Anda di halaman 1dari 5

JABATAN : JABATAN PENGAJIAN AM

SESI : SEPTEMBER / SEMESTER PENDEK


NAMA & KOD KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA & MPU31032
JENIS KERJA KURSUS : PEMBENTANGAN 1 & PEMBENTANGAN 2
MARKAH : 30 MARKAH (15% +15%)
TAJUK : BAB 1 – PENGENALAN
BAB 2 – FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN
BAB 3 – SENI DAN KAEDAH BERFIKIR
CLO : CLO 1 – Menjelaskan Isu Semasa Berlandaskan Ilmu
Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Rukun
Negara. (A3 CLS 3b)

ARAHAN KERJA KURSUS (PEMBENTANGAN):

Setiap pelajar dikehendaki melaksanakan dua pembentangan berdasarkan tajuk


yang telah ditetapkan oleh pensyarah bagi memenuhi PENILAIAN KERJA KURSUS
sebanyak 15% setiap satu pembentangan.

TUJUAN PEMBENTANGAN:

1. Memberi pengukuhan terhadap kemahiran pembelajaran sepanjang hayat


pelajar dalam menyampaikan idea dan kreativiti daripada pembentangan
yang dilaksanakan.
2. Pembentangan mestilah menggunakan bahan bantu seperti Microsoft
Powerpoint dan seumpamanya.
3. Memperlihatkan ketrampilan serta kesungguhan pelajar menyampaikan
maklumat secara spontan dan menyakinkan tentang isu yang berkaitan
dengan kurikulum.

PANDUAN & PERATURAN:

1. PENGLIBATAN:

1.1 Tugasan pembentangan dilaksanakan secara individu.


1.2 Setiap individu diwajibkan menyediakan bahan pembentangan yang
lengkap dengan menggunakan perisian Powerpoint atau
seumpamanya.
1.3 Setiap individu WAJIB menyediakan dan menyiapkan bahan
pembentangan.
1.4 Jika terdapat individu pelajar yang tidak memberi kerjasama, pensyarah
berhak mengambil tindakan yang sewajarnya.
1.5 Pensyarah berhak membatalkan markah jika terdapat individu yang
tidak melibatkan diri dalam pembentangan tanpa alasan yang kukuh.

2. MASA:

2.1 Masa pembentangan bagi setiap individu pelajar adalah 15-20 minit dan
bergantung kepada pensyarah.
2.2 Pembentangan akan dilaksanakan pada minggu ke 3 & 6 kuliah ATAU
mengikut keadaan semasa semester tersebut atas budi bicara
pensyarah.
SOALAN TUGASAN PEMBENTANGAN 1 (15 MARKAH):

Huraikan dan bentangkan tajuk-tajuk berikut :

TOPIK KULIAH 1: PENGENALAN

1. Menjelaskan definisi, makna, konsep, tujuan dan sejarah perkembangan Ilmu


Falsafah.
Apakah maksud Falsafah?

2. Menjelaskan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai wahana


penyediaan rakyat Malaysia mendepani cabaran global abad ke 21.
Nyatakan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

3. Menghuraikan kedudukan dan peranan Rukun Negara sebagai Rukun-Rukun


atau Tiang-Tiang Negara pada tahap “Makro” yang didirikan diatas asas-asas
atau dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Mikro”.
Apakah yang anda faham dengan konsep “Makro” dan “Mikro” dalam
hubungan antara Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

4. Menganalisis hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun


Negara dalam Wawasan Falsafah Sejahtera menggunakan pendekatan Ilmu
Falsafah.
Apa pendapat anda tentang Wawasan Falsafah Sejahtera?

TOPIK KULIAH 2: FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN

5. Menjelaskan perkembangan disiplin Ilmu Falsafah serta pembahagian Ilmu


Falsafah kepada Falsafah Teoretikal (Nazariyyah) dan Falsafah Praktikal
(Amaliyyah).
Nyatakan pembahagian Ilmu Falsafah?

6. Menghuraikan cabang-cabang utama Falsafah Teoretikal iaitu Metafizik


(Falsafah hakikat dan kewujudan), Epistemologi (Falsafah ilmu dan kebenaran),
Falsafah Psikologi (Falsafah Hakikat, Sifat dan Potensi Keinsanan) dan Estetik
(teori perasaan dan kecantikan).
Berikan contoh-contoh Falsafah Teoretikal?

7. Menghuraikan cabang-cabang utama Falsafah Praktikal iaitu Etika (Falsafah


Akhlak dan Baik/Buruk), Falsafah Politik (Falsafah Kerajaan dan Governan
Negara), Falsafah Ekonomi (Falsafah Pengagihan Kekayaan dan Keadilan) dan
Falsafah Peradaban (Falsafah Perkembangan Budaya dan Tamadun
Kemanusiaan).
Berikan contoh-contoh Falsafah Praktikal?

8. Menganalisis perkembangan dan kemunculan terbaru dalam dunia Falsafah


seperti Falsafah Teknologi, Falsafah Organisasi dan Falsafah Ekologi.
Apakah fungsi Falsafah dalam menangani kemunculan fenomena-
fenomena terkini kehidupan?

TOPIK KULIAH 3: SENI DAN KAEDAH BERFIKIR

9. Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan Ilmu Logik dengan Ilmu


Falsafah serta Menjelaskan pelbagai kesalahan dalam berfikir dan
penghujahan atau Falasi.
Apakah tujuan Ilmu Logik?
Apakah makna Falasi?

10. Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan perbedaan dua pendekatan


utama dalam Logik iaitu Deduksi dan Induksi.
Berikan beberapa contoh pendekatan Deduksi dan contoh pendekatan
Induksi diperolehi?

11. Menghuraikan kepelbagaian metodologi yang memperkayakan


perkembangan ilmu-ilmu yang lebih kompleks.
Selain dari pendekatan Deduksi dan Induksi, berikan contoh-contoh
Metodologi Ilmu yang lain?

12. Menganalisis metodologi penghasilan dan penjanaan ilmu-ilmu baru.


Apakah hubungan Metodologi dengan penjanaan ilmu-ilmu baru?
SOALAN TUGASAN PEMBENTANGAN 2 (15 MARKAH):

Pelajar dikehendaki menghasilkan bahan pembentangan yang berkaitan berikut:

1. Pilih iklan atau filem pendek, yang ditayangkan di kaca televisyen/youtube


berkaitan dengan kehidupan.

2. Setiap kumpulan mestilah berbeza iklan atau filem pendek (tidak boleh sama).

3. Analisis penceritaan dari plot cerita tersebut di sebalik falsafah yang


disampaikan serta refleksi diri anda berkaitan penceritaan itu dalam kehidupan
anda sendiri.

4. Berikan pandangan atau kritikan dengan hujahan yang kreatif dan kritis
berkaitan iklan atau filem pendek yang dipilih.

Anda mungkin juga menyukai