Anda di halaman 1dari 5

Teks MC Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berusaha , En Mohd Rosleen Bin Hashim,
Pengetua SMK Darul Ridwan dan Yang DiPertua PIBG SMK Matang, En. Abd Rahman Bin Said
diiringi dif-dif kehormat.
Hadirin diminta berdiri untuk memberi penghormatan.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. …(nyanyian)

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

berbilang kaum hidup bersama,


Bersopan santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,
Tahun Baru Cina disambut gembira,

SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN KEPADA…

Yang Berusaha En …
Pengetua SMK Darul Ridwan

Yang Dihormati En Abdul Rahman Bin Said


Yang DiPertua PIBG SMK Matang

Yang Berusaha
En. Zainal Bin Umar
Pengetua SMK Matang

En Hasnul Hadi Bin Abdul Thamin


Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran

En. Mohd Norashid Bin Ahmad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Mohd Shariff Bin Mohamed Noor


Penolong Kanan Kokurikulum
Jemputan Khas Kelab Orkestra Cina SMK Darul Ridwan dengan Guru Pengiringnya En Chua
Chin Leng

Ketua-ketua bidang, guru-guru, serta pelajar yang dikasihi sekalian.

BERSYUKUR KITA KERANA DIHARI  YG BERBAHAGIA INI, KITA DAPAT BERSAMA-SAMA


BERKUMPUL BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA SMK MATANG
TAHUN 2020.

HADIRIN YANG DIHORMATI,

TUJUAN MAJLIS INI DIADAKAN adalah untuk membina sebuah masyarakat penyayang,
Merapatkan hubungan di antara pelajar SMK MATANG dan memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan nilai murni kasih sayang dan perpaduan antara kaum.

HADIRIN SEKALIAN,

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En Zainal Bin Umar,
Pengetua SMK Matang merangkap Pengerusi bagi Majlis Sambutan Tahun Baru Cina ini untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

(ucapan alu-aluan)

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha En Zainal Bin Umar, Pengetua SMK Matang.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Para hadirin,

SETERUSNYA,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT, En Abdul Rahman Bin


Said, Yang DiPertua PIBG SMK Matang untuk memberikan ucapan serta merasmikan Majlis
Sambutan Tahun Baru Cina 2020.

Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

(ucapan perasmian)

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA


Yang DiPertua PIBG, En Abdul Rahman Bin Said diatas ucapan sebentar tadi.
SETERUSNYA,MAJLIS diteruskan dengan gimik perasmian Sambutan Tahun Baru Cina SMK
Matang 2020. Di jemput Yang Berusaha En Mohd Rosleen Bin Hashim, Pengetua SMK Darul
Ridwan, Yang DiPertua PIBG, En. Abd Rahman Bin Said, Yang Berusaha Tn pengetua, En Zainal
Bin Umar, Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, dan Pengarah Program Sambutan
Tahun Baru Cina 2020, Cik Wong Mei Leng untuk mengadakan upacara ‘Lao Sheng’ iaitu
menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbolik limpahan kekayaan, kemakmuran dan kesihatan
berpanjangan.

(gimik perasmian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sambutan Tahun Baru Cina SMK Matang diteruskan dengan persembahan daripada Jemputan
Khas iaitu Kelab Orkestra Cina dari SMK Darul Ridwan di bawah bimbingan En Chuah Chin Leng.

Persembahan Kelab Orkestra Cina SMK Darul Ridwan akan dimulakan dengan lima buah lagu
Orkestra Cina yang bertajuk :

Part A (5 lagu oleh Orkestra Cina)


1 大日子 Dà rì zi (Big Day)
2 Ikan Kekek
3 高山青 Gāo shān qīng (Mountain’s Green)
4 恭喜恭喜 Gōng xǐ Gōng xǐ (Gongxi Gongxi)
5 恭喜发财 Gōng xǐ Fā cái (Gongxi Facai)

Persembahan akan diteruskan dengan nyanyian sebuah lagu yang bertajuk

Part B (Nyanyian sebuah lagu)


6 富贵花开迎新年 Fù guì huā kāi yíng xīn nián (Riches and honour greet the New Year)

Persembahan seterusnya adalah enam buah lagu orkestra cina yang bertajuk

Part C (6 lagu oleh Orkestra Cina)


6 将军令 Jiāng jūn lìng (The Mighty General)
7 望春风 Wàng chūn fēng (Hope for Spring)
8 拜年 Bài nián (Pay a new year call)
9 Lenggang Kangkung
10 贺新年 Hè xīn nián (Congratulations New Year)
11 龙腾虎跃 Lóng téng hǔ yuè (Fight Forward like Dragon and Tiger)

12 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ….

(persembahan orkestra cina)


Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan yang cukup menarik tadi.

MAJLIS diteruskan lagi dengan pemberian angpau kepada pelajar-pelajar Cina SMK Matang.
Dengan itu dijemput Yang Berusaha, En Mohd Rosleen Bin Hashim, Pengetua SMK Darul
Ridwan, Yang DiPertua PIBG SMK Matang, En. Abd Rahman Bin Said, Yang Berusaha, En Zainal
Bin Umar, Pengetua SMK Matang, En Hasnul Hadi Bin Abdul Thamin, Penolong Kanan Akademik
dan Pentadbiran, En. Mohd Norashid Bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En Mohd
Shariff Bin Mohamed Noor, Penolong Kanan Kokurikulum . Dipersilakan pelajar-pelajar Cina SMK
Matang berbaris di hadapan pentas mengikut kelas.

(pemberian ang pau, kumpulan orchestra cina berkemas, kumpulan penari SMK Matang bersedia)

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada Kumpulan Penari Pelajar Cina SMK Matang.
Kumpulan ini dibimbing oleh Pn Ang Ai Kim.

Persembahan yang pertama adalah nyanyian lagu yang bertajuk “Mei Hao Xin Nian” yang akan
dinyanyikan oleh Cikgu Mandip A/P Guardial Singh, Cikgu Norazmi B Azis, Cikgu Ang Ai Kim, adik
Tan Xu Xuan, adik Mohd Amal Heng Bin Mohd Alif Lim dan adik Navanitham A/L Vejiakumar.
Majlis mempersilakan… (nyanyian lagu)

Persembahan Kedua adalah sebuah Tarian Tradisional Cina yang bertajuk “Cai Cha Le”. Majlis
mempersilakan… (tarian tradisional cina)

Persembahan yang ketiga adalah sebuah Tarian Moden yang bertajuk “Hao Yun Shu Yu Ni”.
Majlis Mempersilakan …. (tarian moden)

Terima kasih atas persembahan tadi.

Majlis masih lagi berlangsung dan seterusnya ialah aktiviti Tiup Bunga Dakwat. Untuk menjayakan
aktiviti ini, diminta seramai 10 peserta dari guru dan 20 peserta pelajar mengambil bahagian
secara sukarela untuk meniup dakwat bagi membentuk corak bunga yang menarik dan kreatif.
Aktiviti ini akan dijalankan di _______________ . Untuk keterangan selanjutnya , saya akan
serahkan kepada Cik Soh Suan Hua. Hadirin dipersilakan untuk menyaksikan peserta-peserta
meniup bunga dakwat. Dipersilakan .

(aktiviti meniup bunga dakwat)

Peserta-peserta dijemput untuk mengambil gambar bersama di hadapan pentas.


Diharap guru-guru dan pelajar-pelajar seronok dan dapat menghasilkan corak bunga tadi.

HADIRIN SEKALIAN, majlis diteruskan pula dengan pengagihan limau kepada semua pelajar
SMK Matang. Dengan itu, diminta semua pelajar berdiri dan beratur mengikut barisan. Pelajar
lelaki akan beratur di …. , manakala pelajar perempuan akan beratur di ……

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Cina beramai-ramai yang bertajuk
“CERIA XI YANG YANG” yang akan diiring oleh Cikgu Norazmi Bin Azis dan adik Nur Aina Irdina
Binti Mohd Pauzi. Majlis mempersilakan…

HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA persembahan  ITU TADI,MAKA SELESAI


SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.
Diucapkan kepada semua pelajar, selamat bercuti, selamat menyambut Tahun Baru Cina dan
jaga diri.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai