Anda di halaman 1dari 8

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 145

UNIT 10
ISU-ISU DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:


1. Menyenaraikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru
2. Mengkategorikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru
3. Merumus isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan
teori, nilai dan etika yang dipegang
4. Mengemukakan cadangan untuk mengatasi isu-isu semasa dalam konteks
pembangunan sahsiah guru

10.1 PENGENALAN

Renung sejenak. Pada pandangan anda, apakah isu-isu yang membabitkan pembangunan
sahsiah seorang guru?

U
nit ini membincangkan isu yang membabitkan pembangunan sahsiah guru. Pengertian sahsiah
diberikan secara ringkas dan disusuli dengan isu-isu yang membabitkan sahsiah guru. Isu-isu ini
dapat dikategorikan kepada dua kategori yang utama iaitu isu sahsiah yang positif dan isu sahsiah
yang negatif. Daripada kedua-dua kategori ini, isu guru dapat dipecahkan kepada empat aspek yang utama
iaitu isu sahsiah dari aspek diri guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat. Setiap individu menampilkan
sahsiah diri berdasarkan kepada pegangan, nilai dan etika yang menjadi prinsip dalam kehidupannya.
Lantaran itu juga, kaedah yang digunakan oleh setiap individu adalah berbezai dalam menangani sesuatu
masalah dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru. Persoalan yang perlu kita fikirkan
adalah adakah apa yang dilakukan dan peribadi yang dipamerkan merupakan sesuatu yang
mendatangkan kesan yang baik kepada anda sebagai seorang guru, murid dan juga negara?
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 146

10.2 APAKAH ISU-ISU TERKINI BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU?

S
ahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan
atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih oleh guru dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh
diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan sejajar dengan jangkaan masyarakat dan
kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan
sahsiah guru yang baik seperti guru bertindak berani untuk menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan
guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang
membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun, tindakan negatif yang tidak melambangkan
sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik seperti kes khalwat,
sumbang mahram, penderaan, rogol hinggalah kepada ketagihan dadah. Pendedahan tentang penglibatan
guru di dalam fenomena ini menyedarkan kita tentang betapa tingginya harapan masyarakat dan negara
terhadap peranan yang dimainkan oleh guru sebagai pendidik dan pembimbing kepada golongan muda
yang merupakan generasi yang bakal menerajui negara kita. Melalui sahsiah diri yang ditonjolkan,
seseorang guru akan dilihat kewibawaannya. Sahsiah diri yang baik akan menggambarkan diri seorang
guru yang berkaliber, berjaya dan berwibawa. Sebaliknya, guru yang menampilkan peribadi yang tidak baik
adalah guru yang gagal, tidak berkarisma dan tidak memenuhi aspirasi negara.

Anda diminta merujuk laporan akhbar atau kajian yang memberi gambaran terkini tentang isu
yang melanda sahsiah guru sekolah. Berikan ulasan tentang trend yang timbul daripada
laporan yang diperolehi.

Murid merupakan tanggungjawab guru bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai seperti
mana yang dihasratkan oleh kerajaan. Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, guru secara tidak
langsung akan menjadi role model atau contoh kepada muridnya dari segi perlakuan, pertuturan mahupun
pemikiran. Berikut merupakan sebahagian daripada fenomena yang biasa dilihat di sekolah-sekolah yang
melibatkan interaksi antara guru dan murid. Jawab soalan yang berikut.

Guru: Hoi Abu, mari sini!


Abu: Apa ni Cikgu… panggil saya kuat-kuat macamlah saya pekak!
Guru: Amboi ! Tu cara awak cakap dengan cikgu awak? Awak ingat saya ni apa? Adik awak? Ni.. tak reti
nak hormat sikit…. … terjerit-jerit macam duk kat hutan jer…
Abu: Tak lah Cikgu… Cikgu pun cakap dengan saya kuat-kuat. Cikgu pun sama… macam mana saya
nak cakap perlahan bila cakap pun cakap macam nak runtuh sekolah ni…
Guru: Kurang ajar awak… Pergi jumpa guru disiplin sekarang!

Fikirkan. Adakah cara yang digunakan oleh guru ini adalah cara yang terbaik untuk
menyampaikan sesuatu mesej? Adakah cara interaksi tersebut menggambarkan guru
tersebut mempunyai sahsiah diri yang baik atau sebaliknya? Apakah cara yang anda selalu gunakan untuk
berinteraksi dengan murid anda?
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 147

Sebagai seorang guru, anda tidak dapat lari daripada berinteraksi dengan murid semasa berada
dalam kelas mahu pun di luar kelas. Apabila berada di sekolah dan berbincang atau berbual dengan rakan
sejawat, anda juga akan menggunakan gaya interaksi yang tertentu. Gaya itu mungkin sama atau berbeza
ketika anda menghadiri mesyuarat yang diadakan di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Apabila
ibu bapa datang menemui anda, gaya anda berinteraksi akan menggambarkan sahsiah diri anda. Cuba
lihat diri anda? Adakah terdapat perbezaan cara anda berkomunikasi dengan murid anda, rakan sekerja,
dan ibubapa murid anda? Apakah yang menyebabkan perbezaan tersebut? Adakah anda sedar bahawa
apabila anda berinteraksi, sahsiah diri anda akan dapat digambarkan oleh orang lain?

Seseorang akan berasa selesa untuk berbincang dengan individu tertentu. Kenapa ini berlaku?
Keadaan ini disebabkan oleh sahsiah diri individu tersebut yang selalunya lebih bercirikan nilai positif
seperti mesra, baik hati, bertolak ansur, menghormati, memahami dan penyayang. Oleh itu, gambaran
yang kita lihat terhadapnya adalah baik sehingga ada yang membuatkan kita ingin mencontohi mereka.
Sebaliknya, kita sering mengelak daripada berhubung dengan individu tertentu kerana apabila berurusan
dengannya akan mendatangkan perasaan yang negatif seperti geram, marah, sedih, terkilan dan hiba.
Sahsiah diri yang ada pada individu tersebut lebih menunjukkan nilai-nilai negatif seperti sombong,
bongkak, angkuh, mementingkan diri sendiri, pemarah, panas baran, sikap tidak endah dan mementingkan
diri sendiri.

Sekarang giliran anda untuk memberikan satu contoh isu lain yang melibatkan sahsiah diri
anda dan fikirkan cara terbaik untuk menangani isu tersebut agar anda dapat menjadi role
model kepada murid di samping mengubah murid menjadi seorang insan yang mulia dan bersahsiah
tinggi.

10.3 PENGKATEGORIAN ISU-ISU SEMASA SAHSIAH GURU

I
su-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu isu
yang positif dan isu yang negatif. Isu positif merupakan isu yang dapat meningkatkan profesion
perguruan kerana melalui tindakan yang diambil oleh guru akan dapat memberi gambaran yang baik
tentang guru tersebut. Sementara isu negatif pula ialah apa-apa tindakan yang akan menunjukkan
seseorang guru itu mempunyai sahsiah diri yang tidak baik dan dirasakan tidak sesuai untuk memegang
tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 148

Kedua-dua isu positif dan negatif ini dapat dikategorikan kepada empat aspek utama seperti yang
digambarkan dalam Rajah 10.1 di bawah.

Diri

Sekolah Isu berkaitan Keluarga


sahsiah guru

Masyarakat

Rajah 10.1 Kategori isu disiplin

Pertama, aspek diri guru merupakan aspek yang ada dalam dirinya yang menyebabkannya
bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari
segi emosinya, tingkah laku yang telah biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan
pemikirannya. Contoh isu positif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang amanah mendidik anak
muridnya tanpa mengira masa dan ganjaran yang diperolehi. Contoh isu negatif sahsiah guru bagi
kategori diri ialah guru yang enggan menjadi pembimbing dan penasihat bagi aktiviti ko-kurikulum murid-
muridnya.

Aspek kedua ialah aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan
tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah, mengajar dan mendidik murid mengikut masa
yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika perguruan yang digariskan. Contoh isu negatif
bagi kategori ini ialah guru yang berpakaian tidak kemas, tidak memakai tanda nama dan tidak datang ke
sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Ketiga, aspek keluarga iaitu sama ada seseorang guru dapat menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang suami, bapa atau pun anak yang baik. Contoh isu sahsiah guru yang negatif bagi kategori
keluarga ialah guru yang mendera isteri dan anak-anaknya. Keempat ialah aspek masyarakat iaitu
tindakan guru yang menjurus kepada kesan yang timbul daripada masyarakat mahupun negara. Contoh
isu sahsiah guru yang positif bagi kategori ini ialah guru yang membantu masyarakat dan bertindak
sebagai penggerak dan pemangkin kepada pembangunan sesebuah kampung. Terdapat guru yang
sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk memberi ceramah dan aktiviti bagi menyedarkan
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 149

masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan. Contoh bagi isu disiplin yang negatif ialah
penglibatan guru dalam aktiviti tidak bermoral seperti ditangkap khalwat.

Isikan rajah di bawah dengan isu-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru mengikut kategori
yang disenaraikan.

KATEGORI Contoh isu Rujukan


Diri
Sekolah
Keluarga
Masyarakat

Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori, nilai
dan etika yang dipegang

S
ahsiah diri seseorang banyak dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu kefahaman dirinya, nilai dan
etika yang menjadi pegangannya. Pertama, kefahaman tentang diri anda diperolehi melalui
penelitian diri daripada konteks teori. Cuba rujuk kembali teori yang disentuh dalam Unit 3, 4, 5
dan 6 untuk memahami diri anda dengan lebih mendalam. Kedua, nilai yang menjadi pegangan
anda pula ditentukan oleh nilai yang menjadi rujukan anda ketika anda menjadi guru pelatih. Contohnya,
semasa anda mengambil kursus dan menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris, nilai
BITARA merupakan tonggak utama dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan
bersahsiah mulia. Nilai BITARA ini ada disentuh dalam Unit 7 dan 8 dalam modul ini. Ketiga, etika
perguruan yang seharusnya dipegang sejak anda mula melangkah ke arena pendidikan. Etika perguruan
merupakan landasan utama bagi seseorang guru untuk memilih tindakan yang paling tepat dan wajar
dengan profesionnya. Etika perguruan telah disentuh dalam Unit 9 dalam modul ini.

Seorang guru didapati terlibat dengan penagihan dadah. Apakah yang dapat anda rumuskan
berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang anda pegang?
Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 150

Guru SK Balar bersemangat mengajar di pedalaman. Dimuat turun daripada laman web
www.bharian.com.my/bharian/.../GuruSKBalarbersemangatmengajardipedalaman/.
pada 15 Februari 2011.

Petikan laporan akhbar: ‘Ramai guru dikatakan enggan bertugas di luar bandar dan pedalaman termasuk
di penempatan Orang Asli. Bayangkan, untuk ke pekan terdekat mengambil masa berjam-jam. Namun,
ramai lagi guru sanggup menerima cabaran berkhidmat di pedalaman meskipun serba kekurangan dari
segi kemudahan prasarana’. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan
pertimbangan teori, nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di
bawah.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Layari laman web www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt...Negara... tentang


budaya menyaman membabitkan guru yang dilihat semakin menular dalam institusi
pendidikan di negara ini.
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

10.4 CADANGAN MENANGANI ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PEMBANGUNAN


SAHSIAH GURU

T
ahukah anda terdapat pelbagai cara digunakan untuk mengatasi isu-isu semasa yang melibatkan
sahsiah guru? Setiap langkah dan tindakan yang dikenakan ke atas guru yang menunjukkan
sahsiah diri tertentu akan mendatangkan kesan tertentu terhadap diri murid tersebut, sekolah
mahupun bidang pendidikan. Langkah-langkah yang diambil boleh mendatangkan kesan yang
positif mahupun negatif.
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 151

Layari laman web perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009_11_01_archive.html. Dapatkan


isu yang berkaitan dengan sahsiah guru yang belum dibincangkan dalam unit ini dan
senaraikan kesan yang mungkin timbul ekoran daripada isu tersebut. Berikan cadangan anda untuk
mengatasinya.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

“’Ikut apa yang saya cakap, jangan ikut apa yang saya buat’. Berikan pandangan anda
tentang frasa yang sering dikeluarkan dalam dunia pendidikan. Adakah anda pernah
berhadapan dengan situasi ini? Apakah kesan yang timbul daripada kenyataan tersebut kepada diri anda,
murid dan juga rakan sekerja? Berikan cadangan untuk mengatasi isu ini?

Kita selalu mendengar kenyataan dan pandangan bahawa mereka yang terlibat dengan kes disiplin
merupakan kanak-kanak yang tidak dididik dengan baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang tidak
baik. Selain itu, ada juga berpandangan bahawa murid yang terbabit bertindak demikian akibat daripada
pergaulan dan pengaruh daripada rakan-rakan. Media massa turut dipersalahkan kerana memaparkan
cerita dan iklan yang tidak mengikut lunas agama dan adab ketimuran yang menjadi pegangan masyarakat
negara ini. Sekolah dan guru juga tidak terkecuali daripada menerima tempias tomahan dan rungutan
masyarakat yang meragui kewibawaan para pendidik yang telah terlatih.

RUMUSAN

1. Terdapat pelbagai isu semasa yang melibatkan sahsiah guru. Isu ini merupakan isu yang
menggambarkan sahsiah diri guru yang baik dan juga sahsiah diri guru yang tidak baik.
2. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru ini dapat dikategorikan kepada empat bahagian
yang utama iaitu diri, sekolah, keluarga dan masyarakat.
3. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru dapat dilihat daripada pelbagai perspektif
berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang. Oleh yang demikian, setiap guru
pasti mempunyai pandangan tersendiri tentang cara yang terbaik untuk mengatasi isu tersebut.
Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 152

KATA KUNCI

1. Isu-isu semasa
2. Isu sahsiah berkaitan sekolah
3. Isu sahsiah berkaitan keluarga
4. Isu sahsiah berkaitan diri
5. Isu sahsiah berkaitan masyarakat

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan isu-isu terkini yang berkaitan dengan sahsiah diri anda.


2. Apakah perbezaan isu yang berkaitan sahsiah diri anda dalam aspek diri, sekolah, keluarga dan
masyarakat? Adakah kategori isu ini sama antara diri anda dengan rakan sekerja anda? Adakah
isu tersebut merupakan tindakan yang diharapkan oleh masyarakat dan merupakan hasrat yang
dinyatakan oleh negara?
3. Adakah dengan membincangkan isu-isu dalam pembangunan sahsiah dapat memotivasikan anda
untuk menjadi seorang guru yang unggul dan berkesan?
4. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan sahsiah diri anda? Jika
tidak, apakah perancangan anda sekarang? Jika ya, adakah perancangan tersebut berjaya
dilaksanakan? Jika ya, apakah yang membuatkan perancangan itu berjaya dilaksanakan? Jika
tidak, apakah halangan yang anda tempuhi dan bagaimanakah anda akan atasi halangan dan
cabaran tersebut?

RUJUKAN

Burger, J. M. (2000). Personality. (5th ed). Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Buss, D.M. & Larsen, R.J. (2008). Personality psychology: Domains of knowledge about human nature.
(3rd ed). New York: McGraw Hill.

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia