Anda di halaman 1dari 8

SK TOK MOTONG,

Kertas
22000 JERTIH, BESUT, TERENGGANU

kerja SAMBUTAN
BULAN KBANGSAAN
PERINGKAT TMEx
2021.
“MALAYSIA PRIHATIN”

DISEDIAKAN OLEH :-
CG ZAMRI BIN HASHIM
SETIAUSAHA, UNIT KOKURIKULUM,
SK TOK MOTONG.

1
SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE 64 2021
SK TOK MOTONG

1. PENGENALAN

1.1 Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah akan mengadakan


aktiviti Bulan Kebangsaan bermula 17 Ogos 2021 hingga 15 September 2021
bagi menyahut saranan kementerian dan mengisi takwin SK Tok Motong.
1.2 Program ini melibatkan kerjasama kolaborasi subunit dalam unit Kokurikulum
TMEx merangkumi JK Unit Beruniform, JK Kelab dan Persatuan serta JK
Sukan dan Permainan. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan
Kebangsaan ini, Memandangkan Terengganu berada dalam Program
Pemulihan Negara Fasa 2, maka perlaksanaan aktiviti pada tahun ini
diadakan secara maya dan dijalankan semasa waktu perlaksaan
Kokurikulum. Melibatkan semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan semua
guru, program ini dirancang dengan tujuan membangkitkan semangat
kecintaan kepada negara kita.
1.3 Semoga semua aktiviti yang dirancang ini akan dapat memberi manfaat dan
pendedahan kepada pelajar sebagai pemangkin untuk memupuk semangat
patriotik, hubungan mesra dan kerjasama antara warga SK Tok Motong.

2. MATLAMAT

2.1 Memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara


2.2 Mengcungkil bakat dan jatidiri pelajar SK Tok Motong secara menyeluruh.
2.3 Memupuk minda positif, kreatif dan inovatif pada pelajar hasil dari
pengalaman daripada aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan Bulan
Kebangsaan pada kali ini.

2
3. OBJEKTIF

3.1 Para pelajar dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini
3.2 Para pelajar dapat mengetahui dan mengenali tokoh–tokoh kemerdekaan dan
tokoh-tokoh yang telah mengharumkan nama negara sebelum merdeka dan
selepas merdeka.
3.3 Para pelajar dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Malaysia Prihatin”.
3.4 Para pelajar dapat mengingati tarikh Hari Kemerdekaan negara kita dan
bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

4. SASARAN.

4.1 Semua guru SK Tok Motong


4.2 Semua murid Tahun 4 – Tahun 6

5. TEMPAT

5.1 Di kediaman masing-masing (Medium dalam talian)

6. TEMPOH PELAKSANAAN

6.1 16 Ogos 2021 hingga 15 September 2021.

3
5. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Cg Siti Zaliha binti Sulong


(Guru Besar SKTMg)
 
Timbalan Pengerusi : Cg. Norhayah binti Ismail
( GPK Kokurikulum )
 
Naib Pengerusi 1 : Cg Hj Zulkifli bin Mat Ail
( GPK Pentadbiran )
 
Naib Pengerusi 2 : :Cg Isa Hazmy bin Mohd Piah
(GPK HEM)
 
Setiausaha : Cg Zamri bin Hashim (Setiausaha Unit Kokurikulum)

 Bendahari : Hjh Zaliha binti Hasan (Pembantu Tadbir)

A) Urusetia Dan Penyelarasan Aktiviti

1. Cg Fazilawati binti Mohd : Penyelaras Unit Beruniform


2. Cg Che Fauziah binti Che Awang : Penyelaras Kelab & Persatuan
3. Cg Wan Hasazali bin Wan Hassan : Penyelaras Sukan & Permainan

B) Poster Hebahan

1. Cg Afzol Nizam bin Ahyat


2. Cg Wan Nur Ayuni binti Wan Sukri

C) Hadiah & Cenderahati

1. Cg Rusmani binti Yazid


2. Pn Hjh Zaliha binti Hassan

D) Ketua Penasihat Unit Beruniform

4
Cg Nur Anida inti Md Yaman : Pengakap
Cg Zaini binti Zakaria : TKRS
Cg Noriza binti Abdullah : Puteri Islam
Cg Zuraida binti Hassan : PBSM
Cg Zukiah binti Md Nor : Tunas Puteri

E) Ketua Penasihat Kelab & Persatuan

Cg Faurusila binti Abdullah : Bahasa Melayu


Cg Che Musazaki bin Che Salleh : Bahasa Inggeris
Cg Mohd Yusoff bin Abdullah : Sains & Matematik
Cg Nik Zalina bin Jaafar : Agama Islam / Bahasa Arab
Cg Wan Nur Ayuni binti Wan Sukri : Kelab Doktor Muda

F) Ketua Sukan & Permainan

Cg Afzol Nizam bin Ahyat : Bola Sepak


Cg Mardziah binti Idris : Bola Jaring
Cg Fazilawati binti Mohd : Bola Baling
Cg Mohd Yusof bin Abdullah : Sepak Takraw
Cg Mohd Amril bin Ramli : Olahraga
Cg Wan Nur Ayuni binti Wan Sukri : Ping Pong
Cg Zununi Azhar bin Said : Badminton

 
G) Pelaporan /Dokumentasi

1. Cg Zamri bin Hashim


2. Cg Fazilawati binti Mohd
3. Cg Che Fauziah binti Che Awang
4. Cg Wan Hasazali bin Wan Hassan

6. Aktiviti

Bil Aktiviti Sasaran Tindakan


1. Cabaran Maya Anak Malaysia Semua murid Unit Beruniform

5
2. Kuiz Kemahiran Sukan Tahap 2 dan Sukan & Permainan
3. Pertandingan “Tik Tok” Merdeka Kelab dan Persatuan
Guru-guru
TMEx

7. Tentatif Sepanjang Program

03 OGOS 2021 (SELASA)


MASA AKTIVITI TINDAKAN
2.30 p.m Cabaran Maya Saya Anak Malaysia - Cg Fazilawati
- - Platform Kuiziz ( Soalan Objektif ) (Unit Beruniform)
4.30 p.m - GoogleForm (Slogan)
Hebahan pertandingan dan taklimat akan diadakan secara hantaran video kepada
semua kumpulan WhatApps setiap Unit Beruniform pada 02 Ogos 2021.

17 OGOS 2021 (SELASA)


MASA AKTIVITI TINDAKAN
2.30 p.m Kuiz Kemahiran Sukan & Permainan - Cg Wan Hasazali
- - Platform Delima (Sukan & Permainan)
4.30 p.m
Hebahan pertandingan dan taklimat akan diadakan secara hantaran video kepada
semua kumpulan WhatApps setiap kumpulan Sukan & Permainan pada16 Ogos
2021.

24 OGOS 2021 (SELASA)


MASA AKTIVITI TINDAKAN
2.30 p.m Pertandingan TikTok Merdeka - Cg Che Fauziah
- - Platform WhatApp & TikTok (Kelab & Persatuan)
4.30 p.m
Hebahan pertandingan dan taklimat akan diadakan secara hantaran video kepada
semua kumpulan WhatApps setiap Kelab & Persatuan pada 22 Ogos 2021.

6
9. Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Harga Per Item Harga Besar


(RM) (RM)
3 Hamper makanan kumpulan 50.00 150.00
14 Tuala 10.00 140.00
14 Tabung syiling 7.00 98.00
14 Bekas Makanan 5.00 70.00
7 Buku Nota 4.00 28.00
JUMLAH BESAR (RM) 486.00

= Sumber kewangan dari : PCG Kokurikulum

10.KESIMPULAN

Diharapkan agar apa yang dirancang berjalan lancar dan disempurnakan


dengan jayanya walau secara dalam talian. Murid-murid juga diharapkan dapat
memberikan komitmen yang padu dalam usaha pihak sekolah mempelbagaikan
variasi penyampaian ilmu yang bermanfaat serta lebih bersyukur dan menghargai
pengorbanan dan pejuang tanah air. Secara kesimpulannya, program ini dilihat
sebagai satu program yang dapat membangunkan kemenjadian murid secara
holistik bukan sahaja cemerlang bidang akademik tetapi memiliki sikap patriotik
kepada agama, negara dan bangsa.

7
.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………… …………………………
(ZAMRI BIN HASHIM) (NORHAYAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha GPK Kokurikulum
SK. Tok Motong SK. Tok Motong

Disahkan oleh:

……………………………………..
(SITI ZALIHA BINTI SULONG)
Guru Besar
SK. Tok Motong