Anda di halaman 1dari 8

AT10603

PENULISAN AKEDEMIK

NAMA CLIFFORD BENEDICT


NO. MATRIK BA20110315
TAJUK TUGASAN ULASAN ARTIKEL
Artikel kajian kesusasteraan menyediakan gambaran keseluruhan sastera yang
berkaitan dengan tema/teori/kaedah dan mensintesis lagi kajian sebelumnya untuk
mengukuhkan asas pengetahuan. Dalam bidang penyelidikan perniagaan (IB) yang semakin
meningkat,kajian kesusasteraan sistematik mempunyai nilai yang hebat, namun tidak
banyak ulasan yang diterbitkan menerangkan bagaimana penyelidik boleh merancang dan
membangunkan artikel semakan klasik. Dalam menerangkan tujuan, metodologi, dan
struktur kajian sistematik,kami menyediakan garis panduan untuk membangunkan artikel
semakan yang paling mendalam dan berguna. Dengan meluluskan langkah-langkah dan
peraturan ibu jari untuk diingat,kami mengemukakan gambaran keseluruhan jenis artikel
semakan dan menerangkan bagaimana penyelidik masa depan berpotensi mencari mereka
berguna. Disamping itu, kami memperkenalkan Sembilan artikel yang akhirnya dipilih untuk
isu khas kajian kesusasteraan sistematik yang menentang untuk meninjau penyelidikan
perniagaan antarabangsa pada hari-hari yang akan datang. Penulis ini memberikan kaedah
yang bernas untuk melakukan kajian kesusasteraaan iaitu dengan menyediakan langkah-
langkah yang sesuai malah menyediakan 9 artikel yang dipilih untuk dijadikan isu yang
menerangkan bagaimana penyelidik masa depan mempunyai potensi untuk mencari mereka
yang berguna. Pada hari-hari yang akan dating, mereka yang mempunyai potensi ini akan
dapat meninjau penyelidikan antarabangsa.

Kajian ini terlebih dahulu dikaji untuk mendapat sintesis yang logik iaitu kemajuan
subjek berdasarkan penemuan kajian terdahulu. Apabila kita ingin membuat kajian, sinstesis
perlu dikaji mengikut logic dan juga sejauh manakah pemahaman kita tehradap subjek
tersebut sama ada logik atau pun tidak rasional. Artikel sangat penting untuk dikaji terlebih
dahulu untuk mengenal pasti dan mensintesis kesusasteraan yang berkaitan untuk
membandingkan dan membezakan penemuan kajian. Hal ini untuk memastikan pembaca
memahami mengenai topik penyelidikan dan membantu pembaca untuk mengenal pasti apa
yang cuba disampaikan dalam artikel tersebut dan juga mencari jurang dan isyarat jalan
penyelidikan masa depan. Penulis ini juga mahu ulasan sistematik tersebut disediakan
khususnya melakukan perbincangan kritikal pada tema penyelidikan tertentu dengan
mengintegrasikan literatur yang tidak dapat dilupakan kajian terdahulu dan mengenal pasti
jurang pengetahuan dan membangunkan rangka kerja teoretis baru. Dalam kata lain,
memahami sistematik artikel semula iaitu pandangan terhadap penyelidikan berasaskan
pandangan secara eksplisit dalam banyak disiplin yang berbeza. Penulis artikel juga
menyediakan pelbagai jurnal seperti jurnal pengurusan, jurnal pengajian antarabangsa,
jurnal kepada metologi, jurnal tingkah laku organisasi, jurnal akedemi sains pemasaran,
jurnal antarabangsa pengajian pengguna dan lain-lain. Penulis artikel juga mengatakan
jurnal ini mempunyai beratus-ratus kajian dan juga mempunyai pandangan yang berbeza
dari segi pemahaman dan logik penulis itu. Banyak teori atau langkah-langkah yang
disediakan oleh penulis-penulis yang berbeza dan disebabkan itu, artikel-artikel ini
memudahkan kajian dan juga berfungsi sebagai sumber pembaca. Mereka menetapkan
matlamat untuk mengalakkan penyelidik untuk menggunakan teori yang mereka tulis dan
juga menyokong pemahaman mereka. Oleh itu, artikel yang disediakan mempunyai tajuk
yang sama tetapi mempunyai langkah-langkah dan teori yang berbeza. Kita sebagai
pengkaji haruslah berfikir rasional dan menyelidik berdasarkan sejauh manakah kita percaya
sama ada sumber itu sahih atau logik.

Seterusnya, teori-teori yang diambil untuk dijadikan sumber kajian haruslah diambil
kedua-dua penyelidikan dan pengamal sebagai tipologi didalam kajian yang dikaji. Oleh itu,
kedua-dua sumber tersebut boleh dijadikan sumber dan sumber yang banyak sangat
digalakkan agar mempunyai tambahan. Penulis artikel ini ingin mengatakan bahawa lebih
banyak sumber yang kita perolehi lebih banyak maklumat yang kita dapat dan juga
maklumat tersebut boleh diguna pakai semula oleh orang yang membaca artikel tersebut.
Penyelidikan susunan-susunan artikel boleh diklasifikasikan secara luas sebagai berasaskan
domain, teori dan tambahan. Hal ini bermaksud, artikel-artikel yang dikaji adalah sangat
luas dan mempunyai banyak makna. Walau bagaimanapun, terdapat juga teori-teori yang
negatif iaitu tidak menyokong dengan artikel yang lain. Hal ini kerana tidak semua penulis
artikel mempunyai pandangan yang sama. Penulis mungkin menulis tajuk yang sama tetapi
mengkaji tajuk tersebut menggunakan kaedah yang berbeza. Jika kita lihat kajian yang
berasaskan domain, teori-teori yang digunakan ada secara meluas dan juga mempunyai
rangka kerja. Manakala kajian berstruktur adalah berbentuk data dimana pembaca dapat
melihat sejauh manakah data yang dikaji adalah betul. Selain itu, data dan kandungan
dibenyang dalam bentuk jadual yang disusun dengan baik agar pembaca dapat angka dan
data yang betul. Pembaca juga dapat melihat peningkatan dan juga penurunan berdasarkan
jadual yang direka. Bagi kajian berasaskan rangka kerja, ianya seperti perkembangan
seperti contoh dan hasil. Kaedah ini menggunakan soalan tanda tanya untuk memuaskan
hati persoalan pembaca terhadap artikel dan agar pembaca mengetahui jawapan mengapa
perkara sedemikian berlaku. Bagi kajian hibrid, ianya mempunyai dua cara yang berbeza
apabila penyelidik menintergrasikan rangka kerja. Dalam kata lain, kajian hibrid ini dilakukan
sama ada secara fizikal ataupun berbentuk naratif. Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan
oleh penyelidik untuk mengkaji maklumat tersebut sekiranya tidak mempunyai orang untuk
diselidik maka penyelidik boleh menggunakan buku yang ditulis tetatpi sekiranya terdapat
orang yang mempunyai ilmu ataupun tahu tentang kajian itu, penyelidik boleh tanya segala
maklumat dengan kata lain lebih banyak sumber yang diberi berbanding dengan buku.
Kajian bibliometrik pula digunakan untuk mengkaji status seseorang atau pun statistik
seperti nama penulis, tahun, negara, dan lain-lain. Kajian ini digunakan untuk mengenal
pasti sama ada ulasan itu betul ataupun hanya direka. Pada pendapat saya kajian ini
penting untuk mengenal penulis tersebut kerana kita telah mengambil maklumat tersebut
untuk dijadikan kajian dan nama penulis itu wajar disertakan dalam petikan.

Bilangan semakan artikel yang sangat penting untuk diterbitkan dalam jurnal
perniagaan. Semakin banyak artikel itu disemak, artikel tersebut adalah tumpuan pengkaji
untuk melakukan kajian. Kajian yang berasaskan teori pula adalah kajian yang tidak
mempunyai bukti dan hanyalah menggunakan pendapat tanpa bukti. Perkara tersebut tidak
terjadi tetapi kebanyakkan penulis jurnal menulis teori mereka terhadap tajuk yang dikaji
sama seperti pembaca yang membuat teori sendiri tanpa mencari bukti yang ada. Sebelum
memulakan ulasan, penulis akan memilih topik sesuai yang ingin dibahaskan akan tetapi
penulis tidak boleh memilih topik yang berulang jika topik itu telah diambil oleh penulis lain.
Untuk membuat ulasan, kriteria pemilihan jurnal juga perlu ada. Sebagai contoh jika kita
bahaskan tentang covid-19 yang berlaku di Malaysia, kita perlu mengambil tarikh-tarikh
penting dan juga memilih ulasan yang manakah lebih sesuai untuk dirujuk. Seterusnya
kajian analisis meta merupakan pemeriksaan kuantiti atau jumlah kajian terdahulu. Ini
membuktikan sebanyak manakah penulis itu mengkaji kajian dan sejauh manakah ianya
betul. Kata kunci juga perlu ada didalam semakan sistematik iaitu menggunakan 40 hingga
500 kertas kerja yang berkaitan. Sumber yang dikaji perlulah relevan dan pengarang
perlulah menggunakan pengetahuan mereka untuk memutuskan atau memilih teori yang
bernas. Kajian yang belum dikenal pasti haruslah dikenal pasti dengan mencari bukti yang
kukuh seperti menyediakan gambar kajian, tarikh kajian atau pun orang yang dikaji. Hal ini
penting kerana tanpa bukti pembaca tidak akan mempercayai sumber yang ditulis.
Pemilihan tajuk juga sangat penting kerana ia adalah kepala kepada semua isi yang dihurai.
Tanpa tajuk, ulasan artikel memjadi sia-sia kerana pembaca tidak tahu apa yang
disampaikan oleh penulis. Jurang penyelidikan juga perlu ada sekurang-kurangnya 20%
hingga 25% kertas kerja. Jadual dan agka juga sangat penting untuk menunjukkan
kualiti,perkembangan,penurunan.kuantiti dan lain-lain. Ianya penting untuk menunjukkan
keaslian kajian tersebut. Kesemua yang diatas ini merupakan satu hubungan yang
menyatukan artikel tersebut menjadikannya ia lengkap. Kajian ini ini tidak akan lengkap
tanpa kajian yang teliti dilakukan dan juga pembaca tidak akan tertarik dengan artikel yang
ditulis.

Sebahagian besar penyerahan untuk diuruskan kedua-dua editor tetamu


menganggap kira-kira separuh daripada penyerahan masing-masing dan mengambil respon
penuh. Pelajar untuk pengurusan mereka sepanjang proses kajian secara berasingan.
Niittymyes dan pajunen menangani peranan asas kognisi pengurusan dalam pengantara
bangsaan firma. Walaubagaimanapun,menurut pengarang ini, tidak ada yang tidak dapat
dikatakan seperti yang terdahulu. Ini kerana, kajian itu harus lebih spesifik dan tidak
membinggungkan pembaca. Kajian Aaltonen menggambarkan persamaan antara agenda
penyelidikan dalam proses pengantarabangsaan dan menyediakan titik permulaan untuk
pembangunan teori berikutnya menggunakan pengenalan dalam Pra-Pengantarabangsaan
yang boleh diperbadankan. Hal ini dapat menggabungkan teori-teori yang dibuat dengan
secara lebih mendalam. Seterusnya, Rasuah dalam Perniagaan Antarabangsa Penyelidikan.
Rasuah ini dilakukan untuk mendapat maklumat dengan lebih cepat dan mudah oleh itu
pekerja harus meningkatkan kecekapan dan prestasi untuk membasmi rasuah. Orientasi
pasaran eksport iaitu semakan dan arahan integratif untuk penyelidikan masa depan. Kita
haruslah menyokong artikel tempatan untuk menaikkan lagi prestasi penulis tetatpi pada
masa yang sama kita juga harus merujuk kepada artikel luar iaitu artikel import untuk
menimbah ilmu dengan lebih dalam. Penyelidikan mengenai anteseden pelupusan anak
syarikat asing telah berkembang dalam beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun,
penemuan ini tidak jelas kerana Schmid dan Morschett cuba menjelaskan keadaan ini
dengan memberikan, untuk 18 calon sebelumnya yang berasal dari 45 artikel, deskriptif
gambaran kajian terdahulu, hujah teori untuk jangkaan tindak balas kesan dan sintesis
kuantitatif kesan dengan analisis meta. Bukti empirik untuk hubungan antara risiko negara
tuan rumah dan tahap pemilikan firma dalam strategi masuk asingnya adalah. Menurut Tang
dan Buckley ianya tidak dapat disimpulkan kerana menurut kajian mereka menyokong hujah
teori bahawa hubungan fokus adalah positif dimoderasi oleh kekangan institusi. Seterusnya,
didalam artikel mereka, Donnelly dan Manolova membahas salah satu keputusan strategik
yang paling relevan dalam Perniagaan Antarabangsa. Hal ini untuk mempengaruhi kawasan
tersebut dengan menggunakan teori mereka sendiri. Sarjana juga telah memeriksa
anteseden, proses dan prestasi perusahaan kerana ulasan yang ada belum memberikan
gambaran menyeluruh mengenai penentu firma pengantarabangsaan awal dan prestasi
mereka. Hal ini adalah untuk mengkaji topik yang relevan dalam kesusasteraan. Srivastava,
Singh dan Dhir (2020) meneroka peranan budaya dan perniagaan antarabangsa dalam
pengantarabangsaan hasil melalui tinjauan sistematik dan analisis artikel yang diterbitkan
antara tahun 2009 dan 2019. Dengan memetakan domain penyelidikan semasa, tinjauan
mereka mencerminkan jalan untuk penyelidikan masa depan dalam pengembangan teori,
konteks, ciri, dan metodologi dengan menggunakan protokol TCCM yang dikembangkan
oleh Paul dan Rosado Serrano, 2019. Mereka telah mengenal pasti lapan kelompok
penyelidikan seperti berikut. budaya nasional, penghindaran ketidakpastian luaran,
pemindahan pengetahuan dan kolaborasi, HRM dan amalan pengurusan penyelidikan
kepelbagaian antarabangsa, pemikiran keusahawanan, interaksi, dan prestasi tegas.
