Anda di halaman 1dari 37

IMAM AL-BUKHARI

DISEDIAKAN OLEH:

Pelajar ISMP Pendidikan Islam Dan


Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sesi 2009/2010

Hasil Kerja Ini Hanyalah Untuk Sekadar Pengkongsian Ilmu Semata-Mata,


Tidak Dibenarkan Untuk Mengedarkan atau Menjual Kepada Umum.

1
1.0. PENDAHULUAN

Kedudukan hadith sebagai sumber kedua dalam syariat Islam telah

diakui oleh al-Quran, hadith itu sendiri dan juga ulama Islam sejak dari

dahulu sehingga sekarang. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi

kerana tanpa hadith manusia tidak dapat mengenali, memahami dan

mengamalkan ajaran-ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Quran.

Perkembangan ilmu sentiasa berterusan daripada semasa ke semasa dan

tidak akan terhenti sehinggalah berlakunya hari kiamat. Manusia sentiasa

memerlukan ilmu kerana dengan adanya ilmu mereka akan mendekatkan

lagi diri seseorang itu dengan pencipta-Nya. Begitu jugalah dengan ilmu

maktabah al-hadith yang membincangkan tentang bibliografi penulis yang

menulis bab-bab hadith mengikut susunannya.

Pengumpulan hadith-hadith nabi Muhammad s.a.w sebagai sumber

rujukan Islam telah dimulai oleh Ali bin al-Mawafi (234 H) iaitu guru

kepada Imam al-Bukhari. Bermula usaha-usaha ini mereka telah

memisahkan hadith-hadith yang benar dan hadith palsu yang terdapat

dalam masyarakat. Ekoran itu, lahirlah beberapa kitab hadith yang

masyhur seperti al Jami’ as-Sahih susunan Imam Bukhari (256 H) dan al

Jami’as Sahih susunan Imam Muslim (261 H). Kedua-dua kitab ini dikenali

dengan nama as- Sahahain. Selepas itu barulah lahir pula empat buah

kitab lagi yang dinamakan Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan an-

Nasai dan Sunan Ibnu Majah. Fokus tugasan ini adalah mengkaji tentang

Kitab Sahih Imam Bukhari. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam

tajuk ini adalah mengenai riwayat hidup, metod penulisan Kitab Sahih

Bukhari, isu-isu yang timbul dan sebagainya.

2
2.0. RIWAYAT HIDUP IMAM BUKHARI

Tokoh Islam penghimpun dan penyusun hadith yang lebih terkenal di

antaranya seperti Imam Bukhari. Adapun urutan pertama yang paling

terkenal diantara enam tokoh adalah Amirul-Mu'minin fil-Hadith (pemimpin

orang mukmin dalam hadith). Nama sebenarnya adalah Abu Abdullah

Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Cucu

seorang Persia bernama Bardizbah. Kakaknya, Bardizbah, adalah

pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian putranya, al-Mughirah,

memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja'fi, gabenor Bukhara.

Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan

"al-Mughirah al-Jafi."

Mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau

telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa

muda. Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18

tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Tabii’n,

mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku

menulis kitab itu pada malam bulan mengambang. "Beliau berkata lagi : "

Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu

mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan

penulisanku."

3
2.1. Kelahiran Imam Bukhari

Imam Bukhari merupakan seorang ulama yang terbilang. Nama

sebenarnya ialah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin

Bardziyah al-Jaafa al-Bukhari. Beliau pernah digelar Imam Abu Abdullah

sempena nama anaknya.1Namun beliau lebih dikenali dengan gelaran

Imam Bukhari mengikut tempat asal kelahirannya iaitu wilayah Bukhara.

Bukhara adalah suatu kota di Uzbekistan, wilayah UniSovyet, yang

merupakan simpang jalan antara Rusia, Parsi, Hindia dan Tiongkok.2

Datuk beliau bernama Al-Mughirah ibn Bardizbah, pernah dikatakan

sebagai seorang majusi dan merupakan hamba kepada Ismail al Ja’fi iaitu

Gabenor Bukhara ketika itu. Beliau dilahirkan pada tahun 13 Syawal 194

Hijrah iaitu pada hari Jumaat di Bukhara.3

Sejak kecil lagi Imam Bukhari telah menunjukkan tanda-tanda akan

memiliki keilmuan yang tinggi. Ayahnya telah meninggal dunia semasa

beliau masih kecil. Beliau memiliki penglihatan yang kurang baik dan

pernah menjadi buta ketika berusia empat tahun. Berkat doa ibunya yang

solehah agar penglihatan beliau sembuh akhirnya beliau dapat melihat

semula setelah berusia 16 tahun. 4

Bapanya Ismail merupakan seorang Ulama hadis, yang telah

menjadi murid kepada beberapa ulama terkemuka seperti Malik bin Anas,

Hammad bin Zaid, dan Ibn al-Mubarak. Imam Bukhari mempunyai

seorang ibu yang penyayang dan seorang abang yang bernama Ahmad.

1
Asnawi Haji Ehsan, 2003, Ilmu Hadis: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam. Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 157
2
MunzierSuparta M.A., 1993, Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 237
3
M.M. Azami, 1988, Pengkajian Hadis: Kaedah dan Persuratan, Pustaka Salam. hal.149
4
Asnawi Haji Ehsan, 2003, IlmuHadis: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam, Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 158
4
Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat malam Sabtu selesai

sembahyang Isyak’ tepat pada malam 1 Syawal tahun 256 Hijrah

bersamaan dengan 31 Ogos 870M iaitu ketika umurnya mencecah 62

tahun. Beliau telah dikebumikan selepas sembahyang Zuhur pada hari

Sabtu di Khirtank suatu kampung tidak jauh dari Samarkand.5

2.2. Perjalanan Menuntut Ilmu.

Imam Bukhari telah mula menghafaz hadith-hadith Rasullah s.a.w.

sejak berumur kurang daripada sepuluh tahun. Semasa berumur enam

belas tahun beliau telah menghafal beberapa buah kitab tulisan ulama

peringkat awal yang terkemuka seperti Ibn al-Mubarak, Waki’ dan lain-

lain.6 Beliau tidak puas hanya dengan menghafal hadith dan kitab ulama

peringkat awal sahaja lalu beliau memperlajari riwayat hidup periwayat-

periwayat yang memainkan peranan dalam meriwayatkan hadith-hadith

Rasulullah s.a.w serta tarikh lahir mereka, tempat lahir dan sebagainya.7

Imam Bukhari telah berhijrah ke Makkah untuk melanjutkan

pengajiannya terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Beliau menetap di

Makkah dan sempat menuntut ilmu daripada beberapa orang guru hadith

yang masyhur seperti Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraqidan

Ismail bin Salam al-Sai’gh. Beliau memulakan penulisannya dengan

menulis sebuah kitab yang membincangkan tentang para perawi hadith

dengan menetapkan darjah-darjah hadith yang diriwayatkan oleh mereka

sama ada Hasan, Daif dan sebagainya.

5
MunzierSuparta M.A. 1993. Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 240
6
Ibid. hal. 237
7
M.M. Azami. (1988). Pengkajian Hadis: Kaedah dan Persuratan, Pustaka Salam. hal.
149
5
Ketika beliau di Madinah, beliau telah mengarang kitab keduanya

yang berjudul Tarikh al-Kabir yang ditulis dihadapan makam Rasulullah

s.a.w. Selain Makkah dan Madinah beliau pernah merantau mencari ilmu

di negeri Syam, Mesir Jazirah sebanyak dua kali, Basrah empat kali, hijaz

bermukim selama enam tahun, ke Baghdad bersama-sama para ahli

hadith yang lain sampai lapan kali, Balagh, Merw, Naisabur, al-Rai, Kufah,

Wasit, Damsyik, Qaisariyah dan Asqaland.8 Imam Bukhari juga

merupakan seorang penembak yang baik dan selalu keluar berlatih untuk

memastikan beliau sentiasa bersedia untuk berjihad.

2.3. Guru Dan Murid.

Imam Bukhari telah mengambil masa yang lama merantau untuk

menemui guru-guru hadith.Beliau berguru dengan lebih daripada 1000

orang syeikh dan telah mengumpul sebanyak 600 000 buah hadis.9 Imam

Bukhari sendiri pernah menyatakan bahawa kitab al-Jami’ as-Sahih atau

dikenali dengan Sahih al-Bukhari telah disusun sebagai hasil daripada

pertemuan beliau dengan 1080 orang guru dalam bidang ilmu hadith.

Antara guru yang pernah Imam Bukhari temui dan mewarisi ilmu mereka

adalah seperti Hamad bin Zaid, Malik bin Anasr.a, Muhamad bin Salam,

Abdullah bin Muhamad al-Masnadi, Harun bin Asy’as dan Muhamad bin

Yusuf al-Baikandi.

Beliau juga pernah memperoleh hadith dari beberapa huffadh,

antaranya Maky ibn Ibrahim, Abdullah ibn Usman al-Marwazy, Abdullah

ibn Musa al-Abbay, Abu Ashim al-Syabany dan Muhammd ibn Abdullah

8
Asnawi Haji Ehsan, 2003, IlmuHadis: Hadith Sebagai Sumber Hukum Islam, Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 159
9
Ariffin Omar dan Zaini Nasohah, 2005, Hadis Daif: Ciri-Ciri dan Hukum, Utusan
Publications &Distribulators Sdn. Bhd. hal. 48
6
al-Anshari. Manakala para ulama besar yang pernah mengambil hadith

dari beliau, antaranya Imam Muslim, Abu Zur’ah, al-Tirmizi, Ibnu

Khuzaimah dan al-Nasai.10

2.4. Karya-karya Imam Bukhari.

Imam Bukhari banyak menulis kitab, sebahagian daripadanya telah

lenyap begitu sahaja dan sebahagian lagi dapat kita temui pada hari ini.

Antara kitab-kitabnya iaitu Al-Jami’ al-Musnad al-Shahih al-Mukhtashr min

Umur Rasulillah wa Sunanih wa Ayyamihi atau biasa disebut “Sahih al-

Bukhari”. Buku ini merupakan kumpulan hadith-hadith sahih yang beliau

persiapkan selama 16 tahun. Menurut jumhur ulama ahli hadith, kitab ini

merupakan kitab hadith yang paling sahih setelah al-Quran.Banyak ulama

telah membuat syarah dari Sahih al-Bukhari antaranya Ibnu Hajar, al-‘Ayni

al-Hanafi, Qashthallani dan Jalal al-Din al-Suyuthi.

Selain itu beliau juga telah mengarang buku yang bertajuk,

Qadhaya al-Shahabahwa al-Tabi’in. Kitab ini dikarang ketika berusia 18

tahun, dan sekarang kitab ini sudah tidak dijumpai. Al-Tarikh al-Kabir yang

mempunyai lapan jilid telah diterbitkan sebanyak tiga kali. Antara kitab lain

yang dikarang beliau seperti al-Tarikhu al-Ausath, al-‘Adabu al-Munfarid,

Birru al-Walidain, Qira’atKhalf al-Imam, al-Tafsir al-Kabir, al-Musnad al-

Kabir, al-Adab al-Mufrad, Raf’ al Yadain, al-Dhu’afa, al-Jami’ al-Kabir, al-

Asyribah, al-Hibah, Asami’ al-Shahabah, al-Wuhdan, al-Mabsuth, al-‘Ilal,

al-Kuna, al-Fawa’id,11KhalqAf’al al-Ibad dan Tarikh Saghir.12

10
MunzierSuparta M.A., 1993, Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 238
11
MunzierSuparta M.A., 1993, Ilmu Hadis, PT Raja Grafindo Persada. hal. 238-239
12
M.M. Azami, 1988, Pengkajian Hadis: Kaedah dan Persuratan, Pustaka Salam. hal. 151
7
2.5. Analisis Riwayat Hidup Imam Bukhari.

Imam Bukhari merupakan seorang ulama yang tabah dan sabar.

Sejak kecil lagi beliau telah diduga dengan kematian ayahnya yang

merupakan seorang ulama hadith. Ketika beliau berumur empat tahun,

beliau diduga dengan satu lagi kesusahan yang besar iaitu matanya

menjadi buta sehingga beliau berumur 16 tahun.

Minat dalam bidang hadith telah mendorong Imam Bukhari untuk

terus menghafal beberapa buah kitab tulisan ulama peringkat awal yang

terkemuka, seperti Ibn al-Mubarak, Waki’ dan lain-lain ketika pada zaman

remaja beliau. Imam Bukhari terus berusaha dalam menuntut ilmu

sehingga keluar merantau kebeberapa buah negari lain seperti Makkah,

Madinah, Syam, Mesir Jazirah, Basrah, hijaz,Baghdad, Balagh, Merw,

Naisabur, al-Rai, Kufah, Wasit, Damsyik, Qaisariyah dan Asqaland.

Justeru itu, menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting bagi

Imam Bukhari. Walaupun ada halangan ketika dalam perjalanan menuntut

ilmu seperti kehabisan wang namun, beliau masih terus mencari ulama-

ulama hadith untuk memperoleh ilmu mereka. Sehingga jumlah guru-

gurunya menjangkau lebih daripada seribu orang. Beliau bersikap baik

terhadap para pelajarnya, sangat warak, mengurangi makan, memiliki

adab sopan yang tinggi dalam berbahas walaupun terhadap orang yang

bertentangan pendapat dengan beliau dan banyak membaca al-Quran.

Sepanjang hidup beliau, beliau banyak mengarang kitab antaranya Sahih

al-Bukhari yang merupakan kitab sahih yang kedua selepas al-Quran

menurut pendapat jumhur ulama hadith.

8
3.0. SEJARAH PERKEMBANGAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI

Kitab Sahih al-Bukhari sebagaimana yang diperkatakan oleh para

ulama merupakan sebuah kitab yang paling tinggi dari segi kesahihannya.

Dengan kata lain, tidak terdapat sebuah kitab yang lebih sahih daripada

sahih al-Bukhari selepas al-Quran. Tajuk lengkap kitab sahih al-Bukhari

ialah al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulillah wa

Sunanih wa Ayyamih. Kitab ini disusun oleh Imam Bukhari setelah beliau

benar-benar mahir dan pakar dalam bidang hadith.

3.1 Jumlah Hadith Sahih Al-Bukhari

Para ulama berbeza pendapat mengenai jumlah hadith yang

terdapat dalam Sahih al-Bukhari. Hadith sahih al-Bukhari mengandungi

sebanyak 9,082 hadith termasuk yang berulang. Jumlah ini tidak termasuk

hadith mauquf kepada sahabat dan hadith maqtu’ kepada tabi’in dan

selepas meraka dan apabila dihitung tanpa memasukkan hadith yang

berulang maka jumlahnya adalah 2,602 hadith. Hadith sahih al-Bukhari

yang mausul dan tidak berulang berjumlah 2602. Manakala hadith yang

muallaq ( ‫ ) معلق‬dan marfu’ ( ‫ ) مرفوع‬berjumlah 159 hadith.

3.2 Tempoh Penulisan dan Kedudukan Sahih Al-Bukhari

Imam al-Bukhari mengambil masa yang begitu lama dalam

menyiapkan sahih al-Bukhari iaitu selama 16 tahun untuk menulis

sahihnya. Dalam memilih hadith-hadith yang akan dimasukkan ke dalam

kitab sahihnya, Imam al-Bukhari sangat cermat dan sangat teliti sehingga

dari 600,000 hadith yang beliau dapatkan hanya 4,000 hadith sahaja yang

dimasukkan ke dalam kitabnya. Perkara yang paling menarik ialah setiap

hadith yang dimasukkan ke dalam sahihnya itu ialah hadith-hadith yang

9
benar-benar telah diyakini sahnya, dan sebelum beliau memasukkan

hadith tersebut ke dalam sahihnya, beliau beristikharah terlebih dahulu

kepada Allah dengan sembahyang dua rakaat untuk menyakinkan

bahawa hadith yang akan ditulisnya itu benar-benar sahih. Hal ini boleh

dilihat dari pernyataan Imam Bukhari sendiri sebagaimana berikut :

‫ ما أدخلت في كتابي الصحيح إال ما‬:‫ و سمعته يقول‬: ‫قال إبراهيم‬


‫…صح‬.
‫ ما وضعت في كتابي الصحيح حديثا إال‬: ‫قال محمد بن إسماعيل‬
‫اغتسلت قبل ذلك وصليت ركعتين‬

Maksudnya : (Ibrahim berkata: “Saya mendengar dia (Bukhari)

berkata: Saya tidak masukkan ke dalam kitab Sahihku kecuali

Hadis yang sahih”) Muhammad ibn Ismail (al-Bukhari) berkata:”

Aku tidak akan memasukkan satu Hadis pun kedalam kitab

sahihku kecuali setelah aku mandi dan solat dua rakaat

sebelumnya.”)

Daripada pengakuan Imam Bukhari diatas, jelas menunjukkan

bahawa hadith-hadith yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari

adalah hadith-hadith yang sahih. Para ulama telah membuat kajian

yang mendalam dan terperinci terhadap Kitab Sahih al-Bukhari dan

mereka mengakui pengesahan hadith-hadith Sahih al-Bukhari itu.

Pengumpulan Sahih al-Bukhari itu dimulakan di Mekkah kemudian

usaha itu diteruskan semasa beliau di Madinah, di Basrah

sehinggalah beliau balik ke tempat tumpah darahnya, iaitu Bukhara.

10
3.3 Tujuan Penyusunan Kitab Sahih Al-Bukhari

Kitab Sahih al-Bukhari ini disusun oleh Imam Bukhari disebabkan

beberapa tujuan. Antaranya ialah kitab-kitab hadith yang terdapat

sebelumnya bercampur aduk diantara hadith yang sahih dan hadith yang

tidak sahih. Beliau menganggap perkara ini tentulah akan menyusahkan

penuntut ilmu hadith, terutamanya bagi mereka yang berada diperingkat

permulaan. Oleh sebab itu Imam Bukhari mengambil keputusan dan

berazam untuk menyusun hadith-hadith sahih sahaja yang tidak akan

diragui lagi akan pengesahannya.

Selain itu, tujuan Imam Bukhari menyusun sahihnya ialah apabila

beliau mendengar ucapan dari gurunya yang bernama Ishaq Bin Rahuyah

yang meminta kepada penuntutnya supaya menyusun sebuah kitab hadith

yang ringkas yang mengandungi hadith-hadith sahih sahaja. Ucapan

gurunya itu telah meresap ke jiwa Imam al-Bukhari dan lantas

mendesaknya untuk melaksanakan tugas yang mulia itu.

Tujuan penyusunan kitab sahih ini juga adalah kerana pada suatu

ketika imam Bukhari telah bermimpi melihat Rasulullah SAW. Dalam

mimpinya itu Imam Bukhari berdiri hampir dengan Rasulullah SAW dan

mengipas baginda. Setelah memperolehi mimpi tersebut, beliau

kemudiannya bertanya kepada seorang ahli takbir mimpi yang siqah

berhubung dengan mimpinya itu. Ahli takbir mimpi itu menerangkan

kepada imam al-Bukhari bahawa beliaulah yang akan memisahkan hadith-

hadith Rasulullah SAW dari hadith-hadith yang palsu.

11
4.0. METODOLOGI PENULISAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI

Hadith-hadith yang terdapat dalam sahih bukhari adalan

keseluruhannya hadith yang sahih. Dalam metodologi penulisan kitab

Sahih al-Bukhari menyatakan dan menjelaskan mengenai sanad, matan,

Tarajim dan analisis. Sanad mengikut manhaj Imam Bukhari ialah jalan

untuk sampai kepada matan hadith dan matan pula ialah nas-nas yang

disampaikan samada nas itu berbentuk perkataan, perbuatan, ikrar atau

sebagainya. Dari segi sanad disyaratkan hadith sahih ialah muttasil al-

sanad (bersambung sanad), perawi-perawi itu mestilah adil dan perawi-

perawi itu mestilah dhabit.

Muttasi al-sanad ialah segala perawi-perawi yang terdapat di dalam

sanad itu dari perawi yang terakhir sehingga ke perawi yang pertama

mestilah berhubung iaitu bertemu diantara satu dengan yang lain.

Manakala dimaksudkan dengan adil ialah muslim, baligh, berakal dan

sejahtera dari perkara-perkara yang boleh menjadi fasik iaitu melakukan

dosa besar dan dosa kecil yang berkekalan dan sejahtera dari perkara-

perkara yang boleh menjatuhkan maruah.13

4.1. Pandangan Ulama mengenai Sanad Sahih al-Bukhari

Sanad Sahih al-Bukhari mengikut pendapat al-Imam Abu al-Fadhil

Muhamad bin Tahir al-Maqdusi yang merupakan seorang ulama yang

masyhur berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya Bukhari dan Muslim serta ahli

hadith selepas keduanya tidak pernah mengatakan: aku

mensyaratkan perawi-perawi yang terdapat didalam kitab ini

13
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 55
12
menurut syarat-syarat tertentu tetapi diketahui syarat-syarat itu

berdasarkan kajian kitab-kitab mereka.

Dari kajian tersebut diketahui bahawa Bukhari dan Muslim

mensyaratkan perawi-perawi itu hendaklah thiqah dan kethiqahan

mereka tidak dipertikaikan lagi oleh para ulama yang thiqah. Kedua-

duanya tidak mensyaratkan bahawa perawi-perawi yang mengambil

hadith itu lebih dari seorang tetapi perawi itu mestilah thiqah. Sanadnya

hendaklah berhubung diantara satu dengan yang lain sehingga sampai

kepada Rasulullah s.a.w .hanya Muslim yang meriwayatkan hadis yang

ditinggalkan oleh Bukhari dan beliau telah menghilangkan keraguan yang

telah diberikan kepada mereka.14

Mengikut pendapat Muhamad bin Tahir al-Maqdusi tersebut

jelaslah bahawa pandangan ulama hadith sebagaimana Imam Bukhari

mensyaratkan perawi-perawi dalam sanad hadith yang diriwayatkan itu

kepada dua iaitu thiqah (adil dan thabit) dan berhubung( itti’sal).

4.2. Matan Sahih al-Bukhari

Selepas sanad di selidik dengan betul dan sahih. Imam Bukhari

juga telah mempastikan matan hadith itu mestilah sahih agar tidak ada

kepalsuan. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh para ulama dengan

membuat kaedah-kaedah untuk mengesan hadith palsu dari segi matan.

Bahkan untuk lebih jelas lagi dengan membezakan hadith palsu dengan

hadis yang sahih dan juga ia perlu diketahui juga penekanan yang lebih

untuk mengetahui hadith palsu ialah dengan cara melalui sanad.

14
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal 63
13
Selain itu, perlu diberi perhatian ialah nas yang dibahaskan untuk

diterima atau ditolak itu ialah berhubung dengan nabi Muhamad s.a.w

dan Rasulullah itu tidak boleh disamakan dengan manusia yang lain

kerana baginda mendapat wahyu dari Allah. Untuk disampaikan atau

dihubungkan kepada Rasulullah tidak semestinya menggunakan ukuran-

ukuran yang diberikan kepada manusia biasa.15

4.3. Tarajim Sahih al-Bukhari

Setiap sesuatu perkara terdapat definisi yang tersendiri dan begitu

jugalah dengan tarajim Sahih al-Bukhari. Tarajim merupakan satu

perkataan yang berasal daripada kata jama’ bagi kalimah terjumah.

Tarajim yang dibincangkan didalam Sahih al-Bukhari membawa maksud

yang bertepatan iaitu bab-bab yang diperkatakan oleh Imam Bukhari

dalam setiap kitab yang terdapat di dalam sahihnya. Contoh untuk tarajim

Sahih Bukhari seperti: Bab Uzuwah Asyirah,

‫ اول ما غزا النبي صلى اهلل عليه‬:‫ قال ابن اسحاق‬,‫غزوة العاشيرة‬
.‫وسلم االبوأ ثم بواط ثم العشيرة‬

Tarajim yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari ini menunjukkan

bahawa kecerdikan dan kebijaksanaan beliau yang luar biasa tentang al-

Quran dan al-Sunnah serta bidang istinbat hukum. Imam Bukhari berjaya

menghasilkan kitab Sahih al-Bukhari yang mengandungi bab sebanyak

3450 bab. Hal ini menunjukkan beliau seorang yang berjaya menguasai

al-Quran dan al-Sunnah sehingga dapat mengeluarkan pada bila-bila

masa sahaja yang dikehendaki.

15
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 64
14
4.3.1. Kaedah Tarajim Kitab Sahih Al-Bukhari

Penyusunan dalam tarajim sahih al-Bukhari yang menekankan

kepada beberapa aspek yang penting supaya tarajim yang terdapat dalam

Sahih al-Bukhari ini tidak diragui. Tarajim-tarajim ini penting supaya

terjumah yang jelas dan tepat dengan matan hadith yang hendak

diterjumahkan. Tujuannya adalah untuk menerangkan kandungan hadith-

hadith yang terdapat di dalam bab-bab yang hendak diterjumahkan.

Kedua, lafaz terjumah itu diambil daripada lafaz hadith yang akan

diterjumahkan. Maksud disini ialah hadith yang muttasil (sahih) yang

diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: Rasulullah s.a.w memeluk aku

dan berkata; allahumma allamahu al-kitab. Hadis ini diriwayatkan daripada

Abbas dan terus sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Selain itu, lafaz terjumah yang sebahagian daripada hadis yang

akan diterjumahkan seperti:‫الدين‬ ‫باب من يرد اهلل به خيرا يفقه في‬ dan ini

adalah sebahagian hadith yang muttasil yang akan diterjumahkan iaitu

hadith yang diriwayatkan oleh Muawwiyah semasa beliau berkhutbah.

Lafaz terjumah itu merupakan pentafsiran hadith yang hendak

diterjumahkan. Ada juga terjumah-terjumah sebagai takwil. Takwil yang

dimaksudkan mempertikaikan maksud hadith tersebut yang akan

diterjumahkan. Namun, terdapat juga terjumah yang berbentuk khas

daripada hadith yang am, ini samalah dengan perkataan fakih yang

bermaksud khas daripada yang am.

Walau bagaimanapun, di dalam sahih Bukhari terdapat beberapa

tajuk. Tajuk-tajuk ini biasa disebut oleh Imam Bukhari sebagai kitab

seperti kitab al-Iman,Thaharah dan banyak lagi. Namun, Imam al-Bukhari


15
juga menyebut kitab-kitab ini sebagai bab seperti abwabu al-witri, abwabu

al-Istiqa’ dan sebagainya. Menurut setengah pengakaji yang terdapat 97

tajuk yang ada didalam sahih al-Bukhari dan setiap tajuk itu disusun

mengikut bab-bab fiqh. Selain itu, tajuk-tajuk ini terdapat juga tajuk-tajuk

kecil yang dipanggil bab.

4.4. Hadis Muallaq Dalam Sahih al-Bukhari

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini mengenai tarajim

sahih al-Bukhari yang dimulai dengan maksud tarajim. Dalam

membahaskan mengenai hadith Muallaq, perlu diketahui maksud Muallaq

di sisi Imam Bukhari dalam sahihnya. Hadis Muallaq membawa maksud

yang jelas dan bersesuaian dengan kehendak Imam Bukhari iaitu menurut

Ibn Soleh mengatakan bahawa :

‫المعلق هو الذي خذف من مبدأ اسناده واحد او اكثر‬

Maksudnya: hadis muallaq ialah hadis yang permulaan

sanadnya dibuang seorang ataupun lebih.

Jelaslah disini maksud muallaq ialah hadith-hadith yang

permulaannya dibuang perawi dan tidak diketahui perawinya. Manakala

hadith Muallaq ini terletak di dalam sahih al-Bukhari di tarajim bukannya

dibahagian maudhu’ sahih al-Bukhari. Bahkan hadith Muallaq yang

terdapat didalam sahih al-Bukhari ada yang marfu iaitu disandarkan

kepada Rasulullah s.a.w.

16
Hadis Muallaq terbahagi kepada dua bahagian iaitu hadith yang

Marfu dan Maqtu’.16 Hadis yang Marfu merupakan hadith yang

disandarkan kepada Rasulullah s.a.w seperti:

‫قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم كذا وكذا‬

Manakla hadith yang Maqtu pula ialah hadith yang disandarkan kepada

Tabiin seperti

‫قال سعيد بن اسيب كذا‬

Daripada kedua-dua contoh ini menggunakan sighah jazam (lafaz yang

jelas) dan sighah tamriz (lafaz yang lemah). Kedua-duanya boleh

dikategorikan sebagai hadith Mausul iaitu bersambung di tempat yang

lain yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari dan hadith Muallaq yang tidak

mausul. Dimaksudkan dengan hadith Muallaq yang mausul ditempat lain

merupakan hadith sahih kerana pada asalnya merupakan hadith yang

musnad. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Bukhari

menjadikan hadith tersebut sebagai memudahkan sebutan dan hanya

memadai dengan menyebut sanad yang lain sebagaimana ianya disahkan

sahih.

Manakala hadith yang tidak mausul pula ialah menggunakan sighah

jazam iaitu lafaz yang tegas dan sighah tamriz iaitu lafaz yang lemah.

Dimaksudkan dengan sighah jazam ialah menggunakan lafaz seperti ‫قال‬

‫ روي‬dan ‫ذكر‬, sebagaimana contoh hadith yang dinyatakan diatas tadi.

16
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 75
17
Manakala sighah tamriz pula ianya juga tidak lari dari maksud

seperti yang dinyatakan diatas tidak semuanya hadith tersebut sahih,

tetapi terdapat juga hadith yang tidak sahih. Sebagai contoh hadith tamriz

ialah menggunakan perkataan ‫ يروى‬,‫ يذكر‬hadith yang menggunakan lafaz

tamriz juga boleh dihukum sahih apabila ia diriwayatkan dengan

menggunakan makna dan terdapat di tempat lain sebagaimana yang

diriwayatkan dalam sahih Bukhari.17

4.5. Analisis Metodologi Penulisan Kitab

Setiap sesuatu perlu mempunyai kaedah tertentu untuk

menghasilkan sesuatu perkara, samada berkaitan dengan hal

pengurusan atau hal yang berkaitan dengan masalah tersebut. Dalam

sahih al-Bukhari terhasil metodologi tersendiri yang membezakan

daripada metodologi sahih-sahih yang lain. Metodologi yang memberi

penekanan yang sangat jelas dan tidak dapat menilai sesuatu perkara

dengan sambil lewa.

Dalam sahih al-Bukhari, penyusunannya bermula dengan kitab al-

Wahyu dan diikuti dengan kitab yang yang lain serta mengandungi bab-

bab yang berbeza didalam setiap kitab tersebut. Namun, dalam kitab itu

yang mengandungi sebanyak 3450 bab. Hal ini menunjukan bahawa

Imam Bukhari hanya memilih hadith-hadith yang sahih sahaja ke dalam

sahih al-Bukhari supaya hadith yang tidak palsu dan maudhu’ tidak

dicampur adukan ke dalam kitabnya.

17
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 76
18
Pemilihan hadith yang sahih dalam kitab Sahih al-Bukhari adalah

berdasarkan kepada matan dan sanad hadith tersebut. Sebagaimana

yang telah dinyatakan oleh pengkaji mengenai sanad dan matan hadith

yang dibuat pemilihan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya. Imam Bukhari

mementingkan sanad hadith tetapi tidak mengabaikan matan hadith.

Bahkan tercetusnya hadith-hadith Muallaq yang dibuat berdasarkan

membuangkan matan hadith yang tidak diketahui bagi memudahkan

bacaan sanadnya. Konsep pemilihan Imam Bukhari dalam meneliti sanad

dan matan hadith amat ditekankanya bagi mengelak adanya hadith-hadith

palsu dalam kitabnya. Oleh itu, dinamakan sahih al-Bukhari ini

berdasarkan kepada cara penyusunan Imam Bukhari yang memilih dan

memasukkan hadith-hadith yang sahih sahaja sehingga ulama-ulama

hadith memperakui kehebatan dan kesahihan hadith sahih al-Bukhari

sebagai sumber yang kedua selepas al-Quran.

Pengkaji mendapati, hadis-hadis yang terdapat di dalam sahih al-

Bukhari memang tidak dapat dipertikaikan lagi dan tidak dapat

menjelaskan dimana kesalahan yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari.

Keselarasan yang dibuat oleh Imam Bukhari selama 16 tahun dalam

menghasilkan kitabnya ini tiada tandingannya yang sanggup merantau

dari suatu tempat ke tempat yang lain. Segala yang dibuat akan menerap

kedalam jiwa pengkaji dan seluruh umat Islam bahawa hadith-hadith yang

dihasilkan ini memberi satu titik dakwah bagi menyebarkan syariat Islam.

19
5.0 PENEKANAN HADITH DALAM KITAB SAHIH AL-BUKHARI

Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab yang mengandungi hadith-

hadith yang sahih sahaja. Hal ini kerana Imam Bukhari telah menetapkan

bahawa beliau akan memasukkan hadith yang benar-benar sahih ke

dalam kitabnya. Oleh sebab itu, kitab ini merupakan kitab rujukan yang

paling utama setelah hadith-hadith yang dimasukkan ke dalam sahih al-

Bukhari di tapis dan diasingkan oleh Imam Bukhari.

Kitab sahih al-Bukhari adalah kitab yang paling tinggi

kesahihannya. Dengan kata lain, ia merupakan sebuah kitab yang mana

hadith-hadith yang di masukkan ke dalam kitab tersebut telah diteliti akan

kesahihannya. Oleh sebab itu, Imam Bukhari telah di beri gelaran sebagai

Amirul Mukminin fi Al-hafiz. Karya ini memberi sumbangan yang besar

terhadap umat Islam sehingga hari ini. Malah, sehingga kini kitab Sahih al-

Bukhari telah digunakan oleh masyarakat seluruh dunia. Para ulama yang

bertanggungjawab meneliti hadith ini terlebih dahulu agar Imam Bukhari

dapat mempastikan hadith yang diriwayatkan oleh ulama-ulama ini adalah

sahih.18

Imam Bukhari melakukan sedemikian adalah kerana beliau ingin

mempastikan hadith tersebut adalah sahih dan beliau bersungguh-

sungguh melakukannya. Beliau akan memohon kepada Allah agar setiap

pemilihannya adalah tepat dan sahih.19Beliau sangat berhati-hati hadith

tersebut kerana kitab ini menjadi rujukan dan pegangan umat Islam.

Dalam penekanan hadith, Imam Bukhari telah menetapkan setiap

hadith yang akan dimasukkan kedalam kitabnya. Hadith-hadith tersebut


18
Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir, 2010, Manahij Al-Muhaddithin
Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith, Universiti Malaya. hal. 84
19
Ibid.hal. 85
20
merangkumi bidang akidah, fiqh, usuluddin, adab, akhlak dan tauhid.

Setiap kitab dan bab-bab yang telah disusun Imam Bukhari menunjukkan

bahawa umat Islam memerlukan rujukan yang membolehkan mereka

memahami setiap permasalahan yang berlaku pada mereka. Umat Islam

memerlukan rujukan daripada hadith agar tidak timbul kekeliruan antara

mereka selain rujukan utama adalah al-Quran. Oleh sebab itu, Imam

Bukhari bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kitab ini agar umat

Islam tidak berpecah-belah sebagaimana yang terjadi sebelum hadith

dibukukan. Terdapat banyak hadith palsu yang telah dilakukan oleh

golongan yang ingin menghancurkan Islam.

Dalam kitab Sahih Bukhari, terdapat 97 kitab dan 3450 bab. Kitab

tersebut adalah seperti Kitab Wahyu, Kitab Iman, Kitab Ilmu, Kitab

Wudhuk, Kitab Tauhid dan sebagainya. Dalam setiap kitab terdapat

pecahan-pecahan topik iaitu bab-bab.20 Dalam bab-bab inilah Imam

Bukhari meletakkan hadith-hadith tersebut. Walaupun Imam Bukhari

memasukkan semua bab agama dan syariat dalam kitabnya, akan tetapi

bukan bermakna semua hadith ada dalam sahih Bukhari.

Oleh itu, pengkaji telah menekankan hadith yang merangkumi

bidang fiq iaitu Fiqh Ibadah, Fiqh Muamalat dan Fiqh Munakahat. Selain

itu, terdapat juga Fiqh Jenayah yang membincangkan permasalahan dan

hukum yang berkaitan dengan umat Islam. Pengkaji menekankan bidang

fiqh adalah kerana ilmu ini sangat penting kepada umat Islam agar

mereka dapat merujuk setiap hukum-hukum yang boleh menimbulkan

kekeliruan antara mereka. Oleh sebab itu, bidang fiqh wajib dipelajari oleh

20
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 83
21
umat Islam kerana merangkumi kehidupan yang melibatkan hukum-

hukum sama ada perbuatan, ucapan dan sebagainya.

5.1. Fiqh Ibadah

Dalam Fiqh Ibadah yang terdapat dalam kitab Sahih Bukhari

merangkumi semua bidang agama iaitu Solat, Puasa, Zakat, Haji,

permasalahan hukum-hukum dan sebagainya. Pengkaji telah memilih

contoh hadith yang terdapat dalam Kitab Solat iaitu dalam bab memakai

pakaian yang bergambar dalam solat serta melihat gambar tersebut.21

.‫ ونظر إلى علمها‬،‫ إذا صلى في ثوب له أعالم‬:‫باب‬


‫ حدثنا ابن‬:‫ حدثنا إبراهيم بن سعد قال‬:‫حدثنا أحمد بن يونس قال‬
‫ عن‬،‫ عن عروة‬،‫أن النبي صلى اهلل عليه وسلم صلى في شهاب‬:‫عائشة‬
‫ فنظر إلى أعالمها‬،‫ (اذهبوا خميصة لها أعالم‬:‫ فلما انصرف قال‬،‫نظرة‬
‫ وأتوني بأنبجانية أبي‬،‫ فإنها ألهتني بخميصتي هذه إلى أبي جهم‬،‫جهم‬
‫ قال النبي‬:‫ عن عائشة‬،‫ عن أبيه‬،‫وقال هشام بن عروة‬.)‫آنفا عن صالتي‬
‫ فأخاف‬،‫ (كنت أنظر إلى علمها وأنا في الصالة‬:‫صلى اهلل عليه وسلم‬
.)‫أن تفتنني‬
Maksudnya : Telah diriwayatkan dari Urwah dari Aisyah

bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W solat memakai baju

(gamis) yang ada gambarnya, lalu beliau memndang

gambarnya dengan sekali pandangan. Ketika selesai solat

beliau bersabda,”Bawalah Khamisah ini kepada Abu Jahm,

bawaknlah untukku anbijaniyah milik Abu Jahm kerana

sesungguhnya ia telah mengganguku dalam solat”. Hisyam bin

Urwah berkata dari ayahnya, dari Aisyah, Nabo bersabda,” Aku

21
Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka
Azam. hal. 60
22
melihat gambar itu padahal aku sedang melakukan solat, maka

aku khuatir dapat menggangguku”.

Dalam hadith ini, menceritakan mengenai hukum memakai pakaian yang

bergambar ketika solat dan melihat gambar tersebut. Dalam hadith itu,

makna khamisah adalah sejenis kain yang berukuran segi empat dan

memiliki dua gambar. Manakala anbijaniyah adalah kain yang kasar dan

tidak bergambar.

Pandangan ulama mengenai hadith ini mengatakan bahawa

hukumnya adalah makruh.22 Hal ini kerana pandangan mereka

berdasarkan pengucapan nabi yang mengatakan bahawa memakai baju

bergambar dapat menganggu ketika dalam solat. Dalam pandangan ini,

boleh mengganggu khusyuk ketika solat. Oleh sebab itu, makruh memakai

pakaian yang bergambar.

5.2. Fiqh Muamalat

Di samping itu, dalam kitab Sahih al-Bukhari juga membincangkan

mengenai bidang Fiqh Muamalat. Dalam bidang ini, merangkumi perkara

mengenai Jual Beli, Jual Salam, Wakalah, Perniagaan, Syarikat dan

sebagainya. Pengkaji telah memilih hadith yang berkaitan dengan Jual

Beli iaitu bab mengenai jual beli Mukhadarah.23

.‫ بيع المخاضرة‬:‫باب‬
:‫ حدثني أبي قال‬:‫ حدثنا عمر بن يونس قال‬:‫حدثنا إسحاق بن وهب‬
‫ عن أنس بن مالك رضي اهلل‬،‫حدثني إسحاق بن أبي طلحة األنصاري‬

22
Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka
Azam. hal.61
23
Ibid.hal. 366
23
‫نهى رسول اهلل‬:‫عنه أنه قال‬. ،‫صلى اهلل عليه وسلم عن المحاقلة‬
‫ والمزابنة‬،‫ والمنابذة‬،‫ والمالمسة‬،‫والمخاضرة‬

Maksudnya : Dari Ishaq bin Abu Talhah Al-Ansya’ri, dari Anas

bin Malik RA, dia berkata,”Rasulullah SAW melarang

muhalaqah, mukhadharah, mulamasah, munabadzah dan

muzabanah.”

Dalam hadith di atas menceritakan tentang hukum jual beli

Mukhadharah. Mukhadharah berasal dari kata Khudrah yang bermaksud

hijau. Maka pengertian jual beli ini ialah menjual buah-buahan atau biji-

bijian sebelum masak.24

Menurut pendapat Imam Abu Hanifah dalam kitab Sahih al-Bukhari

ini, beliau mengatakan diperbolehkan secara mutlak akan tetapi, penjual

dan pembeli berhak membatalkan jual beli apabila terjadi perbezaan.

Pendapat Imam Malik pula ialah diperbolehkan apabila buah tersebut

nampak masak. Manakala Imam Syafi’I pula, diperbolehkan apabila buah

tersebut tampak masak tetapi jika dilakukan sebelumnya tetap dianggap

sah apabila telah benar-benar masak.25

5.3. Fiqh Munakahat

Dalam Fiqh Munakahat pula, Imam Bukhari telah memasukkan

hadith mengenai Nikah, Talak, Cerai, Li’an dan sebagainya. Pengkaji

mendapati bahawa Imam Bukhari memasukkan hadith dalam kitabnya

supaya umat Islam dapat merujuk permasalahan yang berlaku dalam

24
Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka
Azam. hal. 366
25
Ibid. hal. 368
24
kalangan mereka. Sekiranya berlaku percanggahan antara

mereka,mereka dapat merujuk kitab Sahih al-Bukhari ini.

Pengkaji telah memilih hadith tentang Li’an iaitu bab

memerintahkan para pelaku Li’an untuk bersumpah.26

.‫ إحالف المالعن‬:‫باب‬
‫ عن عبد اهلل رضي‬،‫ عن نافع‬،‫ حدثنا جوبرية‬:‫حدثنا موسى بن إسماعيل‬
‫ فأحلفهما النبي صلى اهلل‬،‫أن رجال من األنصار قذف امرأته‬:‫اهلل عنه‬
.‫ ثم فرق بينهما‬،‫عليه وسلم‬
Maksudnya : Dari Nafi’, dari Abdullah RA, sesungguhnya

seorang lelaki dari kalangan Ansar menuduh isterinya telah

berzina, maka Nabi SAW memerintahkan keduanya untuk

bersumpah, kemudian beliau memisahkan antara keduanya.

Dalam hadith di atas menceritakan mengenai orang yang melakukan Li’an

mesti bersumpah. Maksud memerintahkan bersumpah adalah

mengucapkan kata-kata Li’an. Menurut pendapat Imam Malik, Syafi’i, dan

jumhur ulama Li’an adalah sumpah. Manakala Imam Abu Hanifah

mengatakan Li’an adalah kesaksian. Sebahagian ulama pula mengatakan

adalah kesaksian yang menyerupai sumpah dan sebahagian ulama lain

pula menyatakan Li’an tidak tergolong sumpah dan tidak pula kesaksian.27

Oleh itu, perbezaan disini jelas menunjukkan bahawa Li’an

disyari’atkan antara pasangan suami isteri sama ada keduanya muslim

atau kafir, merdeka atau kanak-kanak adil atau fasik, jika dikatakan ia

26
Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka
Azam. hal. 342-343
27
Ibid. hal. 343
25
adalah sumpah. Menurut sebahagian ulama, Li’an tidak dianggap sah

kecuali dilakukan pasangan suami isteri yang merdeka dan muslim.28

5.4. Analisis Mengenai Penekanan Hadith

Setelah meneliti keseluruhan hadith yang dimasukkan oleh Imam

Bukhari di dalam kitabnya, pengkaji dapat mengetahui bahawa kitab ini

menjelaskan mengenai pensyariatan Islam. Oleh sebab itu, kitab sahih al-

Bukhari adalah satu-satunya kitab yang mengandungi keseluruhan dari

aspek Aqidah, Ibadat, Fiqh, Tauhid dan sebagainya yang membolehkan

umat Islam merujuk dalam permasalahan tertentu.

Di samping itu, nama kitab sahih al-Bukhari itu sendiri adalah Al-

Jami’ As-Sohih Al-Musnad Min Hadith Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Jami’ yang

membawa maksud secara menyeluruh yang merangkumi aspek Islam

sehinggalah ada hadith fitnah akhir zaman. Oleh itu, kitab ini adalah

berbeza dengan kitab yang lain kerana kitab sahih Bukhari adalah

menyeluruh tidak seperti Kitab Tirmizi atau Sunan Abu Daud yang

mengkhususkan bidang hadith-hadith ahkam sahaja.

Selain itu, pengkaji juga mendapati kitab ini adalah kitab yang

paling agung dan terbilang yang membawa kemasyhuran Islam bagi

masyarakat bukan Islam. Mereka berasa kagum dengan kebolehan umat

Islam dalam menghasilkan kitab sehingga hari ini masih boleh di rujuk

serta disimpan oleh umat Islam seluruh dunia. Dengan adanya kitab ini,

umat Islam tidak mengalami kekeliruan dalam mengetahui hukum melalui

hadith-hadith. Agama Islam mewajibkan kita untuk merujuk al-Quran serta

hadith jika berlaku percanggahan pendapat sesama mereka. Oleh itu,

28
Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2002, Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari, Pustaka
Azam. hal. 343
26
Imam Bukhari adalah pelopor kebanggaan umat Islam dan pengorbanan

yang dilakukan mendapat sanjungan tinggi dalam masyarakat Islam.

6.0. KEISTIMEWAAN IMAM BUKHARI

Imam Bukhari terkenal sebagai seorang ahli hadith yang mahir dan

dapat memahami hadith-hadith Rasulullah dengan mendalam sekali.

Beliau juga dapat membezakan di antara hadith yang cacat “ma’al” dan

hadith yang sahih, mengenali perawi-perawi secara terperinci dengan

mengenali sifat-sifat mereka sama ada thiqah atau tidak. Beliau dapat

memahami serta hafaz hadith-hadith Rasulullah beserta dengan sanadnya

sekali sehinggakan beliau digelar amirul mu’minin fi al-hadith.

Ketinggian ilmu Imam Bukhari dalam bidang hadith tersebar luas.

Beliau mempunyai akal yang bijaksana, ketekunan dan ketabahan, serta

galakan daripada ibunya selain menjadi pewaris bapanya dalam

mengembangkan ilmu hadith.29

Satu ujian besar telah dikenakan oleh para ulama Baghdad kepada

beliau di mana sebagai ujian untuk menguji kekuatan ingatannya. Apabila

sampai di sana beliau telah bertemu dengan mereka dan mereka meminta

supaya beliau mengadakan pertemuan ilmiah. Setelah dipersetujui

mereka pun memanggil ahli-ahli hadith yang terkenal supaya hadir ke

majlis tersebut. Sebelum sampai masa yang ditetapkan, para ulama telah

memilih seratus hadith yang dicampur-adukkan di antara matan satu

hadith dengan sanad hadith yang lain, kemudian seratus hadith itu

dibahagikan kepada sepuluh orang ahli hadith.

29
Faisal Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosni Wazir, 2010, Manahij Al-Muhaddithin
Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith, Universiti Malaya. hal. 79
27
Setelah sampai masa yang ditentukan maka sepuluh orang yang

telah ditetapkan tadi pun bertanya kepada Imam Bukhari secara bergilir-

gilir, setiap seorang sepuluh soalan, kemudian setelah habis sepuluh

soalan yang pertama, berpindah kepada orang yang kedua dan begitula

seterusnya sehingga selesai. Imam Al-Bukhari hanya menjawa (Aku tidak

tahu). Setelah selesai semua soalan dikemukan, Imam Bukhari

mengulang semula semua soalan-soalan itu sebagaimana yang mereka

lafazkan, kemudian matan hadith beserta sanadnya yang asal

dikembalikan dengan betul.

Menurut Ibn Hijr perkara yang menghairankan ialah bagaimana

beliau menghafaz semua matan dan sanadnya yang dicampur-adukkan

itu satu persatu sehingga akhir, kebolehan beliau menghafaz segala

sanadnya dan matannya yang betul ini memang sewajarnya diperakui

kerana beliau seorang hafiz. Para ulama yang hadir begitu mengagumi

kehebatan kekuatan ingatan dan ketinggian ilmunya dan mereka

mengiktiraf kelebihan Imam Bukhari.30

Imam al-Bukhari juga telah menghafaz lebih kurang 100,000 hadith

sahih dan 200,000 hadith yang tidak sahih. Beliau menghafaz hadith sahih

untuk dijadikan hujah manakala hadith yang tidak sahih dihafaz untuk

menolak dijadikan hujah.

30
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 39-40
28
6.1. Pandangan Ulama Dari Aspek Keperibadian Imam Bukhari

Sebagai seorang yang telah diberi gelaran amirul mu’minin fi al-

hadith sudah tentu banyak sanjungan para ulama terhadapnya. Di sini

diperhatikan beberapa pandangan ulama terhadap beliau Menurut Imam

Ibn Huzaimah yang dinukil oleh al-Subky “aku tidak pernah melihat di

bawah langit yang terbentang luas ini seorang manusia yang lebih alim

dalam bidang hadith selain Muhammad Bin Ismail ( al-Bukhari ).” 31

Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal yang dinukilkan oleh al-Subky

“terdapat empat orang huffaz dari Khursan iaitu Abu Zar’ah, Muhammad

Bin Ismail (al-Bukhari ), al-Daramy dan al-Hasan Bin Shuja’ al-Bahly.”

Menurut Muhammad Bin Salam sebagaimana yang dinukilkan oleh al-

Subky “Apabila terdapat budak ini ( al-Bukhari ) di dalam majlisku, aku

merasa gelisah dan sentiasa rasa takut sehinggalah ia keluar.” 32

Menurut Ya’kub Bin Ibrahim al-Dawarqy “Al-Bukhari adalah fakih

umat Muhammad.” Imam Muslim telah berjumpa al-Bukhari lantas

mencium dahinya di antara matanya dan katanya “Izinkan aku mencium

kedua kakimu wahai guru bagi segala guru, ketua kepada segala ahli

hadith dan yang dapat mengetahui segala kecacatan hadith.”. Menurut

Salim Bin Mujahid yang dinukilkan oleh al-Subky “Aku belum pernah

melihat sejak enam puluh tahun, orang yang lebih alim, wara’, dan lebih

zuhud daripada Muhammad Bin Ismail.”Menurut Abdullah Bin Abdul

Rahman al-Daramy yang dinukilkan oleh Hijr “Aku telah banyak melihat

31
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 40
32
Ibid. hal. 41
29
ulama di Makkah, Kuffah, Basrah, tetapi belum pernah melihat orang yang

lebih alim daripada Muhammad Bin Ismail.”33

Menurut Imam al-Tirmizi yang dinukilkan oleh Ibn Hijr “Allah telah

menjadikan engkau sebagai perhiasan kepada umat Muhammad ini.”

Katanya lagi, “Aku belum pernah melihat orang yang lebih memahami

tentang ilal ( ‫ ) علل‬dan rijal ( (‫رجال‬selain Muhammad Bin Ismail.”Menurut

seorang tokoh hadith yang bernama Muhammad Bin Basyar yang

dinukilkan oleh Ibn Hijr “Al-Bukhari adalah orang yang paling fakih pada

zaman kami.”Menurut al-Musnady yang telah dinukilkan oleh Ibn Hijr

“Muhammad Bin Ismail adalah seorang imam dan sesiapa yang tidak

mengatakan dia bukan imam maka hendaklah engkau meragui orang

itu.”34

6.2. Perbandingan Sahih Al- Bukhari Dan Sahih Muslim

Kitab Sahih al-Bukhari karangan Imam Bukhari telah ditulis

mengikut metodologinya yang tersendiri. Oleh yang demikian, terdapat

perbezaan cara pencarian, penulisan dan pembukuan antara kitab – kitab

hadith yang lain. Menurut al-Hafiz ibn Hajar, Sahih al-Bukhari mempunyai

keistimewaan yang lebih baik berbanding kitab Sahih Muslim. Hal ini

kerana, Imam Bukhari telah mensyaratkan kepastian bahawa telah

bertemu dua perawi secara struktural sebagai guru dan murid dalam

meriwayatkan sesuatu hadith. Imam Bukhari telah menggariskan syarat

tersebut supaya hadith berkenaan dapat dihukum bahawa sanadnya

bersambung dan tidak terdapat sebarang kecacatan pada sanadnya.

33
Huda Muhsin, 1985, Pengenalan Kitab Hadis Sunan Sittah, Dewan Bahasa dan
Pustaka. hal. 41
34
Ibid. hal. 42
30
Sementara itu, Imam Muslim telah menganggap cukup dengan hanya

kemungkinan bertemunya dua perawi dalam meriwayatkan hadis dan

tidak mempunyai tadlis.

Selain itu, terdapat juga perbezaan dari segi menghukumkan

sesebuah hadith oleh setiap penulis kitab. Imam Bukhari telah

mentakhrijkan hadith yang diterima oleh perawi yang thiqah darjat

pertama dari segi hafalan dan keteguhannya tetapi tetap juga

mengeluarkan hadith daripada darjat berikutnya dengan kajian yang

terperinci. Sebaliknya, Imam Muslim lebih banyak mentakhrijkan daripada

perawi darjat kedua berbanding Imam Bukhari. Di samping itu, kiritikan

ulama terhadap penulisan Imam Muslim lebih banyak berbanding kritikan

terhadap penulisan Imam Bukhari. 35

Namun, terdapat juga pendapat yang berpihak kepada keunggulan

sahih Muslim yang telah dijelaskan oleh Ibn Hajar iaitu Imam Muslim lebih

berhati-hati dalam menyusun kata-kata dan redaksinya. Hal ini kerana,

Imam Muslim telah menyusun sahih Muslim di negerinya sendiri dengan

pelbagai sumber pada masa kehidupan guru-gurunya. Imam Muslim juga

tidak membuat kesimpulan dengan memberi judul bab sebagaimana

Imam Bukhari lakukan.

Pola penyusunan kitab hadith antara sahih Imam Bukhari dan sahih

Imam Muslim pada hakikatnya sama. Namun, jika dilihat dari segi

sistematika penyusunan, Sahih Imam Muslim lebih unggul dan baik serta

lebih sempurna daripada pola penyusunan sahih Imam Bukhari.

Perbezaan yang sangat mendasar yang berkaitan dengan pola

35
Engku Ibrahim Engku Ismail, 1989, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 130
31
penyusunan kitab hadith sahih Imam Bukhari dan sahih Imam Muslim

berdasarkan analisis dan pengamatan ulama hadith.

Selain itu, terdapat pemotongan dan pengulangan hadith dalam

kitab sahih Imam Bukhari tetapi dalam kitab sahih Imam Muslim tidak

terdapat pemotongan dan pengulangan hadith sehingga hadith dalam

sahih Imam Muslim lebih mudah untuk diteliti secara terperinci mengenai

sanadnya

32
7.0. Kritikan Ulama Terhadap Perawi-Perawi Imam Bukhari

Kitab Sahih Bukhari merupakan kitab yang sahih. Namun ramai

ulama telah mengkritik karya Imam Bukhari. Para ulama telah mengkritik

tentang periwayat dan hadith-hadith iaitu 80 periwayat dan 110 buah

hadith yang terdapat dalam karyanya. Sebenarnya mereka bukanlah

mengkritik karya Imam Bukhari di sebabkan tersalah catat atau palsu,

akan tetapi mereka mengkritik karya Imam Bukhari kerana tidak mengikut

garis panduan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Imam Bukhari.36

Disini pengkaji membuat perbandingan,sebagai contoh, sesetengah

kolej meletakkan syarat dalam kemasukan pelajar iaitu A. Akan tetapi ada

sesetengah pelajar yang mempunyai gred c telah masuk kolej tersebut

sedangkan pihak kolej telah menetapkan hanya gred A sahaja yang

memasuki kolej tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa kritikan tersebut

menggambarkan Imam Bukhari memberikan gred tertinggi setelah ujian

dilakukan dengan terperinci. Namun, ulama yang tergolong gred rendah

mempunyai alasan yang kukuh untuk dibuktikan kepada Imam Bukhari.

Sebagai contoh, Imam Tirmizi ketika menyatakan tentang Abi Laila,

Muhammad bin Ismail (al-Bukhari) telah berkata,“Ibn Abi Laila ialah

seorang yang boleh dipercayai (soduq) tetapi saya tidak meriwayatkan

sebarang hadith daripadanya, lantaran tidak dapat dipastikan yang betul

dan yang mana salah. Dan sesiapa yang tergolong dalam golongan ini ,

tidak saya riwayatkan hadith melaluinya”37

36
Engku Ibrahim Engku Ismail, 1989, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 131
37
Engku Ibrahim Engku Ismail, 1989, Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Ibid.hal. 132
33
Oleh sebab itu, Imam Bukhari tidak menerima golongan ulama ini

kecuali dengan cara yang dipastikan benar. Sebagai contoh, sekiranya

ada terdapat hadith yang diriwayatkan okeh guru Ibn Abi Laila didalam

karya asli, kemudian Imam Bukhari dapat menerima hadith tersebut.38

38
Ibid.hal. 132
34
8.0. Isu-Isu Yang Timbul

Antara isu-isu yang timbul sebelum penyusunan kitab Sahih

Bukhari, dimana kegiatan pemalsuan hadith telah meluas. Pada abad ke-

2H, perkembangan ilmu pengetahuan Islam begitu pesat sehingga dapat

melahirkan para mujtahid dalam pelbagai bidang antaranya bidang fiqh

dan ilmu kalam. Pada awalnya para imam mujtahid berbeza pendapat

tetapi mereka saling menghormati antara satu sama lain. Akan tetapi para

pengikut imam masing-masing terutamanya setelah memasuki abad ke3H

mereka lebih berkeyakinan bahawa pendapat guru-guru yang lebih benar

sehingga menimbulkan pemberontakan pendapat yang semakin

meruncing. Antara pengikut mazhab yang sangat fanatik akhirnya

mereka menciptakan hadith-hadith palsu dalam rangka mendukung

mazhabnya dan mengalahkan mazhab lawannya.

Mazhab ilmu kalam, khususnya Mu’tazilah sangat memusuhi ulama

hadith sehingga mencipta hadith-hadith palsu untuk menerima pendapat

mereka. Hal ini terjadi apabila khalifah al-Makmun berkuasa dan

mendukung golongan Mu’tazilah. Perbezaan mengenai kemakhlukan al-

Quran menyebabkan Imam Ahmad Ibn Hambal iaitu seorang tokoh ulama

hadith terpaksa dipenjarakan dan disiksa. Keadaan ini berlanjutan

sehingga pemerintahan al-Mu’tashim dan al-Watsiq dan setelah

pemerintahan khalifah al-Mutawakkil barulah keadanya berubah dan

menjadi positif bagi ulama hadith.

Penciptaan hadith-hadith palsu ini bukan sahaja dilakukan oleh

golongan yang fanatik mazahab tetapi dilakukan oleh golongan zindik

yang memusuhi Islam. Mereka ini telah mencipta hadith-hadith palsu

35
dalam rangka menghancurkan ajaran Islam dan menyesatkan kaum

muslimin. Kegiatan pemalsuan hadith ini disemarakkan lagi oleh tukang

pembuat cerita apabila mereka menarik orang lain untuk melakukan

pemalsuan hadith. Oleh sebab itu, lahir beberapa ulama hadith untuk

memelihara kemurnian hadith nabi s.a.w seperti mana yang telah

dilakukan oleh Imam Bukhari yang bersungguh-sungguh selama 16 tahun

untuk mengumpulkan hadith.39

39
Dr.Nawir Yuslem, Ulumul hadis, hal. 133-135
36
9.0. PENUTUP

Pada hari ini, banyak permasalahan yang berlaku dalam

masyarakat Islam khususnya. Oleh sebab itu, kitab Sahih al-Bukhari

menjadi rujukan dan panduan dalam kehidupan umat Islam. Malah, Imam

Bukhari merupakan tokoh ulama yang unggul dan terbilang telah menjadi

contoh teladan kepada umat Islam terutamanya para ilmuan Islam di

seluruh negara Islam.

Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa segala

kekurangan dan kelemahan susunan hadith sebelum ini telah

disempurnakan oleh Imam Bukhari. Kitab sahih Imam Bukhari merupakan

salah satu kitab hadith yang tinggi nilainya dan dihasilkan oleh sarjana

hadith pada abad ke-3H.

Justeru itu, Imam Bukhari menghasilkan kitab Sahih ini sebagai

satu medan dakwah kepada umat Islam agar mereka tidak lalai dan alpa

dalam melaksanakan perintah Allah. Pensyariatan Islam dapat

dipertingkatkan dan diperluaskan oleh golongan umat Islam yang benar-

benar mencari sinar hidayah melalui pengkajian kitab-kitab sahih Imam

Bukhari.

Dikarang Oleh:

Mohd Yusoff Bin Che Mood


Rohana Mohamad Arabi
Nor Solehah Mansor Ahmad Khan
Mohamad Hasyimy Hashim
Halimatu Syuhadah Sulaiman

37

Anda mungkin juga menyukai