Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A: Pembangunan Insan [25 markah]

1 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasul Allah salla’llahu ‘alaihi wa salam, baginda bersabda
pada segala sahabat: “Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Semundra namanya;
maka apabila kamu dengar khabarnya negeri Semundra itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu,
bawa isi negeri Semundra itu masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi;
tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari namanya, ialah kamu bawa serta kamu, ...

(Dipetik daripada A. Samad Ahmad, [peny.], 2003.


Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) (Edisi Pelajar).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 55)

(a) Senaraikan lima hal yang berkaitan dengan Islam dalam petikan di atas. [5]
(b) Jelaskan lima kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah yang telah ditunjukkan
oleh fakir selepas petikan di atas. [20]

(a) Hal yang berkaitan dengan Islam:

1 Rasul Allah
2 Para sahabat
3 Wali Allah
4 Fakir
5 Pengislaman Semundra
6 Sabda Rasul Allah
7 Berdakwah/menyampaikan ajaran Islam

(b) Kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah:

1 Zuhud/taat kepada perintah Allah


Baginda meninggalkan kemewahan dunia; mengabdikan diri kepada Allah

2 Berdakwah/menyebarkan Islam
Baginda bersama Syeikh Ismail menyebarkan Islam ke Fansuri, Lamiri, Haru, Perlak,
dan Semundra

3 Mengislamkan pemerintah
Baginda mengislamkan Merah Silu

4 Menyuruh baca al-Quran


Baginda menyuruh baca al-Quran di setiap persinggahannya, negeri Fansuri, Lamiri,
Haru, Semundra, dan Perlak.

5 Istiqamah/gigih/dedikasi
Baginda terus berdakwah walaupun Sheikh Ismail kembali ke Mekah

6 Mengislamkan isi negeri/rakyat


Baginda mengislamkan isi negeri Fansuri, Lamiri, Haru, Semundra, dan Perlak.

7 Merendah diri
Baginda turun takhta untuk berdakwah dan digantikan anaknya
8 Melaksanakan/patuh perintah Rasul
Baginda patuh sabda Rasullulah supaya berdakwah ke Semundra

Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah
(1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan insan, 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 marka
Bahagian A: Pembangunan Insan [25 markah]

2 Bincangkan nilai kemanusiaan dalam konteks pembangunan insan yang tergambar pada Mahani
berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]
_________________________________________________________________________________
_
Pendahuluan [3]

1 Nilai kemanusiaan – penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia; sifat
mengasihi sesama insan; darjat/sifat yang terpuji; nilai positif dalam diri setiap insan dan
menjadi lambang kepada diri insan. (2 markah)
2 Latar belakang Mahani – kawan karib Rahim/Robert; anak Tan Sri Syed Aris; melanjutkan
pengajian dalam ilmu kesetiausahaan; setiausaha Encik Muhammad (2 markah)
3 Kemukakan isi-isi penting (1 markah)

Isi [20]

1 Prihatin/bertanggungjawab/simpati
Nilai prihatin terhadap orang lain akan menjadikan hubungan lebih erat. Jika insan tidak
mengambil berat masalah yang dihadapi orang lain maka ini akan menimbulkan kesan buruk
pada masa hadapan. Mahani prihatin dengan masalah adik angkatnya, Saadiah.

2 Taat ibu bapa


Nilai taat terhadap satu sama lain akan menjadikan hubungan lebih rapat. Jika insan tidak taat
ibu bapa maka ini akan menyebabkan insan itu derhaka. Mahani taat terhadap permintaan
bapanya agar bekerja dengan Encik Muhammad

3 Menghormati orang yang lebih tua


Nilai hormat terhadap satu sama lain akan menjadikan hubungan lebih rapat. Jika insan tidak
menghormati orang yang lebih tua maka ini akan menyebabkan insan itu angkuh. Mahani
menghormati Encik Muhammad, Datuk Tan, Cik Puan Tipah

4 Penyayang
Nilai kasih sayang akan mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain. Jika insan tidak
menyayangi antara satu sama lain maka dia akan menimbulkan kebencian. Mahani
menyayangi Rahim/Robert, Syarifah Muinah yang menjaganya sejak kecil.

5 Mengenang budi
Nilai mengenang budi akan menguatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Jika
insan tidak mengenang budi maka dia akan dianggap tidak bersyukur/berterima kasih.
Mahani mengenang budi Syarifah Muinah yang menjaganya sejak kecil.

6 Berbudi bahasa/bersopan
Nilai sopan akan meningkatkan martabat insan. Jika insan tidak bersopan maka dia dianggap
tidak beradab. Mahani bersopan santun khususnya melayani orang yang lebih tua, seperti Cik
Puan Tipah.

7 Mengambil berat/bertimbang rasa


Nilai mengambil berat masalah orang lain akan dapat membantu sesama insan. Jika insan itu
tidak mengambil berat masalah orang lain maka dia akan dianggap mementingkan diri sendiri.
Mahani mengambil berat masalah Rahim dengan ayahnya.
8 Setia dalam persahabatan/percintaan
Nilai setia penting dalam mengekalkan keutuhan persahabatan/percintaan. Jika insan tiada
nilai setia, perhubungan tidak akan kekal. Mahani bersahabat baik dengan Rahim/Robert
sejak kecil. Mahani bercinta dengan Rahim.

Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah
(1 markah fakta, 2 markah huraian perbincangan, 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

Penutup [2]
Kesimpulan/rumusan/pandangan/cadangan/implikasi/harapan/penilaian/penegasan
Bahagian B: Pembangunan Masyarakat [25 markah]

3 “Pendidikan dapat membentuk akhlak masyarakat.” Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan novel
Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [2 5 ]
_________________________________________________________________________________

Pendahuluan [3]

1 Pendidikan – satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh/bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang/harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan/kepatuhan kepada Tuhan. (2 markah)
2 Akhlak merujuk kepada kebaikan atau ketinggian budi pekerti, kelakuan, dan tabiat.
(2 markah)
3 Kemukakan isi-isi penting (1 markah)

Isi [20]

1 Melahirkan masyarakat berilmu


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang berilmu.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Rahim – pendidikan pengurusan dagang
Robert – pendidikan lombong

2 Melahirkan masyarakat pemurah


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang pemurah.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Encik Muhammad – pendidikan perniagaan

3 Melahirkan masyarakat jujur


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang jujur.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Kemat Jerangkung – belajar dengan Lebai Maarup

4 Melahirkan masyarakat beriman


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang beriman.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Kemat Jerangkung – belajar dengan Lebai Maarup
Encik Muhammad – pendidikan perniagaan

5 Melahirkan masyarakat berbudi bahasa/bersopan santun


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa/
bersopan santun.
Mahani – pendidikan kesetiausahaan

6 Melahirkan masyarakat prihatin


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang prihatin.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Rahim – pendidikan pengurusan dagang
Mahani – pendidikan kesetiausahaan
7 Melahirkan masyarakat bertanggungjawab/amanah
Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab/
amanah.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Rahim – pendidikan pengurusan dagang
Mahani – pendidikan kesetiausahaan

8 Melahirkan masyarakat berfikiran terbuka/matang


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang terbuka.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Rahim – pendidikan pengurusan dagang
Encik Muhammad – pendidikan perniagaan

9 Melahirkan masyarakat pemaaf


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang pemaaf.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Imam Saad – pendidikan agama

10 Melahirkan masyarakat penyayang


Pendidikan dalam pelbagai bidang akan melahirkan masyarakat yang penyayang.
Lebai Maarup – pendidikan agama
Imam Saad – pendidikan agama
Jahid – pendidikan menengah

Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah
(1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan masyarakat, 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

Penutup [2]
Kesimpulan/rumusan/pandangan/cadangan/implikasi/harapan/penilaian/penegasan
Bahagian B: Pembangunan Masyarakat [25 markah]

4 Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu),

(a) bina sebuah rajah susun lapis masyarakat Melayu [5]


(b) jelaskan susun lapis masyarakat berdasarkan rajah tersebut dalam konteks pembangunan
masyarakat. [2 0]
_________________________________________________________________________________

(a)

5 markah (1 markah bentuk rajah piramid, 4 markah urutan susun lapis)

(b) Susun lapis masyarakat berdasarkan rajah tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat.

