Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PEKERJA ASING
PENDAHULUAN
Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga asing
tertinggi di dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di bandar besar, kita boleh
berjumpa dengan pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal, India dan China yang
bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu
rumah. Jumlah pekerja asing di negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan pendatang Indonesia
sahaja berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal seramai 200,000 orang. Semua mereka ini termasuk
yang datang dari Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua
Afrika. Oleh itu, kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang banyak telah menimbulkan pelbagai
kesan kepada rakyat negara ini.
KESAN POSITIF
1. Mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara
Kemasukan buruh asing dalam negara kita sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan positif
terhadap negara kita khususnya dari segi pembangunan negara. Kemasukan buruh asing ini
telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara kita. Malaysia
merupakan sebuah negara membangun, rentetan daripada itu negara kita selalu melakukan
perubahan yang teratur dan sistematik selaras dengan perkembangan negara. Bagi
mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh sangat diperlukan dalam mempercepatkan
arus pertumbuhan negara. Namun demikian negara kita mengalami kekurangan tenaga buruh
tempatan untuk 4 memajukan pembangunan tersebut, oleh sebab itu kerajaan telah mengambil
tenaga buruh asing daripada Indonesia, Filipina dan Bangladesh. Dengan adanya pekerja buruh
asing ini maka proses pembangunan negara dapat di langsungkan dengan segera.
PENUTUP
Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa
sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan
mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun
membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada
kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan.
Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu
jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama
menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing
tanpa izin.