Anda di halaman 1dari 4

TATABAHASA

1 B 6 D 11 B 16 A
2 C 7 B 12 D 17 C
3 B 8 D 13 D 18 A
4 B 9 C 14 B 19 B
5 A 10 A 15 A 20 D

NILAI NOVEL MENITI IMPIAN

a)Nilai murni:Saling memaafkan


Pengajaran:Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

Contoh:
1.Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya
melanjutkan pelajaran di IKM.
2.Pelatih senoior dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu
suai kenal.
3.Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat
menghidangkan sarapan.

b)Nilai:Tanggungjawab
Pengajaran:Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.

Contoh:
1.Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah
dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
2.Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan sempurna kerana
tanggungjawabnya sebagai isteri.

c)Nilai:Keyakinan
Pengajaran:Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri

Contoh:
1.Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada
pandangan masyarakat.Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah
berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya.

d)Nilai:Setiakawan
Pengajaran:Sikap setiakawan haruslah sentiasa diamalkan agar silatulrahim terus berkekalan.
Contoh:
1.Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk dirinya sendiri sahaja sebaliknya memuji rakan-rakan
sepasukan yang telah membawa kemenangan kepada pasukannya.

e)Nilai:Rajin
Pengajaran:Janganlah malas berusaha jika kita inginkan rezeki yang mencukupi/ kita haruslah sentiaa
rajin berusaha agar rezeki kita bertambah.

Contoh:
1.Mak Kiah mengambil upah menjahit selain menganyam tikar mengkuang untuk menambah
pendapatan keluarganya.
2.Halim dan Zakri akan membantu ibunya memesin getah atau mencetak mengkuang pada hari-hari
cuti persekolahanya.

f)Nilai:Ambil berat
Pengajaran:Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan.

Contoh:
1.Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu
keluarga Zahar setakat kemampuannya.

g)Nilai:Berdisiplin
Pengajaran:Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan

Contoh:
1.Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak
semasa minggu suai kenal.
2.Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal
sejauh 2 km.

h)Nilai:Tabah
Pengajaran:
1.Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan orang terhadap diri kita.
2.Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi kesusahan dalam hidup.

Contoh:
1.Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada mereka yang
mempunyai kelulusan IKM.
2.Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh getah,menganyam tikar
dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian suaminya.

i)Nilai:Kerja sama
Pengajaran: dalam sebuah pasukan,kerja sama haruslah ada untuk mencapai kejayaan.

Contoh:
1.Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan
pasukan mereka.
2.Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerja sama membersihkan kawasan semak seluas padang
bola dalam masa yang singkat.

j)Nilai:Tegas
Pengajaran:Kita mestilah tegas dengan tindakan atau pendirian yang telah kita buat.

Contoh:
1.Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan
di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.

k)Nilai:Berani
Pengajaran:Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.

Contoh:
1.Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup
minggu suai kenal.
KOMSAS

SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR

1A

2D

3C

4C

5B

PANTUN KASIH SAYANG

1B

2D

3A

4D

5C

DRAMA MAHKAMAH

(i) Berdasarkan petikan drama, nyatakan dua perkara yang berlaku setelah Bulat bin Leper
membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. [3 markah]
... seekor kambing yang amat kurus dan lapar datang
... kambing tersebut makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya

(ii) Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama tersebut. [3
markah]
... masyarakat yang petah berhujah di mahkamah
... masyarakat yang tegas ketika menjalankan tugas

(iii) Tertuduh merupakan seseorang yang telah didakwa melakukan jenayah.


Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab yang memungkinkan tertuduh dibebaskan
daripada sebarang hukuman. [4 markah]
... pendakwa raya gagal mengemukakan bukti-bukti yang kukuh
... saksi-saksi memberikan keterangan yang bercanggah antara satu dengan yang lain