Anda di halaman 1dari 8

B.

DIMENSI SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM AL-QUR’AN

Penulis ada menyebut bahawa sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini
disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik.
Dalam surah al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah
mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia dciptakan. Dan langit bagaimana ia
ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia
dihamparkan.”

Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan
menggelar mereka sebagai ulul albab. Dalam surah Al-Imran ayat 190 hingga 191 Allah
menjelaskan yang bermaksud,

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambal berdiri
ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir terntang
penciptaan langit dan bumi kemudian berkata, ‘Wahai Tuhan kami kamu tidak menciptakan ini
dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna dalam mengkaji sehingga
mampu meletakkan segala perkara pada perspektif yang betul.

Seperti mana yang semua kita tahu serta ditulis di artikel ini, Al-Quran adalah merupakan
sumber rujukan nombor satu bagi umat Islam. Ia dipenuhi dalil serta bukti yang pelbagai
berkaitan dengan alam, manusia serta sistem hidup. Al-Quran berjaya membentuk umat Islam
untuk menjadi golongan yang mempunyai minda progresif. Daripada al-Quran, umat Islam
memeliki kefahaman yang betul mengenai alam dan kehidupan. Menurut Ghulsyani, isi-isi yang
terkandung dalam al-Quran berkaitan fenomena ala mini dimaksudkan untuk menarik perhatian
manusia kepada Pencipta Alam Yang Maha Mulia dan Maha Bijaksana melalui tanda tanya dan
merenungkan kewujudan alam serta mendorong manusia agar berjuang mendekati-Nya. Oleh itu,
pemahaman seseorang itu terhadap sains boleh membawa mereka lebih dekat kepada Allah swt.

Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menyuruh manusia memerhatikan alam


sekelilingnya, merenung dan memikirkannya. Ditekankan seruan supaya manusia untuk
menggunakan akal. Selepas ilmu pengetahuan moden semakin maju, bertambah jelas maksud
yang terkandung dalam ayat-ayat itu. Semua ini terbukti bahawa al-Quran bukanlah olahan
manusia, sebaliknya diturunkan secara langsung daripada Allah swt.

Menurut penulis, al-Quran menggunakan pelbagai jenis istilah berkitan tuntutan umat
Islam dalam mencari ilmu seperti ‘mengajak melihat’, ‘memperhatikan’, ‘mengamati kejadian-
kejadian’, ‘membaca’, ‘supaya mengetahui suatu kejadian’, ‘supaya mendapat jalan’ dan banyak
lagi di surah Faatir ayat-ke 27, surah al-Hajj di ayat yang ke-5, di surah Luqman ayat yang ke-20,
surah al-Ghasiyah ayat yang ke-17 hingga ke-20, di surah Yunus ayat yang ke-5 dan ke-101,
surah al-Anbiya’ ayat ke-30, al-‘Alaq ayat yang pertama hingga kelima, surah al-Nahl ayat ke-15
dan lain-lain.

Pandangan al-Quran berkaitan sains dan teknologi dapat diketahui melalui wahyu pertama
yang diterima oleh Rasulullah saw di surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 yang berbunyi, “Bacalah
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia
daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang
mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.”

Berdasarkan penulisan artikel, perkataan iqra’ tersebut diambil daripada perkataan yang
membawa maksud menghimpun yang kemudiannya wujud perkataan sinonim yang lain seperti
mendalami, menyampaikan, meneliti, menelaah, mengetahui ciri sesuatu perkara dan membaca
baik perkara yang tertulis. Maksud tersebut adalah menurut daripada Quraish Shihab. Menurut
beliau juga, dari segi objektifnya pula, perintah iqra’ itu merangkumi segala perkara yang
merupakan dalam jangkauan setiap manusia.

Pada dasar itu pula, penulis berpendapat bahawa ilmu agama dan ilmu bukan agama tidak
seharusnya dipisahkan. Hal ini kerana, sebagai agama yang syumul, baginya tidak mungkin
untuk memisahkan diri daripada persoalan yang berperanan penting dalam menambah baik dan
menjaga kesejahteraan umatnya. Terdapat beberapa alasan yang diajukan oleh Gulsyani dalam
penolakan perpisahan ilmu agama dan ilmu yang bukan agama. Alasannya yang telah dikumpul
oleh penulis adalah seperti yang berikut:

(i) Konsep ilmu secara mutlak ditafsirkan secara maknanya yang umum dalam sebahagian
besar ayat-ayat al-Quran. Contohnya terdapat pada surah al-Zumar ayat yang ke-9,
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu
malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta
mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-
orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya
orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang
yang berakal sempurna.”
(ii) Secara terperinci, beberapa ayat al-Quran membuktikan bahawa ilmu tidak terhad kepada
prinsip dan hukum agama sahaja. Contohnya, Allah berfirman di surah Faatir ayat yang
ke-27 hingga ayat yang ke-28,
“Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami
keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di
antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih
dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang
menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-
hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Pengampun.”
Terdapat ulama’ yang mengatakan bahawa ayat di atas dikaitkan dengan orang yang
sedar akan hukum-hukum alam dan misteri penciptaan alam agar seseorang itu merasa
rendah diri terhadap pencipta sekalian alam yang Maha Mulia, Allah SWT.
(iii) Kemudian, ada rujukan pada kisah Qarun yang terdapat dalam al-Quran surah al-Qasas
ayat yang ke-78,
“Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah
disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak
pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah
membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih
kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah)
orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-
dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).”
Di samping itu, subjek manusia dituntut dalam wahyu pertama kerana potensi yang
diberikan oleh Allah swt kepada manusia. Potensi yang dimaksudkan tentunya termasuk
tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia ini. Firman Allah di dalam surah
al-Jathiyah ayat yang ke-13 berkaitan bumi, langit dan isinya yang telah ‘ditundukkan’
atau ‘dimudahkan’ bagi kepentingan manusia,
“Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan
kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.”
Terdapat banyak perkataan ‘memudahkan’ seperti pada ayat di atas atau yang
selari dengannya ditemui di dalam al-Quran. Ia menegaskan bahawa segala ciptaan Allah
serta sunnatullah ditundukkan oleh Allah sehingga para manusia mampu memikirkan
tentangnya apabila mereka mahu. Menurut Baiquni (1997: 15-16) misalnya, tertiupnya
sehelai daun yang kering dan pipih oleh angin yang membawanya membumbung tinggi
ke atas adalah kerana aliran udara di sekelilingnya. Orang-orang yang memerhati dan
meneliti untuk mencari jawapan atas pertanyaan “bagaimanakah daun itu diterbangkan?”,
maka akan sampai kepada sunnatullah yang menyebabkan daun itu berlaku seperti apa
yang dilihat melalui pengamatannya. Secara saintifiknya, sesuatu yang berbentuk seperti
daun itu, akan mempunyai tekanan udara di bahagian lengkungnya yang lebih tinggi
daripada bahagian lain sehingga menyebabkan daun itu terangkat apabila ditiup angin.
Seseorang yang mengamati dan memerhati serta cuba untuk memahami perkara tersebut
menemukan sunnatullah dalam ilmu pengetahuan yang disebut sebagai aerodinamik.
Kemudian, melalui pengetahuan lengkap tentang bidang aerodinamik dan pengumpulan
fakta tentang sifat material tertentu ini, manusia akan mampu membuat sesuatu yang
lebih baik seperti penciptaan kapal terbang yang dapat dikawal kelajuan dan arahnya.
Sunnatullah bermaksud ketetapan Allah SWT terhadap setiap kejadian alam atau dalam
bahasa mudahnya disebut sebagai hukum alam. Antara contoh sunnatullah adalah:
 Proses kejadian siang dan malam. “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada
faedah dan gunanya yang sebenar. Ia pula menjadikan malam melingkari siang
(dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya),
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu
dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah
Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.” – Az-Zumar ayat yang ke-
5.
 Segala sesuatu diciptakan berpasangan. “Maha Suci Tuhan yang telah
menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang
ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka
tidak mengetahuinya.” – Surah Yaasin ayat yang ke-36
 Proses kejadian manusia. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air
benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi
sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging,
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami
balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk
dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” – Surah Al-Mu’minuun ayat yang ke-12
hingga ke-14.
 Alam diciptakan dalam keadaan seimbang. (Siang dan malam, syurga dan neraka,
baik dan buruk, hujan dan kemarau, serta sejuk dan panas)
 Alam diciptakan terus berkembang. “Dan langit itu Kami dirikan dengan
kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya
Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.” – Surah Adz-
Dzariyat ayat yang ke-47
Menurut penulis, manusia telah dikurniakan dua potensi penting oleh Allah SWT
untuk memahami sunnahtullah di alam semesta ini iaitu fitriyyah di dalam diri manusia
itu sendiri dan potensi sumber daya alam yang merupakan di luar diri manusia. Selain itu,
al-Quran juga ada memberi tuntutan praktis untul manusia yang merupakan panduan
penting cara memahami alam agar dapat memahaminya dengan seluas yang boleh. Salah
satu cara dalam mencari ilmu ada ditunjukkan dalam al-Quran di surah al-Mulk ayat yang
ke-3 dan ke-4 di mana maksudnya merangkumi proses mengkagumi, memahami dan
mengamati. Secara sakintifiknya, al-Quran mengembangkan beberapa langkah seperti
yang berikut:
Pertama, manusia dituntut untuk mengenali alam sekitar sementara mengambil
tahu sifat-sifat serta proses alamiah yang terjadi di dalamnya. Perintah ini ditegaskan di
dalam al-Quran surah Yunus ayat yang 101 yang bermaksud,
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit
dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah
dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan
kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan
memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh
kepercayaan kepadanya.”
Melalui artikel ini, Baiquni dirujuk lagi dengan pemahamannya iaitu perkataan
perhatikan bukanlah sekadar memerhati dengan tanpa memikirkan apa-apa, tetapi
hendaklah dengan perhatian terhadap kebesaran Allah SWT dan dengan mengamati
makna daripada gejala alam. Maksudnya dapat dilihat dengan lebih jelas dalam firman
Allah di surah al-Gasyiyah ayat yang ke-17 hingga ayat yang ke-20. Ianya bermaksud,
“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana
ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan
keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?”
Kedua, penulis berpendapat bahawa al-Quran mengajar manusia untuk
mengadakan pengukuran terhadap setiap gejala yang berlaku di alam ini. Perkara ini ada
disebut di dalam surah al-Qamar ayat yang ke-49 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami
menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
Ketiga, penekanan terhadap pentingnya analisis yang mendalam terhadap suatu
fenomena alam untuk mendapat kesimpulan yang rasional juga ditegaskan di dalam al-
Quran. Perkara ini ada dinyatakan di surah al-Nahl ayat yang ke-11 dan ke-12 yang
bermaksud,
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-
pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang,
dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk
keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda
(yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.”
Tiga langkah yang terdapat di dalam al-Quran inilah yang sedang dilakukan dalam
sains pada ketika ini dari dulu lagi iaitu pemerhatian atau pengamatan (observation),
pengukuran (measure), dan kesimpulan (conclusion) atau hukum hukum yang didapati
daripada pemerhatian dan pengukuran tersebut. Walaupun yang demikian, melalui
perspektif al-Quran, kesimpulan rasional bukanlah tujuan dan kebenaran yang mutlak
daripada proses penyelidikan ke atas setiap gejala yang berlaku di alam ini. Hal ini
kerana, seperti mana yang terdapat di setiap hujung ayat yang menjelaskan tentang gejala
alamiah, wujudnya Allah dengan sifat-sifatNya Yang Maha Sempurna yang dijadikan
tujuan sebenar di sebalik ilmu alamiah yang ditunjukkan.
Menurut penulis, hanya orang-orang yang bijak berusaha mencari ilmu berkaitan
alam semesta dan menguasai ilmu dalam bidang tertentu sahaja (yang ikhlas memperoleh
ilmu) yang mungkin memahami tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Ilmu-ilmu yang
seperti kita tahu iaitu fizik, kimia, matematik, biologi, astronomi dan banyak lagi bidang
lain mampu digunakan untuk memahami lebih dalam tentang fenomena alam semesta
yang merangkumi aspek yang sangat luas dengan lebih tepat lagi. Dengan bantuan segala
jenis ilmu ini serta semangat dan sikap rasional manusia untuk mencari ilmu, hukum
alam yang teratur dan lengkap ini akan dapat didedahkan walaupun sedikit demi sedikit
kerana bak kata pepatah melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

RUJUKAN
Fakhry, J. (2010). Sains dan Teknologi dalam al-Qur’an dan Implikasinya dalam Pembelajaran.
Ta'dib: Journal of Islamic Education (Jurnal Pendidikan Islam), 15(01), 121-142.

Rosli, M. A. S., Abd Hamid, M. H., & Basiron, B. (2018). Integrasi Pendidikan Antara Islam
Serta Sains Dan Teknologi. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Tamadun Islam.

Nairozle, M. I., Ibrahim, M. N. A., & Jasmi, K. A. (2018). Sains-Teknologi dan Ilmu Agama
Menurut Bahasa al-Quran dan Hadis. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Tamadun Islam.

Al-Bakri, S. D. (2016). IRSYAD AL-FATWA KE-129: PENCIPTAAN LANGIT & BUMI.


Putrajaya: Mufti Wilayah Persekutuan.
Maulida, L. (2018). Alquran Jelaskan Alam Semesta Terus Berkembang. Jakarta: Techno
Okzone.

Anda mungkin juga menyukai