Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt....

Apakah coronavirus?

Coronavirus adalah salah satu keluarga besar virus yang lazimnya menjangkiti
saluran pernafasan. Ia merupakan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari
selsema hingga ke penyakit yang lebih teruk.

Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesies baru virus dalam famili coronavirus
yang boleh berjangkit melalui sentuhan dan cecair dari batuk dan bersin.

Simptom-simptom Jangkitan Novel Coronavirus

Jangkitan virus ini adalah sama seperti jangkitan selesema yang lain dan
komplikasinya lebih teruk pada golongan yang lemah imuniti badan.

Berikut adalah tanda-tanda jangkitan Novel Coronavirus:


o Tanda-tanda penyakit selesema seperti batuk, sakit tekak, sakit kepala
o Demam
o Kesukaran bernafas
o Batuk

Jadi, murid-murid adalah diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah


pencegahan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah Pencegahan Jangkitan Novel Coronavirus

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri anda, keluarga


dan orang lain daripada jangkitan virus Novel Coronavirus.

1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap


mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci
tangan (hand sanitizer).
2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu/sapu tangan ketika batuk atau bersin.
Buangkan tisu ke dalam bakul sampah. Jika tidak mempunyai tisu, batuk atau
bersin ke bahagian dalam siku.
3. Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan
pencuci tangan (hand sanitizer).
4. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh
tangan terlebih dahulu.
5. Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai.
6. Elakkan dari memakan atau meminum sebarang produk haiwan yang mentah
/ tidak dimasak dengan sempurna.

Sekian, Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai