Anda di halaman 1dari 16

HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

1.0 PENGENALAN

Hak asasi manusia adalah bertujuan untuk memperjuangkan hak asasi dan kebebasan
individu termasuklah hak bebas menyuarakan pendapat tanpa batasan oleh pihak pemerintah
kecuali dalam isu-isu sensitif. Media massa memainkan peranan penting dalam menyampaikan
maklumat melalui berita yang ditulis sama ada melalui media elektronik atau media cetak.
Rakyat atau pembaca amat memerlukan media massa samada melalui pembacaan dalam akhbar,
sumber dari internet, televisyen dan radio untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku.

Namun begitu, pada hari ini media seolah-olah hanya berpihak kepada satu pihak sahaja
iaitu pihak pemerintah. Hal ini demikian kerana, kebebasan untuk bersuara dan mengemukakan
pendapat disekat apabila tidak dipaparkan dalam televisyen serta akhbar nasional. Sepatutnya,
negara yang mengalami proses pemodenan perlu mempunyai minda kelas pertama iaitu bersikap
terbuka dan menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, media adalah satu medium yang
merupakan saluran penting bagi menyampaikan dan mendapatkan maklumat terutamanya bagi
negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan
konsep demokrasi, kebebasan warganegara perlu diutamakan tanpa sebarang diskriminasi
melainkan ianya bercanggah dengan intipati Perlembagaan Persekutuan.

Perbincangan mengenai hak asasi dan media sering kali dibincangkan agar dapat diberi
kebebasan dalam menyuarakan setiap apa yang patut disuarakan dan sentiasa bersikap
menentang dalam setiap apa yang dirasakan menyekat kebebasan masyarakat. Namun
persoalannya kini adalah mengenai amalan yang terhad daripada segi kebebasan bersuara kerana
kurangnya saluran-saluran yang membolehkan kebebasan bersuara dipraktikkan walaupun media
adalah medium untuk menyuarakan pendapat. Ini menyebabkan, media tidak dapat berperanan
dalam menyampaikan idea-idea daripada rakyat yang dapat membantu kerajaan menyediakan
dasar-dasar yang lebih kukuh dan menguntungkan rakyat.

Seterusnya, samada media di negara ini benar-benar bebas atau masih dikongkong
ternyata tertakluk kepada persepsi pengamal media itu sendiri. Kemungkinan sesebuah media
dianggap bebas jika sekiranya sesuatu media itu sanggup menyiarkan cerita atau berita mengikut
kehendaknya sendiri tanpa memikirkan apa yang dimahukan oleh masyarakat. Ini bermakna

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 1


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

sesetengah media hanya menegakkan prinsipnya tanpa perlu memikirkan apa yang dimahukan
oleh masyarakat.

Konsep kebebasan bersuara atau freedom of expression adalah berintikan perkataan bebas
atau kebebasan itu sendiri. Kebebasan bersuara juga sering dijelaskan dalam bahasa Inggeris
sebagai freedom of speech. Selain itu, kebebasan memperolehi maklumat, mencetak dan
menerbit, serta berorganisasi adalah relevan bagi merealisasikan kebebasan ini. Kebebasan
bersuara telah diterima dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (DUHAM), 1948 pada
Majlis Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. 1 Menurut
Dowrick (1984:141), hal ini adalah berdasarkan Artikel 19 deklarasi tersebut yang telah
menyatakan :

…….Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right
includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and
impart information and ideas through any media and regardless of frontier.......

Kebebasan bersuara ini juga turut terkandung pada Bahagian II Perlembagaan


Persekutuan Malaysia dalam Perkara 10(1) iaitu mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan yang menyatakan; (a) tiap-tiap warganegara berhak bercakap dan
mengeluarkan fikiran, (b) semua warganegara berhak berhimpun secara aman dengan tidak
bersenjata dan (c) semua warganegara berhak menubuhkan persatuan. Walau bagaimanapun
kebebasan bersuara tersebut masih dibatasi dengan Fasal 2 di mana Parlimen menggunakan
undang-undang. Oleh itu, peruntukan Perkara 10 dijadikan sebagai pokok dalam melihat tahap
kebebasan bersuara.

Namun begitu, penilaian terhadap kebebasan bersuara di Malaysia khususnya melalui


saluran media termasuklah media cetak dan eletronik malahan ianya juga melibatkan perihal
sekatan daripada undang-undang negara. Kebebasan bersuara jadi terbatas di mana hak dan
kebebasan bersuara tidak dapat digunakan oleh rakyat dan media bagi mempersoalkan cara

1
Mohd. Azizuddin Mohd. Sani (2002). Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat.

Pahang: PTS Publication. hlm. 127-130


KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 2
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

pemerintahan kerajaan kerana kerajaan merasakan hak tersebut boleh mengugat kepentingan dan
kedudukan kerajaan.

2.0 DEFINISI

Dalam sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan sistem demokrasi, kebebasan bersuara
adalah salah satu tuntutan asas dalam sistem demokrasi. Sistem ini menjamin hak rakyat dalam
menyatakan pendapat dan bersuara dalam pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan
yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan bersuara menurut pandangan Islam sebenarnya juga berintikan maksud


daripada perkataan kebebasan (al-hurriya) atau bebas (hurr). Perkataan ini sebenarnya cuba
membezakan antara manusia bebas dengan hamba abdi. 2 Menurut Mohammad Hashim Kamali
(1999:11), Ibd ’Ashur dalam bukunya Maqasid Al-Syari’ah mendefinisikan kebebasan sebagai :

……The opposite of slavery and the independent disposition of a prudent man to


manage his own affairs by his own free will; his ability, in other words, to
manage his personal affairs as he wishes free from the opposition and hostility of
others.......

Sementara itu, terminologi sebenar kebebasan bersuara di dalam Islam ialah hurriyah al-
qawl. Namun, terminologi yang sering digunakan ialah hurriyah al-ra’y. Hal ini kerana,
perkataan ra’yu mempunyai sejarahnya tersendiri dan membawa pengertian suatu pendapat yang
dipertimbangkan, sering dihubungkan dengan, dan setingkat dengan ijtihad yakni pendapat
peribadi ulama, dan mengaitkan dengan kesesuaian dengan norma dan prinsip-prinsip Islam.

2
Mohd. Azizuddin Mohd. Sani (2002). Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam dan Barat.

Pahang PTS Publication. hlm. 110-112


KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 3
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

3.0 PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN

Tiap-tiap warganegara adalah mempunyai hak untuk bebas bercakap, dan mengeluarkan
akal fikiran. Merujuk kepada Perkara 10 Fasal (1), setiap individu yang bergelar warganegara
mempunyai hak untuk bersuara dan bercakap. Hak untuk melontarkan buah fikiran juga
diberikan kepada setiap warganegara. Namun, berdasarkan Perkara 10(2)(a), hak yang diberikan
ini boleh disekat jika ianya dilihat menggugat keselamatan negara dan mengganggu
ketenteraman awam dalam melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana
Dewan Negeri serta apa sahaja perkara yang dilihat mampu untuk menggugat perhubungan
persahabatan dengan negara-negara lain. Selain itu, jika ianya dilihat bertujuan untuk menghina,
memfitnah atau mengapi-api, ia juga boleh disekat daripada diberikan kebebasan untuk bercakap
dan bersuara.

Kebebasan media di Malaysia juga dibatasi atau dihadkan oleh peruntukan-peruntukan


yang sedia ada dalam undang-undang negara. Oleh yang demikian, terdapat instrumen yang
dikenali sebagai akta yang digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara. Antara beberapa
akta yang dikenalpasti yang membataskan kebebasan untuk bersuara adalah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin
Cetak dan Penerbitan ( AMCP) 1984, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Namun begitu, terdapat juga beberapa undang-undang lain yang dikatakan membatasi kebebasan
bersuara seperti Akta Penyiaran yang membenarkan Menteri Penerangan mengawal serta
mengawasi kesemua siaran radio dan televisyen dan membatalkan lesen penyiaran syarikat
swasta sekiranya bahan-bahan yang disampaikan bercanggah atau berlawanan dengan ‘Nilai-
nilai Malaysia’.

Akta pertama adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Melalui akta ini,
beberapa peruntukan telah pun dibuat berkaitan kebebasan bersuara yang menjadi hak rakyat
Malaysia keseluruhannya dilihat telah pun menyekat kebebasan rakyat Malaysia. Merujuk
seksyen 8(1) ISA 1960 ada menyebut jika Menteri berpuas hati terhadap mana-mana orang
adalah perlu dengan tujuan mencegahnya daripada bertindak dalam apa-apa cara yang boleh
memudaratkan keselamatan Malaysia.

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 4


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Akta seterusnya adalah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Akta ini diwujudkan bertujuan
untuk melindungi pengaliran maklumat rahsia kerajaan supaya ianya tidak jatuh ke tangan kuasa
asing dan terutamanya negara musuh. Hal ini demikian kerana, jika ianya berlaku, ia boleh
menggugat keselamatan negara. Menurut Chandra Muzaffar (1989:141) setelah menyedari
kesalahan dalam mengurus dan rasuah berdasarkan skandal tersebut boleh turut sama
menjejaskan kedudukan dan kredibiliti kerajaan, pada tahun 1986 pemindaan ke atas akta ini
dilakukan sekali lagi dengan menukar daripada hukuman denda kepada hukuman mandatori
selama satu (1) tahun kepada sesiapa yang membocorkan maklumat kerajaan. Dan seterusnya,
dengan adanya pindaan tersebut, pihak kerajaan dapat melindungi krisis dalaman yang
melibatkan rasuah dan ketidaktelusan terhadap ahli masyarakat di negara kita.

Antara contoh berlakunya pembocoran maklumat kerajaan adalah pada tahun 1976, di
mana Setiausaha Agong DAP pernah disabitkan kesalahan di bawah OSA kerana menerima dan
menghebohkan maklumat berkenaan pembelian kapal perang Sweden oleh Malaysia yang
dirasakan merupakan suatu tindakan penyalahgunaan perbelanjaan negara melalui wang rakyat.
OSA membatasi bukan sahaja kebebasan rakyat memperolehi maklumat mengenai apa jua
perjanjian, pembuatan dasar, dan sebagainya daripada pihak kerajaan malah kebebasan rakyat
dalam menyuarakan pendapat juga dibatasi daripada mengaitkan sesuatu perkara, maklumat
ataupun dokumen yang diklafikasikan sebagai sulit oleh pihak kerajaan. Apabila akta ini digubal,
ianya dapat mempertahankan negara daripada ancaman-ancaman negara asing terutama musuh
negara dari berperang dan bergaduh sesama sendiri.

Selain itu, akta lain adalah seperti Akta Hasutan 1948 yang diciptakan oleh kerajaan
kolonial British di Tanah Melayu bergelar Ordinan Hasutan 1948 bagi menyekat sebarang
tindakan yang boleh menggugat kerajaan kolonial dalam menjalankan pentadbirannya dan yang
boleh membawa ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan kolonial terutamanya yang berkaitan
dengan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) pada ketika itu. Seterusnya,
dalam pada itu berlaku juga peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa itu,
Akta Hasutan ini diperketatkan lagi bagi tujuan keselamatan negara dan ianya turut digunakan
bagi mengawal media daripada menyiarkan berita-berita palsu yang mampu menimbulkan
perasaan marah sesuatu kaum kepada kaum yang lain. Dengan adanya akta ini, sebarang rusuhan

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 5


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

dilihat dapat dielakkan daripada terus berlaku dan dengan itu hal ini akan dapat menyelamatkan
nama baik negara Malaysia daripada tercemar.

Seterusnya, akta lain adalah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984. Merujuk
kepada akta ini iaitu dalam seksyen 7 akta ini yang turut menhubungkaitkan dengan Perkara
10(1) Perlembagaan menyatakan bahawa setiap warganegara yang mempunyai hak untuk
bersuara, bercakap, dan mengeluarkan buah fikiran boleh membuat begitu dengan menggunakan
instrumen-instrumen seperti mesin cetak, iaitu salah satu antara medium media massa.
Seterusnya, dengan menggunakan mesin cetak, segala bentuk percetakan, penerbitan, dan juga
pengeluaran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisyen. Dengan cara ini, buah fikiran
dapat dilontarkan kepada umum dengan lebih efektif. Namun, di bawah seksyen 7 AMCP ini,
menteri diberi kuasa untuk menyekat dan melarang segala jenis syarat percetakan, jika
penerbitan itu boleh memudaratkan atau mungkin juga mengganggu-gugat ketenteraman awam,
kemoralan, keselamatan atau kepentingan awam.

AMCP ini berkaitan tentang pemilikan dan penggunaan mesin cetak dan penerbitan
akbar serta terbitan berkala seperti majalah mingguan dan bulanan. Antara keperluan yang
penting di bawah AMCP ialah larangan tentang penulisan berita tidak benar, keputusan Menteri
Dalam Negeri mengenai peruntukan akta ini muktamad dan tidak boleh disoalkan di mana-mana
mahkamah, serta pihak yang tidak berpuas hati mengenai tindakan kerajaan tidak boleh diberi
pendengaran. Selain itu, beberapa pindaan kecil telah dibuat kepada Ordinan Mesin Cetak 1920
antara tahun 1920 hingga 1939. Akta ini diluluskan pada tahun 1984 mencantumkan dua akta
penting iaitu Akta Mesin Cetak 1984 dan Akta Kawalan Penerbitan Diimport 1958 yang
dimansuhkan. Akta ini mempunyai tiga unsur penting iaitu pelesenan mesin cetak dan permit
untuk penerbitan, dua mercu tanda yang terkandung dalam Akta Mesin Cetak dan kawalan
penerbitan yang tidak diingini.

Seterusnya, terdapat juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang
diwartakan pada 24 Februari 1971dan diluluskan oleh Parlimen pada 18 Mac 1981.
Pelaksanaannya seterusnya diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong pada 30 April 1971. AUKU ini mula dibentuk pada tahun 1960-an setelah
melihat terdapatnya pelajar yang mula bergiat dalam menyertai dunia politik dan bersikap
kritikal dan skeptikal terhadap kerajaan. Sebagai contoh, menurut Mohammad Abu Bakar (1973:
KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 6
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Means 1976) Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Kelab Sosialis
Universiti Malaya dengan lantangnya serta dengan perasaan terbuka menyuarakan perasaan anti
Perdana Menteri pada ketika itu dan menuduh kepimpinan Perdana Menteri lah yang menjadi
punca dominan berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.

Beberapa tokoh pemimpin pelajar yang radikal dalam PBMUM turut berkempen dan
berucap kepada masyarakat dengan berani dalam satu rapat umum yang diadakan. Menyedari
kebimbangan penglibatan para pelajar dalam bidang politik, satu Jawatankuasa Kajian Kampus
dibentuk yang kemudiannya membawa kepada pembentukan AUKU pada tahun 1971.
Tambahan pula AUKU ini dibentuk berdasarkan anggapan pemerintah bahawa tanpa suatu
sekatan kepada kegiatan politik pelajar, hal ini seterusnya boleh membangkitkan suatu perasaan
perkauman yang mendalam dan kuat antara mereka yang dilihat membahayakan bukan sahaja
dalam kalangan pelajar malahan dalam kalangan masyarakat itu sendiri.

Secara keseluruhannya, seksyen 15 ini sama sekali tidak membenarkan para pelajar
universiti menjadi ahli mana-mana pertubuhan, parti politik, kesatuan sekerja atau mana-mana
organisasi di bawah mana-mana undang-undang samada di dalam ataupun di luar Malaysia
kecualilah jika mendapat kebenaran daripada Naib Canselor sesebuah universiti. Dengan
terbentuknya akta ini, para pelajar universiti tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyertai
mana-mana pertubuhan , mana-mana parti politik, atau yang terkandung seperti yang dinyatakan
di atas. Oleh itu, para pelajar universiti tidak perlu campur tangan di dalam isu politik yang boleh
membawa kepada kebangkitan perasaan perkauman yang kuat dan boleh membahayakan
masyarakat dan juga negara.

Justeru, dapat kita kenal pasti bahawa dengan wujudnya atau terciptanya akta-akta yang
membataskan kebebasan bersuara ini, ia sedikit sebanyak dapat menghalang dan mengekang
daripada timbul dan berlakunya isu-isu sensitif dalam negara, di mana ianya adalah sangat
berpotensi untuk mengancam dan membahayakan keselamatan negara. Oleh itu, dengan adanya
akta-akta ini, dapatlah hendaknya masyarakat mempunyai had batasan untuk bersuara dan negara
akan berada dalam keadaan aman dan damai.

4.0 MENGAPA KEADAAN TERSEBUT DISEBUT SEBAGAI PELANGGARAN?


KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 7
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Malaysia telah melakukan beberapa sekatan dan kawalan terhadap beberapa buah media
cetak dan elektronik dengan tertubuhnya beberapa akta seperti Akta Keselamatan Dalam
Negeri(ISA) 1960, Akta Rahsia Rasmi(OSA) 1972, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan(ACMP) 1984, serta Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) 1971. Tertubuhnya
akta-akta ini dikatakan bertujuan untuk menyekat akhbar-akhbar dan media massa daripada
mengeluarkan isu-isu sensitif yang mampu menggugat kedudukan dan keharmonian negara.

Walaupun begitu, sekatan yang dilakukan oleh kerajaan ini juga sebenarnya dikatakan
telah melanggari kebebasan hak asasi manusia yang termaktub pada Deklarasi Sejagat Hak Asasi
Manusia 1948, yang mana di dalam deklarasi ini telah termaktub hal-hal yang berkaitan dengan
kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat secara bebas.3 Hal ini demikian kerana pada
Perkara 18 dan 19 yang termaktub di dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ini telah
menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai hak kebebasan untuk berfikir, beragama, dan
kebebasan berpendapat dan mengeluarkan pandangan serta buah fikiran masing-masing tanpa
sebarang sekatan.

Secara umumnya, akhbar juga dikatakan sebagai salah satu medium yang tertua yang
dijadikan sebagai salah satu wadah untuk menyampaikan pandangan dan pendapat manusia itu
sendiri. Berdasarkan seksyen 2 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (ACMP) 1984, hal ini jelas
terbukti dalam perkataan “surat khabar” yang merujuk kepada apa-apa penyiaran yang
mengandungi berita, pandangan, laporan-laporan yang berkaitan dengan kejadian semasa atau
apa-apa kenyataan berkaitan dengan kepentingan awam.

Seterusnya, hal ini jelas menunjukkan bahawa akhbar memainkan peranan penting bukan
sahaja sebagai wadah dalam penyampaian maklumat tetapi untuk memberi buah fikiran yang
bernas. Umumnya, terdapat dua landasan utama kebebasan akhbar iaitu menyampaikan
maklumat untuk kepentingan awam serta sebagai medium untuk mengawal perlakuan kerajaan,
yang bermaksud pihak akhbar boleh mempersoalkan tindak tanduk kerajaan.4 Maka, hal ini juga
secara tidak langsung menunjukkan bahawa setiap individu berhak mengeluarkan pandangan
masing-masing tanpa disekat oleh kerajaan atau pemerintah. Sekatan yang dilakukan oleh

3
Mohd Azizuddin Mohd Sani, Hak Asasi dan Bersuara Pandangan Islam dan Barat, hlm. 28-29

4
Hakim Edger Joseph, Kes Public Prosecutor vs PungCheng Choon(1994) MLJ 1 566
KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 8
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

kerajaan Malaysia terhadap kebebasan media sememangnya menunjukkan satu pelanggaran hak
asasi dalam mengeluarkan pendapat telah berlaku.

Di dalam perlembagaan negara juga misalnya, telah termaktub pada Perkara 10 fasal 1(a)
di mana telah tertulis bahawa setiap warganegara adalah berhak dan bebas bercakap serta
mengeluarkan buah fikiran. Hal ini sememangnya menyokong lagi hujah yang menyatakan
bahawa sekatan yang dilakukan oleh kerajaan ini telah melanggari kebebasan hak bersuara.
Namun begitu, hal ini tidak boleh dipandang enteng dan hanya dinilai berlandaskan pada satu
penilaian atau satu pemikiran semata-mata. Menurut Jack Donelly (2001:3) dan Michael Walzer
dan Wasserstrom (1964:50), Deklarasi Sejagat yang ditandatangani tersebut lebih bersifat liberal
kebaratan dan juga merupakan unsur yang universal yang tidak dapat diikuti seratus
peratus(100%) oleh kerajaan Malaysia.

Budaya universal merupakan satau budaya atau pandangan yang dicipta oleh Barat dan
lebih tertumpu kepada ketamadunan Barat semata-mata. Oleh itu, budaya ini tidak boleh diceduk
100% oleh negara lain kerana terutama Malaysia kerana setiap negara mempunyai peradaban
yang berbeza dan mempunyai teori nilai yang berbeza berbanding Barat. Maka, budaya atau
pandangan “reletivisme” yang lebih menjurus kepada toleransi dan mengambil kira faktor
kepelbagaian budaya dan agama merupakan satu pandangan yang lebih bersifat telus dan adil
untuk diterap dalam setiap negara.

Malaysia seperti yang diketahui merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan
mempunyai pelbagai budaya serta mengamalkan satu sistem demokrasi yang adil untuk semua
kaum. Namun begitu, sudut agama merupakan salah satu faktor yang tidak boleh ditolak mentah-
mentah oleh masyarakat dalam memikirkan hal kebebasan bersuara ini. Hal ini demikian kerana,
Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan faktor ajaran Islam itu maih lagi perlu
dipergunakan dalam mentadbir sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama dengan adil dan
saksama tanpa menggores perasaan sesama kaum yang berbeza.

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia(DUHAM) yang dilaksanakan pada 1948


sebenarnya lebih bersifat universal dan liberal. Hal ini tidak bersesuaian dengan negara kita
kerana Malaysia masih lagi mempunyai pelbagai nilai yang perlu dipupuk dan dijaga serta nilai
tersebut bertentangan dengan pandangan sejagat dari Barat. Oleh itu, Malaysia dikatakan

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 9


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

merupakan salah sebuah negara yang lebih mengamalkan pendekatan “reletivisme” iaitu satu
pandangan yang tidak menceduk sepenuhnya amalan yang dilaksanakan oleh Deklarasi sejagat
yang diutarakan oleh negara-negara Barat.

Selain itu, hal ini dapat dibuktikan apabila Malaysia sebuah negara merdeka yang
menjadi anggota PBB ke-92 masih lagi belum menerima pakai resolusi Deklarasi Sejagat Hak
Asasi Manusia(DUHAM) yang termaktub pada tahun 1948. Walaupun begitu, Malaysia masih
lagi mengiktiraf undang-undang antarabangsa berkenaan hak asasi manusia iaitu “
Supplementary Convention on the Abolition of Slavery, the Slave Trade, and Institution and
Practices nationality of Married Women” pada 24 Februari 1959.

Seterusnya, dalam persidangan Deklarasi Hak Asasi Manusia di Vienna pada Jun 1993,
Malaysia telah bertindak menentang kesejagatan yang dianjurkan oleh persidangan kerana
konsep kesejagatan yang diutarakan hanya mengambil kira peradaban kebaratan. Oleh itu,
resolusi akhir persidangan tersebut telah mengakui kesejagatan hak asasi manusia, namun faktor
wilayah, budaya dan agama perlu juga diambil kira dalam amalan hak asasi manusia.

Hal ini ternyata telah dijelaskan dalam bab 3(1) perenggan 5 Deklarasi Vienna iaitu
menurut Kurier UNESCO (1994:36) “Semua hak manusia adalah sejagat, tidak dapat
dipisahkan dan berkait rapat. Masyarakat antarabangsa mesti melayan hak manusia secara
global dengan saksama. Sementara kepentingan nasional dan kelaianan wilayah serta pelbagai
latar belakang sejarah, budaya, dan agama mesti juga diberi perhatian bersama”.

Maka, dalam memperkatakan perkara yang berkaitan dengan pelanggaran hak kebebasan
bersuara dan sekatan media di Malaysia, maka hal ini dapat dilakukan dengan membuat dua
penilaian atau pandangan yang munasabah yang mana mampu memberikan satu keadilan yang
saksama untuk semua pihak dan individu serta memuaskan hati pelbagai pihak. Dua penilaian
tersebut ialah yang pertama berdasarkan sekatan demi keamanan sejagat, dan yang kedua sekatan
yang dilakukan demi kepentingan polemik politik sesebuah organisasi tertentu.

Seperti yang diperkatakan, sekatan yang dilakukan terhadap akhbar oleh kerajaan di
Malaysia adalah bertujuan untuk menjaga keamanan ekonomi, politik, dan sosial. Hal ini
sebenarnya dapat dinilai sebagai satu tindakan yang bernas dan baik serta sebenarnya tidak boleh

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 10


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

dinilai sebagai satu pelanggaran hak asasi seperti mana menurut Perkara 10(2)(a) Perlembagaan
Persekutuan.

Hal ini kerana, akhbar hakikatnya tidak mempunyai kebebasan yang mutlak walaupun
akhbar diberikan kebebasan untuk melaporkan apa sahaja situasi yang berkaitan dengan
kepentingan awam. Ini terbukti melalui ungkapan William Blackstone iaitu:-

……. kebebasan akhbar adalah amat penting bagi Negara yang bersifat bebas; setiap
orang yang merdeka mempunyai hak yang jelas untuk menyatakan apa-apa sentimen
kepada umum, jika ini dihalang ini akan memusnahkan kebebasan akhbar, tetapi jika dia
menyiarkan sesuatu yang tidak benar, bermaksud jahat atau bertentangan dengan
undang-undang, dia hendaklah sanggup menerima akibat atas tindakannya……

Tambahan juga, Deklarasi Vienna 1993 juga turut menyatakan akan kepentingan
mengambil kira faktor sejarah, budaya, dan agama yang menunjukkan bahawa faktor-faktor ini
telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menjaga keamanan setiap kaum dan diterapkan di
dalam undang-undang negara. Selain itu, nilai-nilai yang yang diamalkan di Asia dan Amerika
Syarikat misalnya adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat melalui kajian yang
dijalankan oleh David I. Hitchcock pada 1997.

Nilai-Nilai Asia dan Amerika Syarikat

Nilai Sosial Utama Asia Nilai Sosial Utama AS


 Kerukunan masyarakat  Kebebasan bersuara
 Harmoni  Kebebasan peribadi
 Kebertanggungjawapan pegawai awam  Hak-hak individu
 Terbuka kepada fikiran baru  Pendebatan terbuka
 Kebebasan bersuara  Berfkir sendiri
 Menghormati pihak berkuasa  Kebertanggungjawapan pegawai awam
(pemerintah)

Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bahawa kebanyakkan negara di Asia


mengamalkan nilai toleransi dan lebih kepada sikap kerukunan bermasyarakat berbanding sistem
nilai Barat yang lebih mementingkan nilai keindividuan. Oleh yang demikian, pendekatan
reletivisme yang dilaksanakan oleh Malaysia sememangnya bersesuaian dengan nilai yang masih

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 11


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

diamalkan oleh kebanyakkan negara di Asia. Oleh itu, sekatan yang dilakukan ke atas media
bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat bersama adalah satu tindakan yang wajar dan
demi untuk kepentingan bersama.

Berdasarkan konsep Islam juga, kebebasan bersuara dapatlah dimanfaatkan bagi


mewujudkan kebajikan atau kemaslahatan serta mencegah kemungkaran.5 Berdasarakan surah
Ali Imran ayat 110, Allah juga telah berfirman manusia seharusnya menyuruh kepada yang
makruf serta mencegah kemungkaran. Kebebasan juga seharusnya digunakan untuk mencari
kebenaran dalam masyarakat, menegur bagi kepentingan Islam, menegur para penguasa muslim
dan orang ramai sesuai dengan kehendak Islam. Kebebasan juga tidak boleh digunakan untuk
bermegah-megah, menunjuk-nunjuk, mencacati orang lain, menghina mereka di khalayak ramai
serta membesarkan keaiban orang lain.

Islam juga menyarankan bahawa dalam menggunakan kebebasan bersuara juga, prinsip
akidah juga tidak boleh diabaikan di mana, tidak boleh menghina agama serta menghormati
kaedah-kaedah akhlak Islamiah, tidak boleh mencaci nama baik, memaki serta menuduh orang
dengan tuduhan yang boleh menyinggung perasaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
kebebasan juga mempunyai kebatasan berbanding kebebasan di Barat yang mutlak di mana
kesucian manusia boleh dicemarkan dengan cara menghalalkan pornografi, seks bebas dan
hubungan sejenis. Oleh itu dapat disimpulkan di sini bahawa sekatan yang dilakukan terhadap
media dengan tujuan untuk menjaga sensetiviti perkauaman dan memastikan keharmonian
adalah satu tindakan yang adil dan wajar ditambah pula Malaysia sememangnya sebuah negara
Islam yang berdaulat.

Seterusnya, ialah penilaian dari sudut kedua iaitu sekatan demi kepentingan polemik
politik. Sebenarnya, sekatan yang dilakukan ke atas media atas sebab untuk menjaga kepentingan
politik oleh sesebuah organisasi adalah satu pelanggaran hak asasi yang sebenar-benarnya.
Sekatan yang dilakukan oleh pihak pemerintah dengan tujuan untuk menjaga kepentingan politik
mereka ini dikatakan adalah satu tindakan yang bercanggah dengan kebebasan media itu sendiri.

Ini kerana, media sebenarnya tidak seharusnya terikat dengan mana-mana badan tertentu
sama ada pro-pembakang atau pro-kerajaan. Media seharusnya bersifat lebih telus dan tidak

5
Ibn Qayyim Al-JKawziyyah, Kebebasan Hak Asasi Menurut Pandangan Islam, hlm. 111
KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 12
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

menyebelahi mana-mana pihak. Ini amat penting kerana media sebenarnya mempunyai kuasa
dalam mengawal terhadap perlakuan kerajaan dan mempersoalkan tindak-tanduk kerajaan dan
bukan dikawal oleh kerajaan sebenarnya.

Di Malaysia, jika dilihat dari sudut kedua ini, kita sememangnya kita dapat menyatakan
bahawa sekatan terhadap kebebasan bersuara sememangnya telah berlaku. Hal ini kerana
berdasarkan seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1948, Bahagian IV Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan, Kawalan Hasil Penerbitan Tak Diingini 1984, menteri dalam negeri iaitu Perdana
Menteri sendiri mempunyai kuasa autoriti sepenuhnya dalam menghalang sesuatu penerbitan
secara mutlak atau mengeluarkan syarat pencetakan. Ini sememangnya menunjukkan bahawa
kerajaan berkuasa penuh terhadap kebebasan media di Malaysia. Kesannya, akhbar tidak akan
dapat mengkritik pentadbiran yang dilaksankan oleh kerajaan walaupun tindakan yang dilakukan
itu salah. Selain itu, akhbar yang hanya berpihak kepada kerajaan sahaja yang dapat
mengeluarkan dan memasarkan artikel mereka di pasaran. Pihak pembangkang juga akan
tersekat dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan mereka kepada umum serta akhbar-
akhbar mereka juga akan disekat

Antara akhbar-akhbar pembangkang yang disekat oleh kerajaan adalah seperti akhbar
Harakah oleh PAS, Suara Keadilan oleh parti Keadilan Rakyat, The Rocket oleh parti DAP, serta
Suara PRM oleh PRM. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengamalkan
sikap menang-menang atau "win-win situation" dalam pentadbiran mereka. Kerajaan telah
mendominasi media dalam negara dan ketelusan dalam media itu sendiri sebenarnya telah tidak
wujud dan sekadar untuk mengampu kerajaan demi kepentingan sendiri dan bukan masyarakat.

Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, media merupakan satu badan yang berkecuali
yang tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak samada pembangkang mahupun kerajaan. Di
dalam akhbar yang dikeluarkan, terdapat lampiran yang dikhaskan untuk pihak pembangkang
dan kerajaan mengeluarkan hujah masing-masing. Terserah kepada pembaca sendiri untuk
membuat penilaian terhadap sesuatu kebolehan pembangkang atau kerajaan itu sendiri. Inilah
yang sebenarnya dinamakan kebebasan media yang sebenarnya yang tidak dimanipulasi oleh
mana-mana pihak tertentu. Menurut John F. Kennedy (1992:63):-

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 13


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

……"Sesebuah kerajaan yang takut membenarkan rakyatnya menimbang kebenaran dan


kepalsuan di dalam pasaran yang terbuka ialah kerajaan yang takut pada rakyatnya”……

Manakala menurut Mahatma Gandhi pula:-

…..“Pandangan umum daripada masyarakat sebenarnya mampu mengekalkan


keamanan sejagat dan membawa keharmonian” ……

Selain itu, menurut Mr. Justice Douglas (Jun 2001) pula ialah:-

…..“Perbincangan yang bebas walaupun idea yang diutarakan sangat dibenci


sebenarnya mampu membuat kita terfikir dan akhirnya kita dengan sendirinya akan mula
bertindak untuk memajukan diri dan masyarakat"…..

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan kepada kajian yang telah kami jalankan terhadap
kawalan ke atas media di negara kita, apa yang dapat kami simpulkan di sini adalah pelanggaran

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 14


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

hak asasi sepatutnya tidak berlaku kerana kita tidak boleh melihat dan bersikap tidak adil dan
berat sebelah kepada satu-satu pihak sahaja. Hal ini kerana, Malaysia adalah sebuah negara
demokrasi yang seharusnya sentiasa menjaga kepentingan rakyatnya dan memang seharusnya
setiap rakyat diberi kebebasan untuk melakukan apa sahaja tanpa melanggar batas-batas yang
telah digariskan.

Pada pendapat kami, kawalan ke atas media adalah perlu untuk menjaga sensitiviti
individu dan rakyat. Hal ini adalah disebabkan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai
pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai kaum, dan agama perlu dijaga sensitiviti setiap kaum,
setiap agama agar tidak menimbulkan masalah kelak. Tambahan pula, Malaysia adalah sebuah
negara yang mengamalkan budaya Timur yang lebih mementingkan nilai-nilai agama, budaya,
dan toleransi, dan semestinya kita semua perlu sentiasa mengetahui tentang cara hidup
masyarakat di Malaysia ini.

Di Malaysia, sejak dahulu lagi kita tidak mengamalkan pendekatan universal seperti yang
diguna pakai di negara-negara maju. Malaysia sebenarnya lebih berat kepada pendekatan
reletivisme yang sentiasa mengambil kira latar belakang sejarah, agama, dan budaya masyarakat
di Malaysia. Umumnya di negara yang membangun, walaupun sistem komunikasi merupakan
sumber maklumat dan pengaruh besar, media massa juga memainkan peranan penting dalam
modenisasi dan kelancaran komunikasi antara pemerintah dan rakyat. Pada pendapat kami juga,
Malaysia seharusnya mengikuti amalan media yang dijalankan di negara yang lebih maju ini.

Tuntasnya, samada media di negara ini benar-benar bebas atau benar-benar dikongkong
ternyata tertakluk kepada persepsi pengamal media itu sendiri. Kemungkinan sesebuah media
dianggap bebas sekiranya media itu sanggup menyiarkan cerita atau berita mengikut kehendak
mereka sendiri tanpa memikirkan apa yang dimahukan oleh pembaca.

BIBLIOGRAFI

Laman web Malaysia Bar Council.

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 15


HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Laman web SUHAKAM.

Sumber daripada surah-surah di dalam Al-Quran.

Sumber daripada Perlembagaan Persekutuan.

Mohd. Azizuddin Mohd. Sani (2002). Hak Asasi & Hak Bersuara Menurut Pandangan Islam
dan Barat. Pahang: PTS Publication.

Mohd Safar Hashim (2002). Mengenali Undang-undang media dan Siber. Utusan Publications &
Distribution Sdn Bhd.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohammad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim.


Kenegaraan dan Ketamadunan (2009). Oxford Fajar Sdn Bhd.

KAWALAN KE ATAS MEDIA OLEH PIHAK PEMERINTAH 16

Anda mungkin juga menyukai