Anda di halaman 1dari 12

TEKS MC SEMPENA MAJLIS GRADUASI MRSM PDRM PADA

19 OKTOBER 2014

9.00 Pagi : (Para jemputan mengambil tempat)

ATHIRAH : Mengumumkan perarakan masuk para graduan.

Mengumumkan, perarakan masuk guru-guru, ahli-


ahli senat, tetamu kehormat dengan didahului oleh
pembawa keris istiadat.

Para hadirin diminta berdiri

( LAGU NEGARAKU DAN LAGU MARA)

(setelah selesai)

SYARKAWI: Bismillahirrahmanirrahim……
Assalamualaikum wbt….. dan salam sejahtera

Yang Berbahagia
PN HANIM BINTI ABDUL WAHAB
Timbalan Pengarah 1, Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah Mara

Yang Berusaha
PN HJH AHADIAH BT KANDAR
Pengetua MRSM PDRM

Yang berbahagia,
EN ROSLEE BIN MOHD DAUD
Yang Dipertua Muafakat MRSM PDRM

Yg Dihormati
ASP AZIZ BIN ABDULLAH
Ketua Unit Penyelaras,

1
Yang berusaha,
TUAN HAJI IBRAHIM BIN SULAIMAN
Pengerusi Majlis Graduasi MRSM PDRM

Yang Berusaha Timbalan-Timbalan Pengetua Hal


Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan
Kokurikulum

Yang dihormati ahli2 senat maktab

Pengetua-pengetua MRSM dan Kolej MARA atau


wakil, Pengetua-pengetua sekolah Daerah Kulim
Bandar Baharu atau wakil

Dif-dif jemputan

guru-guru dan kakitangan, ahli-ahli Unit


Penyelaras MRSM PDRM, para graduan yang
diraikan dan para ibu bapa

seterusnya tuan2 & puan2 yang dihormati

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT


kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kita
sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis
yang ceria dan penuh bermakna pada hari ini.

Bagi pihak seluruh warga MRSM PDRM, selamat


datang kami ucapkan kepada tetamu2 kehormat,
dif2 jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan ke
majlis graduasi tingkatan 5 bagi tahun 2014 pada
hari ini.

ATHIRAH : ADAT TUAN ADAT BESERAH


MARI DATANG MEMBAWA PUAN
ADAT BERSIREH ADAT BERSEJARAH
UNTUK TUAN KAMI SEMBAHKAN

2
Hadirin yang dihormati,

Majlis Graduasi seperti ini telah mula diadakan


diseluruh MRSM sejak tahun 1987. Penilaian
prestasi pelajar yang berasaskan sistem purata
nilaian gred (PNG) ini dijadikan landasan oleh
MARA dalam menentukan dan memilih pelajar-
pelajar tajaan MARA selepas peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.

Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini


merupakan upacara kemuncak yang pasti akan
dilalui dan dinanti-nantikan oleh setiap pelajar
MRSM.

Inilah saat paling gemilang bagi para graduan


kerana segala usaha dan pengorbanan yang telah
dilakukan sepanjang 4 semester berada di MRSM
PDRM akan dapat diraih hasilnya pada hari ini.

SYARKAWI: Bagi memberkati majlis yang mulia ini dengan


segala hormatnya dipersilakan Faisal Hasif bin
Ishak untuk memimpin bacaan doa .
Majlis mempersilakan.

Amin ya rabbal alamin………

ATHIRAH : Seterusnya pihak majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha PN HJH AHADIAH BT KANDAR ,
Pengetua MRSM PDRM untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis mempersilakan.

3
Pihak majlis merakamkan ribuan terima
kasih kepada Puan Pengetua.

SYARKAWI: Majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya


mempersilakan
Yang Berbahagia PN HANIM BT ABDUL WAHAB
Timbalan Pengarah 1, Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pendidikan Menengah .

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya


merasmikan majlis pada pagi ini.

Dipersilakan.
(ucapan)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

ATHIRAH : Bagi melangsungkan majlis, dengan segala


hormatnya dipersilakan Puan Ahadiah bt Kandar ,
Pengetua MRSM PDRM untuk menyempurnakan
pengisytiharan graduasi.

(para graduan berdiri)

SYARKAWI: Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


Seterusnya ialah upacara penyampaian sijil-sijil
graduasi.

Untuk itu, pihak majlis dengan berbesar hati


mempersilakan Puan Pengetua untuk mengiringi
YBHG PN HANIM BT ABDUL WAHAB
Timbalan Pengarah 1, Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pendidikan Menengah.

bagi menyampaikan sijil-sijil graduasi.

Berikut diumumkan senarai penerima Anugerah


Kategori Cemerlang

4
( Senarai nama penerima sijil graduasi merujuk kepada
susunan di lampiran )

SYARKAWI: Seterusnya adalah Anugerah Prestasi Cemerlang


Akademik . Untuk makluman hadirin sekalian
Anugerah Prestasi Cemerlang Akademik ini
diberikan kepada pelajar yang memperoleh
timbunan purata nilaian gred (TPNG) 3.50 dan ke
atas sementara Anugerah Sijil Penghormatan
Pengetua pula diberikan kepada pelajar yang
memperoleh purata nilaian gred (PNG) 3.50 dan ke
atas bagi semester terakhir tingkatan 5.

Diumumkan, pelajar-pelajar berikut akan


menerima Anugerah Prestasi Cemerlang Akademik .

Oleh itu, untuk menyampaikan sijil-sijil berkenaan


dipersilakan Puan Pengetua mengiringi
Timbalan Pengarah 1, Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pendidikan Menengah

( rujuk lampiran senarai penerima anugerah ‘


CEMERLANG AKADEMIK’ )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

ATHIRAH: Seterusnya adalah penyampaian Anugerah Sijil


Penghormatan Pengetua .
Majlis dengan hormatnya menjemput Timbalan
Pengetua Hal Ehwal Akademik untuk mengiringi
Puan Pengetua bagi menyampaikan sijil-sijil
berkenaan.

Dipersilakan.

5
(lihat lampiran senarai penerima anugerah ‘
PENGHORMATAN PENGETUA’ )

ATHIRAH : Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


Anugerah Subjek Terbaik. Anugerah ini diberikan
kepada pelajar yang mendapat purata markah
tertinggi dalam sesuatu subjek dari semester 1
hingga 4 iaitu sepanjang pengajian di MRSM PDRM,
menunjukkan penguasaan yang baik dalam subjek
tersebut, mendapat markah yang konsisten dalam
setiap peperiksaan serta memberikan komitmen
yang cemerlang dalam subjek berkenaan.

Dipersilakan.

(Anugerah ‘Subjek Terbaik’ )

BIL SUBJEK NAMA

1. i. BAHASA MELAYU NORA AZIAH BT AZHARI


ii. BIOLOGI

2. BAHASA INGGERIS NUR AMIRA SOFIYA SUFFIAN

3. SEJARAH MUHAMMAD ALFATH BIN AMRAN

4. PENDIDIKAN ISLAM NURUL HUDA BT JAFNI

5. i. PENDIDIKAN MORAL TREECHAWITH CHARENRHAD A/L


ii. MATEMATIK MODEN WIKLEI
iii. KIMIA

6. MATEMATIK MOHAMMAD ASRI BIN MOHAMMAD


TAMBAHAN SABRI

7. FIZIK ABDUL MUHAIMIN BIN MAZELI

6
8. PRINSIP AKAUN NORDIANA SYAFIEZA BT
SHAMSUDIN

9. PENDIDIKAN SIVIK DAN NOOR FAIZAH EZZATI BINTI


KEWARGANEGARAAN AHMAD

10. PENDIDIKAN SENI ATHIRA FAIQAH BT MD WAHI


VISUAL

11. PENDIDIKAN JASMANI SYUHADA BT SUHAIMI


DAN KESIHATAN

12. SENI REKA NOOR INSYIRAH BT KAMARUDDIN

13. SAINS KOMPUTER WAN AMIRUL HAKIM BIN WAN


YUHANIS

SYARKAWI: Seterusnya ialah upacara penyampaian sijil


‘ TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN SIJIL
PENDIDIKAN MRSM 2014’ dan ‘SAHSIAH
TERBAIK’.

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang


mendapat bilangan pangkat A terbanyak dalam
‘ PEPERIKSAAN SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2014’
peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Pelajar
ini telah memperoleh 9A dengan pencapaian
1 A+ 3 A dan 5 A-. Dipersilakan:

PELAJAR TERBAIK ‘ TERBAIK DALAM


PEPERIKSAAN SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2014’

( FARAH RASHIDAH BT MD RAIS )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Pengetua.

7
ATHIRAH: Hadirin yang dihormati,

Sebelum majlis kita teruskan lagi dengan pelbagai


anugerah, majlis dengan sukacitanya menjemput
kumpulan Gendang Silat Anak Warisan untuk
menyampaikan beberapa buah lagu sebagai
selingan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihormati

Anugerah yang seterusnya ialah Anugerah Pelajar


Sahsiah Terbaik Putera dan Puteri. Anugerah ini
diberikan kepada pelajar yang tiada sebarang rekod
disiplin sepanjang tempoh pengajian di MRSM
PDRM, mempunyai sahsiah cemerlang seperti
mudah memberi pertolongan, bertolak ansur,
lemah lembut, bersopan santun dan sebagainya.
Mempunyai personaliti yang baik, berhubungan
baik dengan guru,kakitangan dan rakan-rakan.

**********************************************************

Bagi menyampaikan anugerah Pelajar Sahsiah


Terbaik pihak majlis sekali lagi mempersilakan
yang berbahagia Timbalan Pengarah 1,
Pembangunan Kurikulum , Bahagian Pendidikan
Menengah diiringi oleh Puan Pengetua .

(baca biodata pelajar putera)

Dengan sukacitanya majlis mempersilakan


AHMAD FAISOL BIN SUHAIMI
untuk menerima anugerah daripada YBHG PN
HANIM BT ABDUL WAHAB

8
Timbalan Pengarah 1, Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pendidikan Menengah

SYARKAWI: [baca biodata pelajar puteri]

Dengan sukacitanya majlis mempersilakan NURUL


HUDA BT JAFNI
untuk menerima anugerah daripada YBHG PN
HANIM BT ABDUL WAHAB
Timbalan Pengarah 1 Pembangunan Kurikulum
Bahagian Pendidikan Menengah .

Untuk makluman hadirin, pelajar Sahsiah Terbaik


Putera dan Puteri memperoleh Piala Iringian, wang
tunai sumbangan Unit Penyelaras, Kelab Guru,
Koperasi MRSM PDRM, Muafakat dan PUM serta
Sijil Penghargaan.

ATHIRAH : Kemuncak majlis pada hari ini ialah anugerah


pelajar terbaik keseluruhan. Anugerah ini diberikan
kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dalam akademik, penglibatan yang
memuaskan dalam kokurikulum, mempunyai ciri-
ciri kepimpinan yang tinggi, bijak mewujudkan
hubungan sosial yang erat dengan pelajar, guru
dan kakitangan, mempunyai keperibadian yang
menarik, dan berketerampilan.

[baca biodata pelajar terbaik keseluruhan]

Majlis dengan rasa bangganya mempersilakan

ABDUL MUHAIMIN BIN MAZELI

hadirin sekalian,

9
Untuk makluman pelajar terbaik keseluruhan
menerima Piala Iringan Ketua Polis Negara dan
piala iringian sumbangan Unit Penyelaras, piala
iringian sumbangan MRSM PDRM, wang tunai
sumbangan MUAFAKAT sebanyak _______, sijil
penghargaan beserta hadiah-hadiah iringan.

SYARKAWI: Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Timbalan Pengarah 1,
Pembangunan Kurikulum Bahagian Pendidikan
Menengah dan Puan Pengetua.
*************************************
Hadirin yang dihormati,
Bagi memeriahkan suasana pada pagi ini, majlis
sekali lagi akan menayangkan MONTAJ pelajar
Tingkatan 5, di layar perak. Mohon para hadirin
mengalihkan pandangan seketika ke layar perak di
kanan dan kiri hadapan dewan. Terima kasih.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


**************************************

Seterusnya adalah upacara penyerahan pelajar


kepada wakil ibubapa, sebagai satu simbolik
kepada detik bersejarah ini, kita akan sama-sama
saksikan penyerahan semula pelajar yang akan
dilakukan oleh Puan Pengetua, untuk itu majlis
dengan hormatnya mempersilakan

NAS ZAIYANA BT MOHD NASRI dan MUHAMMAD


MUKHAIRI BIN MOHAMAD HANIFAH bagi mewakili
pelajar-pelajar serta EN MOHD NASRI BIN MOHD
NORDIN, bapa kepada NAS ZAIYANA dan
PN SAEDAH BT HASSAN ibu kepada
MUHAMMAD MUKHAIRI bagi mewakili pihak ibu
bapa.

Dipersilakan utk naik ke pentas.

10
ATHIRAH : Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih
Sekarang ialah penyampaian cenderahati kepada
tetamu kehormat.

Sebagai tandamata atas kesudian yang berbahagia


YBHG PN HANIM BT ABDUL WAHAB ke majlis
graduasi pada hari ini, pihak majlis menjemput
Puan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati
kenangan kepada yang berbahagia YBHG PN
HANIM BT ABDUL WAHAB.

Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


ucapan terim kasih.

Hadirin yang dihormati,

SYARKAWI: Sidang hadirin sekalian,

Berakhirlah sudah majlis graduasi Tingkatan 5


MRSM PDRM pada kali ini. Kami seluruh warga
MRSM PDRM ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada para tetamu, guru-guru, staf-staf
sokongan, anggota Unit Penyelaras , ibubapa dan
semua yang terlibat bagi menjayakan majlis yang
bersejarah ini. Kepada ibubapa dan para tetamu
yang akan pulang kami doakan agar selamat
kembali ke destinasi masing-masing. Bagi pihak
majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf
sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara
sepanjang perjalanan majlis ini.

ATHIRAH : Burung tempua terbang sepasang,


Hinggap di atas pohon meranti,
Andai ada umur yang panjang,
Dapat kita bersua kembali.

11
Seterusnya ialah sesi fotografi ahli senat maktab
bersama VIP

Majlis mengucapkan terima kasih

Para graduan dan hadirin dipersilakan untuk


berdiri bagi menyanyikan lagu maktab
(NYANYIAN LAGU MAKTAB)

Seterusnya adalah perarakan keluar tetamu


kehormat, guru-guru, dan para graduan, didahului
oleh pembawa keris istiadat.

SYARKAWI & ATHIRAH

(setelah perarakan keluar selesai)


Sekian, wabillahi taufik walhidayah…

12

Anda mungkin juga menyukai