Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH

KEDIAMAN

xxxxxxx
(alamat rumah)

Di antara
PENYEWA

NAMA :
NO.KAD PENGENALAN :
NO.TEL.BIMBIT :
ALAMAT TETAP/ASAL :

PEMILIK

(Nama tuan rumah)


Alamat tuan rumah

1
BUTIRAN SEWAAN

Alamat rumah / bilik yang disewa


Xxxxxxxx,
Xxxxx,
Xxxxx

Jenis bangunan
Sebuah Unit Rumah Teres Tiga Bilik Tidur

Tarikh dan Tempoh Sewaan

Tarikh xxxxxxxx dari xxxx hingga xxxxx (1 TAHUN)


Sewa Bulanan

Sewa bulanan : RM xxxx


Jenis & tarikh pembayaran

Internet Banking
Sebelum / pada setiap 30 haribulan setiap bulan
Wang cagaran pendahuluan

Deposit : RM 1200 (+1 bulan sewa) + RM 200 (Utiliti)


Jumlah : RM 1400
Pembaharuan Perjanjian*

1. Membayar bayaran sewa pada tarikh seperti mana ditetapkan iaitu pada 30hb pada setiap
bulan.
2. Bertanggungjawab membayar segala bil utiliti (Elektrik dan Air) yang dikenakan pada
rumah tersebut semasa tempoh sewa berjalan.
3. Tidak menggunakan dan / atau membenarkan bilik / rumah tersebut dan / atau sebahagian
daripada bilik / rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang
atau tidak bermoral, sama ada perniagaan dan perdagangan dan perjudian, memberi
perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.
4. Tidak menyewakan atau menyerah atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan / atau
sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa mendapat kebenaran dari tuan
rumah dan sekiranya penyewa mengingkari kehendak dan maksud perenggan ini maka tuan
rumah berhak mengutip kesemua bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan / atau
seterusnya tuan rumah berhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan
oleh perjanjian ini.

2
5. Tidak membenarkan dan/ atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan / atau
perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam rumah tersebut walau
dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran bertulis dari tuan rumah.
6. Tidak memelihara dan / atau membaik sebarang haiwan di dalam kawasan luar dan / atau di
mana sahaja dalam rumah tersebut.
7. Tidak membawa dan / atau menyimpan dalam rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan,
bahan beracun, dan atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan / atau yang mudah
terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari
pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan tuan rumah.
8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan tersebut termasuk ruangan kaki lima,
serta jalan di sekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh tuan rumah atau
pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang diberi kuasa olehnya.
9. Menjaga dan memastikan keadaan dalam rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini
supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh diduduki (kerosakan oleh api, ribut
taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
10. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang menggunakan
dril penebuk dan dimasukkan ‘wall plug' dengan mendapatkan persetujuan oleh tuan rumah
terlebih dahulu.
11. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada
tuan rumah. tuan rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang. Jika berlaku
kehilangan kunci asal, penyewa bertanggungjawab sepenuhnya membayar kos kunci
pendua.
12. Tidak dibenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua yang melanggar undang-undang.
undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain
yang melibatkan rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang
melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau
menyebabkan premiumnya bertambah.
13. Membenarkan tuan rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-
pekerja yang diupah pada bila-bila masa sahaja memasuki rumah tersebut untuk membuat
pemeriksaan atau pembaikan kepada rumah tersebut yang mana tuan rumah menganggap
munasabah.
14. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau
pekerja-pekerja yang diupah oleh penyewa atau pelawat dengan kebenaran penyewa kepada
kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar
balik kepada tuan rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan
itu yang disebabkan oleh penyewa.
15. Sekiranya berlaku kerosakkan pada kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah
disebabkan oleh kecuaian penyewa, kos tersebut perlu dibayar oleh penyewa berdasarkan
kos semasa kemudahan tersebut.
16. Penyewa bersetuju untuk menyewa bilik / rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih
seperti sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali bilik / rumah tersebut
dalam keadaan sama atau lebih baik kepada tuan rumah dan menanggung bayaran
membersih jika tuan rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh
perjanjian penyewaan ini tamat ataupun
17. Penyewa tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman haram ke dalam bilik /
rumah.

3
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH :

1. Akan membayar cukai pintu / cukai taksiran / cukai tanah / bil penyelenggaraan yang
dikenakan ke atas rumah tersebut.
2. Membaiki segala kerosakan besar yang menimpa bilik / rumah tersebut yang merupakan ia
bukan disebabkan kelalaian dan memperbaiki apa apa kerosakan yang disebabkan oleh '"Fair
Wear dan Tear" dan tuan rumah bertanggungjawab bagi mengawasi dan mengurus segala
kerja pembaikan keatas rumah tersebut sepanjang tempih penyewaan ini.
3. Tuan rumah akan membayar wang cagaran kepada penyewa sepanjang penyewaan ini
tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang cagaran boleh digunakan oleh tuan rumah bagi
menjelaskan sewa rumah yang tertunggak dan / atau sewa untuk perbelanjaan apa jua
kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa,
kakitangan dan atau / atau wakilnya dan sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa
mengikut syarat-syarat yang terkandung Di dalam perjanjian ini dan / atau perbelanjaan yang
ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah seperti keadaan
semasa perjanjian ini ditandatangani.
4. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dibuat sebelum penyewa mendiami rumah
seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap berada Dalam keadaan yang baik,
sistem pendawaian dan bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA :

1. Tuan rumah hendaklah menyerahkan kunci kepada penyewa, selepas penyewa membayar
wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua dua pihak.
2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh tuan rumah atau penyewa, adalah menjadi
tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada tuan rumah atau wakilnya
dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan rumah tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya,
maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan
kepada tuan rumah. Sekiranya tiada bayaran pada tarikh yang dipersetujui, Wang cagaran
akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan tuan rumah berhak menamatkan
perjanjian penyewaan ini.
4. Tuan rumah berhak untuk TIDAK memperbaharui tempoh penyewaan.
5. Tuan rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini,jika berlaku mana mana
perlanggaran atau bila mana tuan rumah berkehendakkan semula rumah tersebut bagi apa apa
tujuan dengan mengemukakan tidak kurang daripada satu (1) bulan notis bertulis kepada
penyewa.
6. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberikan notis tidak kurang satu (1)
bulan kepada tuan rumah atau wang cagaran tidak akan dikembalikan.
7. Penamatan penyewaan tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada tuan rumah
apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian ini
8. Sebarang pertikaian diantara tuan rumah dan penyewa mengenai penyewaan rumah tersebut
hendaklah diselesaikan dengan aman dan baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai,
hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.

4
9. Penyewa terikat dengan kontrak penyewaan selama dua tahun (2 tahun). Maka, penyewa yang
mahu keluar rumah tanpa sebab munasabah, wang deposit tidak akan dikembalikan. Akan
tetapi jika penyewa mahu keluar dari rumah (setelah menyewa selama 2 tahun maka wang
deposit akan dikembalikan, dengan syarat penyewa memberikan notis tidak kurang 1 bulan
awal dari tarikh jangkaan keluar.
10. Penyewa yang lambat membayar sewa selama tiga (3) kali dalam setahun boleh ditamatkan
kontrak penyewaan oleh tuan rumah dan wang deposit tidak akan dikembalikan. Budi bicara
akan digunakan sama ada untuk meneruskan sewa atau tidak.

Dengan merujuk kepada perjanjian di atas, pihak pihak yang terlibat dalam perjanjian ini telah
bersetuju untuk menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang tersebut.

________________________________________
NAMA: nama penyewa
NO.KAD PENGENALAN:
TARIKH:

_________________________________________
PEMILIK:
NO.KAD PENGENALAN:
TARIKH:

Anda mungkin juga menyukai