai bilangan murid yang layak mengikut sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) selewat-lewatnya pada 15 September tahun semasa. 5.3 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI 5.3.1 5.3.2 Menyelaraskan maklumat bilangan murid yang layak bagi bagi semua sekolah melalui PPD di bawah seliaan negeri berkenaan. Mengemukakan senarai bilangan murid yang layak untuk PSS kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dengan menggunakan borang seperti di Lampiran A selewat-lewatnya pada 15 November tahun semasa (bagi tujuan penyelarasan peruntukan). 5.4 BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN 5.44 5.4.2 Menyelaraskan maklumat bilangan murid yang layak, jumlah kotak susu yang dirancang untuk dibekalkan kepada murid dan implikasi kewangan yang terlibat. Mengemukakan permohonan keperluan peruntukan PSS untuk tahun berikutnya kepada Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B pada 15 Disember tahun semasa (atau selepas mendapat maklumat berkaitan bajet bantuan PSS daripada Bahagian Kewangan). 5.5 CAWANGAN BANTUAN, BAHAGIAN KEWANGAN 5.5.1 5.5.2 Menyediakan permohonan Anggaran Belanja Mengurus bagi PSS untuk diangkat kepada Kementerian Kewangan melalui proses bidaan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahunan berdasarkan jadual seperti yang telah ditetapkan oleh Cawangan Bajet, Bahagian Kewangan Memantau prestasi perbelanjaan peruntukan PSS di JPN. SU SEKOLAH TAHUN 2020 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM PENYALURAN PERUNTUKAN Bahagian Kewangan menyalurkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada JPN dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kontrak dimuktamatkan, iaitu selepas menerima pemberitahuan keputusan Lembaga Perolehan KPM oleh Bahagian Perolehan. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN 7.1. Sebarang kekurangan peruntukan di peringkat JPN haruslah dikemukakan melalui BPSH. BPSH perlulah mengemukakan permohonan peruntukan tambahan, sekiranya perlu berdasarkan permohonan daripada JPN. 7.2 Sebarang lebihan peruntukan di peringkat JPN hendaklah dikemukakan kepada BPSH tidak lewat daripada 30 Oktober tahun semasa. 7.3. BPSH perlu memaklumkan Bahagian Kewangan mengenai lebihan peruntukan tidak lewat daripada 15 November tahun semasa: PESANAN, PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN 8.1 Pesanan 8.1.1 Unit Hal Ehwal Murid (HEM), JPN menyediakan nota minta (bilangan murid/bilangan kotak susu) yang lengkap dengan dokumen sokongan untuk pesanan PSS kepada Unit Kewangan JPN. 8.1.2 Unit Kewangan, JPN menyediakan Pesanan Tempatan (LO) kepada syarikat pembekal berdasarkan Surat Akuan Terima (SAP) daripada pihak sekolah tertakluk kepada kedudukan peruntukan. 8.2 Penerimaan 8.2.1 Guru Besar /Guru Penolong Kanan /Guru Penyelaras PSS hendaklah menyemak dan memastikan; i) harga sekotak susu adalah bertepatan dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh dokumen kontrak; ji) bekalan susu adalah berdasarkan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); iii) bekalan susu adalah berdasarkan bilangan kuantiti_ yang dinyatakan di dalam Sijil Akuan Penerimaan (SAP); 4 8.3 8.4 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2020 iv) Salinan LO dikemukakan oleh syarikat pembekal v) SAP yang lengkap seperti format di dalam dokumen kontrak untuk diserahkan kepada syarikat pembekal bagi tujuan bayaran; dan vi) menyimpan salinan dokumen bekalan susu (LO dan SAP) untuk tujuan rekod; 8.2.2 Unit Hal Ehwal Murid, JPN hendaklah memastikan syarikat pembekal mengemukakan dokumen berikut untuk proses pembayaran; DELO! ii) Invois; ili) SAP yang lengkap daripada sekolah; iv) Salinan Kontrak / Surat Setuju Terima (SST); dan v) _ Salinan Penyata Kewangan. Bayaran 8.3.1. Unit HEM, JPN memastikan syarikat pembekal mengemukakan dokumen berikut untuk proses pembayaran:- (a) LO; (b)_ Invois; (©) SAP yang lengkap daripada sekolah; (4) Salinan Kontrak / Surat Setuju Terima; dan (e) Salinan penyata kewangan. 8.3.2 Unit HEM, JPN perlu menyemak dokumen yang dikemukakan oleh syarikat pembekal untuk dikemukakan kepada Unit Kewangan, JPN bagi urusan pembayaran. 8.3.3. Unit Kewangan, JPN menyediakan baucar bayaran berdasarkan dokumen lengkap yang dikemukakan oleh Unit HEM, JPN dan menjelaskan pembayaran kepada syarikat pembekal dalam tempoh 14 hari. Prestasi Belanja 8.4.1. Unit Kewangan, JPN hendaklah mengemukakan laporan prestasi belanja kepada Bahagian Kewangan pada setiap suku tahun dengan menggunakan Borang seperti di Lampiran C dan menghantar satu salinan kepada BPSH bagi tujuan rekod. 8.4.2 Prestasi belanja hendaklah dikemukakan kepada Bahagian 5 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2020 Kewangan selewat-lewatnya pada tarikh-tarikh berikut; i) Suku tahun pertama - 15 April tahun semasa ii) Suku tahun kedua - 15 Julai tahun semasa ili) Suku tahun ketiga = 15 Oktober tahun semasa iv) Suku tahun keempat - 15 Januari tahun berikutnya 9. PENGAGIHAN SUSU KEPADA MURID 9.1 Pengagihan Kotak susu dibawah program ini adalah tertakluk kepada jadual pelaksanaan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). 9.2 Bilangan susu/murid mesti diedar mengikut kontrak ditandatangani dan sebarang pemotongan bilangan kotak/murid adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan bertulis daripada BPSH dan pembayaran dibuat berdasarkan Sijil Akuan Penerimaan (SAP). 10. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB, 10.1 Bahagian Kewangan 10.1.1. Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada Bahagian Perolehan (BPL) untuk penyediaan dokumen kontrak dan BPSH untuk perancangan pelaksanaan. 10.1.2. Menyalurkan peruntukan kepada JPN berdasarkan maklumat yang diberikan oleh BPSH. 10.1.3 Memantau prestasi perbelanjaan program di peringkat JPN. 10.1.4 Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan. 10.2 Bahagian Perolehan 10.2.1. Menguruskan urusan perolehan pembekal susu bagi PSS. 10.2.2 Melaksanakan proses perolehan mengikut tatacara kewangan berkuatkuasa dan kelulusan kaedah perolehan oleh Kementrerian Kewangan. 40.2.3 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PSS_berdasarkan keputusan Lembaga Perolehan KPM 10.2.4 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN. 10.2.5 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD/sekolah. 6 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2020 410.3 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 10.3.1 Menyelaras dan memastikan data penerima PSS tahun semasa dan tahun berikutnya yang dikemukakan oleh JPN diverifikasi dan mengemukakan data penerima PSS mengikut negeri kepada Bahagian Kewangan, KPM seperti berikut; i) selepas kontrak ditandatangani bagi pelaksanaan tahun semasa. ii) pada atau sebelum 15 Disember tahun semasa (untuk data tahun berikutnya). 10.3.2 Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan PSS kepada semua Bahagian dan Jabatan yang berkenaan. 10.3.3 Menambahbaik prosedur operasi standard dalam memastikan susu yang diedarkan ke sekolah dalam keadaan yang baik dan memantau kes keracunan yang dilaporkan. 10.4 Jabatan Pendidikan Negeri 10.4.1 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PSS dan softcopy dokumen kontrak yang lengkap serta cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPSH kepada PPD / sekolah. 10.4.2 Mengeluarkan pesanan tempatan dan membuat pembayaran pembekalan susu kepada syarikat pembekal susu. 10.4.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Salinan SAP kepada pihak sekolah bagi setiap pesanan semasa penghantaran susu 10.4.4 Memantau pelaksanaan PSS di peringkat sekolah. 10.4.5 Memantau prestasi perbelanjaan/ pembayaran serta pengurusan peruntukan PSS di JPN 10.4.6 Mengemukakan laporan prestasi perbelanjaan kepada Bahagian Kewangan serta BPSH pada setiap suku tahun dalam tempoh pelaksanaan PSS pada tahun semasa. 10.5 Sekolah 10.5.1. Memastikan penghantaran susu dibuat berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh BPSH/JPN. 10.5.2. Memeriksa maklumat di SAP yang disediakan oleh pembekal susu. 7 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH TAHUN 2020 10.5.3 Memastikan SAP adalah lengkap. 10.5.4 Hanya menerima susu berdasarkan bilangan yang tertera di SAP dan tarikh luputnya adalah munasabah untuk dibuat edaran susu kepada murid, 10.5.5 Memastikan bekalan susu yang diterima tidak mempunyai kerosakan fizikal selaras dengan Panduan Pengurusan Program Susu Sekolah yang berkuatkuasa. 10.5.6 Memastikan maklumat pengeluaran susu dicatat berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh BPSH. 10.5.7 Melaporkan kes keracunan kepada PPD/JPN dalam tempoh tidak lebih daripada 7 hari bekerja. 10.5.8 Menyediakan data murid yang layak berdasarkan kriteria dan mengemukakan data berkenaan kepada PPD/JPN/BPSH. 10.5.9 Menyimpan Salinan SAP untuk tujuan rekod. 11, PEMAKAIAN 41.1 Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama Surat Siaran, kontrak atau mana-mana peraturan PSS yang berkuatkuasa. 11.2 Perkara yang tidak dinyatakan di dalam mana-mana SPK/ surat siaran/ peraturan/ Garis Panduan, hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM secara case by case basis melalui surat atau emel rasmi. Permohonan pengecualian dari mana-mana perkara yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan ini boleh dikemukakan oleh Bahagian/ JPN kepada Bahagian Kewangan, KPM beserta justifikasi kukuh untuk pertimbangan. (wa) (wai) yemuine unas eb1ey punw uebuena Gdd Ewen “We : NO437aL YOSWON : Lvwviv : Nd? VN NOHVL RdaO3N NVMICIGNAd NVLVEVe Hv71omas Nsns WyusOud NYMA.LNAYAd NYNOHOWNSd Vv NValdNVv1 nn 020Z NNHV.L HVIONAS NSNS WVADOUd NVONVMAY NVSNUNDNAd NVAGNVd ShIVI OL ddd dog 2 UpNeL 2 MeL ueBuejepues 9 eweN (ueBueyepuey g eweN) :yajo uexyesia :yo]o ueyeIpasiq Way uelwnfes yejepe— unyes 16eq UerNedip Buek UeyMUNIEg SuISeW-Bulsew Yejoyas JeyGuuod Ip punyy uerjueg esenueyemer Yolo ueyNyeJedIp Yea} UeP OZOZ UNYe | (SSd) YEIO49g NsNg WesBo1g UeBUEMEY UeSNINBUEd uenpued sues Weep Ueyde}OIP Yee) BURA eUOIL UEYesep.eq YIIIdIP Ye|O luI punW-punwW enWag “BueIO teweses yelepe jul uaBeNy 16eq ye|oyag nsng Welbog Yemed Ip Lenjueg eUMeuaW yexe] BUX punus UeBUELIE NVHnun1asay Gn HYIWAr ern ee genes (0202 NOHV. HV TOMAS NSNS WVYDOUd NVONVMIY NVSNUNONSd NVAGNVd SRIVI. bb NvHnuntasay HYIWAr uengeT aM | 91 ehefeand ‘dM | St andwiny ereny a | bb ueaes | €1 yemeres | Zh uequejay | bP “nueGBue1e1 | OL Bueyed | 6 soyor |g exerow |Z ueyquies uoBON | 9 yoBue|as |S v g Z L yeled neing uepay) sled Buel (wa) ‘$Sd euEUed (we) yen yunes ebsey | nsng nnueny in uesebbuy ue6oNn “a NOHVL NVINVH HV103S NVSNYNONAd NVISVHVE Hv Tomas nsns Wwusoud NVMNLNNYAd NVNOHOWYAd @ NVUIdWVT 1 ene SESS tet snares (020 NOHV.L HVTONAS ASNS WVUDOUd NVONVMAN NVSMUNDNAd NYNGNVA STHVD a 2: UMMeL 2 Ye L {ueBueyepue, eweN) (ueBuezepue *g eweN) :ya]o ueyerpesiq :yo]o ueyURsiC. NvHauntasay HyIWAr yeduisay enpey eweyed | a myng | eByey myn nyng nyng ewe ueyeye9 ueefuejoqiog 1seise1d ueynjunied dd “1a NOHVL ddO3N NVMIGIONAd NVLvave Hv Tomas nsns WyuDOud PNW 149 ISVLS3Nd NVYOdv1 ONVEIdINVT ee nh SES SSS neem 0202 NNHVL HV TOMAS NSNS WVADOYd NVONVMAY NVSMUNONAd NVAGNVd SRIVD