Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM RAMADHAN PRIHATIN 2021


SK PERMATANG PASIR (SKPPr)

1.0 ) PENGENALAN
Bersempena dengan bulan Ramadhan 1442 Hijrah, Panitia Pendidikan Islam dan Unit
Kebajikan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permatang Pasir melancarkan
Program Ramadhan Prihatin.
Program ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban anak-anak asnaf SK Permatang
Pasir dan menggalakkan umat Islam menghayati Ramadhan sebagai bulan ibadah dan juga bulan
kebajikan. Diharap program ini dapat memberi peluang kepada murid untuk menikmati suasana
sambutan Syawal seperti rakan yang lain tanpa rasa rendah diri.

2.0) OBJEKTIF :
2.1 Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat murid serta keluarga yang kurang
bernasib baik bersempena bulan Ramadhan.
2.2 Menyuntik semaangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih
baik.
2.3 Melatih warga sekolah bersekolah bersedekah di Bulan Ramadhan dan mampu
mengaplikasikan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian.

3.0) JAWATANKUASA
Penasihat : Pn Rosmila Bt Che Rose ( Guru Besar )
Pengerusi : Pn Norduriah Bt Mat Daud ( GPK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 1 : Pn Sharifah Bt Wan Nik ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Effendy b. Abd Manaf ( GPK Kokurikulum )
Setiausaha : Pn. Latifah Bt Md Isa
Bendahari : Pn. Norlida Bt Othman
AJK : Pn. Farah Hanim Bt Awang @ Abd Rahman
: Pn. Siti Zaleha Bt Abdullah

4.0) AKTIVITI DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


BI TARIKH
PERKARA BUTIRAN JUMLAH
L PELAKSANAAN
1 Sumbangan bantuan kewangan (zakat) 30 orang x RM100.00 RM3000.00
2 Pembelian baju raya 15 orang x RM150.00 RM2250.00
3 Pembelian barangan dapur 50 orang x RM60.00 RM3000.00
4 Pembelian Pelitup Muka Fabrik 50 orang x RM15.00 x 2 pasang RM1500.00
5 JUMLAH KESELURUHAN RM9750.00

Disediakan oleh:

(LATIFAH BT MD ISA)
Setiausaha Program

Anda mungkin juga menyukai