Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 9: Kes Teori Analisis Transaksional

Hazel seorang ketua pengawas sekolah. Hazel sedar tugasnya


sebagai seorang ketua pengawas sangat banyak dan dia memikul
tanggungjawab yang berat. Oleh yang demikian, Hazel selalu menegur dan
membuat penilaian terhadap ahli pengawasnya, sama ada menjalankan tugas
dengan sempurna atau tidak. Sekiranya tidak, Hazel akan memberi surat
amaran kepada ahli pengawasnya tanpa berasa bersalah. Hazel akan
mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Pengawas pada setiap
minggu. Dalam mesyuarat tersebut, Hazel selalu memberi cadangan untuk
mengadakan aktiviti tambahan di dalam sekolah. Dengan itu, dia akan
memberi tugas dan mengarah rakan-rakan pengawasnya untuk
membantunya menjayakan aktiviti tersebut. Kadang-kala, apabila rakan-rakan
Majlis Tertinggi Pengawas tidak menyokong menjalankan aktiviti, Hazel akan
menanya sebab-sebab tidak menyokong dan mengarah rakannya untuk
membuat laporan tidak setuju.

Hazel berasa tidak seronok apabila dibantah oleh rakannya. Dengan


itu, hubungan Hazel dan rakan-rakannya hanya setakat ketua dan ahli, tidak
pernah mesra seperti kawan baik. Hazel berasa sangat sunyi dan tertekan
kerana dia tidak mempunyai kawan yang boleh berkongsi masalah di sekolah.

Dalam keluarga, Hazel merupakan anak sulung. Ibu bapanya selalu


tidak berada di rumah kerana sibuk bekerja. Ibu bapa Hazel juga selalu
meminta Hazel untuk menjaga adik-adiknya yang kecil. Mereka tidak risau
untuk membiarkan Hazel mendidik adik-adiknya. Dia selalu mengarah
adiknya untuk mengemas bilik dan buku. Setiap pagi, Hazel akan memastikan
adiknya melipat selimut selepas bangun dari katil. Hazel akan memarahi
adiknya sekira tidak berbuat demikian. Di samping itu, Hazel selalu
mengambil berat tentang pelajaran adik-adiknya. Dia selalu memberi galakan
kepada adik-adiknya untuk belajar. Hazel juga akan mengajar adiknya
membuat kerja rumah jika mereka tidak faham.

Namun demikian, Hazel berasa sangat kecewa apabila dia terdengar


perbualan adik-adiknya yang mengadu dia seorang kakak yang tegas
walaupun selalunya adiknya tidak memberi balasan yang tidak berpuas hati
dengan arahannya di hadapan mukanya. Hazel selalu menganggap adik-
adiknya gembira kerana dia telah membiarkan mereka untuk berdisiplin dan
mendapat keputusan yang baik. Kadang-kala, Hazel juga berasa sedih
apabila adik-adiknya melawan arahan-arahannya.

Analisis dengan Teori Transaksional Analisis

1. Ego Stat
 Berdasarkan kes ini, kami boleh jelas mengesan ego stat Hazel, iaitu
ego stat ibu bapa kritikal. Dalam kes ini Hazel selalu menegur dan
membuat penilaian terhadap ahli pengawasnya. Dia juga mengarah
rakan-rakan pengawasnya untuk membantunya menjayakan aktiviti
yang ingin dianjurkan. Kepada sesiapa yang tidak setuju dengan idea
Hazel, dia akan meminta mereka untuk membuat laporan tidak setuju.
Selain itu, Hazel juga mengambil berat tentang pelajaran adik-adiknya.
Dia juga akan mengajar mereka membuat kerja rumah jika mereka
tidak faham.
 Tingkah laku dan perseonaliti Hazel telah menunjukkan dia seorang
yang memiliki ego stat ibu bapa kritikal, iaitu seorang yang selalu
menegur, memberi nasihat, menuduh, membetulkan, membuat
penilaian, menggunakan kuasa, mengawal dan memikul
tanggungjawab.
2. Transaksi Bersilang
 Transaksi bersilang telah berlaku apabila idea dan aktiviti yang ingin
dilaksanakan oleh Hazel dibantah oleh rakannya, dan kesannya Hazel
berasa tidak seronok. Dia menggunakan ego ibu bapa untuk
mencadangkan ideanya kepada rakan-rakannya, manakala rakan-
rakannya mungkin menggunakan ego kanak-kanak untuk membantah
ideanya.
3. Skrip Hidup
 Dalam pengalamanHazel, dia sebagai seorang anak sulung dan diberi
kuasa oleh ibu bapanya untuk menjaga adik-adiknya. Oleh sebab itu,
personalitinya akan lebih bersifat autokratik. Dia berharap kesemua
ahli akan mematuhi segala suruhannya. Hal ini dibuktikan apabila dia
menjawat jawatan sebagai ketua pengawas.

Anda mungkin juga menyukai