Anda di halaman 1dari 1

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK AKHLAK ANAK-ANAK

Pembentukan sikap atau akhlak mulia adalah amat mustahak dalam diri anak-anak.
Akhlak bermksud kelakuan atau keperibadian seseorang dan akhlak seseorang anak
adalah salah satu tanggungjawab yang terletak pada bahu ibu bapa. Ibu bapa telah
memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk akhlak anak-anak. Ibu bapa
bertanggungjawab untuk menyemai nilai-nilai murni seperti bersopan-santun, bantu-
membantu, hormat-menghormati terhadap anak-anak sejak kecil-kecil lagi. Namun,
ibu bapa harus mengetahui iaitu kesibukan bukan alasan kepada para ibu bapa untuk
mengabaikan anak-anak. Seyogianya, kita harus mengambil berat dalam isu ini.
Asuhan yang betul adalah mustahak dalam membentuk akhlak seseorang anak. Ibu
bapa harus membelai dan mendidik anak-anak dengan asuhan yang betul sejak kecil-
kecil lagi. Anak-anak merupakan tuntutan agama. Anak-anak adalah anugerah Tuhan.
Tuhan bertujuan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Anak-anak harus
mengetahui bahawa nilai yang baik atau buruk, sama ada formal atau informal.
Sebagai contoh, didikan moral dan agama, pupukn nilai baik hati, prihatin, nilai
tersebut harus diajar oleh ibu bapa sejak kecil-kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ini adalah banteng yang terbaik untuk menghalang
anak-anak terjebak dalam kancah maksiat. Pendek kata, kegagalan pendidikan dan
asuhan yang betul akan menyebabakan mereka terdedah kepada pelbagau pengaruh
negatif.

Selain itu, ibu bapa juga akan menjadi model kepada anak-anak. Tingkah laku yang
dijalankan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Seperti kata peribahasa,
bapa borek, anak rintik. Anak-anak akan mewarisi sikap ibu bapa, lalu menyikut jejak
mereka. Oleh itu,, ibu bapa yang teladan baik mampu membentuk seorang anak yang
murni, keluarga yang aman dan harmoni juga dapat dibentuk. Seorang anak yang
cemerlang akan dibentuk oleh ibu bapa yang cemerlang. Sebagai contoh, ibu bapa
boleh mengamalkan tatasusila ketimuran terhadap sendiri dan anak, anggota keluarga
saling menghormati. Hak dan tanggungjawab ibu bapa juga harus dihormati dan
begitulah sebaliknya iaitu yang tua dihormati, manakala yang muda harus diberi
peluang untuk bersuara. Cara berkomunikasi ibu bapa haruslah sentiasa berbudi
bahasa kepada sesiapa sahaja supaya menjadi teladan anak-anak. Pendek kata, ibu
bapa merupakan teladan kepada setiap anak.

Anda mungkin juga menyukai