Kesusasteraan Melayu
Abstrak
Abstract
Pengenalan
Teori Hegemoni
Sejarah Budaya
Hegemoni
Intelektual
• kebudayaan
• hegemoni
• ideologi
• kepercayaan popular
• intelektual
• negara
mereka boleh hidup dengan hasil ini. Namun, oleh kerana masyarakat
Malaysia tidak mementingkan penghasilan intelektual, maka golongan
intelektual lemah dan tidak boleh berdikari sebagaimana penting yang
digambarkan oleh Gramsci untuk pembangunan dalam masyarakat
kelompok sosial yang didukunginya. Di samping itu, perpecahan
masyarakat kepada kelas, menyebabkan kebanyakan intelektual
berpihak kepada pemerintah, dan yang lain kepada ideologi-ideologi
kepuakan yang lain, menyebabkan sesuatu masyarakat kekurangan
intelektual yang saksama dan adil. Gambaran ini akan diperjelaskan
sebagaimana yang diungkapkan oleh pengkarya atau pengarang dalam
karya mereka, khususnya novel yang kebanyakannya mewarnai politik
mengikut zaman dan perubahan masyarakat yang dilakukan oleh para
intelektual Melayu.
Tembok Tidak Tinggi, Patah Sayap Terbang Jua dan Kail Panjang
Sejengkal tetap mempunyai tempat dan tanggungjawabnya dalam
pembinaan negara-bangsa, terutama ketika perjuangan menentang
penjajahan kolonial Barat.
Bagi merealisasi dan mendinamikkan lagi penampilan tentang
pembangunan rohaniah baik secara langsung mahupun tidak,
pengarangnya juga menampilkan fenomena-fenomena pembangunan
yang bersifat fizikal dan infrastruktur serta unsur-unsur protes sosial
atau pertentangan ideologi dan lahiriah sama ada bersifat perseorangan
mahupun kelompok. Hal ini digambarkan oleh A.Samad Ismail dalam
novel-novelnya; Tembok Tidak Tinggi, Patah Sayap Terbang Jua dan
Kail Panjang Sejengkal. Sesungguhnya dalam konteks kehidupan
manusia sehari-hari sama ada di desa ataupun di bandar mengikut
Gramsci (1971), fenomena pembangunan yang bersifat infrastruktur
demi kesejahteraan dan kemudahan ini memang rancak dijalankan.
Sebagaimana yang ditegaskan fenomena pembangunan infrastruktur
itu menyebabkan munculnya berbagai-bagai kesulitan dan rintangan
kepada masyarakat setempat sesuatu pembangunan itu dijalankan,
maka timbulnya suara-suara dan tindak balas yang berupa protes
sosial (Ramli Isin, 2004: 8).
Kesimpulan
Rujukan