Anda di halaman 1dari 8

FOKUS: TEMA KARANGAN SPM 2009 (N)

Rakan guru dan pelajar perlu memberi perhatian terhadap tema karangan yang belum
dikemukakan dalam mana-mana peperiksaan SPM antara tahun 2004 hingga 2009 (J).
Antara tema tersebut ialah :

1. Pelaburan dan tabungan

2. Perpaduan antara kaum di Malaysia


 

3. Isu alam sekitar di Malaysia- tanah runtuh, hakisan tanah, banjir kilat, penebangan
hutan secara tidak terkawal
 

4. Isu kemelesetan ekonomi dunia - masalah pengangguran


Atasi dengan cara bekerja sendiri/ berniaga.
 

5. Memulihara warisan bangsa - bangunan bersejarah,


permainan tradisional
 

6. Kepentingan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Bahasa


Mandarin dan sebagainya - persaingan di pasaran pekerjaan.
 

7. Sistem pengangkutan - kelemahan pengangkutan awam, kemalangan jalan raya,


kepentingan pengangkutan moden, keperluan lebuh raya.
 

8. Amalan membaca - kepentingan, cara-cara menggalakkan


 

9. Kesan alat komunikasi - telefon bimbit, internet


 

10. Pemanasan global- kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah tersebut.


Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam
kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai
terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang
amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil
untuk membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada
anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak
mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup
dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan
anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa
boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan
dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi,
impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai
jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak
semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-
anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak
penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya,
menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi
insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan
pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam
buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan
menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada


anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga
dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan
memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang.
Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda
yang penyayang di negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik
kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai
buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan
sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan
emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu
bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-
kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif
ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang
berguna pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan


dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk
memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing”
hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda
sejak belakangan ini

Semangat kejiranan kita mula menghilang.


Huraikan kepentingan semangat ini diwujudkan semula.

Jiran ialah seseorang yang tinggal berhampiran dengan kita dan tidak mempunyai
hubungan keluarga tetapi menjadi tempat pertama untuk kita mengadu hal serta
meminta bantuan apabila memerlukannya. Semangat ini memang sudah semakin
berkurangan terutama di kawasan bandar besar dan golongan muda. Lantaran itu,
semangat ini harus ditunaskan semula kerana memiliki banyak kelebihannya.

Semangat ini memastikan hubungan antara kaum semakin kukuh dalam alaf
globalisasi ini. Dalam semangat ini semua aktiviti dilakukan tanpa mengira warna
kulit seseorang itu. Individu itu dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis itu
kerana individu itu ialah jiran yang hampir dengan kawasan terbabit. Jadi, sikap
ini memang harus diwujudkan semula supaya perpaduan kaum terus dapat dijalin
kukuh antara kita.

Selain itu, kepentingan semangat ini ialah kita boleh meluahkan masalah atau
meminta bantuan apabila diperlukan. Bayangkan apabila kita memerlukan sesuatu
atau terpaksa meninggalkan rumah kosong beberapa minggu, siapakah yang sudai
memberikan bantuan kalau bukan jiran? Sudah pasti kita akan meminta jiran kita
kerana mereka yang lebih kita percayai setelah mengenali mereka beberapa tahun.
Jelaslah, semangat kejiranan ini membantu kehidupan masyarakat terutama
mereka yang sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Hubungan yang rapat antara jiran menyebabkan semua masalah terutama masalah
sosial mampu dibendung. Peningkatan jenayah dan budaya tidak sihat di kawasan
tertentu sering dikaitkan dengan kegagalan masyarakatnya untuk mengamalkan
semangat kejiranan ini. Penjenayah lebih suka melakukan aktiviti mereka di
kawasan yang rendah semangat jirannya kerana aktiviti mereka sukar dikesan.
Sesungguhnya, penjenayah lebih mahir untuk mengeksploitasi kelemahan kita
dalam memahami kepentingan kejiranan.
Malah, jiran menjadi satu bukti kewujudan institusi masyarakat kerana jiran asas
pembentukan masyarakat. Tanpa jiran masyarakat tidak akan wujud kerana
masyarakat terhasil melalui hubungan rapat antara manusia yang saling berjiran.
Sudah pasti masyarakat tidak akan dapat berfungsi dengan baik tanpa semangat
murni ini. Oleh itu, jiran harus wujud dalam sesebuah negara seperti Malaysia
yang berbilang bangsa.

Kesimpulannya, semangat kejiranan ini perlu diluaskan konsepnya dan tidak


terhad sebagai seseorang yang tinggal bersebelahan kita. Kerajaan perlulah
mengambil inisiatif awal dengan membuat kempen yang menghuraikan peri
pentingnya konsep ini kepada masyarakat di seluruh negara ini. Masyarakat pula
haruslah lebih positif dan menerima jiran mereka tanpa prasangka buruk terlebih
dahulu. Dalam kehidupan moden ini, jiranlah tempat kita bergantung hidup.
Hargailah jiran anda.

KES BULI

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi
kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan
sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak
boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin
berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat
merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam
kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin
masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu
mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai
penyumbang kapada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar
yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat
demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan
kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin
kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang
selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah
setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika
kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut
perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya.
Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi
peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap
pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai


langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras
kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan
juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di
sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan
menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan
secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para
pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes
buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah
kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan
di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki
lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada
mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab
Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes
buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan info yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua
pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana
para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya.
Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan
dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan
pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah
dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli
itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk
melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi
dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar
juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan
bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini
masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa
lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam
kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh
pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus
mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak
mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar
yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk
membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik
kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa
betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak
sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya.
Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan
lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk


bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak
mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya
kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga
harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari
rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada
mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin
melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal
sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020
juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana
para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini
pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa
dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi
liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih,
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal
dikatakan menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan
maklumat.

Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media
cetak di negara ini.

Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara
kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin
meningkat saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik
dalam tempoh mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari
informasi sudah mula kelihatan. Jadi, media cetak di negara ini memiliki peranan-
peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakat negara yang berkualiti
mindanya.

Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat
kepada masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang
berlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita
mengetahui semua perkara yang belaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap
berlumba-lumba media cetak untuk mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan
masyarakat sering mendapat maklumat lebih awal mengenai sesuatu perkara.

Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita
yang lebih kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak
yang berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang
menyebabkan pembaca mampu melihat sesuatu peritstiwa yang berlaku itu dengan lebih
mendalam. Media cetak mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai sudut
sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh amsyarakat. Jelaslah,
media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memiliki minda yang
kritis apabila membicarakan sesuatu topik.

Malahan, media cetak turut menyiarkasn cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran.
Berita-berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu
sudah pasti menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita
jenis ini memberi satu pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya
menyebabkan berlakunya satu perubahan diri dan minda mereka terhadap perkara
tersebut. Oleh itu, pembacaan bahan media cetak memberikan pembaca satu pengajaran
yang mampu membawa kebaikan.

Tambahan pula, media cetak mampu menyiarkan bahan-bahan yang boleh menolong
kehidupan seseorang. Iklan mengenai peluang kerjaya, pengumuman sesuatu peristiwa
dan peluang perniagaan dapat membantu kehidupan seseorang. Masyarakat kita masih
menggunakan media cetak untuk mendapatkan kerja berbanding dengan sumber-sumber
lain. Jadi, media cetak bukan sahaja memberi maklumat tetapi menyiarkan bahan-bahan
yang boleh membantu kehidupan seseorang itu.
Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting
dalam memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini.
Ruang untuk media cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih
murah berbanding jenis media yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan
kewujudan bahan media cetak yang lebih mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi
daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai