Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

BENGKEL ANALISIS DATA BAGI ITEM KBAT SERTA


PROFIL MURID & GURU UPSR 2020

Disediakan oleh:

Unit Penyelidikan, Perkembangan dan Kepakaran


Sektor Dasar Pentaksiran
Lembaga Peperiksaan

1
1. TAJUK

Bengkel analisis data bagi item KBAT serta profil murid & guru UPSR 2020.

2. DIKEMUKAKAN OLEH
Unit Penyelidikan, Perkembangan dan Kepakaran (UPPK)
Sektor Dasar Pentaksiran, Lembaga Peperiksaan

3. TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan daripada Pengurusan
Lembaga Peperiksaan untuk membolehkan UPPK mengadakan bengkel analisis
data bagi item KBAT serta profil murid & guru UPSR 2020 dengan pembiayaan kos
sebanyak RM450.00.

4. LATAR BELAKANG

Bengkel ini adalah bertujuan untuk menganalisis data bagi item KBAT yang
diperolehi dari pemeriksa. Anggaran sebanyak 100,000 respon telah diterima untuk
dianalisis mengikut pusat. Data-data ini diperolehi dari pemeriksa yang menanda
mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa
Inggeris (Pemahaman), Bahasa Inggeris (Penulisan), Matematik dan Sains dari
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Bengkel ini juga bertujuan untuk menganalisis data profil calon dan guru UPSR 2019
mengikut daerah. Analisis kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui
persepsi kendiri murid dan guru mengenai item KBAT.

5. JUSTIFIKASI

Bengkel ini diharap dapat menghasilkan:-


i) Analisis prestasi calon untuk item KBAT bagi mata pelajaran yang terlibat
untuk setiap pusat.
ii) Cadangan dari guru untuk menambahbaik prestasi calon menjawab soalan
KBAT dari kajian profil.

2
6. STRATEGI PELAKSANAAN

1. Bengkel analisis data bagi item KBAT serta profil murid & guru UPSR 2019
yang melibatkan 10 orang peserta akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 16 – 18 Oktober 2019


Hari: Rabu – Jumaat
Masa: 8:30 pagi hingga 4:30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Tun Hamdan
Aras 11, Lembaga Peperiksaan Putrajaya

7. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Anggaran kos adalah seperti berikut:

ANGGARAN BIL BIL


PERKARA JUMLAH
KOS PESERTA HARI
Minum Pagi RM 5.00 10 peserta 3 RM150.00
Makan Tengah Hari RM10.00 10 peserta 3 RM300.00
JUMLAH RM450.00

8. KESIMPULAN
Bengkel ini diharapkan dapat menghasilkan analisis item KBAT bagi UPSR 2019.

9. SYOR

Pihak Pengurusan LP adalah dimohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan


cadangan ini.

Disediakan oleh:

Unit Penyelidikan, Perkembangan dan Kepakaran


Sektor Dasar Pentaksiran
Lembaga Peperiksaan
10 Oktober 2019

3
ULASAN PENGARAH PEPERIKSAAN

BENGKEL ANALISIS DATA BAGI ITEM KBAT SERTA PROFIL


MURID & GURU UPSR 2019

DILULUSKAN TIDAK DILULUSKAN

ULASAN:

(HAJI ADZMAN BIN TALIB)


PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh: Oktober 2019

Anda mungkin juga menyukai