Anda di halaman 1dari 8

HATI ANTARA YANG MEMBAWA KETENANGAN KEPADANYA

Sesungguhnya kemuliaan dan ketinggian darjat manusia yang


membezakannya dari seluruh manusia adalah terletak pada
kesediaannya untuk mengenal Allah Subhanahuwata’ala  dengan
hatinya dan membuktikan pengakuan hatinya ini dengan amal
perbuatannya.
Dia beriman kepada Asma’ Allah al-Husna (Nama-Nama Allah Yang
Baik) dan melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah
Subhanahuwata’ala serta meninggalkan segala larangan-Nya.
Makrifatullah merupakan hiasan kesempurnaan dan kebanggaan
manusia semasa di dunia dan bekalan untuk di hari akhirat kelak.
Tanpa mengenali Allah Subhanahuwata’ala dan beriman kepada-Nya
manusia akan kelihatan terhina dan tidak sempurna sifat
kemanusiaannya. Di akhirat kelak, mereka akan memperolehi azab
yang menghinakan.

Realiti sekarang ialah manusia hanya mendakwa telah mengenal Allah


Subhanahuwata’ala dan menghafal nama-nama-Nya, tetapi dalam
kehidupan mereka, dalam tindakan pemikiran mereka,
memperlihatkan yang sebaliknya. Walaupun mereka menyatakan Allah
Subhanahuwata’ala  itu Malik al-Muluk (Raja Segala Raja), tetapi kita
melihat orang ini menyerahkan diri mereka untuk dipimpin, diperintah
oleh nilai dan hukum taghut. Mereka mengatakan bahawa Allah
Subhanahuwata’ala   itu Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya
(Allah Basir bi al-’ibad) tetapi dalam tindakan mereka tidak segan silu
untuk melakukan maksiat terhadap Allah Subhanahuwata’ala. Firman
Allah Subhanahuwata’ala:
ٌّ ‫و‬33333333333
٧٤ ٌ‫ز‬33333333333‫ي عَ ِزي‬ ِ ‫دۡ ِر ۚ ِٓۦه ِإنَّ ٱللَّ َه لَ َق‬33333333333‫ قَّ َق‬33333333333‫ح‬
َ ‫دَرُو ْا ٱللَّ َه‬33333333333‫ا َق‬33333333333َ‫م‬
Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa.  (Surah al-Hajj:
74)
Sekiranya kita memperhatikan realiti hidup para sahabat Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam, generasi Islam yang pertama, kita melihat

1
hakikat makrifatullah ini benar-benar menguasai hati dan tindakan
mareka. Hati mereka benar-benar dikontrol dan dipimpin oleh
makrifatullah.

Pernah Amir al-Mukminin, Umar al-Khattab bertemu dan bertanya


kepada seorang budak pengembala kambing:

“Kambing-kambing siapakah ini?” Jawab budak tersebut: “Kambing-


kambing ini milik tuan saya.” Tanya Umar: “Boleh saya membeli
beberapa ekor dari kambing-kambing ini?” Jawab budak pengembala
tersebut: “Kambing ini bukan saya yang punya, maka saya tidak
berhak untuk menjualnya.” Kata Umar: “Bukankah kambing-kambing
ini banyak, sekiranya kamu jual seekor kepadaku, tuanmu tidak akan
mengetahui kehilangan yang seekor itu, lagi pun tuanmu tiada di
sini.” Jawab budak tersebut: “Kalau begitu, di mana Allah?”.
(Maksudnya bukankah Allah Subhanallahuwata’ala itu melihat segala
kerja-kerja hamba-Nya? Apakah kita tidak takut melanggar perintah-
perintah-Nya?).
Mendengar kata-kata budak itu, Amir al-Mukminin menangis. Dia
menangis melihat betapa hidupnya iman budak itu. Betapa hati dan
pemikiran budak pengembala itu dikontrol dan dipimpin oleh
makrifah Asma’ Allah Subhanahuwata’ala, iaitu mengenal dan
menyedari sifat-sifat Allah Subhanahuwata’ala.
Begitu juga kita perhatikan pergantungan mereka kepada Allah
Subhanahuwata’ala. Kita melihat bagaimana Abu Bakr as-Siddiq,
seorang yang dididik di madrasah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam,
yang dididik dengan wahyu-wahyu Allah Subhanahuwata’ala dan
keimanan penuh kepada-Nya. Ketika turunnya perintah-perintah Allah
Subhanahuwata’ala, memerintahkan Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabatnya bersedia untuk
menghadapi tentera Rom di Tabuk, sahabat-sahabat Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam mula mengeluarkan harta benda mereka
untuk bekalan jihad di jalan Allah Subhanahuwaa’ala. Umar menderma

2
separuh dari harta kekayaannya. Manakala Uthman telah membekali
sepertiga kelengkapan peperangan untuk tentera-tentera Muslimin.
Tetapi Abu Bakr telah mendermakan semua harta benda dan kekayaan
yang ada padanya.
Dan apabila ditanya kepada beliau: “Apa lagi yang tinggal padanya
dan keluarganya?”
Beliau menjawab: “Aku tinggalkan Allah dan Rasul untuk diri
mereka.”
Inilah contoh yang benar-benar memperlihatkan hakikat hati
seseorang mukmin yang bergantung kepada Allah
Subhanahuwata’ala. Hati yang benar-benar yakin dan sedar tentang
sifat kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala.
Kata Imam al-Ghazali:

Hati itulah yang mengetahui tentang Allah, yang bekerja untuk Allah
dan yang sentiasa menghampiri-Nya, menyingkap dan merasai segala
kebesaran yang terdapat di sisi Allah. Manakala anggota lahiriyah
menjadi alat dan hamba kepada hati.
Jadi kita faham bahawa kita beriman dengan Allah
Subhanahuwata’ala, kepada Rasul-Rasul-Nya, kepada kitab-kitab-Nya,
kepada malaikat-malaikat-Nya dan kepada Hari Kebangkitan adalah
dengan hati. Hati manusia itulah yang dapat merasai, menerima,
meyakini dan mengimani kebesaran Allah Subhanahuwata’ala  kerana
sekiranya manusia hanya menggunakan akal untuk memikirkan
hakikat-hakikat yang ghaib ini, maka sememangnya akal tidak akan
menjangkau kewujudannya kerana akal manusia tidak akan menerima
sesuatu yang tidak nampak.
Kata Imam al-Ghazali lagi:

Apabila hati itu tidak mengejar yang lain selain daripada Allah, maka
sudah tentu dia dapat berhubung dan menghampiri dirinya kepada
Allah. Dia berasa bahagia apabila berhampiran dengan Allah. Dia
akan beroleh kemenangan jika dia sentiasa dibersihkan dan

3
sebaliknya akan beroleh derita dan kecewa jika dia dikotori dan
dicemari…
Hatilah yang sebenarnya mematuhi Allah Subhanahuwata’ala  dan
ibadat-ibadat yang dilakukan oleh anggota-anggota jasmaninya
adalah sinaran dan pancaran dari hati. Hati itulah yang menderhaka
dan bermaksiat kepada Allah Subhanahuwata’ala di mana keburukan
yang dilakukan oleh anggota-anggota jasmani itu merupakan hasil
perlakuan (ragam atau tabiat) hati itu sendiri.
Kita akan sama-sama mempelajari, apakah perkara-perkara yang
memberi ketenangan kepada hati. Hal ini sangatlah penting
melihatkan realiti kehidupan manusia pada hari ini. Kita melihat
manusia berada dalam keresahan, kebingungan serta tidak tahu
menilai yang mana yang benar dan yang batil. Kita berharap agar
dengan meneliti dan menyedari perkara-perkara yang memberi
ketenangan hati ini akan menguatkan lagi azam kita untuk terus
berada di atas sistem hidup yang diredhai Allah Subhanahuwata’ala.
Pertama:
Perkara pertama yang memberi ketenangan kepada hati seseorang
ialah apabila dia memperolehi ilmu, yakni ilmu yang membawa
seseorang itu untuk mengenali Allah Subhanahuwata’ala.  Ilmu yang
melahirkan iman kepada Allah Subhanahuwata’ala, ilmu yang diwarisi
daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ilmu-ilmu lain perlulah
bersumberkan atau berdasarkan kepada ilmu ini.
Iman yang lahir daripada ilmu dan kefahaman akan menyebabkan hati
berasa lapang dan puas; lebih lapang daripada dia berada dalam
cahaya siang hari (maksudnya kita tidak mahu seseorang itu menerima
Islam berdasarkan taklid buta, tetapi hendaklah berdasarkan
kefahaman dan keyakinannya terhadap din Allah Subhanahuwata’ala.
Sekiranya kita memperhati para sahabat Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam, kita melihat mereka menerima Islam dan
iman dengan faham dan sedar. Kita perhatikan Bilal bin Rabah, dia
cukup faham apakah sebenarnya Islam dan apakah yang dituntut
setelah melafazkan Lailaha Illallah dan beriman pada Allah
4
Subhanahuwata’ala. Dia memang faham sekiranya dia menerima
Islam, dia hendaklah meletakkan kepatuhannya hanya kepada Allah
Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya serta meninggalkan segala bentuk
penyembahan yang lain. Dia amat faham sekiranya dia menerima dan
mengimani hakikat Islam yang dibawa oleh Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam, dia akan menerima penentangan dan
penyeksaan yang tidak terperi. Tetapi penerimaannya terhadap din
Allah Subhanahuwata’ala atas dasar faham dan sedar, atas ilmu yang
benar, bahkan hatinya amat tenang menerima penyeksaan dan
penentangan yang hebat tersebut.
Di sebalik itu, kejahilan akan mewarisi kesempitan jiwa, malah jiwa
akan terasa dipenjara dan dibelenggu. Seolah-olah dia berada di
dalam ruang yang gelap-gelita. Teraba-raba tidak mengetahui ke arah
mana sebenarnya. Sebenarnya dengan kejahilan dan kesempitan jiwa
yang dirasainya itu, hatinya yang tidak mahu menerima kebenaran
(al-Haq), iaitu Islam sebagai hidayah dari Allah
Subahanahuwata’ala. Walaupun dia berada di tengah-tengah lautan
ilmu, bersama-sama orang yang ingin kembali kepada Islam , tetapi
hatinya masih berkeras tidak mahu menerima hakikat Islam yang
sebanarnya maka Allah Subhanahuwata’ala tidak akan memberi
petunjuk kepadanya dan membiarkan dia berada dalam kegelapan
hatinya.
Untuk menghapuskan kejahilan ini, hatinya mestilah disarankan,
dididik, diproses, ditamrin (dilatih) dan diasuh dengan ilmu-ilmu yang
benar. Hanya itulah sahaja yang menerangi hati yang penuh dengan
kegelapan itu. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang
bermaksud:
Sesiapa yang menuntut jalan menuntut ilmu, nescaya Allah
mempermudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.
Dan sabda Baginda lagi: Menuntut ilmu itu lebih utama dari solah
sunat….
Al-Maududi menyatakan: Seseorang itu dikatakan menerima Islam,
apabila dia menerima keislaman itu dengan sedar dan sengaja dan
5
beramal serta bertindak sesuai dengan kehendak Islam itu sendiri.
Oleh yang demikian, seseorang itu tidak mungkin menjadi Muslim
sedangkan dia jahil.
Kedua:
Hati itu akan merasai ketenangan (lapang) apabila dia berada dalam
keadaan menyintai Allah Subhanahuwata’ala dan menumpu sepenuh
perhatian (Tajarrud) kepada Allah Subhanahuwata’ala. Hati yang
menyintai Allah Subhanahuwata’ala akan merasai nikmat apabila
beribadat kepada-Nya. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam
yang bermaksud:
Tiga perkara sesiapa yang berada dalamnya (memilikinya) akan
merasai kemanisan iman; hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih
dicintai dari yang lain-lain, menyintai saudaranya semata-mata
kerana Allah dan benci untuk kembali ke dalam kekafiran
sebagaimana dia benci untuk masuk ke dalam neraka.
Perasaan cintanya kepada Allah Subhanahuwata’ala akan
mendorongnya untuk melakukan dan mengutamakan perintah Allah
Subhanahuwata’ala daripada perintah hawa nafsunya, perintah
makhluk-makhluk lain dan sebagainya.

Di sebalik itu, sebab-sebab yang melemaskan hati seseorang itu ialah


apabila dia menentang dan mungkar terhadap Allah
Subhanahuwata’ala dan apabila hatinya telah ta’alluq (bergantung)
selain kepada Allah Subhanahuwata’ala atau apabila dia lalai dari
mengingati Allah Subhanahuwata’ala, maka hatinya akan berkecamuk
dan resah. Kerana itulah, Allah Subhanahuwata’ala sering
mengingatkan manusia agar sentiasa mengingati-Nya untuk
mendapat ketenangan jiwa. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
ۡ َ‫ ِذ ۡك ِر ٱللَّ ِه ت‬3333333‫ ِذ ۡك ِر ٱللَّ ۗ ِه َأاَل ِب‬3333333‫وبُ ُهم ِب‬3333333ُ‫ط َمئِنُّ ُقل‬
٢٨ ُ‫وب‬3333333ُ‫ط َمئِنُّ ۡٱل ُقل‬ ۡ َ‫و ْا وَ ت‬3333333ُ‫ٱلَّ ِذينَ ءَا َمن‬
Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenteram.  (Surah ar-Ra’d: 28)

6
Begitu juga Allah menggambarkan sebaliknya. Firman Allah
Subhanahuwata’ala:

ٰ ۡ‫ي‬333333333‫ش‬
‫وَ لَ ُهۥ َق‬333333333‫ط َ ٗنا َف ُه‬ َ ‫ِّض لَ ُهۥ‬ ‫ ِر‬333333333‫وَ مَن يَعۡ شُ عَ ن ِذ ۡك‬
٣٦ ٞ‫رين‬333333333
ِ ِ ‫رَّح ٰ َم‬333333333‫ٱل‬
ۡ ‫ن نُ َقي‬ ۡ
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhannya yang Maha
Pemurah (iaitu Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan, maka
syaitan itulah yang menjadi Qarin (teman) yang selalu
menemaninya.  (Surah az-Zukhruf: 36)
Kata Ibn Qayyim al-Jauzi: “Apabila seseorang itu kasih kepada sesuatu
yang menyebabkan dia ingkar kepada Allah Subhanallahuwata’ala,
maka Allah Subhanallahuwata’ala akan mengazabnya dengan
sesuatu yang dikasihinya itu. Allah Subhanallahuwata’ala akan
mengurung hatinya dengan apa yang dia kasihkan itu.”
Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:

“Janganlah kamu mengahwini mereka lantaran kejelitaan mereka,


mungkin kejelitaan itu akan membinasakan mereka dan jangan kamu
mengahwini mereka lantaran harta benda mereka, mungkin harta
benda itu akan memusnahkan mereka. Tetapi kahwinilah mereka
berdasarkan agama. Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang
ropong tetapi mempunyai agama adalah lebih utama dan lebih baik.”
Ketiga:
Orang yang berani (Syaji’) akan lapanglah dadanya. Hatinya terasa
lapang dan tenang. Namun berani yang dimaksudkan di sini ialah
berani yang dipimpin oleh iman kepada Allah
Subhanahuwata’ala. Berani yang mendorong seseorang itu untuk
mempersaksikan kalimah tauhid dan menegakkan kebenaran agama
Allah Subhanahuwata’ala.
Berani di sini bukanlah seperti berani yang terdapat pada orang yang
jahil atau orang yang zalim. Kerana berani orang yang beriman akan
membawa kepada keadilan, kemuliaan dan kesejahteraan tetapi berani
orang yang jahil membawa kepada kerosakan, kehinaan dan
kezaliman.

7
Apabila seseorang itu takut untuk mempersaksikan yang hak, maka
hatinya akan terasa gelisah, resah dan sempit.

Kata Ibn Qayyim:

Seseorang yang pengecut adalah orang yang berada dalam


kesempitan. Dia tidak akan merasai kelazatan hidupnya. Dia
terkurung sebagaimana terkurungnya binatang.
Berikut adalah madah Ibn Qayyim yang menjelaskan dan menerang
tentang sifat hati manuisia:

Dalam hati manusia terdapat kekuatan,tidak terurai kecuali


menerima kehendak Allah.Dalam hati terdapat keganasan,
tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.Dalam hati terdapat
kesedihan,tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah
dan baik muamalah dengan-Nya.Dalam hati terdapat kegelisahan,
tidak tenang damai kecuali bertemu jumpa dengan-Nya
dan lari menuju-Nya.Dalam hati terdapat api penyesalan,
tidak padam kecuali redha dengan suruhan-Nya,larangan-Nya dan
qada’-nyadan kesenantiasaan sabar sehingga menemui-Nya.
Dalam hati terdapat hajat,tidak terbendung kecuali dengan kecintaan
kepada-Nya,memohon kepada-Nya, kesenantiasaan berzikir pada-
Nyadan keikhlasan sebanar kepada-Nya.
Andai dunia dan seisinya di beri,tidak akan dapat membendung hajat
hati si insan itu.
Wallahu ‘Alam.
Rujukan: Madarij as-Salikin.
 

Anda mungkin juga menyukai