Anda di halaman 1dari 4

Assalamualikum kpd dr wan arnidawati binti wan Abdullah.

Nama saya Muhammad


arifuddin bin azahan, not matrik saya ialah 203624. Video ini berkaitan dengan Penilaian
Akhir 1 bagi kursus Fem 3104 iaitu Ekologi Kerja dan Pembangunan Manusia. Tugasan kali
ini adalah berkisarkan tentang Pekerjaan Impian dan Asirasi Kerja. Baiklah, mari kita
mulakan.

Dalam kehidupan kita, pastinya keinginan untuk seseorang itu yang berjaya dalam kehidupan
menjadi agenda utama seseorang terutamanya dialam pekerjaan. Keinginan seseorang dalam
menceburi bidang pekerjaan yang mereka minati merupakan sebuah pekerjaan impian dalam
hidup seseorang. Secara asasnya, Pekerjaan Impian membawa maksud sebuah kemahuan atau
keinginan seseorang itu untuk mencapai sesuatu dalam hidup mereka khususnya berkaitan
dengan bidang pekerjaan. Keinginan ini mendorong kemahuan dan usaha dalam diri untuk
sentiasa berusaha mencapai pekerjaan impian yang kita idamkan.

Bagi saya sendiri, pekerjaan impian saya adalah untuk menjadi seorang Pengurus Sumber
Manusia. Tidak dinafikan bahawa, pekerjaan impian saya adalah berubah-ubah mengikut
peringkat umur dan perkembangan kendiri. Sewaktu saya diusia 9 tahun, pekerjaan impian
saya adalah untuk menjadi seorang anggota polis, manakala ketika berumur 18 tahun,
pekerjaan impian saya pula bertukar kepada seorang guru bahasa melayu. Setelah menginjak
usia kealam awal dewasa, pekerjaan impian saya sekarang adalah ingin menjadi seorang
Pengurus Sumber Manusia sama ada disektor awam mahupun swasta.

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat apa itu Pengurusan Sumber Manusia.

Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan


semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama.

Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi
yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber
manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.

Definisi Umum mentakrifkan bahawa Pengurus Sumber Manusia adalah

merujuk kepada falsafah, polisi, prosedur dan amalan-amalan yang berkaitan dengan
pengurusan pekerja dalam sesebuah organisasi.
Apa itu Organisasi?. Organisasi secara mudah didefinisi sebagai ‘sekumpulan orang yang
bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama’. Oleh itu, wujud kaitan yang
amat rapat antara organisasi dan orang yakni sumber manusia.

Apa itu fungsi Pengurus Sumber Manusia?

Pengurus sumber Manusia menjalankan fungsi yang amat luas iaitu sebagai badan

Perancangan dan Perekrutan

Menyediakan Latihan dan Pembangunan

Menguruskan Pampasan

Mengurus Prestasi orgnanisasi

Merangka Kemudahan pekerja

Menyediakan Perkhidmatan Pekerja

Mewujudkan Rekod peribadi pekerja

Mewujudkan hubungan Pekerja dengan Komuniti

Menyediakan Keselamatan dan kesihatan Pekerja

Dan membuat Perancangan strategic dalam sesebuah syarikat

Sebab dan Alasan menceburi bidang Pengurus Sumber Manusia.

Baiklah. Pemilihan kerjaya impian saya sebagai Pengurus Sumber Manusia disebabkan oleh

Minat, Jurusan Pendidikan, dan juga Pengalaman.

Saya meminati bidang Pengurus Sumber manusia adalah kerana bidang pekerjaannya yang
mempunyai skop dan peranan yang cukup meluas, selain itu, saya amat meminati pekerjaan yang
berhubungan langsung dengan persekitaran semasa dan hubungan sesame manusia.

Kedua adalah Jurusan Pendidikan. Buat masa ini, saya mengikuti pengajian Ijazah dalam bidang Sains
Pembangunan Manusia dengan Pengurusan di Uni Putra Mlaysia. Ilmu dan kemahiran yang saya
pelajari amat berkait rapat dengan bidang pekerjaan sebagai pengurus sumber manusia dan
semestinya ilmu dan kemahiran ini akan saya gunakan dlam prospek kerja saya.

Ketiga adalah Pengalaman. Setelah tamat pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya telah
berjaya mencuba nasib untuk bekerja disebuah syarikat permotoran iaitu Tan Chong Motor Holdings
Berhad di Serendah, Rawang, Selangor. Saya diserap masuk sebagai pekerja Sumber Manusia
dibawah unit Bimbingan kauseling dan Psikologi. Disebabkan masih baru, sya hanya ditugaskan
untuk membantu tugas-tugas kecil kaunselor dan mengendali sesi kaunseling kelompok antara
pekerja. Pengalaman selama 7 bulan bekerja dibidang ini memberi sedikit pengalaman bekerja
sebagai seorang pengurus sumber manusia termasuk pengalaman situasi persekitaran ditempat
kerja.

Sebagai seorang pekerja, sudah pasti saya memiliki Aspirasi Kerja supaya kehidupan dialam
pekerjaan menjadi sebuah perjalanan yang saling melengkapi dan cinta akan bidang pekerjaan.

Disini, saya senaraikan 4 aspirasi kerja saya sebagai seornag Pengurus Sumber Manusia.

Aspirasi kerja pertama adalah:

1. Pendapatan sesuai dengan Bidang Pekerjaan.


Pendapatan merupakan matlamat utama bagi seseorang itu bekerja. Oleh itu, pendapatan
yang sesuai dengan bidang pekerjaan amat penting bagi seseorang.
Maksud disini adalah, Pendapatan yang saya perolehi haruslah sesuai dengan kelaykkan
Pendidikan yang saya miliki. Ini bagi memastikan kehidupan dialam pekerjaan dianggap
berbaloi dengan pengorbanan dialam pengajian yang telah saya lalui.
Pendapatan sya juga harus diukur berdasarkan tingkat kemahiran, pengalaman bekerja dan
pangkat dalam sesebauh organisasi. Situasi ini membolehkan saya mewujudkan suasana
hidup yang lebih berkualiti dan mempunyai keseimbangan hidup yang baik. Keseimbangan
ini berlaku apabila individu memperuntukkan sumber mental, fizikal dan emosi yang terhad
dengan cara sesuai untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Jadi, kesimbangan ini
dipenuhi dengan punca pendapatan yang sesuai saya perolehi.
2. Persekitaran Kerja yang Selamat.
Menjadi Keperluan utama dan signifikan bagi semua pekerja untuk mendapatkan hak
pekerjaan yang selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada diri pekerja. Pesekitaran
kerja selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja berada di tempat kerja tanpa
menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak selamat ketika berada di
kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan. Dalam menjamin keselamatan
di tempat kerja, aspek Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja amat penting dan bukan
sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja.
Pekerjaan sebagai Pengurus Sumber Manusia kebanyakkannya melibatkan suasana pekerjaan
di pejabat dan kurang melibatkan aktiviti kerja bengkel dan makmal. Oleh itu, bidang
pekerjaan ini dilihat dapat menjamin keselamatan para pekerjanya.

3. jaminan kebajikan pekerja terpelihara.


Kebajikan pekerja amat penting dalam sesebuah pekerjaan. Kebajikan pekerja
memperlihatkan pentingnya pemahaman antara tanggungjawab majikan terhadap pekerja dan
tanggungjawab pekerja terhadp majikan mereka. Majikan haruslah mengutamakan kebajikan
para pekerja mereka dengan memilih pekerja sesuai dengan kelayakkan mereka, membayar
kadar upah yang setimpal dengan pekerjaan, melindungi hak pekerja, dan tidak boleh
memaksa pekerja melakukan perkara yang menyalahi hukum atau undang-undang dalam
pekerjaan.
Saya juga berharap supaya majikan menyediakan fasiliti dan keperluan yang mencukupi bagi
pekerja mereka tanpa mengira perbezaan dari segi bangsa, agama dan juga menepis sifat
perkauman.
4. Platform pembanguan Latihan dan Kemahiran pekerja.
Latihan dan Kemahiran yang diberikan kepada pekerja mengambarkan usaha berterusan
syarikat untuk meningkatkan prestasi tadbir urus dan kecekapan para pekerja mereka. Dalam
sesebuah syarikat, pelbagai kaedah digunakan untuk merumus stragetgi bagi
mengembangkan dan meningkatkan prestasi pekerja yang berkualti disamping mencapai
prestasi kerja yang optimum.
Latihan dan kemahiran yang diberikan pekerja dapat membangunkan kebolehan individu,
memperkaya pengetahuan dan kemahiran baharu, serta membentuk sikap dan tingkah laku
pekerja yang lebih profesinal, berkesan dan berkualiti.
Saya amat menginginkan sebuah syarikat yang menyediakan pembangunan latihan dan
kemahiran kepada para pekerja mereka secara berkala dan tersusun supaya segala ilmu dan
kemahrian sentiasa diperolehi dan meningkat prestasi kerja dari semasa ke semasa.

Kesimpulanya, setiap insan yang ingin memulakan langkah kanan mereka dialam pekerjaan
amat diharapkan untuk memiliki aspirasi kerja mereka yang tersendiri. Aspirasi kerja
berperanan sebagai pemandu arah dan bimbingan motivasi dalam diri pekerja untuk mereka
mencapai kualiti pekerjaan yang mereka inginkan. Aspirasi kerja juga membolehkan kita
mencapai matlamat kerja yang jelas, berkualiti dan membawa seribu makna dalam sesebuah
kehidupan. Sekian daripad saya terima kasih.
Berpuas hati

Anda mungkin juga menyukai