Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SETIAUSAHA

KURSUS PEMBINAAN SET MINDA DAN PEMBENTUKAN IDENTITI GURU BIMBINGAN


DAN KAUNSELING 2014

Kursus Pembinaan Set Minda dan Pembentukan Identiti Guru Bimbingan dan
Kaunseling telah berjaya dilancarkan pada 11 Februari 2014 hingga 13 Februari 2014 (Selasa –
Khamis). Sebanyak 30 orang peserta dan 11 orang pensyarah Jabatan Bimbingan dan
Kaunseling yang terlibat dalam kursus ini.

Sebagai setiausaha Kursus Pembinaan Set Minda dan Pembentukan Identiti Guru
Bimbingan dan Kaunseling, beberapa tugas telah dijalankan untuk menjayakan tugas ini. Pada
peringkat persediaan dan perancangan kursus, saya telah bertanggungjawab untuk menulis
kertas cadangan dan menghantar ke pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman (IPDA) bagi mendapat kelulusan. Kertas cadangan ini berjaya diselesaikan dengan
bantuan pensyarah yang memberi rujukan kertas cadangan senior. Kemudian, kertas cadangan
ini telah dicetakan sebanyak 5 set dan dihantar ke Unit Kelulusan. Kertas cadangan ini telah
dikembali beberapa kali atas masalah anggaran kewangan dan telah diubahsuai beberapa
sehingga mendapat kelulusan daripada Pengarah IPDA.

Selain menulis kertas cadangan, pada peringkat persediaan dan perancangan kursus,
saya juga bertanggungjawab untuk menghubungi semua ahli jawatankuasa berkenaan
mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat. Pemberitahuan mesyuarat kebanyakan dijalankan
secara lisan dan minit mesyuarat akan dibuat oleh penolong setiausaha.

Di samping itu, saya juga bertanggungjawab untuk menulis surat permohonan dan
menolong AJK menulis surat berdasarkan keperluan masing-masing. Antaranya, saya telah
menulis surat permohonan lawatan sambil belajar, surat permohonan bilik asrama untuk tempat
tinggal pensyarah semasa kursus, surat permohonan penggunaan white house, surat
pemberitahuan balai polis terdekat dan surat jemputan Pengarah bagi majlis jemputan. Dalam
tanggunjawab ini, saya perlu pergi Unit Surat untuk mendapatkan nombor rujukan KAMI dan
mendapatkan sampul surat rasmi IPDA. Selain itu, saya juga perlu berurusan dengan
Setiausaha Pengarah bagi mendapatkan tandatangan Pengarah untuk beberapa surat yang
perlu dihantar kepada pihak luar dan fax surat tersebut. Tambahan pula, saya juga berurusan
dengan beliau untuk menjemput Pengarah untuk merasmikan majlis penutupan kursus ini.
Semasa Kursus Pembinaan Set Minda dan Pembentukan Identiti Guru Bimbingan dan
Kaunseling dijalankan, saya memainkan peranan sebagai peserta dan pada masa yang sama
juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran aktiviti berdasarkan tentatif program
serta menjaga disiplin terutamanya perempuan. Semasa kursus, saya perlu mengingat
Penghulu masa untuk berkumpul pihak peserta dan mengubah tentatif program mengikuti
kesesuaian. Saya juga perlu memastikan AJK yang bertanggungjawab pada slot tersebut
menjalankan tugas masing-masing. Dalam kursus ini, saya diberi kuasa oleh Penghulu untuk
memastikan disiplin peserta perempuan. Justeru, saya telah membuat beberapa peneguran
semasa kursus berkaitan dengan kekemasan peserta.

Semasa lawatan ke Rumah Sejahtera, saya dipertanggungjawabkan untuk persediaan


majlis penutupan di Rumah Sejahtera. Dengan itu, saya telah meminta bantuan beberapa orang
rakan untuk menyediakan persembahan kepada orang tua dan dua orang rakan sebagai
pengacara majlis. Selain itu, saya juga menentukan upacara majlis tersebut.

Sepanjang kursus ini, saya sebaga peserta kursus juga ditugaskan untuk menyapu
lantai di Rumah Sejahtera dan memastikan kebersihan tempat mandi perempuan pada hari
ketiga. Saya telah membersihkan bilik seorang warga emas dengan mengutip sampah di bawah
katil dan menyapu habuk-habuk di tempat tinggal warga-warga emas Rumah Sejahtera.

Akhir sekali, selepas Kursus Pembinaan Set Minda dan Pembentukan Identiti Guru
Bimbingan dan Kaunseling, saya dipertanggungjawab untuk memantau tugas-tugas kebersihan.
Saya sebagai seorang peserta juga turut ditugaskan untuk membersihkan tempat mandi
perempuan. Saya menggunakan mop untuk mencuci kesan-kesan kasut yang ada dalam
tandas.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

ONG YING HONG

(SETIAUSAHA)

Anda mungkin juga menyukai