Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Sungai dalam kehidupan.

“Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai” “


“sungai di Pahang telah teruk dicemar”.

Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar
tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sa...haja menghiasi dan menguasai dada
akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan
persidangan utama dunia.

Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia
di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi.
Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti “Cintailah Sungai Kita” tetapi mendapat
sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas
dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan “pencemaran sungai”? Mengikut
penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, “pencemaran sungai” dapat
didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan
pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya
kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang
menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.
Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap
oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai.
Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada
zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang
besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007,
alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong
sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang
sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang
banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan
membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai
itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai
bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.
Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam
sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH
air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan
akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH
rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah
mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan
akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut.
Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008
jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-
kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam
sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik
tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan diri
sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi
kepentingan bersama.
Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku
di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi
minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada
air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-
tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan
menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara
langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak
dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia,
masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka
mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa
sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan
utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan
penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan
jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan
perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan
dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita
dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini
dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan
menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang
lain di persada dunia.
Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia.
Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai
telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan
memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat
hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan,
ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber
protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis
kata jauhari “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. Peribahasa ini
mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan
akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada
hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat “ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni” untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti
duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus
bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar
insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan
yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai
agar tidak terjadi fenomena “sudah terhantuk baru tengadah”. Marilah kita bersama-sama
merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai