Anda di halaman 1dari 1

Objektif Pemakanan Sihat

- Menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat.


- Memperkasakan dan menggalakkan individu untuk bertanggungjawab terhadap
kesihatan mereka sendiri dengan menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan
dalam talian
- Menjelaskan faedah panduan pemakanan sihat iaitu panduan diet Malaysia dan Panduan
Piramid Makanan.

Diet yang sihat adalah untuk memenuhi keperluan pemakanan harian kita sambil mengelakkan
kekurangan atau kelebihan nutrien yang boleh membawa kepada risiko penyakit berkaitan
pemakanan. Contoh penyakit yang selalu dihidapi oleh masyarakat kita pada masa kini adalah
seperti berat badan berlebihan atau obesiti, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan banyak
lagi penyakit kronik yang lain. Oleh hal yang demikian, objektif yang ditekankan dalam
pemakanan sihat ini adalah untuk menggalakkan amalan pemakanan sihat dalam kalangan
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai masyarakat kita pada hari ini telah lalai
dan mengabaikan tentang amalan pemakanan sihat ini. Selain itu, memperkasakan dan
menggalakkan individu untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri dengan
menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan dalam talian dimana mudah untuk mereka
mencari maklumat tentang amalan pemakanan sihat. Tambahan pula, masyarakat juga dapat
memahami faedah panduan pemakanan sihat iaitu panduan diet Malaysia dan Panduan Piramid
Makanan yang telah disediakan di dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai