Anda di halaman 1dari 2

Doa Ijtima' Munajat Kecemerlangan UPSR dan Majlis Izin Ilmu 2014

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa yang nampak dan yang tidak nampak, dosa yang sengaja dan yang
tidak sengaja, dosa besar dan dosa kecil, dosa yang zahir dan juga batin. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa
kami, dosa anak-anak kami, dosa guru-guru kami, para pemimpin kami seterusnya kaum muslimin dan
muslimat.

Ya Allah, di…… (pagi/petang/malam) yang mulia ini kami bermohon agar Engkau memberkati majlis
yang sedang kami jalankan iaitu majlis……..……

Ya Allah Rahman, berilah kekuatan kepada kami untuk kami sentiasa mengagungkan kebesaranMu, taat
akan perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Engkaulah yang menghidup dan mematikan kami,
engkaulah yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kami. Kami tidak ada daya upaya melainkan
dengan izinMu semata-mata.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami agar kami mereka sentiasa mengingatimu dalam setiap masa dan
keadaan. Semasa senang dan semasa susah, semasa lapang dan semasa sempit, semasa muda dan semasa
tua, semasa sihat ataupun sakit.

Ya Allah berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka patuh dan taat akan perintahMu serta
mengamalkan sunnah baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan mereka.

Ya Allah berilah keyakinan kepada anak didik kami agar mereka berani dan bersedia menghadapi
peperiksaan yang akan dijalani. Terangkan lah hati mereka, mudahkanlah mereka memahami pelajaran dan
bantulah mereka ketika menghadapi peperiksaan.

Ya Allah Ya Rahim, berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka belajar bersungguh-sungguh
tanpa mengenal erti jemu. Dengan ilmu itu ya Allah mudah-mudahan mereka tahu yang manakah suruhan
dan laranganMu.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada anak didik kami agar mereka berjuang bersungguh-sungguh di
dalam menghadapi peperiksaan yang akan dijalani. Jadikanlah mereka bukan sahaja murid yang cemerlang
di dunia bahkan juga di akhirat nanti.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami selaku ibu-ibu, bapa-bapa kepada anak-anak kami ini Ya Allah, kami bermohon kepada Mu Ya
Allah, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang
mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata
kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika
mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan
ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka
daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah, Ya Tuhan kami


Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang
cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan
buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah, Ya Tuhan kami...

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga
untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka
mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami
memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk
melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka
daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati
mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak
berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami
untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka
untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat
yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini,
siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Anda mungkin juga menyukai