Anda di halaman 1dari 21

KURSUS:

GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


SEMESTER 1 2021/2022

TAJUK:
ARTIKEL: KESAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR KETIKA PEMBELAJARAN
SECARA DALAM TALIAN SEMASA COVID-19

PENSYARAH:
LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN 13:


AMIRUL ARIFFIN BIN ADNAN (A180825)
HUSNA AFIFAH BINTI MD YAHYA (A189091)
NUR MUNIRAH BINTI RADWAN (A189118)
NOR SYAHIRAH BINTI JAMALI (A188880)
ARCHANA PARTHIBAN (A186236)
ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ............................................................................................................................................. 1
1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN ..................................................................................................................... 3
3.0 PERSOALAN KAJIAN................................................................................................................. 3
4.0 KAJIAN LEPAS ............................................................................................................................ 4
5.0 METOLOGI KAJIAN................................................................................................................... 7
6.0 DAPATAN KAJIAN ...................................................................................................................... 9
7.0 PERBINCANGAN ....................................................................................................................... 13
RUJUKAN ........................................................................................................................................... 15
LAMPIRAN......................................................................................................................................... 17
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan yang dihadapi oleh pelajar ketika menghadapi
pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik COVID-19. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenalpasti kesan dari aspek pembelajaran, kesihatan mata, masa dan kewangan yang
dihadapi oleh pelajar semasa menghadapi pembelajaran secara dalam talian.Objektif-objektif
ini telah dipilih bagi mengkaji aspek-aspek yang berkenaan. Pendekatan kajian yang digunakan
adalah secara kuantitatif di mana soal selidik dijalankan dengan mengedarkan pautan Google
Form kepada responden yang berada dalam lingkungan umur 15 Tahun hinggan 25 Tahun.
Responden juga terdiri deripada pelajar dari pelbagai institusi seperti sekolah menengah,
Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi,
didapati bahawa terdapat beberapa kesan yang dihadapi oleh pelajar dari segi Pembelajaran,
Kesihatan Mata, Masa dan Kewangan. Kesan-kesan ini telah mendatangkan banyak tekanan
terutamanya dari segi kesihatan mental yang terpaksa dihadapi oleh pelajar semasa
menjalankan pembelajaran secara dalam talian ini. Pelbagai langkah pemulihan perlulah
diambil dengan segera bagi membantu pelajar menghadapi pembelajaran secara atas talian
dengan lebih baik pada era pandemik COVID-19 ini. Semua pihak terutama ibu bapa dan
pensyarah perlu mengambil berat tentang kesan yang dihadapi oleh pelajar semasa menghadapi
pembelajaran secara atas talian ini. Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengawasi kesihatan
anak-anak semasa dirumah manakala pensyarah pula hendaklah sentiasa memahami keadaan
pelajar semasa menghadapi pembelajaran secara dalam talian ini bagi memastikan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih harmoni sekaligus memberikan kebaikan
kepada semua pihak.

Kata Kunci: Kesan, Pelajar, Pembelejaran secara dalam talian, COVID-19

1
1.0 PENGENALAN
Apakah itu pembelajaran? Umumnya, pembelajaran merupakan satu proses
mengasimilasi ilmu pengetahuan, teknik, atau kemahiran yang diperoleh oleh individu. Dalam
pengertian ini, pembelajaran terdiri daripada memperoleh, memproses, memahami dan
menerapkan maklumat yang telah diajarkan kepada kita atau yang telah kita perolehi melalui
pengalaman dalam situasi kehidupan sebenar. Menurut Suradin dan Basri (2005)
keseimbangan dan kualiti kehidupan masyarakat harini banyak dipengaruhi oleh faktor
pelajaran dan keupayaan dalam pendidikan tinggi. Mutu dan kualiti pendidikan perlu
ditingkatkan dari masa ke semasa supaya hasil idea dan pemikiran yang tercetus mampu
diterjemahkan dalam konteks moden sekaligus dapat memenuhi citarasa isu semasa dan global.
Jadi, memang benar bahawa pembelajaran merupakan sesuatu yang amat penting bagi semua
golongan sekali dan patut diberi tumpuan yang lebih banyak. Secara ringkasnya, pembelajaran
adalah bantuan daripada pengajar untuk membantu golongan pelajar agar mereka dapat
menuntut ilmu dengan baik. Menurut Nelson Mandela, pendidikan adalah senjata paling
mematikan di dunia kerana dengan pendidikan kita dapat mengubah dunia.

Sebagaimana yang kita ketahui, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini
telah menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus menyebabkan
kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT) negara berubah
wajah daripada pengajaran tradisional berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya iaitu
pembelajaran secara atas talian. Disebabkan kaedah ini merupakan amat baharu kepada para
pelajar, ramai terkesan dengan penerimaan keadaan ini terutamanya dari segi emosi. Emosi
pelajar berpotensi untuk menjejaskan kesihatan mental pelajar kerana mereka mudah rasa
tertekan, takut, cemas, bimbang dan murung kerana pembelejaran atas talian ini menjadi amat
sukar untuk memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru atau pensyarah. Selain itu, pelajar
tidak mampu memberi fokus yang sepenuhnya terhadap pembelajaran yang sedang dijalankan.

Hal ini kerana, setiap perbuatan dan percakapan pelajar terselindung di balik paparan
skrin yang sentiasa berada dalam mod senyap dan kamera tertutup. Ini akan membuatkan para
pelajar merasa selesa dengan perbuatan mereka kerana tidak dapat diketahui oleh pengajar
yang sedang mengajar. Pelajar mungkin hanya mampu memberi fokus terhadap pelajaran 30
minit awal sahaja namun selepas itu, mereka mungkin sudah melakukan perkara-perkara yang
lain seperti tidur, bermain media sosial, permainan permainan video dan sebagainya hingga
tamat sesi pembelajaran.
2
Perkara ini sudah terang akan memberi impak yang buruk terhadap pencapaian dan
prestasi pelajar. Walaupun kita berada dalam situasi yang begitu ketat ini, proses pembelajaran
patut dibawa kepada keadaan yang biasa seperti sebelum ini, iaitu pembelajaran secara
bersemuka, secepat mungkin. Setiap pelajar harus sedar bahawa akademik adalah suatu perkara
yang terpenting dalam kehidupan mereka kini sebagai seorang pelajar walaupun mereka ditolak
ke dalam apa jua keadaan. Tempoh kehidupan mereka inilah yang dapat menentukan masa
depan mereka.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai sasaran dalam sesebuah
kajian. Hal ini demikian, objektif kajian adalah penentu hala tuju semasa kajian dilaksanakan.
Berikut merupakan objektif yang ingin dicapai dalam kajian:

i. Mengenalpasti kesan pembelajaran dalam talian yang dihadapi oleh para pelajar pada
setiap peringkat pendidikan.
ii. Mengkaji kesan terhadap kesihatan mata pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara dalam talian berlangsung.
iii. Mengkaji kesan terhadap kewangan pelajar sepanjang menghadiri sesi (PdP) secara
dalam talian semasa pendemik Covid-19 berlaku.
iv. Mengenalpasti kesan terhadap masa yang dihadapi oleh golongan pelajar sewaktu
mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

3.0 PERSOALAN KAJIAN


Berikut merupakan persoalan kajian:
i. Apakah kesan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar semasa mengikuti pembelajaran
secara dalam talian?
ii. Apakah kesan terhadap kesihatan mata pelajar apabila menghadap peranti elektronik
lebih lama sepanjang mengikuti pembelajaran secara dalam talian?
iii. Adakah kesan kewanagan yang dihadapi oleh pelajar menghalang untuk mengikuti
pembelajaran secara dalam talian?
iv. Apakah kesan terhadap masa yang dihadapi oleh pelajar sepanjang mengikuti
pembelajaran secara dalam talian?

3
4.0 KAJIAN LEPAS
Kajian daripada Wong Ai Bing dan Khairil Azhar Jamaludin (2021) telah menunjukkan
isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru, pelajar dan ibu bapa dalam pelaksanaan pembelajaran
dalam talian semasa tempoh pandemik Covid-19. Dalam kajian ini, antara cabaran yang
dihadapi ialah, kemahiran guru dalam penggunaan ICT masih perlu dipertingkatkan, isu
capaian internet dan masalah kehabisan data telefon dengan cepat bagi ibu bapa. Dalam hal ini,
capaian internet adalah isu yang selalu dibangkitkan. Hal ini kerana jurang penyaluran internet
antara bandar dengan luar bandar adalah sangat lebar. Pelajar yang berada di kampung dan
kawasan pedalaman sering mengalami masalah internet.

Nur Akalili Mohd Amin dan Nurfaradilla Mohamad Nasri (2021) telah menjalankan
kajian ke atas murid sekolah menengah di Malaysia untuk mengenal pasti tahap penerimaan
mereka terhadap pembelajaran dalam talian. Tahap penerimaan murid sekolah menengah
terhadap pembelajaran dalam talian adalah di tahap ‘Sederhana Setuju’ dengan menggunakan
analisis statistik deskriptif. Manfaat pembelajaran dalam talian daripada kajian ini adalah
kemudahan untuk mengakses pelbagai bahan pembelajaran secara dalam talian dan kebeasan
untuk belajar di rumah. Kekurangan bagi pembelajaran dalam talian adalah masalah teknikal
yang dihadapi dan kurangnya interaksi dengan rakan-rakan.

Seterusnya, kajian daripada Saravanan, Mohamad Luthfi dan Jelani Harun (2021) ialah
mengenai persepsi pelajar terhadap kesan pembelajaran kesusasteraan Melayu secara dalam
talian. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tentang kelebihan dan
kelemahan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian dan juga mengenal pasti kolerasi
antara persepsi pelajar dengan kesan pembelajaran kesusasteraan Melayu dalam talian. Kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara beberapa kesan dengan
kelebihan pembelajaran dalam talian. Ia juga tidak terdapat hubungan signifikan antara
kelemahan pembeajaran Kesusasteraan Melayu dalam talian terhadap kesan yang dialami oleh
pelajar. Justeru, kajian ini mampu menimbulkan kesedaran dalam diri pensyarah untuk
mempersiapsiagakan diri mereka serta mengambil kira faktor capaian Internet, lokasi tempat
tinggal, kesediaan pelajar dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar.

Selain itu, Mahathir Yahaya dan Wardatul Hayat Adnan (2021) telah menjalankan kajian
mengenai cabaran pelajar melalui kaedah pembelajaran atas talian iaitu kepada institusi
pengajian awam Malaysia. Kajian yang dijalankan adalah kualitatif. Seramai sepuluh orang
4
mahasiswa yang terdiri daripada pelajar peringkat ijazah sarjana muda dari Universiti Sains
Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara
(UITM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah
dipilih sebagai informan. Bagi menjalankan kajian ini, mereka menggunakan kaedah temu bual
mendalam secara maya sebagai teknik pengumpulan data. Antara cabaran yang dihadapi oleh
pelajar IPTA dalam menggunakan pembelajaran atas talian adalah pencapaian internet, kos
internet, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan keberkesanan belajar secara maya.

Kajian yang dilakukan oleh Izyan Izzati Kamsani dan Aishah Mahat (2021) adalah impak
e-pembelajaran terhadap kesihatan pelajar universiti. Daripada kajian ini, seramai 192 orang
pelajar universiti terlibat dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal
selidik untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan e-pembelajaran. Dalam hal
ini, terdapat empat aspek iaitu fizikal, persekitaran, emosi dan refleksi kendiri menunjukkan
hubungan antara pelajar dan e-pembelajaran adalah berkaitan antara satu sama lain.

Nor Musfirah Mohamad (2021) telah menjalankan satu kajian tentang Cabaran Pedagogi
Norma Baharu Di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus
Covid-19. Cabaran-cabaran pedagogi norma baharu dikalangan pelajar Kolej Universiti Islam
Perlis (KUIPs) adalah dari segi capaian Internet yang lemah dan dari segi aspek kewangan
pula, pelajar merasa terbeban kerana mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli data
internet. Selain itu, suasana pembelajaran yang tidak kondusif untuk belajar seperti suasana
riuh di rumah, ruang belajar pembelajaran yang tidak kondusif menyebabkan mereka sukar
untuk memberi tumpuan ketika sesi e-pembelajaran yang dijalankan. Akhir sekali, ketiadaan
atau kerosakan peranti elektronik menyukarkan pelajar untuk mengikuti segala pembelajaran
atas talian.

Seterusnya, Zainora Daud, Noorhafizah Mohd Haridi, Norazman Alias dan Anuar Hasin
(2021) telah menjalankan satu kajian tentang Perbandingan Kalangan Pelajar Institusi
Pengajian Tinggi Terhadap Simptom Stres yang dialami ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam talian era Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan
simptom stres dalam kalangan para huffaz dalam bidang pengkhususan qiraat. Responden
kajian terdiri daripada para pelajar USIM dan KUIS. Pengumpulan data berdasarkan instrumen
soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan bagi
mengenalpasti latar belakang pelajar dan meninjau gejala stres yang dialami pelajar. Dapatan
5
kajian menunjukan bahawa simptom-simptom stres antara kedua-dua institusi berada di tahap
yang berbeza. Bagi responden USIM tahap simptom stres mereka di tahap sederhana dengan
mencatatkan ketiga-tiga konstruk berada di tahap sederhana. Walaubagaimanapun, tahap
konstruk simptom stres dalam aspek tingkah laku berada pada tahap tinggi. Manakala bagi
responden KUIS, mencatatkan analisis keseluruhannya berada di tahap rendah dengan hasil
semua konstruk berada di tahap rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap stres dipengaruhi
dengan keadaan dan persepsi diri individu itu sendiri. Kesimpulannya, stress memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai motivasi diri yang
tinggi dalam kalangan pelajar walaupun ketika menghadapi waktu getir dengan pengurusan
stres mereka.

Abdul Rashid Abdul Aziz, Nathratul Ayeshah Zulkifli, Mohd Zaini Othman dan Nurun
Najihan Musa (2021) telah menjalankan satu tinjauan terhadap Tahap Tekanan Pelajar
Universiti Semasa Pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
tekanan pelajar dan mengenal pasti pengaruh jantina dalam menentukan tahap tekana pelajar.
Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai 400
orang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia dipilih melalui kaedah
persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan Analisis statistik deskriptif dalam bentuk
peritus kekerapan dan ujian t-test dijalankan melalui perisian Statistical Package for The Social
Sciences (PSS) yang dialih bahasa. Seterusnya, kajian mendapati seramai 340 pelajar atau
bersamaan dengan 85% pelajar mengalami tekanan tahap sederhana. Selain itu, tiada perbezaan
antara jantina lelaki dan perempuan dalam menentukan tahap tekanan pelajar. Konklusinya,
kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan terutamanya kepada institusi pendidikan
dalam mengatur strategi dalam membantu meningkatkan dan mengekalkan tahap tekanan
pelajar agar sentiasa berada dalam keadaan yang normal.

Kajian daripada Haizvanie Muhamed Ganasan dan Norzaini Azman (2021) adalah
tentang Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar semasa Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang
Pandemik Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pastu hubungan antara tahap
kesihatan mental dan tahap motivasi dalam kalangan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan, di
sebuah universiti penyelidikan di Lembah Klang, sewaktu pembelajaran dalam talian
dijalankan sepanjang pandemik Covid-19. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan
kaedah tinjauan deskriptif melalui soal selidik. Kaedah persampelan rawak bersistematik telah
digunakan untuk mendapatkan 242 orang pelajar sarjana dari Fakulti Pendidikan di UKM
6
sebagai sampel kajian. Seterusnya, General Health Questionnaire (GHQ-12) digunakan untuk
megukur tahap kesihatan mental pelajar manakala, Motivated Strategies for Learning
Questionnaire (MSLQ) digunakan bagi mengukur tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian
mendapati, pelajar sarjana mempunyai tahap kesihatan mental yang baik dan tahap motivasi
yang tinggi semasa menghadapi pembelajaran dalam talian. Selain itu, hasil kajian juga turut
menunjukan hubungan yang signifikan dan positif antara kesihatan mental dan motivasi dalam
kalangan pelajar. Kesimpulannya, walaupun pembelajaran atas talian ini masih lagi sesuatu
yang agak baru bagi para pelajar tetapi mereka tetap dan mampu menghadapi perkara baru ini
dengan baik.

Akhir sekali adalah kajian daripada Nuraisyah Muhammad dan Faridah Mydin Kutt
(2021) tentang Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan Motivasi Terhadap
Pencapaian Akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara
pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar sarjana
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan dan seramai 240 orang pelajar sarjana
Fakulti Pendidikan, UKM telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah
persampelan rawak. Purata Gred Kumulatif (PGNK) telah digunakan untuk mengukur tahap
pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tahap motivasi
dan pembelajaran regulasi yang tinggi iaitu motivasi (min=5.84, SP=0.645) dan regulasi
kendiri (min=5.36, SP=0.639). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan
signifikan yang sederhana antara motivasi dan pencapaian akademik (r =0.405, p <0.01) dan
pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian akademik (r=03462, p<0.01).
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan pembelajaran regulasi kendiri dan motivasi pelajar
berada pada tahap yang baik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu ini.

5.0 METOLOGI KAJIAN


Kajian ini dijalankan ke atas para pelajar dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat
pengajian tinggi yang mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik
covid-19. Responden adalah dari kalangan para pelajar yang akan membantu dalam
pengumpulan data kajian ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah pendekatan secara
kuantitatif. Menurut Saidi (2019), pendekatan kuantitatif ini bersesuaian untuk mengumpulkan
sampel kajian secara rawak jika lebih banyak data yang diperolehi daripada menggunakan

7
pendekatan secara kualitatif. Sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19,
penyediaan borang soal selidik adalah berbentuk “Google Form” sebagai instrument untuk
mendapatkan maklumbalas daripada responden.

Terdapat 5 bahagian soal selidik di dalam google form iaitu bahagian A, B, C, D dan E.
Bahagian A merujuk kepada demografi responden. Bermula dari bahagian B sehingga E
mangandungi 5 soalan untuk setiap bahagian. Bahagian B menunjukkan kesan kepada
pembelajaran, Bahagian C menunjukkan kesan kepada kesihatan mental, Bahagian D
menunjukkan kesan kepada kewangan dan bahagian E menunjukkan kesan kepada masa.
Bahagian B sehingga E menggunakan skala pengukuran interval iaitu skala likert 5 mata
iaitu skala 5, Sangat Setuju (SS), skala 4, Setuju (S), skala 3 Tidak Pasti (TP), skala 2, Tidak
Setuju (TS) dan skala 1, Sangat Tidak Setuju (STS). Skala likert merupakan skala psikometrik
yang kebiasaannya digunakan oleh pengkaji dalam borang soal selidik (Sumartini, S., Harahap,
K. S., & Sthevany, 2020). Majoriti pengkaji menggunakan skala likert untuk meninjau dan
membuat penelitian dengan lebih efisien. Responden dikehendaki mengisi soal selidik tersebut
bagi memudahkan pengkaji mengetahui kesan pembelajaran dalam talian pelajar sepanjang
pandemik Covid-19 berlaku. Data primer yang diperoleh dari borang soal selidik dikumpulkan,
direkod dan dianalisis dalam kajian ini.

Jadual 1: Bilangan item dalam borang soal selidik

Bahagian Bilangan
Item
A Maklumat responden berkaitan jantina, umur, tempat tinggal, tahap 4
pendidikan
B Kesan kepada pembelajaran 5
C Kesan kepada kesihatan mental 5
D Kesan kepada kewangan 5
E Kesan kepada masa 5

Jadual 2: Petunjuk Skala Likert

Skala Skor
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4

8
Sangat setuju 5

6.0 DAPATAN KAJIAN


BAHAGIAN A
Jadual 3 menunjukkan dapatan bagi taburan demografi. Bagi jantina menunjukkan bahawa
seramai 14 (15.6%) responden adalah lelaki dan 76 (84.4%) responden adalah perempuan. Ini
menunjukkan bahawa perempuan mendominasi kajian ini sebanyak 62 orang. Selain itu,
dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden seramai 73 (81.1%) adalah dari lingkungan
umur 19 hingga 22 tahun diikuti 14 (15.6%) responden adalah berumur 15 hingga 18 tahun dan
3 (3.3%) responden berumur 23 hingga 25 tahun. Hasil dapatan melaporkan bahawa majoriti
responden melaksanakan pembelajaran secara dalam talian di rumah berbanding berada di
kolej. Seterusnya bagi tahap pendidikan yang diikuti oleh pelajar, didapati bahawa 11 (12.2%)
responden adalah dari peringkat sekolah, 9 (10%) responden adalah dari peringkat
matrikulasi/STPM/asasi, 7 (7.8%) responden adalah dari peringkat diploma dan 63 (70%)
responden dari peringkat ijazah sarjana muda.

Jadual 3: Bilangan item dalam borang soal selidik

Demografi Kategori Bilangan Item Peratus (%)


Jantina Lelaki 14 15.6
Perempuan 76 84.4

Umur 15-18 tahun 14 15.6


19-22 tahun 73 81.1
23-25 tahun 3 3.3

Lokasi Terkini Rumah 73 81.1


Kolej 17 18.9

Tahap Pendidikan Sekolah 11 12.2


Matrikulasi/STPM/Asasi 9 10
Diploma 7 7.8
Ijazah Sarjana Muda 63 70

BAHAGIAN B
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan mengenai kesan yang dihadapi oleh pelajar ketika
pembelajaran secara dalam talian. Bagi item 1, didapati 38.9% daripada responden menyatakan
tidak pasti sama ada pembelajaran dalam talian meningkatkan kerjasama dalam membuat
tugasan kumpulan. Pada item 2, majoriti pelajar dapat berkenalan dengan rakan-rakan dengan
9
lebih rapat adalah tidak pasti iaitu 31.3%. Item 3 pula menyatakan bahawa 75.6% sangat setuju
bahawa rangkaian internet yang lemah menyukarkan proses pembelajaran dalam talian.
Berdasarkan item 4, 36.7% dari responden tidak setuju pembelajaran dalam talian
memudahkan mereka untuk berbincang dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan
dengan lebih efektif. Didapati pada item 5, 37.8% adalah tidak pasti bahawa mereka dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran dengan lebih efisien.

Jadual 4: Kesan Terhadap Pembelajaran


Bil Kesan Terhadap Pembelajaran STS TS TP S ST
1. Pembelajaran dalam talian meningkatkan 13.3% 24.4% 38.9% 15.6% 7.8%
kerjasama dalam membuat tugasan
kumpulan.

2. Saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan 13.3% 24.4% 31.1% 18.9% 12.2%
dengan lebih rapat walaupun secara dalam
talian.

3. Rangkaian internet yang lemah 0% 1.1% 3.3% 20% 75.6%


menyukarkan proses pembelajaran dalam
talian.

4. Pembelajaran dalam talian memudahkan 12.2% 36.7% 31.1% 13.3% 6.7%


saya untuk berbincang dan mengulangkaji
pelajaran bersama rakan-rakan dengan
lebih efektif.

5. Saya dapat meningkatkan prestasi 12.2% 20% 37.8% 22.3% 7.8%


pembelajaran dengan lebih efisien.

BAHAGIAN C
Jadual 5 menunjukkan kesan terhadap kesihatan mata pelajar ketika pembelajaran secara dalam
talian. Bagi (item 1) 33.3%, (item 2) 40% dan (item 3) 56.7%, masing-masing sangat setuju
bahawa pembelajaran dalam talian menjadikan penglihatan mereka semakin kabur,
penggunaan skrin lebih lama menyebabkan berasa sakit kepala dan penggunaan skrin lebih
lama menyebabkan mata semakin penat. Bagi (item 4) 45.6% dan (item 5) 31.1%, masing-
masing dari responden tidak pasti mengenai pengambil pemakanan yang seimbang dan
bernutrisi bagi menghindarkan diri dari penyakit mata dan penggunaan skrin lebih lama
menyebabkan mata menjadi merah dalam tempoh masa yang panjang.

10
Jadual 5: Kesan Terhadap Kesihatan Mata Pelajar

Bil Kesan Terhadap Kesihatan Mata STS TS TP S ST


Pelajar
1. Pembelajaran dalam talian menjadikan 4.4% 5.6% 26.7% 30% 33.3%
penglihatan saya semakin kabur.

2. Penggunaan skrin lebih lama menyebabkan 1.1% 6.7% 17.8% 34.4% 40%
saya berasa sakit kepala yang berterusan.

3. Penggunaan skrin lebih lama menyebabkan 0% 2.2% 11.1% 30% 56.7%


mata saya semakin penat dan letih.

4. Saya sentiasa mengambil pemakanan yang 4.4% 20% 45.6% 17.8% 12.2%
seimbang dan bernutrisi bagi
menghindarkan diri dari penyakit mata.

5. Penggunaan skrin lebih lama menyebabkan 4.4% 28.9% 31.1% 13.3% 22.2%
mata saya menjadi merah dalam tempoh
masa yang panjang.

BAHAGIAN D
Jadual 6 merupakan maklum balas responden mengenai kesan kewangan yang dialami ketika
pembelajaran secara dalam talian. Item 1 sebanyak 34.4% responden bersetuju pembelajaran
dalam talian menjimatkan kos pembiayaan harian. Seterusnya bagi (item 2) 41.1% responden
menyatakan tidak pasti bahawa mereka mampu menguruskan kewangan dengan baik dalam
tempoh pandemik. Didapati responden tidak setuju dan tidak pasti dengan mengalami masalah
untuk membiayai kos pembelian internet bagi (item 3) 28.9%. Bagi item 4, didapati 46.7%
sangat tidak setuju bahawa mereka terpaksa kerja sambilan untuk memperoleh kewangan bagi
menampung kos harian pembelajaran manakala item 5, didapati 37.8% adalah tidak pasti sama
ada mempunyai kewangan yang baik untuk membeli buku, alat tulis dan kelengkapan lain.

Jadual 6: Kesan Terhadap Kewangan

Bil Kesan Terhadap Kewangan STS TS TP S ST


1. Pembelajaran dalam talian menjimatkan 4.4% 5.6% 24.4% 34.4% 31.1%
kos pembiayaan harian saya.

2. Saya mampu menguruskan kewangan 4.4% 6.7% 41.1% 30% 17.8%


dengan baik dalam tempoh pandemik.

11
3. Saya mengalami masalah untuk 16.7% 28.9% 28.9% 15.6% 10%
membiayai kos pembelian internet.

4. Saya terpaksa kerja sambilan untuk 46.7% 32.2% 11.1% 4.4% 5.6%
memperoleh kewangan bagi menampung
kos harian pembelajaran.

5. Saya mempunyai kewangan yang baik 2.2% 4.4% 37.8% 28.9% 26.7%
untuk membeli buku, alat tulis dan
kelengkapan lain.

BAHAGIAN E
Jadual 7 merupakan data responden berkenaan kesan terhadap masa yang dihadapi semasa
menjalani pembelajaran secara atas talian. Berdasarkan (item 1) 41.1% dari kalangan
responden tidak pasti bahawa tempoh masa yang diberikan oleh tenaga pengajar kepada saya
untuk menyelesaikan kuiz, tugasan dan peperiksaan mencukupi. Bagi item 2 pula sebanyak
31.1% tidak setuju bahawa mereka tidak mengalami sebarang bentuk gangguan dalam tempoh
masa pembelajaran dalam talian. Selain itu, (item 3) 45.6% dan (item 4) 35.6% responden tidak
pasti mampu menguruskan masa belajar dengan baik dan jadual yang padat tidak menghalang
untuk menjaga masa pemakanan harian. Didapati 33.3% dari responden bagi item 5 bersetuju
bahawa pembelajaran dalam talian tidak memerlukan pergerakkan dan menjimatkan masa.

Jadual 7: Kesan Terhadap Masa

Bil Kesan Terhadap Masa STS TS TP S ST


1. Tempoh masa yang diberikan oleh tenaga 11.1% 20% 41.1% 18.9% 8.9%
pengajar kepada saya untuk
menyelesaikan kuiz, tugasan dan
peperiksaan mencukupi.

2. Saya tidak mengalami sebarang bentuk 27.8% 31.1% 27.8% 6.7% 6.7%
gangguan dalam tempoh masa
pembelajaran dalam talian.

3. Saya mampu menguruskan masa belajar 4.4% 23.3% 45.6% 18.9% 7.8%
dengan baik.

4. Jadual yang padat tidak menghalang saya 7.8% 32.2% 35.6% 16.7% 7.8%
untuk menjaga masa pemakanan harian.

12
5. Pembelajaran dalam talian tidak 6.7% 7.8% 25.6% 33.3% 26.7%
memerlukan pergerakkan dan
menjimatkan masa.

7.0 PERBINCANGAN
Dalam kajian ini, kami mendapati bahawa pandemik COVID-19 telah membawa
pelbagai kesan terhadap pelajar dalam menjalani pembelajaran secara dalam talian. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memberikan maklum balas yang positif dan
juga negatif terhadap kesan yang dihadapi oleh mereka ketika menjalani pembelajaran secara
dalam talian.

Berdasarkan jadual kesan terhadap pembelajaran, kami mendapati bahawa majoriti


responden bersetuju bahawa rangkaian internet yang lemah menyukarkan proses pembelajaran
dalam talian. Ini berkemungkinan kerana tidak semua pelajar mempunyai capaian internet yang
baik di kediaman masing-masing khususnya di kawasan kampung dan pedalaman. Keruntuhan
sambungan internet atau rangkaian internet yang lemah ini dapat memutuskan kesinambungan
dalam pembelajaran bagi pelajar. Ini boleh menghalang pelajar daripada menghadiri kelas
secara berkala dan mempelajari kurikulum mereka. Kami juga mendapati bahawa majoriti
pelajar kurang setuju bahawa pembelajaran dalam talian memudahkan mereka untuk
berbincang dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan dengan lebih efektif.

Bagi jadual aspek kesihatan mata pula, kami mendapati bahawa majoriti pelajar
mengalami masalah kesihatan mata sepanjang menjalani pembelajaran secara dalam talian. Hal
ini berkemungkinan kerana penggunaan skrin yang terlalu lama semasa menjalani
pembelajaran secara dalam talian telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap mata pelajar
seperti mata yang semakin kabur, keletihan dan kemerahan. Namun, kami juga mendapati
bahawa terdapat beberapa pelajar yang mengambil pemakanan yang seimbang dan bernutrisi
bagi menghindarkan diri dari penyakit mata ini. Ini merupakan satu tindakan yang amat positif
kerana kesihatan mata sememangnya penting bagi seseorang individu terutamanya bagi
pelajar.

Dalam jadual aspek kewangan, kami mendapati majoriti pelajar tidak mempunyai
masalah terhadap kewangan mereka semasa menjalani pembelajaran secara dalam talian. Hal
ini berkemungkinan kerana pelajar sudah tentunya akan lebih banyak meluangkan masa di

13
rumah sahaja sepanjang pengajian mereka. Jadi, mereka tidak perlu mengeluarkan wang
belanja yang tinggi bagi menanggung pelbagai perbelanjaan seperti kos rumah sewa, kos
pengangkutan dan juga perbelanjaan harian seperti makan dan minum. Sebahagian kos pelajar
dapat dikurangkan dan semua kelengkapan serta peralatan dapat digunakan yang sedia ada di
rumah sahaja.

Akhir sekali, dapatan kajian kami daripada jadual aspek masa menunjukkan bahawa
majoriti pelajar setuju bahawa pembelajaran dalam talian tidak memerlukan pergerakkan dan
menjimatkan masa. Ini mungkin kerana pelajar tidak perlu bergerak ke mana-mana kelas atau
pusat kerana mereka hanya mengikuti pembelajaran secara dalam talian dari rumah. Namun
kami mendapati bahawa terdapat pelajar yang mengalami gangguan dalam tempoh masa
pembelajaran dalam talian. Gangguan ini mungkin berpunca daripada ahli keluarga yang
memerlukan bantuan pelajar tersebut dalam melakukan kerja-kerja tertentu di rumah.

Secara ringkasnya, semua pihak perlulah membudayakan pembelajaran secara dalam


talian ini. Pihak-pihak seperti pelajar dan pensyarah mestilah komited terhadap setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Selain itu, pensyarah dan pelajar juga perlu
lebih berani untuk meneroka, mencuba dan membiasakan diri dengan norma baharu
pembelajaran secara dalam talian dan seterusnya memperbaiki diri dalam setiap ruang dan
peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman terhadap pembelajaran
secara dalam talian.

14
RUJUKAN

Ahmad, N. L., Sho, S. L., Wahid, H. A., & Yusof, R. 2019. Kepentingan amalan pengajaran
dan pembelajaran abad ke-21 terhadap pembangunan pelajar. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 4(28), 28-51.
Amin, N. A. M., & Nasri, N. M. 2021. Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah
Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(2), 344-361.
Aziz, A. R. A., Zulkifli, N. A., Othman, M. Z., & Musa, N. N. 2021. Tinjauan Terhadap Tahap
Tekanan Pelajar Universiti Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 15-24.
Bing, W. A., & Jamaludin, K. A. 2021. Pembelajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Semasa
Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 408-414.
Connie Loo. 2018. Top Nine Nelson Mandela Quotes About Education.
https://borgenproject.org/nelson-mandela-quotes-about-education/ [1 January 2022].
Daud, Z., Haridi, N. M., Alias, N., & Hasin, A. 2021. Kajian Perbandingan Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Simptom Stres Yang Dialami Ketika Sesi
Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Era Covid-19: A Comparative Study
Among Students of Higher Education Institutions on Stress Symptoms During Online
Teaching and Learning in The Era Of Covid-19. al-Irsyad: Journal of Islamic and
Contemporary Issues, 6(1), 615-627.
Ganasan, H. M., & Azman, N. 2021. Kesihatan Mental dan Motivasi Pelajar Semasa
Pembelajaran Dalam Talian Sepanjang Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 25-40.
Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian semasa
perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 9,
18-28.
Kamsani, I. I., & Mahat, A. 2021. Covid 19: Impak E-Pembelajaran Terhadap Kesihatan
Pelajar Universiti. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 53-60.
Kamsani, I. I., & Mahat, A. 2021. Covid 19: Impak E-Pembelajaran Terhadap Kesihatan
Pelajar Universiti. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 53-60.
Mohamad, N. M. 2021. Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis
(Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243-
254.
Muhammad, N., & Kutty, F. M. 2021. Hubungan Antara Pembelajaran Regulasi Kendiri dan
Motivasi Terhadap Pencapaian Akademik. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 6(9), 215-229.

15
Saleh, N. S., & Rosli, M. S. 2018. Kepentingan Pembelajaran Abad ke 21 Terhadap Potensi
Kebolehpasaran Modal Insan (The Importance of 21st Century Learning on Human
Capital Market Potential). Innovative Teaching and Learning Journal (ITLJ), 2(2), 71-
81.
Saravanan, A., Veeramuthu, L. P., Rahman, M. L. A., & Harun, J. 2021. Persepsi Pelajar
Terhadap Kesan Pembelajaran Kesusasteraan Melayu Secara Dalam Talian.
PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 58-71.
Yahaya, M., & Hayat Adnan, W. 2021. Cabaran Pelajar Melalui Kaedah Pembelajaran Atas
Talian: Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Journal of Media and
Information Warfare (JMIW), 14, 11-20.

16
LAMPIRAN

Bahagian A: Maklumat Responden


Bagi setiap soalan, sila tandakan (/) pada maklumat yang berkenaan

Jantina:
Lelaki
Perempuan
Umur:
15-18 tahun
19-22 tahun
23-25 tahun

Lokasi Terkini:
Rumah
Kolej

Tahap Pendidikan:
Sekolah
Matrikulasi/STPM/Asasi
Diploma
Ijazah Sarjana Muda

Bahagian B: Kesan kepada Pembelajaran

Skala
1 2 3 4 5
Bil Kesan Terhadap Pembelajaran Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
tidak setuju pasti setuju
setuju
1 Pembelajaran dalam talian 1 2 3 4 5
meningkatkan kerjasama dalam
membuat tugasan kumpulan..
2 Saya dapat berkenalan dengan rakan- 1 2 3 4 5
rakan dengan lebih rapat walaupun
secara dalam talian.
3 Rangkaian internet yang lemah 1 2 3 4 5
menyukarkan proses pembelajaran
dalam talian.

17
4 Pembelajaran dalam talian memudahkan 1 2 3 4 5
saya untuk berbincang dan
mengulangkaji pelajaran bersama rakan-
rakan dengan lebih efektif.
5 Saya dapat meningkatkan prestasi 1 2 3 4 5
pembelajaran dengan lebih efisien.

Bahagian C: Kesan kepada Kesihatan Mata Pelajar

Skala
1 2 3 4 5
Bil Kesan Terhadap Kesihatan Mata Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
Pelajar tidak setuju pasti setuju
setuju
1 Pembelajaran dalam talian menjadikan 1 2 3 4 5
penglihatan saya semakin kabur.
2 Penggunaan skrin lebih lama 1 2 3 4 5
menyebabkan saya berasa sakit
kepala yang berterusan.
3 Penggunaan skrin lebih lama 1 2 3 4 5
menyebabkan mata saya semakin
penat dan letih.
4 Saya sentiasa mengambil pemakanan 1 2 3 4 5
yang seimbang dan bernutrisi bagi
menghindarkan diri dari penyakit mata.
5 Penggunaan skrin lebih lama 1 2 3 4 5
menyebabkan mata saya menjadi merah
dalam tempoh masa yang panjang.

Bahagian D: Kesan kepada Kewangan

Skala
1 2 3 4 5
Bil Kesan Terhadap Kewangan Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
tidak setuju pasti setuju
setuju
1 Pembelajaran dalam talian menjimatkan 1 2 3 4 5
kos pembiayaan harian saya.
2 Saya mampu menguruskan kewangan 1 2 3 4 5
dengan baik dalam tempoh
pandemik.
3 Saya mengalami masalah untuk 1 2 3 4 5
membiayai kos pembelian internet.
4 Saya terpaksa kerja sambilan untuk 1 2 3 4 5
memperoleh kewangan bagi
menampung kos harian pembelajaran.

18
5 Saya mempunyai kewangan yang baik 1 2 3 4 5
untuk membeli buku, alat tulis dan
kelengkapan lain.

Bahagian E: Kesan kepada Masa

Skala
1 2 3 4 5
Bil Kesan Terhadap Masa Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat
tidak setuju pasti setuju
setuju
1 Tempoh masa yang diberikan oleh 1 2 3 4 5
tenaga pengajar kepada saya untuk
menyelesaikan kuiz, tugasan dan
peperiksaan mencukupi.
2 Saya tidak mengalami sebarang 1 2 3 4 5
bentuk gangguan dalam tempoh masa
pembelajaran dalam talian.
3 Saya mampu menguruskan masa 1 2 3 4 5
belajar dengan baik.
4 Jadual yang padat tidak menghalang 1 2 3 4 5
saya untuk menjaga masa pemakanan
harian..
5 Pembelajaran dalam talian tidak 1 2 3 4 5
memerlukan pergerakkan dan
menjimatkan masa.

19

Anda mungkin juga menyukai