1 Diraja
Golongan yang teratas dan status paling tinggi dalam susun lapis/hierarki masyarakat –
berkuasa mutlak – mempunyai kuasa memerintah seluruh negeri/tanah jajahan – raja dilantik
melalui pertabalan selepas kemangkatan raja sebelumnya – kaum keluarga raja yang
memerintah – diberi penghormatan – mempunyai hak-hak istimewa – dilindungi melalui adat
istiadat tertentu istana.
Simbol penyatuan/perpaduan, menjaga keharmonian masyarakat
Contoh mana-mana sultan

2 Bangsawan
Kebiasaannya dalam kalangan kerabat diraja/pembesar – golongan yang menjalankan jentera
pentadbiran/pemerintahan kerajaan bagi pihak raja – Bendahara, Laksamana, Temenggung,
Syahbandar – pendukung institusi diraja
Menjaga keharmonian/kemaslahatan/perpaduan masyarakat
Contoh Tun Perak, Tun Mutahir, Hang Tuah
3 Rakyat
Terdiri daripada peniaga/pedagang, buruh biasa, tokoh agama, dan tukang yang mahir.
Sebagai orang merdeka, golongan ini bebas mengendalikan apa-apa bentuk aktiviti tanpa
banyak gangguan daripada pembesar atau raja – petani – askar – pelaksana/pelengkap
Memajukan masyarakat, perpaduan/kesejahteraan
Contoh Hang Isap (pedagang yang memiliki kapal), Ki Tarambulum, Ali Manu Nayan
(pedagang), Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan (agamawan/pemimpin agama)

4 Hamba
Golongan yang dinafikan kebebasan dan dipaksa untuk bekerja. Tidak boleh bertindak
mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh perintah dan peraturan yang ditetapkan oleh
tuan mereka. Mereka banyak menyumbang tenaga untuk menambah harta dan menjadi
pengawal tuannya. Dikenali sebagai hamba abdi (Badang) – hamba raja/biduanda/budak raja
(pekerja istana) – hamba berhutang (Kitul)
Sumber tenaga kerja – memajukan ekonomi masyarakat, melancarkan urusan pentadbiran
Contoh Badang, Kitul, Hang Ishak dan Hang Isap (penjawat sirih Sultan Alauddin)

Kemukakan 4 isi
1 isi = 5 markah
(1 markah fakta, 2 markah huraian, 1 markah dikaitkan pembangunan masyarakat [K], 1 markah
contoh)
4 isi x 5 markah = 20 markah
Bahagian C: Pembangunan Negara [25 markah]

5 “Kestabilan politik menjadikan negara kota Melaka makmur.” Huraikan pernyataan tersebut
berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25]
_________________________________________________________________________________

Pendahuluan [3]

1 Politik – melibatkan kuasa dan autoriti membuat keputusan – proses pembentukan dan
pembahagian kekuasaan dalam membangunkan negara – biasanya digunakan bagi merujuk
kepada kerajaan (2 markah)
2 Kemukakan isi-isi penting (1 markah)

Isi [20]

1 Sistem pemerintahan beraja/ raja berkuasa mutlak/raja berdaulat


Raja mempunyai autoriti dan kuasa yang penuh terhadap rakyat dan semua cabang serta
urusan yang ada kaitan dengan kerajaan. Kedudukan serta hak raja tidak boleh dipersoalkan
atau diganggu gugat. Rakyat wajib patuh kepada raja.

Contoh pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan Tun Ali Sandang oleh
Sultan Mahmud Syah. Sultan Mansur Syah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang
Tuah, Sultan Alau’d-Din Riayat Syah membunuh pencuri yang mencuri di Melaka bagi
menjamin kelancaran pentadbiran dan keamanan negara.

2 Pembesar/pemimpin yang cekap/bijak


Negeri Melaka memiliki pembesar yang cekap/bijak dalam urusan pentadbiran negara. Ini
membantu memperkemas sistem pentadbiran negara.

Contoh Tun Perak bijak mengatur strategi perang, Tun Mutahir dihormati oleh pedagang luar
kerana kecekapannya dalam menjalankan tugas, Hang Tuah mempertahankan negara dari
ancaman musuh.

3 Warganegara yang setia kepada pemimpin


Kesetiaan warganegara menjamin kestabilan politik kerana setiap warganegara akur dan
menghormati pemimpin. Kesetiaan warganegara mewujudkan keamanan/kemakmuran negara.

Contoh anak buah akur dengan Tun Perak yang melarang mereka memberontak/derhaka, Tun
Mutahir menegah Tun Hassan Temenggung melawan Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara,
iaitu utusan Sultan Mahmud Syah.

4 Kepemimpinan/pentadbiran yang bersistematik


Kepemimpinan/pentadbiran yang bersistematik yang dijalankan dengan mewujudkan
jawatan-jawatan tertentu bagi melancarkan urusan pentadbiran negara seperti Bendahara yang
menjadi penasihat dan pemangku sultan, Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan,
Syahbandar menguruskan pelabuhan dan pedagang, Temenggung menguruskan keselamatan
dalam negeri, dan Laksamana menguruskan keselamatan di laut.

Contoh Tun Perak, Tun Mutahir sebagai Bendahara, Hang Tuah sebagai Laksamana, Tun
Tahir sebagai Penghulu Bendahari, Raja Mendaliar sebagai Syahbandar.
5 Nasionalisme
Pemimpin dan rakyat Melaka mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Mereka
sanggup berkorban untuk mempertahankan negeri dari ancaman luar/dalam.

Contoh tindakan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah membenteras kecurian. Tun Perak dan
pengikutnya/kaum keluarga menentang ancaman Siam.

6 Undang-undang dan larangan-larangan


Undang-undang dan larangan-larangan yang dikuatkuasakan di Melaka menjamin keutuhan
dan kestabilan negara. Undang-undang dan larangan-larangan juga dapat mengawal tingkah
laku warganya supaya tidak menyimpang dari kebiasaan dan dapat menjamin kuasa raja terus
kekal.

Contoh Sultan Muhammad Syah memperkenalkan larangan kekuningan dan susunan tertib
adat istiadat Diraja, Sultan Muzaffar Syah membuat kitab undang-undang, Sultan Alau’d-Din
Riayat Syah memperkenalkan undang-undang potong tangan terhadap pencuri.

7 Hubungan diplomatik
Hubungan diplomatik Melaka dengan negara luar membuktikan bahawa Melaka sebuah
negera yang berdaulat. Dalam masa yang sama dapat menjamin keselamatan negeri.

Contoh hubungan Melaka dengan China, Majapahit, Siam, Sulawesi, dan Pasai.

8 Sistem pewarisan takhta


Dalam sistem ini, pengganti raja diwarisi/ditentukan oleh raja yang memerintah. Pelantikan
raja berdasarkan keturunan atau wasiat adalah untuk mengelakkan perebutan takhta yang
boleh membawa ketidakstabilan politik dalam negara.

Contoh pelantikan Sultan Mansur Syah melalui wasiat Sultan Muzafar Syah, pelantikan
Sultan Alau’d-Din Riayat Syah melalui wasiat Sultan Mansur Syah, pelantikan Sultan
Mahmud Syah melalui wasiat Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.

9 Perluasan kuasa
Perluasan kuasa dan jajahan takluk menjamin kekuatan dan keutuhan sesebuah negara dari
sebarang ancaman dan serangan dari negara luar. Perluasan kuasa mengukuhkan kuasa
ekonomi dan politik sesebuah negara.

Contoh Sultan Mansur Syah telah meluaskan kuasa dengan menakluki Inderagiri,
Inderapura/Pahang, Jambi, Siantan, Kampar, dan sebagainya. Sultan Alau’d-Din Riayat Syah
berjaya menawan Haru manakala Sultan Mahmud Syah menakluki Manjung dan Kelantan.

10 Pengaruh lslam dalam pentadbiran


Terdapat beberapa pengaruh lslam dalam pentadbiran kesultanan Melayu Melaka. pengaruh
lslam dalam sistem politik dan pentadbiran Melaka boleh dilihat melalui adat istiadat,
undang-undang, dan jawatan tertentu dalam pentadbiran. Pengaruh Islam ini boleh
mewujudkan/mengekalkan kestabilan politik.

Contoh adat menyambut hari raya kecil dan besar, adat mengarak sejadah ke masjid, adat
mengadap nobat pada haribulan Ramadan atau Syawal, dan pelantikan raja melalui wasiat

Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah
(1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan negara, 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah
Bahagian C: Pembangunan Negara [25 markah]

6 “Pelbagai aktiviti ekonomi yang diceburi oleh lapisan masyarakat dapat menyumbang
pembangunan negara.” Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu). [25]
_________________________________________________________________________________

Pendahuluan [3]

1 Ekonomi – segala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup mereka sama ada
dalam bentuk makanan atau barangan lain; sistem pengendalian sumber kekayaan
(perdagangan dan sebagainya) sesebuah negara; aktiviti manusia menggunakan/mengagihkan
sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad (2 markah)
2 Kemukakan isi-isi penting (1 markah)

Isi [20]

1 Menanam padi
Menanam padi berupaya meningkatkan bekalan makanan ruji negara
Contoh Wan Empuk Wan Malini, penduduk Minangkabau

2 Mengail/menangkap ikan
Mengail/menangkap ikan berupaya meningkatkan bekalan protein negara
Contoh Raja Kassim; Badang

3 Menternak haiwan
Menternak haiwan berupaya meningkatkan bekalan daging negara
Contoh kerbau Bendahara Seri Maharaja, ayam Shahrul Nuwi di Siam

4 Berniaga/berdagang
Berniaga berupaya menjana pendapatan negara
Contoh Bendahara Seri Maharaja; Raja Mendaliar; Nina Sura Dewana; pedagang Arab, Cina,
India, dan sekitar Melaka; Hang Nadim berniaga kain, pedagang berniaga rempah, sutera,
tembikar

5 Maritim/perkapalan
Maritim/perkapalan berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
Contoh Hang Isap

6 Mengutip cukai
Mengutip cukai berupaya meningkatkan pendapatan negara
Contoh kerajaan Melaka mengenakan cukai kepada pedagang

7 Mengusahakan dusun buah-buahan


Mengusahakan dusun buah-buahan berupaya meningkatkan pendapatan negara
Contoh Seri Nara Diraja berdusun, rakyat Raja Iskandar Syah; dusun Puteri Gunung Ledang

8 Menjual kuih bikang


Menjual kuih bikang berupaya meningkatkan pendapatan negara
Contoh rakyat di Singapura

9 Menyadap/menjual nira
Contoh bapa angkat Ki Mas Jaya di Majapahit
10 Peminjam/pengurup wang
Contoh Raja Mandeliar

11 Berburu
Contoh Sang Nila Utama; Raja Iskandar Syah; anak buah Tun Mutahir

12 Sewa kapal/gudang
Contoh Hang Nadim menyewa kapal Hang Isap, pedagang menyewa gudang di pelabuhan
Melaka

13 Memungut hasil hutan


Contoh Badang memungut buah kuras

14 Bercucuk tanam
Contoh Badang pulang ke Singapura dari Sayung dengan membawa tebu, pisang, dan ubi
keladi.

Pilih 5 isi
1 isi = 4 markah
(1 markah fakta, 2 markah huraian dikaitkan dengan pembangunan negara, 1 markah contoh)
5 isi x 4 markah = 20 markah

Anda mungkin juga menyukai