Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA PELAKSANAAN DEMOSTRASI DAN PROSEDUR

PERMAINAN KECIL PENDIDIKAN JASMANI

1.0 PENGENALAN

Kesihatan dan kecergasan adalah di antara keperluan asas bagi pencapaian


kejayaan dan kesejahteraan dalam segala kegiatan hidup seseorang setiap hari untuk
sepanjang hayat.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah berteraskan pemupukan kefahaman,


nilai dan amalan tentang gaya hidup yang sihat dan cergas, terutama sekali keperluan
dan masalah berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan remaja. Ini termasuk
pengetahuan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan pesat remaja,
kefahaman tentang kesihatan jasmani, mental dan emosi mereka, serta kemahiran-
kemahiran bagi memelihara dan meningkatkan lagi taraf kesihatan dan kecergasan diri.
Perhatian akan diberi kepada pengaruh luar, khususnya pengaruh daripada keluarga
rakan sebaya dan keadaan alam sekitar, serta isu-isu yang timbul hasil daripada
interaksi dengan pengaruh-pengaruh ini. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan
memberi pelajar peluang menyedari akan keadaan dirinya, membuat penyesuaian
terhadap masalah-masalah lokomotor seperti koordinasi anggota badan, demi untuk
memupuk keyakinan diri. Kegiatan-kegiatan jasmani yang dicadangkan akan
membantu memudahkan proses sosiolisasi dengan memberi pelajar peluang
berinteraksi di antara satu sama lain, dan berinteraksi dalam masyarakat di sekolah
serta di komuniti.

Permainan kanak-kanak terdiri daripada empat kategori iaitu menyerang dan


bertahan, sasaran, jaring & dinding dan serangan. Dalam permainan kanak-kanak,
murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran dalam permainan asas
seperti kriket, boling, badminton, skuasy, bola sepak dan sebagainya. Selain itu murid-
murid juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan selain
dapat menjadi lebih kreatif, meningkatkan kesihatan, dapat fokus terhadap sesuatu

1
perkara, meransang otak kiri untuk membuat keputusan dengan cepat dan banyak lagi
faedah lain yang boleh kita perolehi melalui permainan kanak-kanak ini.

Melalui permainan kanak-kanak juga kita dapat mengeluarkan idea yang bernas
dan kreatif untuk mencipta sesuatu permainan yang baru dan dapat memanipulasi
sesuatu alatan itu kepada suatu permainan yang baru yang lebih menarik.

2.0 TAJUK
Kategori : Menyerang dan bertahan
Nama permainan : Softket

3.0 MATLAMAT
Matlamat utama mempelajari permainan kanak-kanak ini ialah :-

1. Memupuk semangat kesukanan dalam diri guru pelatih.


2. Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap individu
mencapai pembangunan yang optimum dan memberi sumbangan kepada
masyarakat.
3. Meningkatkan kecergasan jasmani keseluruhan murid supaya mereka boleh
melakukan kerja-kerja hariannya dengan cekap dan kreatif.
4. Memberi keyakinan diri kepada setiap guru pelatih untuk mengajar Pendidikan
Jasmani dengan menarik dan kreatif pada masa kelak.
5. Membantu guru pelatih untuk mencapai pertumbuhan sosial dan kemanusiaan
dalam diri.
6. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dalam
permainan.
7. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.
8. Menguasai konsep aktiviti permainan kanak-kanak mengikut kemampuan diri.
9. Membentuk keputusan bijak mengikut keadaan persekitaran dalam kehidupan.

2
4.0 OBJEKTIF
1. Memberikan pengetahuan dan pendedahan tentang cara melakukan aktiviti
permainan kanak-kanak serta cara-cara mengaplikasikan dalam kurikulum PJK
sekolah.
2. Membantu para guru pelatih membezakan model dan kategori permainan kanak-
kanak.
3. Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan bagi aktiviti permainan
kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
kurikulum PJK sekolah.
4. Membolehkan pelajar menghayati dan mengamalkan nilai murni semasa
menjalankan aktiviti permainan sesama murid.
5. Memupuk etika kerjasama sesama pelajar bagi menghasilkan suasana
konduksif.
6. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecerdasan dan kecergasan serta
membentuk sahsiah dan disiplin diri individu.
7. Membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai palbagai kegiatan fizikal.

5.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

5.1 Tarikh
 20 September 2010

5.2 Masa
 7.45 pagi – 9.45 pagi

5.3 Tempat
 Padang IPG kampus Kota Bharu

3
6.0 KUMPULAN SASARAN
 Murid-murid tahap dua (Darjah 4, 5 dan 6)

Aktiviti ini sesuai dilakukan untuk tahap dua kerana mereka lebih mahir
dengan kemahiran-kemahiran asas permainan yang selaras dengan kemampuan
fizikal dan bentuk badan mereka. Permainan ini dirancang untuk menguji
kecergasan, kemahiran dan kecerdasan psikomotor pelajar dalam melakukan
serangan untuk membuat jaringan atau mengumpul mata.

7.0 BILANGAN PESERTA


Bilangan peserta seramai 36 orang dan dibahagikan kepada 6 kumpulan yang
terdiri daripada 6 orang pemain bagi setiap kumpulan.

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI


8.1 Ahli Jawatan Kuasa Induk
Pengerusi : Mohd Sharif Bin Rashid
N. Pengerusi : Nadia Nasuha Bt. Mohd Saidi
Setiausaha : Mohd Ridzwan B. Che Harun
Bendahari : Fathanah Bt. Che Ismail
AJK Peralatan & Keselamatan : Wan Mohd Nor Ariza B. Wan Bakar
: Mohd Ridzuan Bin Abdul Samad
AJK Teknikal Pertandingan : Muhammad Lokman Hakim Bin Nasir
: Mohd Zahran B. Mohd Halil
AJK Hadiah & Cenderhati : Zaiazlina Binti Zainuddin
: Mohd Hafiz Izzudin B. Zulkifli
AJK Persegaran : Noor Afifah Bt. Abd Wahab
: Nurain Binti Mohamad Zee
AJK Kehakiman : Mohamad Hairulamri B. Nordin
: Mohamad Fadhil Bin Mahamad Yasri
AJK Tugas Khas :Nurul Fatihah Bt. Abd Hamid
: Mohamad Asrizal Bin Osman

4
8.2 Ahli Kuasa Permaianan
Ketua Kumpulan : Mohamad Fadhil Bin Mahamad Yasri.

Penolong Ketua Kumpulan : Nurain Binti Mohamad Zee

Setiausaha : Zaiazlina Binti Zainuddin

Ajk Teknikal Pertandingan : Muhammad Lokman Hakim Bin Nasir

Ketua Pengadil : Mohd Sharif Bin Rashid

Penolong Ketua Pengadil : Mohamad Asrizal Bin Osman

Penjaga Garisan 1 : Mohd Ridzuan Bin Abdul Samad

Penjaga Garisan 2 : Nadia Nasuha Binti Mohd Saidi

8.3 Senarai Nama Peserta


Rujuk lampiran A
8.4 Senarai Semak Permainan

8.4.1 Sebelum permainan


I. Tempat perlaksanaan permainan tidak digunakan oleh pihak lain
sebelum aktiviti permainan dijalankan.
II. Tempat permainan adalah bersih dan selamat digunakan.
III. Semua peserta permainan berada di padang sebelum 7.45 pagi
dan berpakaian sukan yang kemas.
IV. Sebelum aktiviti permainan dimulakan, peserta melakukan aktiviti
memanaskan badan.

5
8.4.2 Semasa permainan
I. Semua peserta permainan haruslah memahami peraturan.
II. Peserta permainan berada dalam kedudukan masing-masing dan
sedia menerima arahan permainan.
III. Peserta permainan perlu peka terhadap persekitaran permainan.
IV. Pastikan bilangan ahli pemain mencukupi dalam setiap kumpulan.
V. Pencatat markah sentiasa peka terhadap markah dan masa
permainan.

8.4.3 Selepas permainan


I. Semua peralatan dikumpulkan di satu tempat.
II. Peserta permainan dikumpulkan di tengah kawasan mengikut
kumpulan supaya keputusan senang disampaikan.
III. Pastikan tiada ahli kumpulan yang cedera semasa aktiviti
permainan dijalankan.

8.5 Senarai Peralatan


Alatan yang diperlukan untuk permainan Soft Ring ialah:

1. Pundi kacang
2. Kon besar
3. Kon kecil
4. Jersi/ beep
5. Gelung rotan
6. Wisel.
7. Kayu kriket
8. Bendera
9. Bola lisut

6
8.6 PROSEDUR PERMAIANAN
8.6.1 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permaianan
Rujuk lampiran B

8.6.2 CARA BERMAIN

1. Permainan ini dimainkan seramai enam orang setiap pasukan.


2. Kedua-dua pasukan membuat undian sama ada memukul atau bertahan dahulu.
3. Pasukan bertahan hendaklah melantik seorang daripada pemain mereka
sebagai pembaling bola.
4. Pembaling bola tidak dibenarkan bergerak daripada tapak balingan sebelum
melontarkan bola.
5. Pasukan bertahan boleh menjaga dimana-mana sahaja kawasan kecuali didalam
zon larangan sebelum pasukan lawan melakukan pukulan.
6. Setiap individu dalam pasukan pemukul hanya boleh memukul sekali sahaja
sama ada mendapat mata atau tidak.
7. Selepas permainan dimulakan, si pembaling (pasukan bertahan) hendaklah
membaling bola secara lantunan sebelum garisan ball. jikalau lebih daripada
garisan tersebut, maka dia akan mendapat “foul ball”.
8. Jjika si pembaling mendapat lebih daripada tiga kali “foul ball”, maka pasukan
pemukul akan mendapat satu mata percuma.
9. Kepada pasukan pemukul pula, mereka hendaklah memukul bola secara
lantunan dalam zon permainan. jika tidak, pukulan itu tidak dikira sah dan si
pemukul tersebut akan hilang giliran serta merta.
10. Sekiranya si pemukul berjaya memukul bola tersebut, dia hendaklah mengambil
pundi kacang disebelah dan melemparkan pundi kacang tersebut dalam zon
mata setelah kedua belah kaki melepasi titik garisan yang telah ditetapkan.
11. Bilangan mata berdasarkan bilangan pundi kacang yang berjaya diambil oleh
setiap individu.
12. jika si pemukul berjaya memukul bola melebihi zon “homerun”, maka
pasukannya berjaya mendapat 10 markah percuma.

7
13. Kepada si pembaling pula, sekiranya bola yang dilemparkan itu terkena stam
yang berada di belakang si pemukul, maka pasukan pemukul akan hilang giliran
keseluruhan kumpulan.
14. Sekiranya semua individu dalam pasukan pemukul sudah memukul bola, maka
giliran memukul dan bertahan akan bertukar tangan.

8.6.3 PERATURAN PERMAINAN

1. Penjaga dilarang menuju ke zon larangan sebelum pukulan pihak lawan


dilakukan.
2. Bola yang disambut oleh pihak lawan hendaklah dilantunkan terlebih dahulu
dalam zon permainan. Jika tidak, hilang giliran.
3. Pasukan bertahan bebas menjaga di mana sahaja.
4. Pembaling bola tidak dibenarkan bergerak daripada tapak balingan sebelum
melontarkan bola.
5. Si pemukul hendaklah melemparkan satu sahaja pundi kacang setiap kali
pukulan untuk mendapatkan mata setelah kedua belah kaki melepasi titik
garisan yang telah ditetapkan.
6. Jika pemukul memukul bola melebihi zon ‘homerun’, kumpulan pemukul
mendapat 10 markah percuma.
7. Pasukan bertahan (si pembaling) mestilah membaling bola secara lantunan
sebelum garisan ball. Jika lebih garisan ball, makan dia mendapat faoul ball.
8. Sekiranya bola yang dilemparkan kepada pihak lawan terkena stam, dikira
hilang giliran Keseluruhan anggota pihak lawan.
9. Setiap individu hendaklah memukul sekali sahaja sama ada mendapat mata
ataupun tidak, Seterusnya berpindah pula kepada individu lain dalam kumpulan
yang tersebut.

8
8.7 JADUAL PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Jadual pertandingan adalah seperti di
bawah:

SEMIFINAL
FINAL
BM3

SN

BM 2

JOHAN

MT 2

PK

MT 1

9
8.9 PEMARKAHAN

Markah akan diberikan kepada pasukan yang Berjaya mengambil pundi kacang
dalam gelung rattan dan diletakkan dalam gelung rotan yang lain yang telah disediakan.
Berikut merupakan borang skor permarkah.

Pemain / SKOR SKOR SKOR SKOR SKOR SKOR TOTAL


1 2 3 4 5 6
Pasukan & giliran

PASUKAN

GILIRAN 1

PASUKAN

GILIRAN 1

PASUKAN

GILIRAN 2

PASUKAN

GILIRAN 2

10
9.0 RUMUSAN

Pendidikan jasmani adalah satu bidang yang selalunya diabaikan oleh pihak
sekolah, terutamanya kepada murid darjah enam. Pihak sekolah tidak seharusnya
mengukur pencapaian murid dalam bidang akademik sahaja. Sememangnya
pendidikan jasmani juga adalah penting dan dapat memperkembangkan kemahiran
motor murid-murid. Bukan itu sahaja, pendidikan jasmani juga dapat membina
keyakinan diri murid-murid. Jika murid-murid berjaya membaling bola tepat ke sasaran
atau menjaringkan gol dan sebagainya, maka ia akan dapat menambahkan keyakinan
diri mereka. Selain itu, pendidikan jasmani juga dapat meningkatkan kecergasan dan
pembangunan mental dari segi kognitif dan afektif.

Melalui aktiviti permainan kategori serangan dan bertahan ini, kanak-kanak


khususnya murid-murid sekolah rendah dapat mengetahui tentang persekitaran
permainan di samping memotivasikan diri mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat
mendisiplinkan diri mereka yang mana segala arahan dan kepatuhan peserta di titik
beratkan. Terlebih dahulu, permainan ini akan didedahkan kepada guru pelatih selaku
peserta. Apabila guru pelatih telah menguasai permainan ini, mereka akan dapat
mengaplikasikan permainan tersebut di sekolah nanti. Melalui permainan ini juga, para
peserta dapat meningkatkan kemahiran dan kebijaksanaan dalam setiap pergerakan
dan strategi yang digunakan di samping menikmati keseronokan permainan ini.

11
BIBLIOGRAFI

Buku Rujukan

Abdul Hafidz Hj. Omar, Hussian Ayon & Zalawati Sufian, (2004). Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Helen Ten H.B. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Kanak-kanak.


Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee E.H. (1994). Pengajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

12
Lampiran A

Nama Kelas : PISMP BM/PJ/PSV SEMESTER 2

Nama Pasukan : BM2

Nama Pengurus Pasukan : KHAIRUL AHSRAF BIN ABD MALEK

BIL NAMA PESERTA NO.KAD PENGENALAN

1 KHAIRUL AHSRAF BIN ABD MALEK 901205-08-5967

2 MOHD ASWADI BIN ABD AZIZ 891202-10-5591

3 MOHD FARHAN BIN ABDULLAH 900125-11-6183

4 MUHAMMAD FARID BIN RUSLI 900415-07-5797

5 MUHAMMAD NAIM BIN AHMAD NOOR 900604-05-5613

6 SULAIMAN BIN ISHAK 900805-01-5781

13
Nama Kelas : PISMP BM/PJ/KS SEMESTER 2

Nama Pasukan : BM3

Nama Pengurus Pasukan : AHMAD SHAZWAN BIN ABDUL WAHID SHAWAL

BIL NAMA PESERTA NO.KAD PENGENALAN

1 AHMAD SHAZWAN BIN ABDUL WAHID SHAWAL 900801-08-5379

2 AMIR SYAHIR BIN AHMAD SUKRI 900125-02-5273

3 MOHAMAD NOOR FAIZI BIN ABU HASSAN 900518-08-5023

4 MOHD FITRI BIN CHE MOHAMAD 900420-02-5583

5 MOHD KHAIRUL AKMAL BIN JAMALUDIN 900614-01-5519

6 AHMAD FAIRUZ BIN ABDUL RAHIM 891128-11-5483

Nama Kelas : PISMP MT/PJ/BI (2) SEMESTER 2

14
Nama Pasukan : MATH 2

Nama Pengurus Pasukan : MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZAMRI

BIL NAMA PESERTA NO.KAD PENGENALAN

1 MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZAMRI 900730-03-5605

2 SHAFIQ AZLI BIN MOHD SALLEH 900220-11-5169

3 MUHAMMAD FAIZ BIN MAHAMAD ZAIN 900129-03-5823

4 MUHAMMAD IZZAT AZRI BIN ZULKEFELY 900921-06-5743

5 MOHD HAZWAN BIN HAJI IBRAHIM 880106-11-5323

6 MUHAMMAD HAFIZ BIN AZAHAR 900829-08-5979

Nama Kelas : PISMP MT/PJ/BI (1) SEMESTER 2

15
Nama Pasukan : MATH 1

Nama Pengurus Pasukan : FATHURRAHMAN BIN ISMAIL

BIL NAMA PESERTA NO.KAD PENGENALAN

1 FATHURRAHMAN BIN ISMAIL 881004-03-6477

2 MOHD ASYRAF BIN SOID 900803-02-5273

3 MOHD NIZAMUDDIN BIN AB AZIZ 890219-03-5011

4 MOHD SYAFIQ BIN DESA 890429-09-5127

5 MUHAMMAD AZUWAN BIN KAMARUDDIN 900907-06-5683

6 MUHD AWIS BIN MOHAMMED 901029-11-5425

Nama Kelas : PISMP PK/PJ/KS SEMESTER 2

16
Nama Pasukan : BM (PK)

Nama Pengurus Pasukan : MOHAMAD HANIFF B. ABD MURAD

BIL NAMA PESERTA NO.KAD PENGENALAN

1 AHMAD ASYRAF B.YAHYA 900619-03-5631

2 AHMAD KAMAL B.MOHAMAD 900716-06-5453

3 CHE KU MOHD HASRUL BIN CHE KU AZLAN 890715-11-5387

4 MUHAMAD SAIFULNIZAM B. ABD KARI 900626-03-5077

5 MOHAMAD HANIFF B. ABD MURAD 890511-11-5107

6 MOHD ASYRAF B. ZHUBIR 890820-02-5201

17