Kumpulan dikelompokkan menjadi faktor bebas dan faktor hasil pengantarabangsaan. Selain
itu, kerangka kerja mereka dapat memberikan gambaran yang lebih mendalam mengenai
teori implikasi yang akan membawa kepada kemajuan dalam penyelidikan ini kawasan-
kawasan. Hal ini membuktikan pada zaman kini orang masih lagi meneruskan kajian mereka
untuk diperkembangkan di masa akan datang. Teori-teori lama ini mungkin tidak berguna di
masa lalu tetapi ianya akan berguna pada masa hadapan dan akan membantu mereka yang
melakukan kajian. Kesimpulannya, tujuan utama artikel ulasan adalah untuk menganalisis
secara kritissastera yang ada dalam bidang penyelidikan, tema atau disiplin
tertentu,mengupas teori yang relevan, konstruk utama, kaedah empirikal, konteks, dan
masih ada jurang penyelidikan untuk menetapkan agenda penyelidikan masa depan
berdasarkan jurang tersebut. Kami telah memberikan maklumat berdasarkan pengalaman
dalam bentuk pandangan dan panduan bagaimana mengembangkan secara saintifik artikel
tinjauan literatur yang boleh diterima dan benar-benar memberi kesan. Ia penting untuk
mempertimbangkan cadangan ini, sekurang-kurangnya sebahagiannya, untuk mengelakkan
penolakan ini jenis artikel penyelidikan dalam jurnal berkaitan perniagaan yang luar biasa.
Ini pandangan berdasarkan pengalaman kami sebagai penyunting artikel ulasan juga
berdasarkan idea dan komen yang diberikan oleh kumpulan yang sangat eksklusif pengulas
tanpa nama. Pada pendapat kami, memang "seni" untuk mengembangkan tinjauan
sistematik klasik atau sumbangan meta-analitik. Walaupun penulis tunggal sumbangan yang
sangat asli juga telah dimasukkan dalam Isu Ulasan Khas ini, idealnya sepertinya satu
pasukan yang terdiri dari dua atau tiga orang para cendekiawan biasanya diminta untuk
mengembangkan artikel ulasan yang memberi kesan supaya mereka dapat bertukar idea
dan menggunakan pendedahan dan pengalaman mereka yang mempunyai rekod prestasi
dan lebih banyak pengetahuan terkumpul. Kami semoga pembaca benar-benar menikmati
hasil karya kita sekurang-kurangnya sebanyak kami telah menikmati proses
pengembangannya sebagai penyunting bersama tetamu. Kesimpulan yang dilakukan ini
adalah bertujuan untuk memberikan kesimpulan dan tujuan kepada pembaca. Ianya juga
memberi jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Setiap ulasan yang dibuat haruslah
mempunyai kesimpulan kerana tanpa ada kesimpulan, pembaca tidak akan dapat ,maklumat
yang cuba disampaikan oleh penulis artikel.

Akhir sekali, setiap ulasan yang dibuat tidak seharusnya ditiru dan ianya perlu dikaji
dengan sendiri kerana tanpa kajian yang teliti ulasan kita tidak akan dipercayai kerana tidak
mempunyai bukti dan sumber yang kukuh. Oleh itu, jika kita memilih artikel, kita haruslah
mengkaji terlebih dahulu latar belakan penulis dan sumber yang dirujuk. Teori-teori yang
dikaji haruslah tepat dan tidak mengarut. Penulis artikel mahu kita berfikir dengan lebih
tajam untuk memperkasahkan minda kita. Kata kunci untuk membuat sebuah ulasan adalah
kaji untuk mendapatkan jawapan yang betul dan puas hati. Untuk menjadi pengarang yang
baik kita juga harus memerhatikan persekitaran dan isu dunia zaman sekarang. Ulasan yang
dibuat sudah tentu akan dibaca, dirujuk dan diulas semula oleh pembaca masa depan.

Anda mungkin juga menyukai