Anda di halaman 1dari 1

Secara umumnya kurikulum ialah sejumlah pengalaman pembelajaran meliputi

pengetahuan, pemikiran, perasaan, perbuatan serta perlakuan yang dihasratkan. Justeru


kurikulum pendidikan sekolah adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat perpaduan
dan jati diri kebangsaan khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.

Hakikatnya, pendidikan merupakan satu pra-syarat kepada kemajuan kerana pendidikan


dikaitkan dengan penyebaran dan penghasilan ilmu-ilmu pengetahuan yang dapat
membantu manusia membangunkan kehidupannya dengan lebih baik. Namun demikian,
berdasarkan pengalaman negara-negara yang telah pun lebih dahulu maju dari segi sistem
pendidikannya wujud beberapa masalah. Pertamanya ialah berkaitan dengan muncul satu
keadaan di mana para pelajar hanya belajar untuk lulus dalam peperiksaan. Ini
menyebabkan fokus utama mereka dan juga penekanan ibubapa kepada pencapaian di
dalam peperiksaan semata-mata tanpa memberi perhatian kepada pembinaan peribadi
seseorang pelajar itu. Ukuran kejayaan seseorang pelajar itu bukannya hanya berdasarkan
kepada pencapaian akademik yang cemerlang semata-mata. Natijahnya lahirlah individu-
individu yang tidak seimbang disebabkan penekanan pendidikan yang juga tidak seimbang.

Justeru itu, kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran
kini menjadi satu keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu
pengetahuan yang seimbang, keupayan untuk memajukan negara adalah amat sukar
malahan akan menjejaskan apa jua rancangan dan kemajuan yang telah direncanakan.
Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan, tanpanya siapalah kita. Dunia kini lebih
mengutamakan ilmu pengetahuan. Jika bangsa kita tidak berilmu kita akan jauh ketinggalan,
malah akan ditinggalkan dalam usaha untuk memaju dan menjana pembangunan negara.

Justeru kita merasakan, pendidikan yang sempurna itu penting dalam menerajui sesebuah
pembangunan negara. Kita tidak mahu pembangunan yang dirancang ini semata-mata
hanya menampilkan peluang pekerjaan kepada bangsa lain atau warga asing yang sentiasa
mengintai peluang yang ada. Kita mahu bangsa Melayu itu sendiri memanfaatkan ilmu
pengetahuan dalam menjayakan projek yang ada seterusnnya mengubah nasib hidup
mereka. 

Apa yang pasti, ilmu itu amatlah penting untuk diteroka dan didalami. Maksud
mendalaminya bukan lagi secara akademik ataupun ilmiah tetapi lebih menjurus kepada
penghayatan ilmu itu sendiri. Memang benar kita banyak mempunyai para ilmuan yang
dilahirkan oleh beberapa universiti, tetapi itu bukan bermakna kita mempunyai segala-
galanya. Kini kita memerlukan mereka yang mempunyai pelbagai cabang ilmu. Terutama
ilmu kemahiran yang pelbagai bagi kepentingan negara di masa mendatang. 

Anda mungkin juga menyukai