Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera Dr dan rakan-rakan sekalian,

Saya Kanagaletchumi Veerasingam (No Matrik: 20171000262), ingin memberi pandangan


tentang tajuk forum yang berasaskan Sosialisasi.

Sosialisasi merupakan satu proses berterusan dalam mewariskan dan menyebarkan norma,
budaya serta ideologi serta membekalkan seseorang guru baharu dengan kemahiran dan tingkah
laku yang diharapkan oleh sesebuah sekolah.

Proses sosialisasi dijalankan di sekolah saya kepada guru baharu yang melapor diri seperti
program pementoran, program induksi, kursus, seminar, program suai kenal, sesi pendedahan
awal dan juga segala jenis bahan-bahan yang disediakan agar guru baharu tersebut dapat
memahami matlamat, kerja, budaya dan tempat baharu.

Proses sosialisasi ini boleh membantu mengurangkan tahap kekaburan peranan dan konflik
peranan seorang guru. Program pementoran dilakukan di semua sekolah di mana guru
berpengalaman memberikan bimbingan (coaching) dan nasihat kepada guru baharu tentang
amalan profesional (professional conduct) dan kompetensi keguruan.

Program Induksi merupakan salah satu taktik sosialisasi organisasi yang formal. Pengurusan
proses induksi yang berkesan dapat membantu guru baharu menyesuaikan diri dengan budaya
sekolah dan tugas. Penyesuaian ini penting kerana ia mempunyai implikasi terhadap prestasi
kerja, kepuasan kerja dan pembangunan karier.

Dalam tempoh ini, guru baharu akan membuat adaptasi peribadi dengan sekolah bagi
membolehkannya berfungsi sepenuhnya untuk mencapai matlamat sekolah. Apabila guru baharu
didedahkan kepada proses sosialisasi yang positif, mereka akan dapat menghargai visi dan misi
sekolah. Kemudian, mereka akan dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagai
guru yang berkaliber dan profesional.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai