Anda di halaman 1dari 3

JUSTIFIKASI

KEPERLUAN BIG DI SEMESTER 1 TAHUN 1

1. Keperluan untuk menerapkan sifat insan guru pada peringkat awal


Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk melahirkan guru
yang kreatif, berketrampilan, dan berakhlak mulia. Kurikulum pendidikan guru sentiasa
diubahsuai supaya guru yang dilatih lebih berketrampilan, berpengetahuan, serta serta
bersikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif. Pengubahsuaian
kurikulum menuntut para pendidik guru membuat anjakan minda untuk melahirkan guru
permulaan yang cekap, mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan boleh menghadapi
tekanan, perubahan dan menangani cabaran persekitaran sekolah semasa.
Pemupukan nilai merentas kurikulum dan kokurikulum merupakan satu aspek yang diberikan
penekanan dalam program ini. Usaha ini akan melahirkan generasi guru yang bersedia
mengamalkan nilai-nilai murni dan menjadi ‘role model’ di sekolah. Teras dalam program ini
ialah pembinaan amalan berfikir dan kekuatan minda dalam kalangan bakal guru supaya
mereka dapat menghadapi pelbagai cabaran pendidikan masa kini dan akan datang. Harapan
kami adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah berkualiti yang dapat
memenuhi keperluan pelanggan.

2. Transformasi guru pelatih dari budaya sekolah kepada budaya guru supaya guru
pelatih dapat menjiwai “roh” guru
Jahangir Mahmud (2010), guru perlu berperanan sebagai pengurus, fasilitator, ahli
psikologi, pakar rujuk, inovator, penilai,agen perubahan dan pemimpin. Dalam
kepelbagaian peranan seorang guru, guru seharusnya memiliki sifat dan kualiti yang
baik dari segi peribadi, professional dan sosial. Maka, guru yang menghayati tugasnya
sebagai pendidik atau guru berjiwa pendidik seharusnya memiliki kualiti peribadi dan
sosial yang baik agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih
sempurna

3. Memperkenalkan kemahiran insaniah pada peringkat awal dan


meniliti perkembangannya, kalau diakhir dikhuatiri sudah terlambat.
Pemupukan pelbagai kemahiran insaniah melalui kursus BIG di IPG menjadi medium untuk
melahirkan seorang bakal guru yang benar-benar komited, cemerlang dan serba boleh apabila
berkhidmat sebagai guru kelak. Perkara ini bertepatan dengan pendapat Brackett, M. A. et al.
(2001), iaitu siswa guru perlu melengkapkan diri sebagai insan guru di samping mampu
menyempurnakan kursus latihan perguruan yang professional.
Jurnal Personalia Pelajar 17 (2014): 9 - 17 Pemupukan
Kemahiran Insaniah Melalui Kursus Bina Insan Guru dalam Kalangan Siswa Guru Institut
Pendidikan Guru (Nurturing Soft Skills through IPG Moral Building Teachers Programme
(BIG) among Student Teachers in Teacher Training Institutes ) NORHIZA MOHD
SALLEH, FARIDAH NAZIR & FARAH MUKHTAR
4. Melahirkan guru cemerlang bukan sekadar cemerlang akademik sahaja, guru
perlu cemerlang dari sahsiah dan kemahiran insaniah
Kemahiran Insaniah adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritikal dalam dunia
pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas.
Kajian mendapati golongan siswazah di negara ini sukar mendapat pekerjaan kerana mereka
tidak mempunyai empat kemahiran asas insaniah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin berkata, empat kemahiran tersebut ialah kemahiran komunikasi,
nilai dan etika, kepimpinan serta pemikiran kritis (Berita Harian Online, 6 Mac 2013).
Sehubungan itu, siswa guru khususnya di Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu mengamalkan
kemahiran insaniah yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan
harian yang kian mencabar (Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).

Mohd Dom (2009), antaranya ialah guru-guru baharu hendaklah bersedia menerima sebarang
tanggungjawab yang diberikan oleh pengetua atau guru besar mereka. Siswa guru IPG dilatih
agar menguasai kemahiran pedagogi, iaitu kajian tentang pengajaran, khususnya pengajaran
dalam pendidikan formal. Selain itu, siswa guru juga turut dilatih dengan pelbagai kemahiran
insaniah untuk memantapkan kemahiran mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan siswa guru.

5. Memupuk kerjasama dan ukhwah dikalangan guru pelatih bukan sekadar


dalam opsyen yang sama tetapi merentas opsyen.
Jadi untuk memupuk kerjasama ini perlu lebih awal, terutamanya dalam MPU3212 –
Bina Insan guru, pelajar-pelajar dalam pelbagai opsyen ini dapat bergaul, berinteraksi, dan
bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan selama 5 hari 4 malam.

6. Pembentukan identiti guru perlu awal. “melentur buluh perlu dari


rebungnya”terutamanya dari segi mendisiplin pelajar.

7. Memberi gambaran awal tentang dunia guru termasuk ciri-ciri guru yang baik,
sahsiah guru, dan keperibadian guru.

8. Pemantapan dan pengukuhan jeris pelatih ipg perlu diterapkan seawal sem 1 melalui
aktiviti dan kemahiran yg dilaksanakan dlm big sebagai persediaan menghadapi
proses pembelajaran sepanjang berada di ipg dan menghadapi cabaran sebagai
pendidik selepas menamatkan pengajian.

9. Perlaksanaan Bina Insan Guru perlu dilaksanakan pada sem 1 tahun 1, dapat
membuat persediaan awal terutamanya dari segi perbelanjaan dan peruntukkan yang
kebisaannya telah diturunkan. Jika dilaksanakan pada sem 2 tahun 1, iaitu pada awal
tahun biasanya peruntukan lewat turun, keadaan ini menyukarkan pengurusan sewaan
tepak perkhemahan, sewaan penganggkutan dan peruntukan makan pelajar.
Disediakan oleh; Disemak 0leh,

( MOHTAR BIN YACOB )


Ketua Penggubal,
Manual Kursus Bina Insan Guru

Disahkan Oleh,

……………………………
(MOHD ZAIN BIN BADUI)
PENGARAH
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Anda mungkin juga menyukai